Télécharger l’application
9.09% Citer Hantu Lagi / Chapter 1: Kebetulan/Kemalangan
Citer Hantu Lagi Citer Hantu Lagi original

Citer Hantu Lagi

Auteur: KarenParuko

© WebNovel

Chapitre 1: Kebetulan/Kemalangan

"Saya Kitahara Mizuki, 16 tahun, pelajar perempuan di Sekolah Tinggi Hokubu. Saya lalui hidup yang sederhana di sekolah walaupun agak kesunyian. Walaupun agak kabur, saya sudah pun tamatkan pengajian sekolah rendah tanpa kawan. Tak tahu kenapa budak - budak lain macam mengelak daripada saya dulu, namun sekarang ianya dah berubah. Jadi saya bertekad, saya juga akan tamatkan era kesunyian saya di zaman sekolah tinggi ni. Tapi, walaupun saya dah usaha bergaul dengan budak lain, saya masih belum ada kawan yang rapat dalam sekolah ni! Eh, bukan - bukan! Saya yang pilih untuk belum rapat dengan mereka! Ya it yang sebenarnya!"

Hari yang tenang dan tenteram di Pekan Hokubu seperti kebiasaannya. Cuacanya tidak terlalu dingin walaupun ianya terletak di negeri yang jauh ke utara.

"Mizu-chan! Kau dengar tak ni?" seruan tersebut menyentak Mizuki yang sedang mengelamun, dia menoleh ke arah temannya yang agak tidak dipedulikan Mizuki. "Macam yang aku kata tadi, kalau kau macam mana? Tak sakit hati ke? Kalau betul dia ambil berat pasal aku, patutnya dia faham-faham la maksud aku, dah nama pun kekasih, kan?"

Mizuki hanya mampu tersengih mendengar rungutan gadis yang seringkali meluahkan masalah percintaannya dengan mereka.

"Hati Saotome ni tak mudah ditawan, ni lelaki yang keberapa dah tahun ni?" gadis berambut panjang itu menyindir. Mizuki hanya ketawa kecil, melayan kerenah teman - temannya tanpa menyinggung perasaan gadis popular itu.

Di hari - hari yang tenang sebeginilah Mizuki akan mengimbau kembali zaman sekolah rendahnya.

"Huh? Aneh... " fikirnya, "macam mana keadaan aku waktu sekolah rendah dulu?" Fikirannya mula mengkhianati pengalaman silamnya, memori Mizuki sewaktu masih kecil sekolah - olah tersimpan jauh dari jangkauan dia sendiri. Dalam kecelaruan itu, sayup - sayup kedengaran satu melodi yang berngiang - ngiang di telinganya. Suara perempuan menyapanya dari arah lain dan Mizuki menoleh ke arah perempuan itu yang melabuhkan barang di tempat duduk sebelahnya. Kelihatan seorang pelajar perempuan berkatakan sesuatu ke arahnya namun Mizuki tidak boleh dengar suaranya kerana lagu yang sayup dari tadi kian bergema lebih kuat di dalam kepalanya. Sedar - sedar, seluruh kelas itu bertukar senyap sepi kecuali lagu tersebut.

"Rentak ini... bukankah aku punya-.." Mizuki terjaga.

Ternyata semua itu hanyalah mimpi, keletihan daripada menyiapkan tugasan selepas sekolah menyebabkan dia terlena dalam kelas sesudahnya. Senja pun kian mengintai.

"Aku tertidur dalam kelas! Cuai sangat aku ni!"

Tergesa - gesa dia merebut beg sekolahnya yang masih berehat di rak kelas dan menuju keluar dari situ.

"Harap - harap pintu depan masih belum dikunci"

Dia cuba ingat semula apakah yang meletihkan sangat dia sehingga tertidur namun tiada yang terlintas. Yang ada hanyalah memori berkenaan khabar angin tentang keadaan seram sekolahnya di waktu malam. Khabar itu menjadi bual bicara rakan sekelasnya dan hampir semua orang di sekolah. Cerita hantu sebegini bukanlah sesuatu yang dia mahu fikirkan buat masa sekarang risau dia akan mula nampak yang bukan - bukan.

"Tak tak tak tak, tak mungkin benda macam tu terjadi dekat aku" cepat - cepat dia buang bayangan sebegitu dari ruang mindanya.

Setibanya di pintu utama sekolah, dia sedari dia sudah terlambat

"Ianya... dah terkunci...."

sudah jatuh ditimpa tangga, letih bercampur kecewa. Dia jatuh terngadah selepas penat bergegas ke sini.

"Nanti dulu-"

Dia bangun semula

"Kalau tak silap aku, ada pintu keluar lain di tingkat dua"

jalan alternatif.

Dan tangan seseorang.

Ia menyapa perlahan bahu Mizuki, namun sapaan itu terlalu mengejutkan gadis itu sehingga tubuhnya meloncat spontan turut menakutkan si pemilik tangan itu. Lembut sapaan itu dia sangka budak perempuan tetapi rupanya lelaki. Walaupun berkongsi baju Sekolah Tinggi Hokubu yang sama tetapi dia hampir tak pernah nampak budak itu sebelum ini.

'macam tak pernah nampak... atau mungkin... pernah?'

fikirnya. Muka lelaki itu menimbulkan memori lama dia pada hari ini. Di depan pintu sekolah, di tempat duduk belakang dia, tiba - tiba saja setiap memori dia untuk hari ini tidak lupa akan lelaki itu seakan - akan watak utama dalam sebuah drama.

"Gadis macam awak tak patut berada di sini pada waktu - waktu sebegini" mukanya serius memberi amaran.

"Uhh maaf... saya terlena dalam kelas.." suaranya perlahan di penghujung ayat itu. Dia sendiri pun sedar akan kecuaiannya sendiri.

"Hah? Alasan apa macam tu? Tempat ni bahaya waktu malam tahu tak, baik awak cepat bergerak pulang!" Tegas dia mengarah sebelum beredar dari situ.

Mizuki meneruskan perjalanannya untuk meninggalkan tempat itu, mungkin tidak senang dengan kata - kata lelaki itu, dia lebih tergesa - gesa kali ini. Lama - kelamaan hatinya mula tak tenteram 'ini mesti bayangan aku je'

Dia cuba padam rasa gelisah yang mula bergelumang di sudut fikirannya. Namun usaha itu hanya mengibarkan lagi perasaan tersebut

'apa ni? Rasa macam ada yang perhatikan aku! Tak jauh dari sini!!"

Dia mula berlari.

'mamat tadi tu ke?'

Sekali sekala dia menoleh ke belakang dan tak nampak apa yang kononnya sedang mengejar dia. Dia kemudian akan memecut lebih pantas lagi. Hinggalah gadis itu tiba di pintu tangga yang tidak bertingkap itu, jalan keluar yang dicari - cari. Perasaan seram sejuk mula memeluk tubuh kecilnya dan sebelum berfikir panjang dia menoleh ke belakang seperti yang dibuatnya beberapa kali sebelumnya. Namun kali ini, di ekor matanya sesuatu yang agak besar menghalang cahaya dari sampai ke matanya. Apabila tumpuannya melekat pada bentuk aneh itu, ia mendedahkan sebuah lembaga yang tinggi mendinding di hadapannya, kepala lembaga itu sudah pun menembus dinding siling koridor itu. Mulanya hanya bayang hitam kelihatan tetapi apabila lembaga itu mendekatinya, sinar mata merahnya menyuluh di balik tirai rambut yang mencecah ke lantai. Dua sinar merah itu hanya menjegil tajam ke arahnya, memukau.

'Apa tu? Apa ni? Apa yang sedang berlaku?!' tubuh Mizuki kaku, beku, berat untuk beranjak dari situ, seolah - olah dia dirantai seluruh tubuh. Keseimbangannya mula goyah, tapi hairan sekali kakinya masih utuh menampung berat badannya, namun ternyata itu bukanlah pilihan Mizuki tetapi pilihan lembaga itu.

'Lari! Badanku! CEPAT!!! kakiku sudah tak mengikut kemahuanku?!'

Cairan yang mula sejuk membeku menyirap di dalam salur darahnya, bahkan degup jantungnya yang sedang kencang pun boleh didengari. Badannya berasa seperti terhuyung - hayang, seolah - olah dia sedang jatuh dari tempat tinggi. Otaknya meronta untuk melarikan tubuhnya jauh dari situ namun tiada satu pun anggotanya yang menyahut seruan itu.

'Kalau aku tahu begini jadinya, aku takkan-'

Namun di saat itu satu suara yang dikenalinya menyapa Mizuki, dia mengerahkan segala kudrat untuk menoleh ke arah suara itu, kelibat seorang pemuda memandangnya tak jauh dari situ, Dan mula mendekatinya sambil bertutur. Kelihatan seperti pemuda itu cuba menolong dia namun tiada satu pun perkataannya dapat difahami Mizuki, dia bagaikan mendengar dari dalam air. Namun itu bukan masalah utamanya, dia terima apa sahaja bantuan yang dia boleh dapat dalam situasi ini dan menghulurkan tangannya dalam keadaan terdesak dan sedaya upaya menggerakkan otot muka dan lidahnya untuk bertutur

"T-OLO-NG"

Meskipun bermacam lagi fikiran yang bermain di kepalanya sekarang, bagaimana lembaga itu tidak menyerang pemuda itu, bagaimana mukanya semacam - macam dikenali Mizuki, bagaimana dia terperangkap dalam situasi ini. Namun hanya satu matlamatnya sekarang, untuk melepaskan diri dari kegawatan ini.

"Yo, nampaknya macam kau sedang kesusahan"

pemuda itu menyapa

"Aku boleh tolong kau"

Sebuah tawaran.

"Namun hantu - hantu ni kadang - kadang susah nak buang juga, kalaupun kau pulih sekarang, kau mungkin akan hilang sesuatu yang lebih penting kelak. Ada yang menerima rawatan sepanjang hidup dan masih dihantui, semua tak boleh pakai"

Terus dia jelaskan walaupun tiada kata balas yang bermakna dari Mizuki.

"Pun begitu, kalau aku nak tolong kau pun ada syaratnya juga. Kau pun kenalah tolong aku"

Jari telunjuknya menegak

"Jadi ini pilihan yang kau ada, kau nak terselamat sekarang dan hidup dihantui sepanjang hayat? Atau mati dalam keadaan yang tenang?"

Dia menawar seolah - olah Mizuki mampu memilih dalam situasi begini.

'Apa yang ...dia cuba sampaikan? Apa dia nak? Aku tak boleh dengar langsung kata - kata dia??? Kalau boleh dengar pun aku tak ada masa nak fikir pasal ni!! Apa niat dia sebenarnya?'

Dalam nyawa - nyawa ikan Mizuki berpaut pada secebis kawalan yang dia miliki keatas kesedarannya, dia menghakimi matlamat pemuda itu berdasarkan bahasa tubuhnya,

'apa yang dia cuba cakap? 2 jari? 2 jalan? 2 risiko? 2 pilihan? Walaupun aku tak dengar apa yang dia tawarkan...'

Satu tekad membakar semangatnya pada masa ini

'aku dah penat melarikan diri! Hidup dalam ketakutan! Dipulau, aku dah muak dengan hidup macam tu! Kalaulah aku ada peluang lagi untuk pilih jalan hidup aku sendiri, SUDAH TENTUNYA...-!!!'

"lebih - lebih lagi, kalaupun hantu yang ini keluar dari tubuh kau, kesan daripa-"

Jawab balasnya yang sayup kedengaran memotong ayat pemuda itu separuh jalan

"L-L-LA-WAN"

dia diam, menumpukan perhatian terhadap suara gadis itu. Sinar mata Mizuki kini berubah daripada pandangan dia sebelum ini yang hanya kelihatan terdesak. Seolah - olah, dia berubah menjadi orang lain.

"AKU... LA-LAWA-NN!! A-KU LAW-"

Setelah mendapat jawapan yang ditunggu - tunggu

"Jadi kau ambil pilihan ketiga ya...?"

Dia memejamkan matanya.

"Aku...boleh dengar suara dia.."

Akhirnya tutur kata pemuda itu masuk ke telinganya

"Baiklah, itu melengkapkan perjanjian kita"

Selamba tuturnya sebelum dia mengajar Mizuki

"Sekarang ulang selepas aku"

Kali ini suara pemuda itu jauh lebih jelas dari sebelumnya, malah, itu saja yang boleh didengari Mizuki ketika ini. Bunyi sekumpulan gagak yang kuat mengisi sunyi malam di sekolah dari tadi pun tak kedengaran. Bahkan suara nafasnya sendiri pun tak dapat didengari. Hanya dia dan pemuda tersebut dalam ruang tertutup ini. Walaupun Mizuki sendiri tak jelas dengan apa yang dituturkan pemuda itu, badannya seakan - akan faham, lidahnya pun bergerak dengan sendirinya, menuturkan jampi yang diajarkan, dia boleh rasa mulutnya lancar berkumat - kamit namun tidak dapat tangkap apa yang keluar dari mulutnya sendiri. Sesudah dia menghabiskan jampi itu, suatu sinaran cahaya menyilaukan matanya sejenak, sekilas dia melihat pemuda itu menawarkan senyuman, tersenyum syukur dan lega seperti dia baru dibebaskan dari takdir yang panjang dan kejam.

Terangkat tubuh pemuda itu, terapung, bercahaya, bersinar, menyilau. Seumpama sekoloni ikan yang mengerumuni satu cebisan roti yang dilontar ke dalam air, berpuluh, tak, beratus ribu bola cahaya berbeza - beza saiz menyelimuti tubuhnya dari semua arah sepantas kilat. Di luar tingkap pun dia dapat lihat, dari nun jauh di pinggiran langit sana, jutaan cahaya menyerupai berudu berekor panjang terbang menyinari langit malam.

Dari seluruh dunia, bola cahaya yang misteri itu timbul dari pelbagai jenis bahan dan permukaan, pelbagai jenis benda dan tempat, bahkan daripada manusia pun, namun tak semua mereka perasan akan kehadirannya. Haiwan - haiwan menyedari kehadiran mereka, kulit pokok menghasilkan tindak balas apabila cahaya itu keluar darinya, sesetengah orang menyedari kewujudan mereka dan masing - masing mempunyai reaksi yang berbeza. Semuanya datang dari pelbagai jenis tempat serata dunia, jutaan mereka menyuluh gelap malam sehingga boleh dilihat dari angkasa, berterbangan dalam satu arah dengan sangat pantas, menuju ke satu tempat, satu titik, semuanya memasuki Dan diresapi ke dalam pemuda di hadapan Mizuki ini.

'Siapa- Apa sebenarnya dia ni? Perasaan ini... berbeza dari tadi. Aku masih sejuk tapi ianya lebih.. menyenangkan..'

Lupa terus Mizuki akan ancaman yang membayanginya sebentar tadi, terpukau dengan kecantikan fenomena di hadapannya. Tenaganya semakin dicuri lembaga itu, dia hampir pitam, namun dia nampak wajah pemuda itu, wajah yang berbeza dari lelaki yang menyapanya dari tadi, tetapi yang lebih menarik perhatiannya daripada itu adalah

'adakah dia.. menangis..?'

Lembaga itu mula terkejut akan kejadian yang berlaku berdekatan dengannya itu. Seusai pertunjukan cahaya itu, pemuda itu menjejak lantai semula, atau, hampir menjejak lantai. Terkejut lembaga itu, seolah - olah dia baru sahaja perasan akan kehadiran pemuda tersebut.

Sekilas lalu, belum sempat sesiapa bertindak, bilah pisau yang muncul dari tangan pemuda itu bertukar menjadi lut sinar, buatannya juga berubah sebaik sebelum dia memasukkan senjata itu ke susuk tubuh pilihannya. Pisau itu menusuk perut Mizuki. Walaupun tiada darah atau luka hasil tikaman itu, pemuda itu menikam Mizuki tanpa sempat dia bertindak.

Walaupun begitu, ada kesan lain yang timbul daripada tikaman itu, Mizuki berasa seakan ditarik keluar dari tubuhnya sendiri walaupun dia tidak beranjak seinci pun dari tempat asalnya, seolah - olah dia terpisah dari pancainderanya sendiri. Kelajuan tindakan pemuda itu turut menakutkan lembaga itu dan langsung ia meninggalkan kawasan itu. Sejuk yang tenang dihadapi Mizuki sebentar tadi bertukar kencang, ibaratnya terdedah dengan angin ribut.

Mizuki memandang tangan kanannya di mana urat sarafnya mula bercahaya, seluruh tubuhnya terasa ringan dan cahaya dari sarafnya menembusi kulit dan kain baju sekolahnya. Pemuda itu kemudian menyentuh hujung jari Mizuki dan sejurus itu, saliran cahaya menusuk lengannya, memasuki ke dalam sarafnya sehingga sampai ke otak. Tubuhnya seakan - akan direnggang - renggangkan sepanjang mungkin namun dia tidak berasa sakit, dia berasa seperti dikembangkan dari dalam seperti belon tika perlahan - lahan pemuda itu membelah perutnya, seram sejuk mencengkam tulang belakangnya. Sarafnya bersinar sejurus disentuh pemuda itu. Perasaan yang aneh melitupi minda Mizuki sebelum dia mula pengsan

"Apa yang... dia lakukan.. pada aku..?"

Sebelum menutup mata, dia nampak pemuda itu hanya memerhati dia dengan senyuman di bibir

'adakah aku... memilih jalan yang salah... '

Gelap pandangannya.

'Aku harus pulang.. mak ayah akan risau nanti... I tak boleh mati lagi... belum sempat ada kawan... aku sendiri di sekolah... ada seseorang yang perlu aku temui dahulu... '

Fikiran yang berlegar di kepalanya sebelum dia hilang sedar.

Pemuda yang menikamnya hanya melihat tubuh kaku di atas lantai itu, tanpa perasaan bagaikan dia tiada lagi kegunaan untuknya. Apakah perancangan di sebalik wajah yang beku itu.

Selepas memerhatikan buat satu masa, dia akhirnya merasuki badan Mizuki, mengawal pergerakannya.

"Tubuh ni, buat masa sekarang aku patut kembalikan dia ke rumah"

Terukir seringai di bibirnya.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C1
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous