Télécharger l’application
55% Kiss Me Liar / Chapter 66: Episode 66 : Kena Berjumpa.

Chapitre 66: Episode 66 : Kena Berjumpa.

Tiga dayang muncul sambil menatang dulang di tangan. Dengan sopan dan tertib dayang-dayang tersebut menghidangkan minuman dan pinggan berisi snek ringan di atas meja dimana Raja Alan, Permaisuri Aurora dan Putera Eilian sedang duduk. Anak beranak itu sedang menikmati minum petang mereka pada hujung minggu tersebut. Meluangkan masa yang menjadi rutin pasangan diraja itu sekiranya anak sulung mereka balik ke istana.

         "Di mana Eiliana?"tanya Putera Eilian semasa perhatikan air hangat dituang ke dalam cangkir di depannya.

         "Ke mana lagi kalau bukan aktiviti kesukaan dia di taman haiwan diraja sana...katanya ada haiwan baru diselamatkan. Jadi Puteri Eiliana ke situ untuk melihat keadaan haiwan tersebut."beritahu Permaisuri Aurora dengan perlahan saat meletakkan sepinggan potongan kek di depan Raja Alan.

          "Lagi?"soal Putera Eilian tidak percaya. "Taksub sungguh dia dengan haiwan-haiwan tu..rasanya kalau taman haiwan tu dipanggil zoo, rasanya sudah penuh tempat tu.."

Raja Alan waktu itu sedang membaca skrol yang diterimanya siang semalam. Ianya skrol dari Duke Elijah. Dan didalam skrol itu tertulis dengan tulisan tangan memberitahu bahawasanya Duke Elijahingin meletakkan jawatan pada Tarikh berikut dengan alasan berikut di dalam skrol tersebut. Hampir lima kali Raja Alan meneliti butiran di dalam skrol itu. Namun begitu dia tidak habisk fikir mengenai peletakkan jawatan Duke Elijah yang mengejut.

Bagaimana pegawai terkuat dan berpengaruh dia dengan tiba-tiba hendak meletakkan jawatan yang selama ini amat diinginkan?Hah?Lelaki paling terkenal dengan sikap gila kuasa itu dengan tiba-tiba ingin melepaskan jawatan yang ramai inginkan ini?Begitu saja?

Putera Eilian perasan. Taktala dia melihat kerutan di kening Raja Alan waktu itu, dia silih ganti memandang skrol lalu ke wajah susah hati Raja Alan.

         "Ayahanda...apa yang ayahanda bacakan sejak tadi sampai berkerut-kerut kening dibuatnya?"

          Permaisuri Aurora palingkan kepala. Dia lirik akan peti yang ada di atas kerusi kosong sebelahnya lalu ke skrol yang dipegang suaminya. "Adakah itu peti yang tuanku terima dari Duke Elijah semalam?"

           Putera Eilian pandang Permaisuri Aurora kerana nama itu disebut. "Duke Elijah?"dia pandang semula ke Raja Alan. "Kenapa?Apa yang beliau berikan kepada ayahanda?"

           Bersama hela nafas kesalnya, Raja Alan menggulung semula skrol tersebut dengan kemas lalu diletakkan semula ke dalam peti. Sambil itu juga dia berkata. "Surat peletakkan jawatan Duke Elijah. Beliau mengatakan bahawa beliau akan berhenti menjadi Menteri Pertahanan dan akan pulang ke kampung halaman keluarganya."

           Tersentak Putera Eilian. "Apa dia?"

           "Duke Elijah meletakkan jawatan?" Permaisuri Aurora bertanya dengan terkejut. "Lelaki yang terkenal dengan sikap gila kuasanya itu meletakkan jawatan?Begitu saja?"

Raja Alan mengangguk.

           "Sepertinya begitu la yang diberitahu dalam catatannya di skrol tadi."

           "Bila?"Putera Eilian berasa begitu terkejut bila dengar. Dan perkara pertama yang dia fikir adalah Darra!Adakah gadis itu tahu mengenai hal ini.

           "Awal musim bunga nanti...mereka akan berpindah keluar negeri."beritahu Raja Alan.

           "Mereka?Maksudnya semua sekali?"

          "Sudah tentu. Keluarga Duke Elijah mainly bertapak di Cameron. Dan sekiranya Duke Elijah berpindah itu bermakna seisi rumah juga akan ikut sama."jelas Raja Alan semasa capai cangkir di depannya.

          "Sayang sekali ya...orang sebagus Duke Elijah itu berhenti dari sistem pentadbiran ini...bukan senang nak ada pemimpin seperti beliau...yalah..walaupun Duke Elijah orangnya begitu, tapi kalau bukan kerana beliau kerajaan Cameron tidak akan berada hingga tahap ini.."beritahu Permaisuri Aurora pula.

Tapi semua itu tidak didengari oleh Putera Eilian. Dia terlalu fokus mengenai Darra.

          "Adakah Darrius akan ikut sama?"Putera Eilian pandang Raja Alan dengan kening berkerut.

           Garpu yang baru di cucuk dengan manisan diletakkan semula ke pinggan oleh Raja Alan apabila dia palingkan kepalanya ke Putera Eilian. "Sudah tentu. Kan itu anak Duke Elijah. Pasti la akan dibawa sekali. Memangnya kenapa?"

Memangnya kenapa?Mesti la dia nak tahu!Lagipun Darra adalah kawan baik Pearl. Kalau Darra pergi pasti Pearl akan bersedih. Dia tak boleh biarkan Pearl bersedih. Mereka berdua baru sahaja kembali rapat.

           "Ayahanda...adakah ayahanda lakukan sesuatu hingga membuatkan Duke Elijah ambil keputusan ni?"Duke Elijah tu seorang lelaki yang teguh pada pendirian. Lelaki tu takkan dengan mudah lepaskan sesuatu begitu saja. Semua orang tahu tau!. "Apa yang ayahanda telah lakukan kali ni?Kenapa sampai Duke Elijah letak jawatan begitu saja?"

           "Mana lah ayahanda tahu...mungkin Duke Elijah sudah bosan menjadi Menteri sebab itu dia berhenti.."

           "Bosan?Ayahanda...ayahanda sendiri tahu betapa dedikasinya Duke Elijah terhadap tugas dia?Kalau benar dia bosan, Duke Elijah tidak akan bantu ayah untuk memastikan keselamatan negeri ini terjamin...takkan keluar masuk negeri dan membahayakan keselamatan diri sendiri semata hendak mencapai perikatan keamanan antara dua negeri...dan sekarang selepas semua itu dimetrai...tiba-tiba Duke Elijah menarik diri...tak ke pelik tu?"bidas Putera Eilian sedikit kejengkelan.

            "Anakanda..."Permaisuri Aurora terus memegang tangan Putera Eilian. "Kenapa dengan anakanda ni?"

Teringat terus perbualannya dengan Duke Marcel tempoh hari. Tapi tak mungkin la Duke Elijah boleh tahu. Lagipula dia hanya bercerita pada Duke Marcel sahaja mengenai rancangan itu. Raja Alan mengetap gigi dengan erat.

           "Anakanda kenal ayahanda bagaimana  orangnya...pasti ada sesuatu yang terjadi sehinggakan Duke Elijah mahu meletakkan jawatan."

           "Kenapa kamu sensitif sangat ni?"Permaisuri Aurora bertanya sambil mengeratkan cengkaman pada tangan Putera Eilian.

            "Ayahanda...jawab...adakah ayahanda lakukan sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap Duke Elijah?"

            "Iyanya tidak serius mana Eilian"

            "Apa maksud ayahanda?"

Raja Alan mendiamkan diri. Pandangan matanya tunduk ke bawah. Berasa malu hendak menyatakannya dengan jelas.

            "Ayahanda tidak pasti samaada Duke Elijah tidak tahu ataupun sudah menyedarinya, tapi ayahanda ada merancang untuk menyerahkan pangkat Panglima Perang kepada Duke Marcel pada hari pertunangan Lord Alfareeze...yang mana awalnya ayahanda janji ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada beliau.."

Permaisuri Aurora membutangkan matanya ke Raja Alan kerana terkejut.

              Sementara kening Putera Eilian sudah mencerun tidak puas hati. "Apa yang ayahanda telah lakukan!?Ayahanda tikam Duke Elijah dari belakang?Selepas apa yang beliau telah lakukan untuk negeri ni?untuk ayahanda?Semata apa?"

             "Seperti yang kamu tahu, Duke Elijah seorang yang tamakkan kuasa. Jadi ayahanda berfikir sekiranya ayahanda serahkan jawatan itu kepada Duke Elijah, mungkin suatu hari Duke Elijah akan gunakan kuasanya untuk menentang ayahanda..jadi cara terbaik adalah serahkannya kepada seseorang seperti Duke Marcel...yang mudah dikawal..tidak seperti Duke Elijah..."

Tergamam sungguh Putera Eilian. Lelaki itu pandang Raja Alan seakan lelaki itu baru sahaja menampar wajahnya.

            "Bagaimana ayahanda sanggup melakukan keputusan sebegini hanya andaian tidak berasas ayahanda itu?Ayahanda yakin Duke Elijah akan berpaling tadah?Kalau benar Duke Elijah berniat hendak mengapa-apakan kerajaan ini, beliau tidak akan bersungguh mempertahankannya sehingga mengorbankan anaknya sendiri!"ketap Putera Eilian hingga dia berdiri di situ dengan marah.

Secara serentak Raja Alan dan Permaisuri Aurora mendongak. Mereka pandang Putera Eilian yang begitu berang.

            "Kenapa kamu berkata begitu?" Permaisuri Aurora begitu tergamam.

             Dengan kesal Putera Eilian pandang Permaisuri Aurora dan Raja Alan sambil mengenang Darra dalam fikirannya. Nasib Darra yang tidak terbela kerana sikap Duke Elijah. "Ianya tiada beza sama ada anakanda beritahu atau tidak. Duke Elijah sudahpun membuat keputusan dia..."dia tahu Duke Elijah tidak akan mengubah suatu keputusan selepas lelaki itu buat.

             "Apa maksud kamu Duke Elijah mengorbankan anaknya sendiri?"soal Raja Alan pula.

             "Memangnya kalau anakanda beritahu kepada ayahanda, ianya akan bawa sebarang perbezaan ke?Yang bahawa ayahanda itu sama saja seperti ahli politik di luar sana...semua kata Duke Elijah gila kuasa...tapi tak siapa nampak usaha dan juga apa yang beliau telah lakukan untuk semua orang di sini..terutama sekali ayahanda..dan sekarang lihat sendiri..siapa yang gilakan kuasa dalam tempat ni?"Putera Eilian berpaling dari situ.

Pada masa yang sama, Puteri Eiliana muncul di depan pintu masuk ruang rehat tersebut. Hampir bertembung dengan Putera Eilian apabila lelaki itu menonong keluar dari situ.

Nampak sahaja kelibat di depannya, Puteri Eiliana terus anjak ketepi hendak elak dari dilanggar dengan abangnya.

           "Dah kenapa tu?"soalnya semasa pandang ke arah ibubapanya. "Bukan main marah betul?"Puteri Eiliana mendekati kerusi tempat sama dimana Putera Eilian duduk.

Raja Alan diam termenung memandang makanan yang ada.

           "Sampai sungguh hati tuanku?"soal Permaisuri Aurora dengan kecewa sebelum bangun dan pergi dari situ. "

Raja Alan terdiam.

            Dia baru aje sampai, takkan semua dah nak pergi pulak?"Bonda...nak ke mana pula tu?"soal Puteri Eiliana sewaktu Permaisuri Aurora melewatinya. Dia baru Namun pertanyaan dia tiada balasan. "Ada apa sebenarnya ni?"soal dia semasa pandang Raja Alan pula.

Kerana terkedu dengan reaksi dari Putera Eilian dan Permaisuri Aurora sebentar tadi, Raja Alan tidak dapat mengatakan apa-apa dengan pertanyaan Puteri Eiliana. Dia sendiri tersentak apabila kata-kata Putera Eilian mula terngiang dalam kepalanya.

Puteri Eiliana pandang risau akan Raja Alan apabila menyedari betapa keruhnya air muka ayahandanya. Memangnya apa yang telah terjadi semasa dia tiada di situ?


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C66
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous