Télécharger l’application
35.48% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 11: Chapter 10

Chapitre 11: Chapter 10

Di sebuah tempat yang besar dan terlindung dengan sihir perlindungan, berdiri lah sebuah bangunan seakan istana yang cukup megah dan cantik berkilau dari pantulan Kristel yang terdapat di sebahagian bangunan itu.

Manakala di bahagian dalam, tidak kalah luas dan cantik. Setiap ruangan dan sudut dihiasi dengan pelbagai jenis hiasan dan tumbuh-tumbuhan dari 7 kerajaan rasmi.

Dan salah satu ruangan, berdiri sosok Ryunosuke bersama Aiko, Mieko dan jugak Sakura. Ketiga wanita itu tidak mengenakan sebarang penutup wajah, namun kecuali Ryunosuke yang mengenakan satu jubah berwarna putih milik Aiko.

Sebelum mereka masuk ke bangunan ini, Ryunosuke memberi tahu akan niatnya untuk tidak menunjukkan wajah kepada organisasi kerana rasa sangsi pada setiap anggota. Apatahlagi kerana kejadian di kerajaannya. Maka dia mengambil langkah awal.

Kembali ke masa sekarang, Ryunosuke berdiri di tengah ruangan yang terdapat 8 kerusi besar dan ke 8 kerusi telah terisi dengan  7 buah negara dan 1 kerusi paling tengah diduduki oleh  sang penyihir Agung.

Cuma satu kerusi sahaja yang masih kosong dan dia dapat membaca dua baris nama.

 KINGDOM RULL MAGIC - RYAI NISHIMURA

'Ayahda!'katanya dalam hati dengan sayu. Secara tidak langsung gambaran anggota keluarganya melintas di kotak fikirannya.

"Apakah Ada Sesuatu Berita Yang baik Dari kamu Sakura" ucap salah satu dari mereka.

Yang dia tahu bahawa ke 4 lelaki yang menduduki kerusi merupakan wakil dari setiap kerajaan rasmi. Dan wakil kali ini merupakan raja bagi setiap kerajaan secara langsung tanpa menghantar wakil untuk mewakili mereka.

Nampaknya misi sulit yang dilaksanakan oleh ketiga wanita di sampingnya cukup penting bagi kesemua penguasa yang cukup terkenal bagi setiap kerajaan.

"Saya mewakili yang lain memberi hormat kepada semua penguasa bagi setiap kerajaan sihir dan khususnya pada yang mulia sihir agung." Sakura memberi salam terlebih dahulu dengan menundukkan badannya dan di ikuti oleh kedua yang lain termasuk Ryunosuke sendiri.

"Sakura bagaimana dengan pencarian kamu bersama dua anggota pelajar dari WhiteFairy Academy! Apakah kamu menemukan sesuatu?"

"Bagaimana keadaan Kingdom Rull Magic! Apakah ada anggota keluarga kerajaan yang selamat?

Ataupun masih terdapat segelintir penduduk yang masih ada di sana?

Dan lagi satu, siapa anak muda yang kamu bawa menghadap kami Sakura! Kenapa dia tidak memperlihatkan wajahnya kepada kami?" Kata sang penguasa dari kerajaan Ironland Magic. Begitu banyak pertanyaannya sehingga menyukarkan Sakura untuk menerangkan satu persatu.

Malah Sakura mengambil masa selama 20 minit untuk menerangkan satu persatu kejadian yang menimpa mereka. Termasuklah, beberapa informasi yang mereka dengar dari satu organisasi hitam akan tentang kejatuhan kerajaan Rull Magic dan jugak tentang keluarga Nishimura yang sempat dijadikan tahanan.

" Tidak sangka akan ada pengkhianat! Jadi apa kamu sudah mengetahui tentang putera sulung dari kerajaan Rull Magic!" Kata sang penguasa dari White Magic yang merupakan ayah kepada Aiko.

Hati tuanya berharap akan ada sedikit berita tentang anak-anak dari sahabat baiknya Ryai Nishimura. Walaupun dia tahu benda tersebut mungkin tidak akan sama dengan harapannya.

Sakura melirik sekilas kearah Ryunosuke yang masih menyembunyikan wajah disebalik jubah yang diberikan oleh Aiko padanya sebelum mereka tiba di menara organisasi sihir.

Melihat anggukan dari Ryunosuke, membuatkan dia tersenyum manis lalu membalas sopan kearah ayah kandung Aiko.

"Mohan maaf yang mulia! Buat masa kami tidak menemukan apa-apa tentang Ryunosuke Nishimura. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk mencari maklumat tentang Ryunosuke dengan segera." 

Ryunosuke menoleh kearah Sakura, dia agak terkejut bila gurunya itu mengubah keputusan untuk menutupi identitinya setelah dia bersetuju untuk berjumpa dengan semua para penguasa bagi setiap kerajaan.

" Tidak mengapa. Saya faham. 

Kamu ambil lah masa. Tidak perlu terkejar-kejar. 

Saya akan sentiasa menunggu berita dari mu. Sekiranya sudah menjumpainya, segera berjumpa dengan saya di istana!" Titah ayah Aiko dengan tenang. 

Dia tahu bahawa wanita itu menyimpan sesuatu dan tidak ingin menyuarakan pada 3 lagi penguasa yang turut hadir di bilik mesyuarat.

 Oleh kerana itu, dia akan menunggu dengan sabar dan dia yakin bahawa bawahannya itu membawa berita yang cukup penting.

"Baiklah yang mulia, akan saya laksanakan segera mungkin!" Balas Sakura sambil menundukkan tubuhnya dengan tangan kanan di dada, manakala tangan kiri di silang ke belakang.

"Baiklah kalian semua boleh pergi." Sambung Ayah Aiko dan menyuruh mereka berempat untuk meninggalkan ruangan ini, walaupun mendapat tentangan dari 2 kerusi yang lain.

"Mengapa kamu biarkan mereka beredar! Padahal kita belum tahu siapa yang mereka bawa?" Soal sang penguasa dari negara yang mempunyai sumber besi.

"Sosok berjubah itu memiliki kekuatan yang cukup kuat tapi di kunci dengan sengaja! Saya yakin dia bukan sebarangan orang!" Kata salah satu kerusi dari kerajaan Angin.

"Saya dapat merasakan aura sihir yang sangat saya kenali!" Kata seorang raja yang duduk di kerusi ketiga.

Namun kesemua persoalan itu tidak di balas secara langsung oleh raja dari kerajaan White Magic, sebaliknya dia meminta diri untuk beredar dengan alasan mempunyai alasan penting.

Setelah itu, dia bergegas menuju ke istana bersama para pengikutnya.

                                

"Kita akan ke mana Sensei?" Soal Ryunosuke kepada Sakura yang leka memandang kearah cermin kereta. 

"Kediaman Raja Hayashi. Saya akan membawa kamu kepada nya. Saya kurang yakin dengan raja yang lain selain dari raja yang saya layani." Balas Sakura tanpa menoleh kearah Ryunosuke. 

Ryunosuke hanya menganggukkan kepalanya lalu membetulkan posisi duduknya dan tidak lupa posisi Aiko yang sedang lena bersandar di tubuhnya.

Manakala Mieko hanya leka bermain fon, dia malas mahu tengok kemesraan pasangan kekasih yang tidak mengira tempat untuk bermesra.

Ada sekali waktu mereka berdua berkunjung kediaman Ryunosuke di asrama lelaki FairyTaniah Academy, dia tanpa sengaja matanya di menangkap saat kedua pasangan itu sedang bercumbu mesra.

Buat dia bertambah malu, bila ciuman itu berlangsung sangat lama miskin pun kehadirannya telah disedari oleh kedua pasangan tersebut.

Tapi bukan mengakhiri malah sebaliknya, Ryunosuke kembali mencium bibir Aiko dengan penuh ghairah dengan alasan tidak dalat berjumpa dengan Aiko dalam masa terdekat.

"Mieko awak okey! Kenapa muka awak merah. Deman ke?" Tanay Ryunosuke hairan bila melihat wajah Mieko yang tiba-tiba berubah warna. 

"Ehem! Ta...tak ada ape Nishimura-San! Saya okey." Balas Mieko yang sedikit canggung dan malu.

Ryunosuke hanya mengiyakan sahaja manakala Sakura tersenyum sumbing memandang kearah Mieko yang masih suci di fikirannya.

"Adakah hubungan mereka dulu terlalu bebas!" Bisik Sakura ke telinga Mieko. Dia tidak mahu percakapannya di dengari oleh Ryunosuke, yang kini sedang leka memandang kearah wajah Aiko yang terlena.

Sesekali dia melihat Ryunosuke mencium dahi Aiko dengan mesra. Seakan mereka berdua tidak wujud di hadapannya.

"Paling teruk setakat ni! Cium je, lebih dari tu Nishimura-Sama tak pernah lakukan dengan Aiko-Sama. Saya pernah dengar dari Aiko, bahawa Nishimura akan melakukan yang itu setelah mereka rasmi menikah " balas Mieko dengan berbisik.

Sakura agak bangga bila tahu akan sikap Ryunosuke yang tidak suka mengambil kesempatan pada seorang gadis. Patutlah anak didiknya yang sorang ni cukup menyayangi pemuda itu kerana sikapnya yang bertanggungjawab.

"Tapi bagi saya, anggota keluarga Nishimura memang bersikap macam tu! Sama jugak dengan putera kedua. Malangnya..." Sambung Mieko yang sedikit sayu. Hatinya kembali sakit bila mengenakan nasib putera kedua yang merupakan saudara kandung Ryunosuke.

Sakura mengenyit, adakah anak didiknya yang ini mempunyai rasa pada putera kedua yang dikhabarkan menjadi tahanan.

Tapi tak silapnya, sebelum kejadian hitam ni berlaku, bukan putera kedua dari kerajaan Rull Magic telah bertunang dengan seorang gadis yang merupakan rakyat jati Rull Magic.

Sejak bila anak didiknya ini menyimpan perasaan pada sosok tersebut?

"Kita dah sampai!" Kata Ryunosuke lalu mengejutkan Aiko dari tidur panjangnya. Setelah itu, dia membantu Aiko untuk turun dari kenderaan beroda empat tersebut.

Pandangan lurus kehadapan yang terlihat pintu masuk istana yang dibina dengan cukup mewah dan berkilau.

"Jom Ryu! Ayahanda pasti dah tunggu kita dekat dalam." Kata Aiko lembut sambil memeluk lengan kanannya dengan mesra.

Dia mengangguk lalu membetulkan keadaan jubah putihnya agar wajahnya tidak terlihat oleh sesiapa yang berada di kediaman rasmi keluarga Hayashi.

Sepanjang laluan menuju ke bilik kerja sang raja, matanya tidak lepas memandang ke arah sisi kiri dan kanan istana yang dihiasi dengan pelbagai hiasan patung dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau.

Selama 15 minit berjalan, akhirnya langkah kaki mereka berhenti di sebuah pintu yang cukup besar dan bercorak classic.

Setelah menunggu beberapa minit, pintu bilik tersebut di buka dari dalam dan mereka di sambut oleh orang kanan raja.

"Jemput masuk puteri mahkota, Mieko-san dan Sakura-san!" Ujar orang kanan raja sambil menunduk hormat kepada Aiko dan yang lain.

"Kalian semua boleh meninggalkan ruangan ini kecuali tetamu yang mulia sahaja di benarkan berada di ruangan yang sama." Arah orang kanan raja kepada pengawal dan beberapa pembantu yang berada di dalam ruangan yang sama.

Sehingga tersisa 6 orang sahaja yang berada dalam ruangan yang sama, malah raja sendiri menggunakan sihir perlindungan dan kedap suara agar sesiapa yang berada di luar biliknya tidak mendengar percakapan mereka.

"Jadi! Berita apa yang kamu bawa pada saya" soal Ayahanda Aiko sambil bersandar di kerusi kerja. Anak matanya tajam menikam ke anak mata Sakura yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Saya rasa baik tuan badan sendiri yang memberi tahu!" Balas Sakura lalu memandang kearah Ryunosuke dengan tanda dia ingin pemuda itu sendiri memberi tahu akan khabar berita pasal dirinya bersama Puteri bungsu Nishimura yang masih selamat.

Secara perlahan-lahan, Ryunosuke menurunkan menutup kepala yang sedari tadi melindungi wajahnya yang kini telah kembali secara asal. Ya kali ini dia berpenampilan sebagai Ryunosuke Nishimura bukan Ryunosuke Hishimura.

Sang penguasa WhiteMagic membulatkan kedua matanya kerana terkejut bila melihat satu wajah yang cukup dia nantikan. Malah wajah itu jugak sedang dicarinya di serata dunia. Tapi anak muda itu begitu hebat menyembunyikan jati dirinya pada semua pemerintahan termasuk musuhnya.

"Saya memberi salam hormat kepada yang mulia Ayato Hayashi. Maaf kerama hamba sudah menyusahkan yang mulia" kata Ryunosuke dengan menundukkan tubuhnya tanda dia menghormati kekuasaan yang dimiliki oleh sahabatnya ayahanda itu.

Merasakan ini bukan mimpi, Ayato lantas bangkit dari kerusi lalu melangkah kearah Ryunosuke dan memeluk tubuh itu dengan sangat erat.Hatinya kini mula tenang bila dapat melihat salah seorang anak dari sahabatnya Ryai Nishimura.

"Macam mana keadaan kamu nak! 

Ayahanda begitu risau dengan kamu! 

Mengapa meninggalkan istana? 

Kamu tahu kan, pihak musuh masih mencari keberadaan kamu dan adik bongsu kamu! 

Ah ya! Adik pompuan kamu bagaimana! Mesti sekarang dia sudah besar bukak?" Soal Ayato bertubi-tubi kepada Ryunosuke setelah melepaskan pelukan mereka.

Ryunosuke sedikit kesusahan membalas segala persoalan yang dilontarkan padanya namun dia tetap membalas dengan lembut dan tenang. 

Setelah cukup lama membalas tentang hal peribadi, kini Ayato kembali fokus ke topik utama. 

Dia kembali dikejutkan tentang pengkhianat yang merupakan seseorang yang cukup dekat dengan Ryunosuke dan Ryaito.

Tapi sosok itu maish menjadi tanda tanya kerana belum mendapat petunjuk.

"Jadi apa yang akan kamu lakukan sekarang Ryunosuke?" Soal Ayato kepada Ryunosuke yang telah di anggap sebagai anak kandungnya sendiri.

"Hidup normal macam yang lain..." Ayat Ryunosuke di potong oleh Ayato dengan pandangan yang serius.

"Hidup sebagai rakyat biasa! Jadi bagaimana hubungan kalian? Apakah tidak boleh di teruskan!" 

Ryunosuke terdiam bila sahabat lama ayah kandungnya itu membuka topik tentang hubungan dia bersama Aiko. 

Atau sebenarnya berharap perkahwinan diantara dia dan Aiko akn terus berjalan. Tapi itu dulu sewaktu dia memiliki segalanya. Tapi sekarang semua tu sudah hilang tanpa sisa.

Dan kini dia hidup sebagai rakyat biasa tanpa ada kekuasaan yang pernah dimilikinya pada zaman kegemilangannya.

"Tapi saya! Tak macam dulu. 

Saya yang sekarang dah sama level dengan rakyat biasa malah mungkin lagi hina!" Kata Ryunosuke dengan rendah diri. 

Dia putus asa akan hubungannya bersama Aiko kerana statusnya yang telah jatuh.

"Kamu sendiri tahu bahawa saya tidak memikirkan soal status seseorang untuk menjadi pendamping anak-anak gadis saya.

 Cukup kalian terima satu sama lain. 

Dan lebih penting! Kamu menerima anak ku dengan segala kekurangan yang dia miliki." Kata Ayato dengan lembut sambil mengusap kepala Ryunosuke dengan lembut.

Dia tersenyum bila melihat kedua mata Ryunosuke telah menitiskan air mata, walaupun tiada sebarang suara esakan. Pemuda itu menangis dalam diam.

"Jujur dengan saya nak! Apakah kamu masih mencintainya?" Soal Ayato dengan membisik di telinganya Ryunosuke.

Ryunosuke hanya menganggukkan kepalanya dengan wajah yang kini sudah basah dengan air mata tapi terlihat merah di wajahnya. Dia sedikit malu bila ditanya akan hal hati.

Ayato tersenyum senang, dia tahu bahawa pemuda di hadapannya masih sama seperti dulu sangat menyayangi anak sulungnya. Walaupun pemuda ini sering bersikap dingin dan tidak ambil tahu.

Tapi tanpa orang lain sedari, anak gadisnya sejak dulu hingga lah kini sering dijaga secara rahsia oleh Ryunosuke. 

Oleh kerana itu, dia dan isterinya tetap merestui hubungan mereka walaupun kini Ryunosuke tidak memiliki keluarga serta kekuasaan seperti dulu.

"Baiklah! Ayahanda akan buat pengumuman bahawa pertunangan kamu akan diteruskan tetapi identiti kamu akan dirahsiakan oleh semua public dalam mahupun luar kerajaan.

Dan bila kamu sudah sedia untuk kembali ke public! Barulah pertunangan kamu serta khabar akan keselamatan kamu yang masih selamat akan Ayahanda umumkan pada seluruh kerajaan negeri dan luar. 

Ambil masa kamu, kami akan sentiasa menunggu kemunculan kamu nak!" Sambung Ayato sambil memandang kearah Ryunosuke dan Aiko secara bergilir-gilir.

Hati tuanya turut bahagia bila melihat senyuman kebahagiaan yang terpancar pada kedua pasangan yang cukup bermakna padanya. 

Nampaknya dia akan memberi tahu berita gembira pada isteri tercintanya akan perhubungan anak sulung mereka yang masih berjalan.

Dia pasti isterinya itu akan turut gembira dan lega bila akhirnya mereka berjaya menjumpai anak sahabat lama mereka apatahlagi sosok itu merupakan sosok yang sangat dicintai oleh anak sulung mereka.

"Hari ini bermalam disini, isteri ku pasti sangat merindui dirimu nak! 

 Kamu jangan risau malam ini hanya ada kami tiga beranak. Adik bongsu Aiko tidak ada di kediaman kerana mengikut sahabatnya bercuti. Manakala anak bujang saya masih belum pulang dari misi kerajaan." Kata Ayato dan menyuruh pelayan untuk menghantar tetamu ke bilik tetamu dan meminta orang kanan untuk menjumpainya secara peribadi.

" Felix, saya mahu kamu rahsiakan pasal hal yang berkaitan dengan calon menantu saya.

Saya tanak berita tentang dia tersedar dalam mahupun luar kerajaan. 

Dan tidak lupa dengan organisasi sihir. Kita tidak tahu sape lawan sape kawan! 

Kita kene ambil langkah untuk berjaya-jaga!" Titah Ayato kepada Felix sang orang kanan yang menjadi kepercayaannya selama dia menjadi raja di kerajaannya.

"Baiklah yang mulia! Saya akan laksanakan tugas yang mulia berikan pada saya dengan sebaik yang saya mampu." Balas Felix dengan tunduk hormat kepada Ayato lalu berundur untuk melaksanakan tugas baru yang diterima oleh sang tua tanpa niat membantah.

"Jangan risau Ryai! Aku akan sedaya upaya melindungi keluarga kau. Itu janji aku Ryai!" Kata Ayato dalam hati sambil teringin kenangan manis bersama sahabat sewaktu dia menjadi pelajar penghantaran ke academy FairyTaniah.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C11
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous