Télécharger l’application
81.81% Cinta Ulat Buku (bahasa melayu) / Chapter 9: Mayang Setia

Chapitre 9: Mayang Setia

Hari sabtu yang cerah. Ada ramai pengunjung datang ke Pustaka Biru. Seorang pengunjung lelaki kacak datang mendekatiku.

" Cik.. saya mencari buku penulis Mayang Setia, kawan saya bagitau semua koleksi hasil tulisan Mayang Setia ada di sini" Sebaik saja nama penulis itu disebut aku spontan senyum lebar. Mayang setia memang banyak peminat. Tulisan dia memang luar biasa.

" Apa tajuk buku Mayang Setia yang kamu cari?" Tanyaku sambil bagi isyarat supaya lelaki itu ikut aku. Aku melangkah perlahan ke rak buku yang paling ku gemari, rak buku koleksi karya Mayang Setia.

"Saya pun peminat Mayang Setia" Kataku pada lelaki itu. Dan 'klik'! dengan kata-kata itu, begitu mudahnya aku dan pengunjung lelaki yang bernama Roy, mula berbual-bual macam kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa.

" Saya berharap akan ada buku kedua untuk cerita fantasy yang bertajuk Ohara itu" Kata Roy. Aku pun berharap begitu. Buku bertajuk Ohara tulisan Mayang Setia adalah buku fantasy yang paling aku kagumi dan minati.

"ya.. saya setuju.. Cerita Ohara best sangat.. Saya sampai ulang baca beberapa kali buku tu" balas ku dengan rasa bersemangat.

" Sama!" Dan kami ketawa perlahan. Mestilah ketawa perlahan sebab kami berada di perpustakaan. Aku sempat mengerling orang-orang di dalam Pustaka Biru. Ingin memastikan tidak ada sesiapa yang terganggu dengan perbualan kami walaupun aku yakin kami bercakap dengan suara yang perlahan. Adakalanya aku berbisik pada Roy.

Mataku tertangkap pada sepasang mata yang sedang merenungku. Darahku berderau melihat Ariman sedang merenungku dari jauh. Aku cepat-cepat tunduk. Dia marah? Aku dan roy agak bising? Roy juga menyedari tingkahku lalu melihat ke arah Ariman.

"Er.. okay lah. Kamu teruskan bertugas. Saya sudah jumpa buku yang saya mahukan" Kata Roy seperti takut aku dimarahi kerana berbual lama dengannya memandangkan aku adalah pekerja Pustaka Biru. Dari jauh di bahagian kuanter aku melihat jelingan Diana yang seakan-akan ingin membunuhku dengan pandangan matanya. Aku serta merta meneguk air liur. Nampaknya aku membangkitkan kemarahan Diana lagi. Entah apa yang Diana akan suruh aku buat lepas ni?

" Okay.. enjoy your book" Balasku pada Roy lalu bergerak ke rak buku yang lain sambil berpura-pura menyusun dan mengemas buku-buku di rak buku berkenaaan.

"Neera.. mari sini" Panggil Diana. Mukanya serius. Perlahan aku menapak ke arahnya.

" Nah... kau letak iklan ni di luar" Dia serahkan kertas iklan. Tanpa banyak cakap aku pun ambil kertas iklan tu dan lekat di tempat yang disuruh oleh Diana. hmmm ? Iklan jawatan kosong kerja sambilan di Pustaka Biru? tiba-tiba aku rasa dadaku berdebar. Aku.. aku akan diberhentikan kerja? mereka mahu ambil pekerja lain dan buang aku? fikiran seperti itu tidak dapat aku nafikan. Tapi bila masuk semula ke Pustaka Biru, aku diamkan diri saja. Tidak berani bertanya pada Diana. Mungkin Ariman mahu tambah pekerja - bisikku untuk menyenangkan hatiku sendiri.

Sebelah petang Pustaka Biru agak lengang. Aku ambil kesempatan baca satu lagi buku fantasy bertajuk Kota Koba. Tulisan Mayang Setia juga. Sedang aku sibuk baca tiba-tiba aku rasa seperti diperhatikan. Bila Aku dongak aku terpandang Ariman. Muka kacaknya kelihatan serius. Aku teguk air liur. Aku tidak berani tersenyum bila melihat dia serius seperti itu. Walaupun sebelum ini dia layan aku bukan macam layan pekerja dan seakan-akan layan aku seperti kawan. Tapi aku tahu diri. Aku sedar batas persahabatan antara pekerja dan majikan. Ariman tiba-tiba melangkah mendekatiku.

" Neera. Mari ikut saya" Kata Ariman ringkas.

" er.. baik" Tanpa banyak soal aku mengekori Ariman yang melangkah ke luar Pustaka Biru. Kami kemudian masuk ke perut keretanya. Ariman diam tidak berkata apa-apa. Dia memandu dengan tenang. Wajah kacaknya sukar dibaca. Tidak lama kemudian kami sampai ke sebuah kedai buku. Cawangan kedai buku milik Ariman.

"Kamu tunggu di sini" Kata Ariman tanpa memandangku dan keluar dari kenderaan tanpa menunggu riaksiku. Entah kenapa hatiku rasa berdebar-debar. Selama ini Ariman ramah mesra padaku tapi tiba-tiba dia memberi layanan dingin dan serius. Kenapa? Aku ada buat salah? Kepalaku penuh dengan teka teki. Mengingatkan riak mukanya yang serius itu tadi, aku jadi tidak keruan. Dia benci aku?

Tidak lama kemudian Arisa muncul bersama Ariman. Aku rasa bertambah tidak selesa. Bukan sebab aku tidak suka Arisa atau benci padanya. Tapi aku tidak selesa melihat perbualan mesra mereka berdua di depanku.

" Hai Neera.. " Sapa Arisa mesra.

" Hai Risa.." Balasku berbasi-basi.

" Maaflah terpaksa susahkan kau Neera" Kata Arisa. Aku tidak faham. Susahkan aku? Melihat muka blur aku, Ariman bersuara.

" Arisa sepatutnya teman kan saya untuk hadiri satu majlis tetapi dia ada hal penting so kamu akan gantikan dia hari ini. Kamu tak perlu buat apa-apa cuma perlu ikut di sebelah saya" Aku hampir terlompong mendengar kata-kata Ariman.

" Saya ... ?" Aku buka mulut tapi Ariman segera potong.

"Anggap saja kamu sedang berkerja sekarang cuma bukan di Pustaka Biru.." Jelas Ariman dengan nada berbunyi arahan.

"hmmm.. baik. tak ada masalah" sahutku sambil telan air liur. Ariman bercakap sangat formal. Dia benar-benar bercakap seperti seorang bos dengan pekerjanya. Selama ini dia layan aku macam kawan tapi hari ni...

" Majlis tu siap sebelum jam 9 malam" ujar Ariman lagi. Aku angguk. Arisa senyum lebar padaku.

" Jangan risau, kau hanya perlu berdiri dan senyum jika perlu" sampuk Arisa.

" Oh.. baik" jawabku sambil balas senyuman Arisa. Layanan Arisa terasa ramah seperti biasa dan ini buat aku lega sedikit biarpun Ariman seperti dingin dan seolah-olah ingin menbina garis batasan antara pekerja dan majikan. Mungkinkah dia terperasan isi hati aku pada dia lalu dia cepat-cepat membina jarak supaya aku tahu diri dan kuburkan rasa hati aku padanya itu? atau ini hanya perasaan aku saja?

Sepanjang jalan ke airport- menghantar Arisa yang akan terbang ke harbour city untuk melawat neneknya yang sedang tenat, aku hanya mendiamkan diri. Hanya Arisa dan Ariman yang berbual-bual mesra. Sesekali mereka ketawa dan aku tidak tahu hujung pangkal perbualan mereka. Arisa mahupun Ariman seperti tidak berminat untuk aku ikut serta dalam perbualan mereka, maka aku diam dan mula mengelamun sendiri. Selepas menghantar Arisa, Ariman kemudian memandu ke sebuah butik. Dalam perjalanan ke butik itu Ariman tidak berkata apa-apa jadi aku pun ikut diam.

" Mari ikut saya" Ujar Ariman dengan nada berbunyi arahan. Aku akur dan mengikuti dia dari belakang. Sebaik saja masuk ke dalam butik itu kami disambut mesra oleh penjaga butik.

" Ari.. lama tak muncul.. er.. ini siapa?" tanya penjaga butik itu bila melihatku. Aku ikut memandang perempuan yang ku kira berumur sekitar 35 tahun. Berambut panjang dan bersolek tebal. Bila kami bertentang mata aku cepat-cepat memberi senyuman nipis.

" Hai Gina.. ini Neera. Staff sambilan di Pustaka Biru. Hari ni dia gantikan Arisa sebagai partner saya ke majlis Dr.Hisyam " Jelas Ariman. Perempuan bernama Gina itu lantas memandang aku dari atas hingga ke bawah. Seperti tahu akan tujuan Ariman ke butik itu, dia kemudiannya tersenyum lebar.

" Baik!! maksudnya saya pilihkan pakaian untuk dia ke majlis tu?" Tanya Gìna lalu melangkah mengeliling tubuhku sambil memerhatikan setiap inci badanku. Aku terasa kekok di perhatikan seperti itu. Benar juga. Aku hanya pakai jean dan baju T ringkas, manalah sesuai untuk menghadiri apa-apa majlis. Tapi majlis apakah sebenarnya yang akan aku hadiri ini? Aku tidak berani bertanya dan diam sahaja. Dengan aura dingin Ariman, lebih baik aku ikutkan saja arahan dia. Lagi pun dia bos aku dan aku di bayar gaji untuk ikut ke majlis itu.

" Yup! you read my mind! kau ada masa 1 jam" Sahut Ariman lalu berpaling memandangku dan berkata..

" Neera.. saya keluar dulu. Satu jam nanti saya datang ambil kamu" Tanpa menunggu jawapanku Ariman telah pun memutar badannya ke arah pintu butik dan keluar dari situ. Aku ternganga dan kemudian kembali memandang Gina.

" 1st time Ariman bawa staff dia ke sini dan bawa staff dia sebagai partner untuk hadiri majlis" Kata Gina. Muka Gina kelihatan ragu-ragu. Dia kemudian memandangku dengan pandangan seperti sedang berfikir-fikir sesuatu. Aku terkebil-kebil bingung dengan riaksi Gina.

" Mungkin kerana tiada pilihan lain sebab Arisa ada hal kecemasan.." Balasku. Gina hanya senyum kemudian berkata.

"Kamu sebenarnya cantik sekali.. hanya perlu sedikit touch up . Kamu akan kelihatan seperti seorang puteri" Mendengar perkataan puteri dari mulut Gina hampir buat aku ketawa. Dia ingat sekarang ni zaman raja-raja? Melihat riaksi mukaku Gina senyum lagi.

"Mari... ikut saya" Gina menarik tanganku dan masuk ke tingkat atas butik itu. Beberapa pekerja butik yang lain serta merta melihat ke arah kami. Gina mengambil beberapa baju gaun dan memberikannya padaku.

" Pergi try dan tunjuk pada saya" Arah Gina.

" cepat! kita hanya ada masa satu jam.. tak cukup masa sebenarnya. Nak solek lagi.. "

Solek? hmmm. Tapi tanpa membuang masa aku cuba satu persatu baju yang di berikan oleh Gina. Akhirnya Gina memilih gaun putih panjang untuk aku. Dia kemudia memanggil beberapa pekerja untuk 'mengubah' rambutku dan membubuh 'make up' ke muka ku. Bila melihat hasilnya di depan cermin aku seakan-akan tidak percaya gadis yang berdiri di depan cermin itu adalah diriku. Ya tuhan.. cantiknya!!

" Wow! saya yang biasa-biasa ni boleh berubah menjadi cantik juga!" kataku kagum dengan hasil kerja mereka. Gina tersenyum bangga.

" Neera.. kamu memang cantik. natural beauty. bila touch up .. kamu jadi semakin cantik" Kata-kata Gina buat aku kembang semangkuk. Aku tahu aku bukan hodoh. Tapi aku tak pernah rasa diri aku cantik!

" Hmmmm.. time up! sekejap lagi Arimam akan sampai.. harap dia puas hati" Kata Gina.

"Er.. gaun ini... dan dandanan macam ni.. kira-kiranya berapa kos yang Ariman perlu bayar?" tanyaku ingin tahu.

"oh? kau tak tahu?" Gina buat muka terkejut. Aku jadi hairan dan mengeleng.

" Butik ini milik Ariman.. jadi dia tidak perlu bayar apa-apa.. bagaimana pun kos baju dan make up serta dandanan rambut kamu ni kalau untuk pelanggan ia berharga sekitar 1800" Terang Gina. Aku telan air liur mendengar kos baju, make up dan dandanan rambutku.

" Butik ini milik Ariman?"

" Ya.. milik arwah ibu dia tapi sekarang jadi milik Ariman sebagai pewaris" Terang Gina. Aku mengangguk faham. Aku tertanya-tanya dalam hati bagaimanakah riaksi Ariman bila melihat perubahanku. Melihat aku yang 'cantik'. Aku jadi tersenyum. Tidak lama kemudian Ariman muncul, bila melihatku dia hanya diam seketika dengan ekpresi yang tidak dapat ku teka kemudian bersuara.

" Siap? jom!"

Dan dengan itu dia berpaling menuju ke pintu. Aku melihat riaksi Ariman saat melihat perubahanku selepas make over berharap Ariman akan sekurang-kurangnya memuji aku cantik, tetapi nampaknya itu hanyalah imaginasiku sahaja. Ariman tidak merasa apa-apa pun bila melihatku. Entah kenapa aku rasa hatiku terluka!

******


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C9
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous