Tanpa mereka sedari ada mata yang memandang mereka. Nayla yang rasa dirinya itu diperhati mula memandang ke kelas yang mereka sedang lalui. Matanya menangkap mata pemerhati tersebut. 'Izwan..' desis hatinya. Izwan merupakan 'boyfriendnya'. Mereka tidak couple tapi 3 bulan lepas Nayla pernah memberitahu Farisya bahawa dia rasa dia suka akan Izwan tersebut. Namun tanpa pengetahuannya, Farisya memberitahu Izwan tentang perkara tersebut dan lelaki itu membalas perasaannya yang entah betul entah tidak itu. Nayla cuba untuk menyukai Izwan dengan harapan dia dapat melupakan Azriq dan cikgu Hafiz. Namun, harapannya tidak berjaya. Demi menjaga hati lelaki itu, dia pun 'play along' dengan 'percintaan' mereka itu.
"Nayla". Lamunannya mati apabila terdengar suara Azriq memanggil dirinya. "Kenapa, riq?" soal Nayla. "Takde lah, tadi aku nampak boyfriend kau tu asyik pandang kau je. Macam nak telan orang pun ada aku tengok. Dia marah ke aku jalan ngan kau ni?". Nayla ingatkan hanya dia sahaja yang perasan tenungan itu. Rupanya Azriq juga merasakannya. "Buat apa dia nak jealous. Kau ngan aku dah kenal kau lama kot. Kalau dia jealous aku dengan kau. Aku sanggup break up dengan dia" jelas Nayla. Ayat last tu macam ada maksud tersirat je. Azriq merasakan itu perkara biasa kerana dia tahu Nayla memang orang yang lebihkan kawan daripada boyfriend. Beberapa minit kemudian, mereka pun sampai di koperasi sekolah. Mereka mula beratur untuk membeli waffle. Setelah membayar mereka pun mencari tempat duduk. 5 minit telah pun berlalu dengan kesunyian. Tiada seorang pun berkata apa-apa. Memanglah mereka sedang makan tapi selalunya ada sahaja benda yang diborakkan. Oleh kerana tidak selesa dengan kesepian tersebut, Nayla pun bersuara "Kau suka Alya lagi ke?". Walaupun dia sudah tahu jawapannya tapi dia tetap akan tanya soalan itu sehingga dia dapat jawapan yang dia mahukan. "Mestilah suka. Dia kan Girlfriend aku. Kau ni setiap bulan tanya benda sama. Kau suka aku ke?" tanya Azriq yang sudah memandang tepat kearah Nayla. Kecut perut Nayla apabila dipandang begitu. Azriq merupakan orang yang jarang marah tapi kalau melibatkan girlfriendnya cepat aje dia jadi serius. Padan muka kau Nayla! busy body lagi. "Ma-mana ada aku suka kau. Kau pun tahu kalau aku suka kau aku dah cakap dah dari dulu. Eh, dah lah sambunglah makan. Kang tak sempat habiskan pulak" sebaik sahaja habis kata-katanya itu, dia terus menghabiskan wafflenya yang tinggal separuh itu. Azriq hanya memerhati sahaja rakannya itu. Nak percaya pun macam tipu tapi tak percaya macam betul. Akhirnya mereka sambung makan. 'Ish, apalah aku ni! Pergi tanya pasal Alya tu dah kenapa!? Kan dah kena batang hidung sendiri!" sempat lagi dia memarahi dirinya.
Habis sahaja makan, Azriq menyuruh Nayla kembali ke kelas kerana dia hendak le tandas. Nayla pun akur. Yelah, takkan orang tu nak pergi tandas pun nak ikut kan? Dalam perjalanan Nayla ke kelas, dia dapat melihat Izwan sudah menunggunya dari jauh. 'Aduh...apalah yang mamat tu nak'. Nayla bukan benci Izwan, namun bagi Nayla, sifatnya itu kadang-kadang agak mendesak. Dengan hati yang berat Nayla pun menuju ke arah Izwan. "Kenapa kau tunggu aku?" soal Nayla. "Kemain mesra lagi awak dengan Azriq tadi" ujar lelaki itu dengan nada yang marah. Izwan memang menggunakan 'awak/saya' hanya Nayla sahaja yang menggunakan 'aku/kau'. "Apa yang kau cuba sampaikan ni? Aku kan dah bagitahu kau, Azriq tu kawan baik aku. Bukannya aku pergi peluk dia ke apa ke". Ujar Nayla. Dia memang pantang kalau orang jenis yang nak mengamuk tak tentu pasal ni. "Kau tu couple ngan aku, Nayla! Bukan Azriq." sudah hilang 'awak/saya' seperti tadi. "Kau ni tak suka aku lagi ke!?" nada Izwan sudah meninggi. Dia ingat sekolah ni bapak dia punya. "Aku tak pernah suka kau pun lah! Farisya yang sibuk pergi bagitahu kau. Aku cakap ngan Farisya yang aku RASA aku suka kau. Bukannya sampai nak couple! Kau jangan nak berangan boleh tak!?" terus terang Nayla bertutur. Dia sudah tidak tahan lagi dengan lakonannya. Dia juga tak mahu sakiti Izwan. Biarlah orang lain yang menyukai lelaki itu. Tetapi apa yang dia pasti dia tidak menyukai lelaki itu. Tanpa mendengar jawapan lelaki itu, dia terus menaiki tangga untuk ke kelasnya. Memang dia rasa serba salah tetapi pada masa yang sama, dia rasa seperti beban yang ditanggung selama ini sudah jatuh bertaburan di tanah. Ringan sungguh rasa bahunya. Sebaik sahaja tiba di kelas, Nayla menceritakan peristiwa tadi. Rakan-rakannya menyokong tindakan Nayla kerana mereka rasa daripada menipu lebih baik berpisah. Farisya juga meminta maaf tentang tindakannya yang terburu-buru itu. Beberapa minit kemudian mereka melihat Azriq sedang mengekori guru Bahasa Inggeris mereka sambil mengendong beg yang berisi buku tulis mereka. Mereka pun meneruskan pembelajaran seperti biasa hingga balik.
—continue...