Télécharger l’application
83.33% WHO DO I LIKE? / Chapter 5: Bab 4

Chapitre 5: Bab 4

"Assalamualaikum" "Waalaikumussalam. Ha, adik kenapa balik lambat? Nasib baik mak tak gerak jemput kamu lagi tau. Tadi macam dengar bunyi motor, takkan cikgu kamu hantar pakai motor pula?". Baru sahaja masuk ke rumah, maknya sudah bertanya soalan. Terpaksalah dia menipu tentang apa yang terjadi. "Hari ni lambat sebab ada benda sikit cikgu minta tolong. Tadi Azriq yang hantar, Cikgu Hafiz ada hal tadi". Kalau dia cerita yang dia kena tampar, mahu 1 keluarga pergi ke sekolahnya nanti. "Oh...kenapa tak ajak Azriq singgah" "Dia pun terkejar masa tu, ada hal katanya". Ya Allah, ampunilah dosa hamba mu ini. Aku dah tipu mak aku. "Kamu tu takde perasaan suka ke kat Azriq tu?". Spontan sungguh soalan puan Fauziah (mak). "Ke-kenapa mak tanya macam tu?" terkejut apabila ditanya soalan itu. Puan Fauziah tidak menjawab. Dia hanya memandang wajah anaknya itu. "Mana ada adik suka dia. Dia tu dah ada girlfriend tau tak?". Ayat first tu macam tipu je. Apabila melihat maknya itu tidak berkata apa-apa, dia terus menaiki tangga menuju ke biliknya. Dia terus meletakkan begnya di tepi meja belajar dan terus menyalin baju. Setelah itu, badannya terus dihempas ke atas katil. Baru sahaja dia fikir untuk tidur, dia tersedar tentang sesuatu perkara. Eh! Aku tak solat zohor lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Dengan kelam-kabut dia segera mengambil wuduk dan menunaikan solatnya. Kemudian, barulah dia tidur petang.

2 jam kemudian, dia terjaga kerana telefon pintarnya tidak berhenti berdering menandakan ada orang yang menghubunginya. Dia pun melihat nama si pemanggil, Fatiha. Oh...ingatkan siapalah tadi. "Assalamualaikum, kenapa kau call aku ni? Kacau je aku tidur" "Takde apa... saje je... Kau ada apa-apa cerita tak nak bagitahu aku?". Tahu sahaja dia jika ada sesuatu yang berlaku. Akhirnya, Nayla pun menceritakan apa yang berlaku. "Wow! gila lah, dah macam drama pukul 7. Lepastu kau ada mesej Azriq lagi tak?" "Takde, dia macam marah je kat aku" "tu bukan marah, tu jealous namanya". Nayla hanya menafikan kata-kata itu. Dia tahu betapa setianya Azriq kepada teman wanitanya. Sakit sungguh hati ni, ya allah. Aku tahu dia mencintai orang lain, tetapi aku tidak boleh mengawal perasaan ini.

Bukannya Nayla tidak pernah cuba untuk berhenti menyukai Azriq. Sudah macam-macam cara dia gunakan termasuklah cuba untuk menyukai Izwan. Namun, semuanya tidak berjaya. Dalam beberapa minit kemudian, mereka pun berhenti berkomunikasi.

Keesokannya.....

Nayla sudah berlari menuju ke pintu pagar sekolah. Jika dia terlambat lagi 5 minit memang duduk di luar lah jawabnya. Nasibnya baik hari ini, dia sempat masuk ke kawasan sekolah tanpa ditahan. Dengan langkah yang laju dia segera ke tapak perhimpunan lalu masuk ke barisan. Tak nampak pun Cikgu Hafiz. Orang datang sekolah nak cari ilmu tetapi dia sibuk mencari crushnya pula. Selalunya setiap kali perhimpunan Cikgu Hafiz memang akan berdiri di hadapan untuk memantau murid. Maklumlah guru disiplin. Setelah selesai perhimpunan, semua murid dibenarkan balik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur. Dalam perjalanan, Nayla secara kebetulan sedang berjalan bersebelahan dengan Azriq. "Wei, kau nampak Cikgu Hafiz, tak?" soal Nayla. Azriq yang mendengar soalan itu terus memandang Nayla dengan muka yang kelat. "Apahal kau nak tahu!? Rindu scandal kau tu ke!?". Nayla hanya fikir bahawa Azriq bergurau sahaja, jadi dia pun ketawa sedikit. Apabila dia memandang muka Azriq, dia melihat muka lelaki itu sedang memandang tepat ke arahnya dengan pandangan yang macam hendak telan orang. Nayla berasa hairan "Kenapa dengan kau ni? Moody semacam je". Tak mungkin Azriq masih marah tentang kejadian kelmarin. Nayla juga sudah menerangkan perkara yang terjadi. Habistu, apakah yang menimbulkan perasaan marah Azriq? Dia pun tidak faham, kebelakangan ni Azriq seperti mengelak dengan dirinya. Memanglah mereka ada berehat bersama-sama tetapi kebanyakannya waktu mereka hanya ditemani kesunyian kerana tiada sesiapa yang memulakan perbicaraan itu. "Kenapa dengan aku!? Kau ingat aku tak tahu ke kau tu suka Cikgu Hafiz!? Kau dah ada boyfriend lah, Nayla! Pakai otaklah!" dengan tidak semena-mena Nayla dimarahinya. Kenapa ramai sangat orang nak marah aku ni? Salah ke aku suka Cikgu Hafiz? Nayla sudah menanyakan soalan ke dirinya. Dia tidak berganjak dari tempatnya itu. Dia tidak memperdulikan orang-orang disekelilingnya. Apa yang perlu dia lakukan? Nak Marah balik ke? Nak cerita ke? Nak tipu?

—Continue...


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C5
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous