Télécharger l’application
65.83% Kiss Me Liar / Chapter 79: Episode 79 : Jangan Lari

Chapitre 79: Episode 79 : Jangan Lari

"Kau tak serius kan?"Darra perlahan-lahan melutut depan kaki Alfareeze. Tolong jangan beritahu dia yang lelaki ini akan melakukan sesuatu yang boleh meletakkan diri Alfareeze dalam bahaya.

Haih!

Sedih la dengan Darra macam ni.

Alfareeze pandang judging akan Darra kerana kekasihnya tidak mengenali dirinya bagaimana lagi.

           "Memangnya selama ini aku tak pernah serius ke?"Alfareeze duduk tegak memerhatikan Darra sewaktu gadis itu sudah bersimpuh di depan kakinya. Memegang lututnya dengan renungan merayu yang mana dia tidak merasa hendak tunduk padanya.

Darra termenung memandang tatapan Alfareeze.

Jangan macam ni!

Dia baru sahaja hendak pergi dari sini dan tinggalkan segalanya di sini dengan aman dan tenteram tanpa konflik.

Tapi kenapa Alfareeze enggan beri kerjasama?

Pasti ada sesuatu yang dirancang oleh Alfareeze dalam diam ni!

            "Apa yang buatkan kau berubah fikiran?"soal Darra.

             "Dan apa yang membuatkan kau begitu terdesak hendak berpisah dengan aku?"soal Alfareeze senada dengan Darra.

Mereka berdua saling bertentangan mata. Saling mencabar siapa yang menjawab soalan yang diajukan dulu.

             "Aku tahu semua ni tak mudah...aku pun rasakan apa yang kau rasakan Alfareeze. Tapi jangan buat macam ni...aku tak boleh tinggalkan ayah aku."beritahu Darra memegang lutut Alfareeze saat dongak memandang wajah lelaki itu.

Dengusan kecil kedengaran dari Alfareeze. Air mukanya berubah menjadi dingin.

              "Kau tahu semuanya...tapi masih berkeras untuk lakukannya. Memangnya kau ni tak ada hati perasaan ke?Lagipun...aku hanya menolak permintaan untuk berpisah aje. Bukan pisahkan kau dari ayah kau... memangnya kau kenapa?Pelik aje aku perhatikan?"dia mula menghidu keanehan dari Darra. Sepertinya kekasihnya ini menyembunyikan sesuatu darinya.

Oh sh*t!Darra menelan air liur sekali lagi dengan gemuruh kerana sedar dia hampir terlepas cakap. Giginya terus di ketap.

             Perlahan-lahan Alfareeze menyondong ke  depan. Dia pegang bawah dagu Darra dan membawa dekat wajah itu kepadanya. "Beri aku masa okay?Aku janji aku akan pastikan semua yang terjadi selama ini ada imbalannya.."beritahunya dengan perlahan.

Mata Darra gerak naik dan turun melihat wajah Alfareeze yang begitu dekat kepadanya. Imbalan?Apa maksudnya? Jadi memang benar la yang Alfareeze sedang merancangkan sesuatu? Semakin rancak jantung dalam dadanya berdegup. Rasa tidak sedap hati menjalar ke segenap tubuh.

Sikap manipulatif yang Alfareeze jarang tonjolkan terserlah kerana desakan Darra terhadapnya tidak semena.

              "Kau tak cintakan aku ke Darra sampai kau dengan mudah minta putus?Tak sepenting itu ke aku dalam hidup kau?Hm?"Alfareeze menyelak anak rambut Darra yang sepertinya sudah mula panjang ke belakang telinga dengan lembut sebelum melalukan tangannya ke tepi leher Darra pula.

Darra mencerlungkan keningnya.

Mestilah cinta.

Kalau boleh dia mahu bawa Alfareeze bersama dengannya.

Dia enggan berpisah.

Tapi Raja Alan sekarang berpihak pada Duke Marcel. Sekiranya Alfareeze melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, ayahnya yang akan berada dalam kedudukan bahaya. Dia tidak boleh ambil risiko mengenainya. Sebab itu dia tidak boleh menyatakan perpindahannya secara langsung kepada Alfareeze.

Serius beritahu, Alfareeze ini seorang lelaki yang sama nekad seperti dirinya. Kalau lelaki itu dah berniat, tiada siapa dapat hentikan Alfareeze, termasuk dirinya sendiri.

          "Jangan lari...kita berdua tak buat salah apa-apa dekat sini. Jadi berhenti rasa serba salah."Alfareeze mengucup bibir Darra perlahan-lahan.

Mata Darra terpejam taktala bibir itu menyentuh bibirnya.

Kalau begini saja Alfareeze sudah beri reaksi serius, bagaimana jika lelaki ini dia tiada lagi di sini esok?

Dapat ke dia keluar dari sini tanpa di halang oleh Alfareeze?

Tidak semena sentuhan lembut terasa di hujung hidungnya, membuatkan Darra membuka mata dengan perlahan-lahan sebelum bertentang mata dengan Alfareeze semula.

           "Kenapa kau diam?Katakan sesuatu?"arah Alfareeze.

Nak dia katakan apa lagi?Alfareeze sendiri sudah jelas menyatakan lelaki itu enggan memutuskan hubungan dengannya. Kalau dia bercakap mereka berdua hanya akan berakhir dengan pertengkaran. Darra meletakkan kepalanya atas kaki Alfareeze dan memandang keluar jendela. melihat langit malam yang gelap Namun dibias dengan cahaya bulan penuh.

            "Aku tak tahu nak cakap apa.."jawabnya selepas itu.

            Mata Alfareeze tunduk memandang kepala Darra di atas lututnya saat itu. "Kalau macam tu jangan katakan apa-apa...stay di sini bersama aku..itu saja aku mahu."dia usap kepala Darra dengan perlahan sambil tu.

           "Tapikan...aku nak tahu je la. Seandainya aku tak ada bersama dengan kau nanti, apa yang kau akan lakukan?"soal Darra semasa termenung.

Tangan Alfareeze terus berhenti dari mengusap kepala Darra. .Kepalanya terlentok sedikit untuk memandang muka Darra. Kenapa Darra ni makin lama semakin cuba hendak menjengkelkan dia? memangnya dia ada buat salah ke?

           "Beritahu aku?Kalau aku tiada di sisi kau..apa kau akan buat Alfareeze?"Darra mengangkat kepalanya dan dongak semula memandang Alfareeze.

           "Kau nak aku beritahu yang mana satu?"senyum Alfareeze mengusap tepi pipi Darra dengan ibu jari. "Aku ada dua pilihan, sama ada cara baik atau cara tidak baik...kau pilih."

            Kening Darra berkerut. "Kenapa aku?Kau ada pilihan untuk bersama dengan orang lain...bukan aku seorang?"

           "Sayang...melainkan kematian yang memisahkan kita. Aku takkan bersama dengan orang lain. Sekalipun kau tiada lagi di sisi aku, aku akan tetap memilih kau...jadi boleh tak berhenti tanya soalan yang akan mengundang marah aku...aku datang nak jumpa bukan untuk bergaduh."

           "Apa kau akan buat?"desak Darra masih ingin mendengar jawapan Alfareeze.

           "Hish!Kau ni kan memang la."Alfareeze tarik Darra buatkan Darra melutut tegak di celah kakinya.

Mendekat saja Darra di depan Alfareeze dalam keadaan melutut tegak kedua belah kaki, dia pegang peha lelaki itu dan merenung tepat ke mata Alfareeze.

          "Sama ada aku cari kau sampai dapat kemudian kurung kau...atau aku hapuskan orang yang menjadi punca kau tinggalkan aku...walaupun ianya darah daging aku sendiri..."beritahu Alfareeze dengan bersahaja saat tarik Darra ke dalam pelukannya.

           "Kau sanggup lakukan semua tu?" soalnya perlahan. Tangan Darra hinggap di bahu Alfareeze saat hidung mereka saling bersentuhan.

           Dan Alfareeze memegang kedua belah pinggang Darra. "Ada banyak perkara kau belum tahu tentang aku Darra. Kau hanya tengok sisi aku yang ini...bukan yang satu lagi. Kalau boleh jangan buatkan aku gunakan sisi gelap yang aku simpan untuk kau...sebab aku tak nak kau bencikan aku kerananya..." bisiknya saat mengucup tepi bibir itu dengan manja.

Terpejam seketika mata Darra. Merisaukan betul Alfareeze ni.

          "Sama ada kau atau tiada langsung. Itu jawapan aku kenapa aku pilih kau."Alfareeze mengucup hujung hidung Darra pula.

            Bersama senyuman di bibir, Darra terus menyembamkan mukanya ke ceruk leher Alfareeze dan memeluk sekeliling tulang rusuk lelaki itu dengan erat. Berat sungguh perasaan dia rasakan saat itu. "Maafkan aku Alfa...aku terpaksa tinggalkan kau. Jangan bencikan aku..."detik hatinya waktu itu.

Alfareeze membalas pelukan itu. Dia lingkarkan tangan ke sekeliling badan Darra dengan erat dan menyandarkan pipinya ke kepala Darra. Matanya terpejam kerana berasa begitu tenang dan rehat setiap kali bersama dengan Darra. Seakan terapi sekiranya dia memeluk tubuh itu. Hilang semua rasa penat dan marah yang menggunung dalam dirinya malam itu.

Sunyi dan sepi.

Hanya bunyi unggas sahaja yang kedengaran di luar waktu itu.

Tepat jam 5 pagi, Darra terjaga dari tidurnya. Dan bila dia pusing ke sebelah, Alfareeze sedang terlena dalam keadaan meniarap memeluk bantal di bawah badan. Mata terpejam rapat dan dengkuran lembut kedengaran darinya.

Perbualan mereka malam tadi terngiang-ngiang.

Mendiam Darra semasa baring mengiring menghadap Alfareeze. Dia tenung wajah lena itu untuk seketika dengan perasaan sebak. Semakin dipandang semakin sesak dadanya kerana sebu.

Hari ini hari terakhir dia bersama dengan Alfareeze.

Dan serius beritahu, dia tidak bersedia!

Berhati-hati tidak menghasilkan bunyi yang kuat, Darra turun dari katil. Sempat dia intai ke katil saat bergerak ke arah bilik air. Harap-harap Alfareeze tidak terjaga. Dan hampir beberapa minit kemudian Darra keluar siap berpakaian. Waktu itu Alfareeze masih terlena di atas katil.

Disebabkan dia telah siap packing pakaian dan barangnya, Darra gerak ke bawah katil. Mengeluarkan beg dan sepasang kasut dari situ. Sepanjang masa itu Darra intai Alfareeze. Berdoa dalam hati supaya lelaki itu tidak terjaga sehingga dia keluar.

Dalam keadaan cemas dan berdebar bagai nak gila, Darra selesai pakai kasut. Setelah itu dia tunduk membetulkan selimut di badan Alfareeze. Dan tunduk mengucup tepi kening kiri Alfareeze beberapa saat. Dan sedikitpun tidak terkutik dari lenanya, mata Alfareeze terpejam rapat. Hanyut dalam lenanya.

Dia yakin Alfareeze akan membencikan dirinya selepas ini. Yang mana dia harapkan lelaki ini akan memaafkan dirinya.

Kalau bukan masa akan datang mereka akan bertemu semula itu janjinya.

Darra berdiri di depan katil untuk seketika lagi. masih enggan menjauh kerana dia berat hati mahu berpisah.

Nafasnya naik turun kerana berasa sesak dibuat perasaan gemuruhnya.

"Jumpa lagi Alfareeze..."ucap Darra dengan perlahan sebelum dia pegang beg dan keluar dari bilik itu tidak menoleh lagi.

Klik!

Tinggallah Alfareeze sendirian di atas katil tersebut. Dengan cincin pemberian lelaki itu tergeletak sepi di atas almari sebelah katil yang menindih sehelai kertas.

Di atas kertas itu tertulis ayat ringkas iaitu 'Salam sayang dari Darra Emerson buat Alfareeze.'

.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C79
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous