Télécharger l’application
37.5% FANTAHOMO (BL MELAYU) / Chapter 2: Obsesi: Part 1

Chapitre 2: Obsesi: Part 1

Raziq sangat meminati dan obses terhadap BL drama bersiri. So, BL ni well-known dalam komuniti LGBT sebagai Boys Lover dan merupakan genre drama yang kini popular. Negara terdekat seperti Thailand, Jepun, Filipina dan Korea mempunyai drama bersiri mereka tersendiri yang mendapat ramai tontonan.

Setelah 2 tahun COVID-19 melanda, semua pelajar universiti banyak menghabiskan masa di rumah dan tidak kembali ke kolej. Raziq pula menggunakan masa tersebut untuk khatamkan semua BL yang dikeluarkan pada tahun tersebut mahupun tahun sebelumnya.

Raziq dan rakan sekelasnya, Alif sudah pun membuat permohonan bilik untuk penempatan bagi pembukaan semester baru nanti. Mereka sangat teruja sebab dah lama sangat duduk rumah study online. It's about time untuk jumpa kawan dan study kat universiti semula.

"Awal betul kita balik, kosong blok ni. Takde orang. Kita berdua je" Kata Alif dengan suaranya bergema di dalam blok yang kosong itu.

Mereka berdua datang awal sebelum pelajar lain memenuhi blok tersebut. Sistem penempatan bilik kali ini mungkin secara rawak yang mana berbeza dengan sistem sebelum COVID-19. Sistem ini menyebabkan mereka tidak akan kenal housemates mereka sendiri.

"Itulah awal, siapa lah agaknya housemates kita nanti. Fakulti mana kau rasa?" Jawab aku sambil memunggah barang.

"Dari fakulti mana tak penting. Janji ada lelaki helok. Aku bosan! Kalau dulu duduk blok memasing kenal dari fakulti yang sama. Kalini sebab random. Mesti dapat tengok muka baru." Alif berkata dengan teruja.

Dua hari kemudian, sewaktu mereka ingin keluar makan, kedengaran bunyi bising daripada pintu utama.

"Weh wehh, housemates baru kita weh" Bisik Raziq sambil berlari ke bilik Alif yang berada di hadapannya.

"Ada yang helok tak?" Soal Alif.

"Tak nampak sangat sebab aku cepat cepat masuk bilik kau," kata Raziq sambil duduk di atas katil Alif. "Kau dah siap belum? Jomlah pi makan. Aku lapar. Sambil tu kita boleh acah acah tengok diorang. Mana tau boleh tegur sekali. Kenal kenal?"

"Ah kau jangan nak mengada," balas Alif.

Mereka berdua keluar dari bilik dan terserempak dengan housemates baru. Kelihatan 3 sosok lelaki yang tidak pernah dilihat memasuki blok asrama. Salah seorang dari mereka hanya senyum pada kami dan kalihkan pandangan. Yang lagi 2 tidak hiraukan kami.

Kami berdua masuk dalam kereta, kemudian... "AHHHHHHHH HELOK NYAAA." Aku menjerit sekuat hati.

"Eh bodoh, nanti diorang dengar la. Kau ingat kereta ni kedap bunyi ke. Tengok tu diorang belum habis kemas lagi. Barang dalam kereta diorang ada lagi," marah Alif.

"Tapi weh.. yang sorang tu bawak gitar. OMG.. Terbayang aku nyanyi pastu dia main gitar," sambung Alif.

"Babi gatal. Dia takpe pulak!" Toleh Raziq sambil memandang ke belakang, "WEH WEHH! Tinggi siak yang ni" Lalu Alif pun menoleh dan tergamam. "So diorang obviously sama course or sama fakulti ni," ulas Raziq sambil melihat 3 housemate baru mereka itu masuk dalam blok.

Maka bermula lah fikiran yang menerawang apabila housemate baru mereka masuk dalam asrama yang sama. Uniknya asrama atau kediaman bagi mahasisiwa ini, adalah sebuah bangunan yang mempunyai 2 tingkat. Masing-masing mempunyai bilik sendiri yang lebih privasi dan tidak berkongsi. Kebiasaannya, pelajar tahun satu yang akan berkongsi bilik dengan roommate.

°•°•°•°•°•°

Pada keesokan harinya, walaupun kelas belum lagi bermula. Mereka semua sedang mengemas dan mencantikkan lagi suasana bilik masing-masing.

Raziq bertembung dengan salah seorang housemate baru nya itu ketika ingin keluar dari biliknya.

"Bila masuk? Awal betul" Kata housemate baru nya itu dengan senyuman.

"Oh haah, saja masuk awal sebab senang nk kemas sbb lusa dah start kelas. Korang dari fakulti mana?" Soal Raziq.

"Fakulti Sains Sosial, course Sains Sukan. Siapa nama? Aku Afiq" Jawab pendek lelaki itu.

"Oh aku Raziq. Aku pulak dari Fakulti Pendidikan. Oklah aku gerak dulu, nak pi makan" Sambil senyuman yang dilontarkan semula padanya.

Perbualan itu tamat dengan segera kerana Afiq kelihatan sibuk mengemas dan ingin membuang sampah. Lagipun awal lagi nak korek cerita.

Raziq: Weh diorang dari Fakulti Sains Sosial

Alif: Mana kau tau? Cepatnya stalk

Raziq: Bukanlah! Tadi kiteorang berbual sekejap sempat tanya nama. Yang berbual dengan aku ni Afiq namanya

Alif: Awal betul make move, yang helok tu siapa nama

Raziq: Entah, aku tak tanya pulak. Aku berbual dengan yang bawah ni je.

Blok tersebut mempunyai 2 tingkat, di bawah ialah Raziq, Alif dan Afiq (so far), manakala di tingkat atas pula ialah 2 lagi kawan Afiq.

Hari berganti hari namun mereka ada bertembung tapi malangnya tidak berbual. Kemudian blok tersebut dipenuhi dengan pelajar yang lain dan tidak menarik perhatian.

Tingkat atas: 4 orang

Tingkat bawah: 6 orang

Tandas & pantry: Kongsi

Kelihatan masing-masing leka dengan hal sendiri dan tidak mencuba untuk bersosial. Itulah masalah pelajar sekarang, soft skills semakin menipis dalam diri.

°•°•°•°•°•°

Seminggu kemudian, semua kesibukan dengan kelas dan aktiviti. Pada waktu malam pula, Raziq dan Alif akan penuhkan masa dengan menonton Netflix ataupun BL seperti biasa. Sedang asyik mereka menonton Netflix secara tiba-tiba elektrik terpadam.

"Eh kenapa kipas mati ni?" Soal Raziq.

Mereka berdua menghentikan movie tersebut lalu keluar, "Lahh, seluruh blok takde elektrik. Macam mana ni? Kau tau tak nombor pejabat?"

Alif geleng kepala tanda tidak mengetahui. Lantas dia berkata, "Jomlah keluar, panas pulak."

Apabila mereka keluar, terdapat blok yang berdekatan juga tiada elektrik. Mereka kelihatan tenang dan tidak kisah. Manakala housemate yang lain gusar. Mata mereka terpana apabila melihat 2 sosok tubuh lelaki yang helok pada awal pertemuan hari itu. Mereka juga berbual sama sendiri.

Setengah jam pun berlalu, Alif sedang menelefon rakannya yang lain. Kemudian secara tiba-tiba, lelaki tinggi tersebut mendekati kami dan menegur.

" #($(=°÷¢{{¢} " Kata lelaki itu pada Raziq.

Raziq tercengang, "Ha ?"

"Kiteorang dah call security" Ulang lelaki itu.

Ternyata dia salah faham, mereka ingatkan Alif membuat panggilan untuk settle kan hal elektrik ini namun tidak.

"Oh...oh.. okay" Senyum janggal Raziq kerana terlalu jelas menampakkan dia tidak fokus dengan kata-kata lelaki itu.

Mereka berdua masuk di dalam bilik.

Alif: Asal dia cakap dengan kau?

Raziq: Hahahaha bongok. Weh aku tak sangka dia cakap dengan aku. Punyalah nervous, aku tak dengar memula dia cakap apa. Lepas dia repeat tu. Baru aku dengar.

Alif: Dia patut cakap dengan aku!

Raziq: Handsome weh, tinggi gila. Aku rasa almost 180cm kot. Aku terpaksa pun dongak tengok dia.

Alif kelihatan cemburu dan Raziq pula kelihatan terkesima dengan lelaki tersebut kerana berbual dengannya. Punyalah perasan, orang tu bukan berbual dengan dia tapi cakap hal yang penting sahaja. Sejam kemudian, elektrik sudah kembali seperti biasa dan mereka sambung tonton movie yang tergendala tadi.

°•°•°•°•°•°

November 2021, dua bulan lebih sejak menduduki blok itu dan mereka pun telah habiskan cuti pertengahan semester.

Alif: Weh jom tengok Bad Buddy. Ada boyfriend kau, Ohm Pawat.

Raziq: OMG? Aku sumpah lupa nak tengok. Ohm Pawat kapp, I miss you ~

Bad Buddy merupakan BL yang telah dirilis pada 29 Oktober 2021. Dibintangi oleh Ohm Pawat dan Nanon Korapat.

Kemudian mereka pun mula menonton siri BL tersebut. Alif kelihatan gusar dan memperlahan volume nya apabila membuka intro "RAIKAN TOPENI" yang sungguh ikonik dan obvious jika menonton BL.

Raziq: Kenapa slowkan?

Alif: Kau nak orang dengar ke?

Raziq: So what? Kalau diorang tahu means diorang pun macam kita. Hahahaha

Alif: Memang la tapi taknak la muka kita kantoi

Raziq: Siapa je sangka yang kita ni straight kalau tengok lama lama

Alif: Babi hahaha

Gelak mereka sambil menonton Bad Buddy tersebut.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C2
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous