Télécharger l’application
96.77% Aku Di Dunia Elf / Chapter 90: Tetamu Tidak Diundang(2)

Chapitre 90: Tetamu Tidak Diundang(2)

"BERHENTI! SIAPA KALIAN? BERANI KALIAN MASUK KE KAWASAN INI!"

Kelihatannya ada sebuah kumpulan Elf yang memakai pakaian hijau gelap yang sedang dikelilingi dengan kumpulan Elf yang memakai pakaian berwarna hitam pula.

Kumpulan Elf yang memakai seragam hijau tua itu ialah kumpulan yang diketuai oleh Putera Kedua dari Kerajaan Selatan, Putera Spencer. Sejak awal dia sudah pun mengikuti gerakan Aubree sehinggalah tiba di tempat persembunyian ini. Spencer mahu menyiasat identiti Aubree kerana dia tertanya-tanya siapakah wanita itu.

Malangnya, ada pula Tentera Elf yang menyedari persembunyian mereka. Spencer dan para pengikutnya tidak sempat berlalu pergi dan sekarang dikelilingi oleh para Tentera Elf dari Kerajaan Selatan.

"Yang Mulia, jumlah mereka lebih sedikit dari kita. Mari kita kalahkan mereka dan pergi dari sini. Bagaimana kalau mereka ini adalah Tentera Kegelapan yang menyamar sebagai tentera biasa?" Salah seorang Tentera Elf memberi amaran kepada Spencer dengan suara yang perlahan.

Spencer memerhati setiap Tentera Elf yang mengelilingi mereka. Dari sudut pandangannya, Spencer boleh melihat tingkat kekuatan setiap mereka tinggi. Tidak mungkin mereka akan terlepas dari cengkaman mereka begitu saja. Mereka perlukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian semua Tentera Elf itu agar senang mereka melarikan diri.

Spencer masih menyiasat siapa Aubree, sama ada wanita itu adakah seorang penyiasat dari Kerajaan Kegelapan ataupun dia adalah seorang Tentera Elf yang sedang bersembunyi. Tapi sayangnya, hari ini dia tidak boleh meneruskan niatnya. Mereka harus keluar dari tempat ini secepat mungkin agar tidak diketahui.

"Kita hanya perlu keluar dari tempat ini secepat mungkin. Jangan buang masa dengan bertarung dengan mereka," kata Spencer kepada para pengikutnya.

Kerana Spencer dan kumpulannya ingin keluar dari tempat ini dan Tentera Elf dari Kerajaan Iron Tulip ingin menangkap mereka, maka pertarungan kecil pun bermula di antara dua kumpulan.

"BERHENTI!"

Di tengah-tengah pertarungan itu, satu suara yang lembut tapi tegas terdengar dan membuatkan pertarungan tadi berhenti.

"Yang Mulia, mereka ini adalah kumpulan yang sedang bersembunyi dan mencuba untuk mengintip," lapor salah satu dari Tentera Elf dari Kerajaan Iron Tulip.

Aubree yang sudah berdiri di tengah-tengah kumpulan itu memandang seluruh kumpulan Elf yang dikatakan telah mengintip mereka. Dia melihat seragam hijau tua yang dia kenal.

Serta-merta, Aubree teringat akan Putera Kedua dari Kerajaan Selatan yang dia temui di hutan tadi.

Pada masa yang sama, Putera Kedua tersebut juga sedang memandang ke arah Aubree. Di saat pandangan mereka bertemu, Spencer tersenyum kecil ke arah Aubree.

"Kita bertemu lagi... Yang Mulia..."

Aubree tidak merasa terkejut dengan kehadiran Spencer di sini kerana sedari awal, dia sudah pun merasa ada seseorang yang mengikutinya. Tapi dia tidak menyangka pula yang Putera Kedua dari Kerajaan Selatan ini akan mengikuti dia sehingga ke sini.

Aubree mengangkat tangannya, memberi isyarat kepada semua pengikutnya untuk berundur dan tidak lagi menyerang kumpulan Spencer. Melihat arahan dari Aubree, walaupun ragu ragu, mereka tetap berundur ke belakang dan menurunkan senjata yang mereka pegang.

Luthien dan para Tentera Elf yang ada mengikuti Aubree sehingga pulang ke tempat ini juga terkejut saat melihat ada Spencer dan kumpulannya. Luthien memandang ke arah Aubree dan berkata, "Yang Mulia, mereka adalah..."

Aubree mengangguk kecil. "Ya, saya tahu... Mereka sudah mengikuti kita secara diam-diam sejak awal..."

"Yang Mulia, kenapa Yang Mulia ada di sini? Bukankah Yang Mulia sedang dalam perjalanan kembali ke Kerajaan Selatan?" tanya Aubree, masih lagi bersikap tenang di depan Spencer.

"Saya juga mahu bertanya pada Yang Mulia kenapa Yang Mulia boleh berada di sini? Bukannya Yang Mulia mahu kembali ke Kerajaan Timur?"

'Tak guna! Saya yang tanya dia soalan dulu kenapa dia tanya saya lagi?' kutuk Aubree dalam hati. Hujung bibir kanannya sudah pun terjongket-jongket gara-gara mendengar soalan dari Spencer.

Spencer memandang Aubree dari atas ke bawah. Dia menyedari jika Aubree memakai pakaian yang lebih mewah dan sesuai untuk kerabat diraja saja. Tapi yang membuatkan Spencer hairan adalah dia tidak pernah melihat Aubree sebelum ini atau mengetahui kewujudan dia.

Seluruh kerabat diraja dari generasi muda sehingga generasi tua sudah diketahui oleh Spencer di keempat-empat Kerajaan. Tapi Spencer tidak pernah melihat Aubree atau mengetahui jika dia berasal dari kerabat diraja.

Terlebih lagi sekarang ini kawasan persembunyian yang Aubree pergi ini adalah tempat yang jauh dari empat Kerajaan Elf yang lain.

Siapa sebenarnya gadis ini?

"Saya tidak pernah tahu pula ada seorang lagi kerabat diraja lain yang mempunyai tempat persembunyian di sini? Saya sudah hafal semua nama kerabat diraja yang lain tapi saya tidak pernah dengar nama kau..."

Selang beberapa minit kemudian, Aubree masih tidak menjawab dan dia hanya berdiri di sana sambil memandang ke arah Spencer. Spencer juga tidak lagi mengatakan apa-apa dan hanya menunggu Aubree untuk mengatakan sesuatu.

"Bailey, bawa mereka dan berikan mereka tempat tidur yang kosong. Jangan risau, mereka tidak berbahaya. Layan mereka dengan baik kerana mereka ini ialah tetamu saya," kata Aubree kepada Bailey yang ada di sebelahnya Luthien.

Bailey hanya mengangguk tanda menerima arahan dari Aubree. Para Tentera Elf yang lain terkejut dengan keputusan Aubree tapi kerana Aubree adalah Permaisuri mereka, jadi mereka hanya mampu mengikuti arahan dari Aubree.

"Yang Mulia Putera Spencer, apa kita lanjutkan perbincangan kita ini di khemah urusan. Tidak baik jika kita membicarakan masalah ini di luar seperti ini," Aubree hanya sekadar tersenyum kecil pada Spencer sebelum dia berpusing ke belakang dan meninggalkan tempat itu.

Mendengar bagaimana Aubree membenarkan mereka untuk masuk ke kawasan persembunyian mereka tanpa membunuh mereka, membuatkan Spencer merasa lega dan gembira.

Tanpa menunggu lama lagi, dia pun mengikuti Aubree. "Kalian ikuti para Tentera Elf ini dan lakukan apa yang mereka katakan. Jangan lakukan apa-apa yang saya tidak arahkan," kata Spencer kepada para pengikutnya.

Para pengikut Spencer hanya menurut dengan akur dan mengikuti para Tentera Elf dari Kerajaan Iron Tulip pergi ke rumah-rumah kecil yang sudah disediakan untuk mereka.

Sementara itu, Aubree telah membawa Spencer ke khemah urusannya dan membiarkan para pengikut lain yang masuk ke dalam khemah itu. Hanya Luthien dan seorang lagi pengawal peribadi Spencer yang masuk ke dalam khemah itu.

Tidak lama kemudian, Julie juga masuk ke dalam khemah itu dan apabila melihat ada Spencer, dia ternganga besar. Hampir saja dia pengsan di sana kalau bukan Aerin yang menahan tubuhnya daripada terjatuh. Aerin adalah pengawal baru Julie yang ditugaskan oleh Aubree untuk menjaga Julie.

"Julie, kau sudah tiba. Mari duduk di sini," kata Aubree kepada Julie.

Julie yang masih menatap ke arah Spencer dengan wajah kagum itu, memandang ke arah Aubree dan kali itu baru dia sedar yang dia sudah menatap Spencer terlalu lama. Dia pun mengambil tempat duduk di sebelah Aubree dengan wajah yang merah.

Spencer hanya memandang perlakuan Julie dengan segaris senyuman tapi tidak mengatakan apa-apa.

"Baiklah, Yang Mulia Putera Spencer. Sebelum itu, biar saya perkenalkan diri saya. Identiti saya yang sebenar adalah saya seorang Permaisuri dari Kerajaan Iron Tulip..."

Wajah Spencer berubah menjadi terkejut saat mendengar Aubree memberitahu identiti sebenarnya. Dia tidak menyangka yang wanita Elf di depannya selama ini rupanya adalah seorang Permaisuri dari Kerajaan Iron Tulip dan Kerajaan Iron Tulip adalah Kerajaan Elf yang sudah lama dia cari.

Alasan mengapa dia mencari Kerajaan Iron Tulip adalah kerana dia ingin bergabung kekuatan dengan Kerajaan Iron Tulip untuk mengalahkan Kerajaan Kegelapan.

Spencer menemukan sebuah buku lama yang tersimpan di sebuah tempat rahsia di mana ia menceritakan kewujudan Kerajaan Iron Tulip dan bagaimana Kerajaan ini boleh mengalahkan Raja Kegelapan.

Suatu ketika dulu, Kerajaan Iron Tulip sangat terkenal dan dikagumi oleh semua Elf di muka bumi. Kerajaan Iron Tulip mempunyai hubungan baik dengan empat Kerajaan Elf yang lain.

Sejak Permaisuri Kerajaan Iron Tulip menghilangkan diri, Kerajaan ini menghilang dan bersembunyi dari mata dunia. Seluruh pintu masuk ke Kerajaan ini dimusnahkan dan sihir telah diletakkan di seluruh kawasan benteng Kerajaan, jadi sesiapa saja yang ingin mencari Kerajaan Iron Tulip dan masuk ke kawasan Kerajaan Iron Tulip, mereka akan terperangkap di dalam hutan selamanya tanpa menemukan jalan keluar.

Tanpa sihir atau panduan, sesiapa saja yang terperangkap dalam sihir di benteng Kerajaan Iron Tulip selamanya. Setelah bertahun lamanya dan khabar dari Kerajaan Iron Tulip sudah pun berhenti. Ramai Elf yang percaya Kerajaan Iron Tulip sudah pupus dan hilang dari dunia kerana kehilangan pemimpin mereka.

Spencer yang melihat sejarah Kerajaan Iron Tulip percaya jika Kerajaan Iron Tulip masih wujud sehingga sekarang. Spencer percaya dengan gabungan kuasa dari Kerajaan Iron Tulip, perang mereka dengan Kerajaan Kegelapan akan berakhir dengan segera. Sejak dari hari itu, Spencer sering mencari petunjuk di mana terletaknya Kerajaan Iron Tulip dan cuba mencari cara bagaimana hendak masuk ke Kerajaan Iron Tulip.

Setelah bertahun-tahun mencari petunjuk, Spencer tidak percaya yang dia akan berjumpa langsung dengan Permaisuri dari Kerajaan Iron Tulip ini.

Tapi persoalannya, kenapa Permaisuri Kerajaan Iron Tulip ini berada di kawasan luar kerajaan dan mempunyai tempat persembunyiannya sendiri?


next chapter
Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C90
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous