Télécharger l’application
6.45% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 2: Chapter 1

Chapitre 2: Chapter 1

15 Tahun kemudian

Disebuah kerajaan yang tidak kalah Megah dan mewah yang terletak diantara kerajaan sihir lain yang dikenali dengan nama Kingdon White Magic.

Sebuah kerajaan yang memiliki sebilangan penduduk yang mengamalkan sihir suci. Di Kingdom White Magic, turut memilik satu sekolah sihir yang diberi nama Academy WhiteFairy.

Di sana setiap pelajar akan diberikan tunjuk ajar tentang salah silah keluarga kerajaan diantara semua benua di dunia sihir, sejarah pembukaan Kingdom, unsur sihir, akademik dan latihan amali dari segi senjata.

Sama seperti Academy FairyTaniah, Academy Whitefairy turut membezakan taraf seseorang melalui warna di pakaian rasmi sekolahnya.

Di antara nya, Uniform putih emas. Melambangkan seseorang itu mempunyai level sihir yang tinggi dan merupakan keluarga kerajaan ataupun calon bagi setiap penerus keluarga dari bangsawan tingkat tinggi.

Bagi taraf bangsawan rendah, calon kesatria, memiliki sihir putih dan sebagainya akan mengenakan Uniform berwarna putih biru.

Akhir sekali Uniform berwarna putih tanpa sebarang line berwarna, kecuali logo academy. Uniform ini merupakan taraf seseorang yang cukup rendah ataupun dikenali sebagai pemula.

Selalunya, pakaian ini akan dikenakan oleh semua pelajar di awal kemasukkan sebelum mereka di uji dengan menggunakan satu alat sihir. Satu alat sihir yang dapat mengukur level dan elemen sihir yang dimiliki oleh setiap pelajar.

Dari ujian kemasukan tersebut, para guru akan menentukan tempat kesemua pelajar mengikut level dan elemen sihir yang dimiliki dan semestinya setiap pelajar yang telah lolos pada hari pertama akan diberi peluang untuk bekerja pada kerajaan ataupun di menara sihir.

Sistem seperti ini sering digunakan oleh semua kerajaan. Namun terdapat satu kerajaan yang telah mengubah sistem dari pentingnya sebuah derajat serta latar belakang yang berpengaruh kepada tiada darjat atau pangkat semua orang.

Kerajaan tersebut tidak mementingkan status dan latar belakang seseorang untuk bekerja di bidang yang mereka ceburi. Semua rakyat dari golongan bangsawan sehingga hamba dilayan sama rata.

Nama kerajaan itu adalah Kingdom Rull Magic yang kini telah tinggal sejarah akibat peperangan besar yang berlaku pada 15 tahun dahulu. Di mana, kesemua anggota keluarga Nishimura yang merupakan penerus sah kerajaan Rull Magic telah di bantai habis.

Tapi terdapat khabar angin bahawa puteri bungsu dari keluarga tersebut selamat dari tragedi berdarah itu. Tapi keberadaannya masih tidak ditemui.

Namun ada yang mengatakan bahawa si bungsu itu turut terkorban bersama anggota keluarganya yang lain.

Khabar angin itu masih menjadi tanda tanya dan ada segelintir penduduk asal yang tahu akan kebenarannya . Tapi mereka memilih untuk menutup mulut agar dapat melindungi keturunan terakhir dari keluarga Nishimura.

Namun begitu ada seorang gadis yang tidak dipengaruhi akan khabar angin tersebut. Baginya sosok pemuda yang merupakan calon raja bagi kerajaan itu masih hidup hingga kini.

Walaupun sosok itu tidak datang kepadanya namun dia tetap menunggumu kedatangan pemuda itu di istananya. Seperti sekarang dia masih menunggu khabar keberadaan sosok tersebut diseluruh kotanya.

Ya! Dia pasti pemuda itu masih berada di wilayah kekuasaan keluarganya. Itu kerana, di hari ketibaan rakyat dari Rull Magic dia dapat bersua muka dengan pemuda itu namun pada hari kelima, pemuda itu hilang bersama adik bongsu dan hanya meninggalkan satu nota yang cukup menghancurkan hati dan semangatnya.

Di nota itu bertulis bahawa si dia mahu memutuskan pertunangan mereka diatas tidak mampu melindungi dirinya kerana telah gagal menjaga kedamaian negaranya.

Alasan yang digunakan oleh lelaki tersebut untuk memutuskan pertunangan yang telah terjalin lebih dari 10 tahun itu tidak dapat dia terima dengan mudah.

Merasakan tidak terima! Dia memerintahkan kesemua pengawal untuk tidak melepaskan sesiapa sahaja untuk keluar dari jajahan kekuasaan keluarganya tanpa persetujuan dari keluarga kerajaan.

Kerana itu, kebanyakan penduduk dari Rull Magic terpaksa menetap di kerajaan White Magic dan dia yakin pemuda itu tidak sempat untuk keluar dari kotanya kerana arahan tersebut diarahkan selepas dia menerima nota yang ditinggalkan oleh lelaki itu di kamar tetamu yang ditempatkan khusus selama pemuda itu berada di istananya.

Pada mulanya di gusar bila keputusannya tidak terima oleh sang raja yang merupakan ayah kandungnya yang pada masa itu ahli keluarganya yang lain tidak ada di kediaman di atas urusan luar.

Namun perasaan senang bila sang ayah menyokong keputusannya untuk melarang sesiapa sahaja yang ingin keluar dan masuk tanpa mendapat izin dari ahli kerajaan.

Alasan yang ayah pada ahli politik adalah takut memasukkan mata-mata dari pihak yang telah memusnahkan kerajaan Rull Magic.

"Maaf Aiko-sama kalau saya mengganggu masa rehat anda!" Kata seorang pelayan lelaki kepada satu sosok gadis yang sedang berada di koridor bilik tidurnya.

Sang gadis yang dipanggil dengan nama Aiko-Sama tersentak menoleh kearah pelayan dengan senyuman manisnya.

"Adakah kamu telah mendapat apa yang saya inginkan?" Soalnya secara langsung kepada pelayan tersebut.

"Maaf tuan puteri! Saya masih tidak dapat kesan keberadaannya. Dia seakan membuat khabar angin itu menjadi kenyataan." Ujar sang pelayan dengan sopan serta menundukkan badannya kearah Aiko yang sedang asyik bermain dengan kucing kesayangannya.

"Dia betul-betul mahu pertunangan ini putus seperti mana yang diinginkannya" kata Aiko perlahan dengan pandangan yang sayu kehadapan.

Manakala di posisi pelayan lelaki itu masih setia dengan keadaan bersujud di hadapan Aiko tanpa mengeluarkan satu suara dari bibirnya walaupun dia tahu bahawa tuannya kini sedang bersedih.

"Dia hilang begitu je! Dan sesuka hati memutuskan pertunangan ini tanpa meminta persetujuan dariku!" Sambung Aiko yang kini memejamkan matanya. Cuba mengawal emosi yang kian bercelaru.

"It's okay dear! Hide as much as you can!But when we meet again! I will make sure you will be mine forever Ryunosuke Nishimura, and that time there was no rejection from you " kata Aiko dengan nekat yang kuat.

Dia akan pastikan pemuda itu akan berada disisinya sehingga ajal mereka menjemput. Itu lah janjinya.

Di hujung kota besar terdapat satu rumah kecil yang diduduki oleh dua bersaudara yang berlainan jantina yang hidup aman dan damai.

Terlihat satu sosok tubuh lelaki yang tinggi dan gagah keluar dari pintu rumah tersebut dengan pakaian t-shirt merah dan berseluar tracksuit hitam dan terlihat pemuda itu menyandang beg sandang di bahu kanannya.

Dia melangkah keluar selepas mengucapkan selamat jalan pada saudara pompuan nya kini telah berumur 10 tahun. Ya kedua saudara itu adalah Ryunosuke Nishimura dan Raina Nishimura.

Yang kini hidup dengan identiti baru. Tidak ada lagi nama keluarga Nishimura digunakan oleh mereka seakan mengiyakan tentang khabar angin tentang kematian pewaris kerajaan Rull Magic.

Yang Ryunosuke mahu adalah hidup tenang dan damai bersama saudara satu-satunya yang dia miliki setelah kehilangan keluarganya pada 15 tahun lalu.

Selama 25 minit dia meninggal kediaman kecilnya akhirnya dia telah tiba di stesen bas yang sering membawa penduduk tempatan menuju ke mana-mana destinasi yang dinginkan dan antara kota utama.

Ryunosuke mangambil tempat duduk di hujung yang terdapat satu kerusi penumpang sahaja. Dia memasang earfon ditelinga nya.

Niatnya untuk memejamkan mata sehingga dia tiba di kota namun niatnya terhenti bila mendengar percakapan dari dua penumpang di depannya tentang seseorang yang dulu cukup bermakna pada dirinya.

"Kau baca artikel tak pagi tadi! Katanya puteri Aiko menolak pinangan dari keluar bangsawan luar! Alasannya dia masih dalam status bertunang dengan putera sulong dari Keluarga Nishimura " Kata gadis yang duduk dihadapannya kearah rakan yang duduk sekali di kerusi depan.

"Setia betul Tuan Puteri dengan tunangnya walaupun ada khabar angin mengatakan tentang kematian tunangnya." Ryunosuke hanya memejamkan matanya tanpa niat lagi untuk mendengar percakapan diantara kedua penumpang didepannya.

Tapi hatinya tetap tidak boleh menipu bahawa dia sebenarnya cukup merindukan sosok gadis tersebut entah kenapa perasaannya lega bila si gadis masih mengatakan tentang pertunangan diantara masih terjalin walaupun dulu dia pernah meninggalkan sepucuk surat tentang niatnya untuk membatalkan pertunangan tersebut.

'Kenapa kau masih setia dengan aku Ai-Chan?' bisik hatinya yang kembali sayu mengenangkan memori manis mereka berdua sebelum berlakunya kejadian ngeri 15 tahun lalu.

Setelah menempuh perjalanan selama 4 jam! Akhirnya bas yang membawa Ryunosuke tiba di kota White Magic.

Ryunosuke meninggalkan stesen bas dan menuju kearah bandar untuk mencari beberapa barangan yang akan dibawa pulang ke kediamannya.

Disamping itu dia turut mencari jawatan kosong yang ditawarkan oleh mana-mana kedai serbaneka walaupun sering di tolak kerana tidak memiliki latar belakang yang meyakinkan.

Itu kerana dia tidak menggunakan nama keluarganya, dia hanya menggunakan nama depan sahaja sehingga dia sukar untuk mendapatkan pekerja yang memiliki gaji yang menguntungkan. Namun begitu dia tetap tidak pernah berputus asa, dia tetap mencuba walaupun telah ditolak beribu kali.

"Terima Kasih" ucap Ryunosuke dengan senyumannya lalu melangkah meninggalkan kedai roti yang menjadi tempat kegemaran adiknya.

Anak matanya menangkap satu kertas yang bertulis jawatan kosong di sebuah kedai buku yang berada di seberang jalan. Disitu dinyatakan semua orang boleh mencuba tanpa mengira level.

Merasa tertarik Ryunosuke melangkah kearah kedai tersebut dan berharap dia diterima bekerja disitu.

"Selamat Pagi! Boleh saya berjumpa dengan pemilik kedai?" Soalnya setiba di dalam kedai. Anak matanya dalat menangkap satu sosok tubuh seorang wanita yang dilihat sebaya dengan bondanya yang sedang tersenyum kearahnya.

"Ya! Saya pemilik kedai. Apa yang saya boleh bantu?" Ujar sang pemilik dengan sopan dan lembut.

Ryunosuke tersenyum canggung namun dia tetap menguatkan hatinya. "Saya ada melihat kat luar kedai, sini memerlukan tenaga pekerja! Kalau boleh saya tahu, adakah anda maish mencari?" Tanya Ryunosuke dengan perlahan.

"Ya saya masih mencari! Adakah anda mahu bekerja disini?" Soal pemilik kedai kepada Ryunosuke yang kini sedang tersenyum senang.

Pemilik kedai tersebut tertawa kecil laku mengajak Ryunosuke ke pejabat kecilnya untuk memulakan sesi temuduga.

Dengan izin tuhan, akhirnya pencarian Ryunosuke terhenti di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis buku dan dia turut disediakan satu rumah kecil yang terletak di tingkat atas.

Tugas Ryunosuke sangat mudah, dia diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kedai buku kerana pemilik tidak tinggal di area kota. Pemilik kedai atau dikenali dengan nama Sarah Hishimura memiliki dua kedai buku yang berlainan tempat dan salah satunya di daerah lain.

Sarah mencari seseorang yang dapat dipercayainya untuk menjaga dan menguruskan kedainya dengan jujur dan amanah. Akhirnya pencariannya berhasil dia mendapat satu pekerja yang dicarinya selama ini.

"Ini kunci kedai dan rumah kamu di atas. Kamu boleh pindah masuk esok hari. Adakah kamu memerlukan bantuan dari saya untuk berpindah ke sini?" Tanya Sarah kepada Ryunosuke namun di tolak secara halus oleh remaja itu dan mengatakan bahawa dia boleh melakukan sendiri kerana tidak memilik barang yang banyak hanya sekadar pakaian sahaja.

Ryunosuke meminta diri untuk pulang kerumah dan dia berjanji bahawa esok dia akan pindah masuk ke rumah kedai.

Setelah urusannya selesai, Ryunosuke kembali pulang ke desa yang menjadi tempat persembunyiannya dari pihak musuh.

"Abang dah balik Ina-Chan" ujar Ryunosuke setelah masuk kedalam rumah kecilnya.

"Abang Ryu!!!!" Jerit satu suara manja dari arah dapur dan terlihat satu sosok tubuh kecil sedang berlari ke arahnya.

Ryunosuke tertawa kecil lalu menyambut tubuh kecil didalam dakapannya. Dia mengangkat tubuh kecil itu lalu dilambung dan disambut helaian kecil dari bibir merah milik adik pompuannya Raina.

"Kamu dah makan sarapan yang abang tinggal untuk kamu tadi? Hari ini adik abang yang manja ni ada buat nakal ke?" Ujar Ryunosuke sambil melagakan hidungnya ke hidung kecil milik Raina.

Raina tertawa bahagia lalu menggelengkan kepalanya mengatakan bahawa dia tidak berbuat nakal sepanjang abangnya meninggalkan dia keseorangan di rumah.

"Ina dah makan tapi ina lapar balik!" Ujar Ina dengan manja kearah abangnya. Kepala kecilnya dilentok ke bahu bidang milik abangnya dengan manja.

"Abang ada beli roti yang Ina suka?" Soal Raina dengan muka kesiannya. Ryunosuke tersenyum bahagian melihat telatah manja adiknya yang cukup manja dengannya.

Tapi bila dengan orang yang tidak dikenalinya, sosok Raina yang ceria, manja dan nakal akan bertukar dingin dan tidak tersentuh.

Disebabkan itu jugak Ryunosuke merasa lega untuk meninggalkan adiknya bersedian di rumah. Tapi begitu dia masih risau alan keselamatan adiknya di rumah dia takut sekiranya adiknya dalam bahaya semasa dia tidak berada di rumah.

Bila dia mendapat pekerjaan yang membolehkan dia membawa sekali keluarganya untuk tinggal dan menemaninya semasa dia bekerja itu sudah cukup baginya.

Dia betul-betul berterima kasih kepada Sarah yang telah membantunya.

"Abang dah janji dengan kamu dan semestinya akan abang tunaikan.

Kamu makan dulu nanti tolong abang untuk bersiap.

Esok pagi kita akan pindah ke kota. Di sana kita akan mula kan Hidup baru dan abang harap kamu tidak keberatan?" Katanya kepada Raina yang telah diletakkan di atas kerusi.

Raina hanya menganggukkan kepalanya lalu mula memakan roti kesukaan dengan sangat lahap. Dia tidak bermasalah untuk pindah lagi asalkan dia masih dapat bersama abangnya di mana sahaja abangnya pergi.

Ryunosuke mengusap manja kepala Raina lalu mengucupnya sekilas sebelum melangkah kearah bilik tidurnya dan Raina untuk mengemas barangan dan pakaian mereka untuk dibawa ke kota esok.

Keesokan harinya, Ryunosuke bersama Raina telah tiba dihadapan rumah kedai bersama barang barangan mereka.

Setibanya di sana dia disambut hangat oleh pemilik kedai dengan senyuman manis dan ajaibnya adik bongsunya terlihat menyukai Sarah walaupun gadis itu baru mengenali wanita dewasa dihadapannya.

Lagi buat dia sebak bila sarah meminta adiknya untuk memanggil dengan panggilan mama kerana wanita itu telah jatuh hati pada adiknya yang terlihat seumuran dengan anak sarah yang telah meninggal dunia 5 tahun lalu.

Bukan itu sahaja pun tidak kisah andai dia mahu memanggil sarah dengan panggilan ibu namun seperti biasa di tolak sopan oleh Sarah dengan alasan mereka baru sahaja berkenalan.

Sarah mengajak dua bersaudara itu untuk melihat rumah kecil dibahagian atas kedai yang akan menjadi tempat menginap mereka sepanjang Ryunosuke berkhidmat di kedai miliknya.

Lagi membuat Ryunosuke bertambah malu bila malam itu Sarah mengajak mereka berdua untuk makan malam di sebuah restoran yang cukup terkenal di kota itu.

Di malam itu Sarah menceritakan kisah hidupnya yang cukup pilu dimana dia telah kehilangan kedua orang yang sangat disayanginya akibat kelalaian pihak tertentu di salah sebuah syarikat tempat dia berkhidmat setelah dia bercadang membuka kedai buku.

Walaupun dulu hidupnya sunyi setelah kematian suami dan anaknya dia kembali bangkit dari kesedihannya dan mencari sendiri kebahagiaan.

Mereka bertiga berborak sakan dan sering bertukar cerita, dari jauh terlihat mereka seperti satu keluarga.

Mereka akhirnya mengambil keputusan untuk pulang setelah melihat masa yang telah lewat. Malam itu Sarah tidur sekali di rumah kedai dan esoknya dia akan mengajar Ryunosuke tentang kedai bukunya.

Dia akan memantau Ryunosuke sehingga dia merasakan remaja itu sudah pandai menguruskan kedai tanpa bantuannya.

Selama 2 bulan Sarah memantau Ryunosuke sehingga dia merasakan puas akan prestasi Ryunosuke yang cukup dibanggakan sehingga dia lagi sekali meminta untuk maenggangkat Ryunosuke menjadi anak angkatnya namun masih ditolak dengan alasan yang sama.

Dihujung bulan, Ryunosuke dan Raina menghantar Sarah ke Stesen kapal terbang. Hari ini merupakan hari terakhir Sarah bersama mereka.

Raina agak sedih bila terpaksa berpisah dengan sosok ibu yang baru didapatinya tapi kerana ibu angkatnya itu ada urusan dia terpaksa merelakan jugak.

"Mama jaga diri kat sane! Jangan lupakan Ina dan abang Ryu kat sini! Hish.." esok Raina dengan sayu sambil memeluk tubuh Sarah seakan tidak mahu melepas ibu angkat jauh darinya.

"Ya sayang mama! Mama tidak akan lupakan anak angkat mama yang comel ni dan jugak abang kamu yang tak ada perasaan." Ucapannya sambil menjeling kearah Ryunosuke yang hanya memandang datar kearahnya.

Langsung tiada riak di wajah bersihnya susah nak lihat senyuman manis di wajah remaja itu yang sering kali terlihat dingin tapi masih diminati oleh pelanggan muda yang sering datang ke kedainya.

Ryunosuke hanya menggelengkan kepalanya perlahan lalu maenggangkat tubuh Raina dari terus memeluk Sarah sedari tadi.

"Ina jaga sikap! Baik Auntie Sarah pergi sekarang nanti terlepas flight pulak." Kata Ryunosuke kepada Sarah sambil menahan tubuh Raina yang bergerak dalam dakapannya.

"Haaaa....sungguh tidak ada perasaan! Baiklah Mama pergi dulu sayang nanti mama akan telefon abang kamu dan kamu Ryunosuke jangan matikan telefon kamu! " Katanya dengan tegas lalu meninggalkan mereka setelah mengucup dahi Raina dengan sayang.

Mereka berdua masih berada tempat yang sama sehingga tubuh Sarah tidak terlihat di pandangan mereka baru lah Ryunosuke membawa tubuh kecil milik adik perempuannya meninggalkan kawasan tersebut.

Dia perlu kembali ke kedai untuk meneruskan jualannya pada waktu petang dan dai berfikir untuk membuka sampai pukul 7 malam tidak seperti biasanya dia akan menutup kedai dalam pukul 5 petang.

Semasa mereka meninggalkan kawasan itu tanpa mereka sedari telah diperhatikan secara bersembunyi oleh satu sosok misteri.

Pandangan sosok itu fokus kearah Ryunosuke dengan pandangan yang sulit dibaca.

"This world is really small! Finally we meet again. I really miss you dear"


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C2
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous