Hari yang di tunggu-tunggu akhirnya menjelang tiba… Para wanita yang ada menjalankan tugasan mereka secara senyap-senyap sambil di perhati Ariya, Dawna dan Fasyla dari jauh… Penguatkuasa yang datang agak kehairanan, ke mana mereka pergi, mereka tidak menjumpai walaupun seorang laki-laki… Namun itu membuat mereka lebih berpeluang untuk berdiam lebih lama…
Dengan kekuatan satu ketumbukan, pegawai bawahan yang mengetuai mereka mengarah agar para penguatkuasa menjalankan tugas masing-masing, tanpa mereka menyedari; senjata mereka di curi satu persatu dari kereta kuda mereka… Para wanita begitu bijak mempermainkan kesemua penguatkuasa yang ada, baik dari segi fizikal mahupun seksual dan permainan mereka itu tampak menjadi…
Semua bagaikan satu drama dan sudah pasti, cara itu di cadangkan oleh Dawna sebelum penguatkuasa tiba… Manakala Fasyla memberikan buah fikiran kepada Ariya dan Dawna dengan memberi elemen kejutan sebelum kesemua penguatkuasa menyedari mereka semua di perbodohkan… Itu sudah mesti menjadi satu detik yang amat memalukan sebaik sahaja mereka terlewat…
Buat masa sekarang, rancangan mereka semua membuahkan hasil yang agak memberangsangkan… Bilangan penguatkuasa yang di perdaya begitu ketara dan ada di antara mereka di bunuh dalam diam… Tiada siapa pun menyedari kehilangan komrad-komrad mereka kerana itu… Pegawai bawahan hanya bertindak membiarkan apa yang telah berlaku, terus berlaku tanpa dia tahu…
Rencana untuk merampas kesemua senjata penguatkuasa berada di puncak apabila ada di kalangan mereka mula menyedari senjata yang di bawa semakin berkurangan sepertimana kurangnya orang-orang mereka… Di sini; Ariya, Dawna dan Fasyla keluar dari tempat persembunyian dan memberi kejutan bersama para wanita yang datang lengkap dengan senjata yang di rampas…
Pegawai bawahan agak terkejut apabila dia dan baki orang suruhannya di kepung dari segenap arah oleh mereka semua… Dia tidak dapat melarikan diri maka terjadi satu perbualan di antara dia dan Ariya… "Celaka kau orang semua!!! Kau orang memperdayakan kami dengan tipu helah kau orang!!!" Ariya membalas kenyataan itu, perlahan-lahan…
"Lebih celaka lagi kau orang semua menganggap kami semua; para perempuan, hanya barang mainan untuk kau orang mainkan dengan sepuas hati kau orang!" Pegawai bawahan itu kelihatan begitu terasa dengan apa yang di ujarkan Ariya lalu membentak… "Aku akan pastikan, kau orang semua akan di hapuskan!!!" Dawna mendatangi lelaki itu…
"Sebelum kami semua hapus kau orang, aku beri peluang terakhir untuk kamu semua menyerah diri; atau mati!!!" Pegawai bawahan itu berketawa dengan terbahak-bahak apabila Dawna menyatakan permintaannya… Dia memandang tepat muka mereka bertiga dan para wanita yang ada lalu bersuara dengan nada megah tanpa sebarang pun rasa hormat dan malu…
"Menyerah diri?! Hah! Takkan pernah sesekali kami semua menyerah diri pada kau orang!!! Bangsat!!!!!" Fasyla yang panas telinga mendengar segala pelancangan lidah pegawai itu memberi arahan kepada para wanita yang memihak kepada mereka bertiga dengan menghapuskan mereka semua tanpa meninggalkan walau seorang pun untuk hidup… Ariya pandang Dawna dan tersenyum…
"Kita sudah berjaya!!!" Semua para wanita yang ada menangis dalam kegembiraan apabila misi yang mereka jayakan secara bersama, berjaya dengan jayanya… Ada di kalangan mereka berpelukan sesama sendiri dan ada yang tidak percaya mereka sudah mampu menentukan hala tuju mereka sendiri, tanpa perlu di kongkong oleh kaum adam, selama ini…
---
Kesemua budak-budak yang ada di depannya kelihatan kagum dengan cerita yang di sampaikan olehnya… Membahasakan dirinya sebagai nenek, dia mengujarkan kepada mereka dengan nada tenang lagi ceria… "Apa yang terjadi pada waktu itu menjadi bualan hangat di serata komuniti sehingga mencorobong masuk ke dalam Dewan Senat…" Dia menyambung lagi kata-katanya…
"Mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta meningkatkan penindasan terhadap kaum hawa sebagai tindak balas dari apa yang telah berlaku…" Budak yang bersuara kepada dia sebelum ini, memberi reaksi kurang senang memandangkan dia merupakan seorang dua lelaki di kalangan mereka… "Agak tidak patut mereka meneruskan penganiayaan sebegitu rupa… Apa salah mereka, nek???"
Mereka semua menunduk kepala, barangkali merasa emosi; atau berfikir sejenak dengan kata-kata kawan mereka itu sebelum dia meneruskan pengujarannya yang terhenti seketika… "Bagi nenek, tiada siapa yang salah di sini… Mereka bertindak kerana mereka sudah sekian lama di didik sebegitu… Memang betul apa yang kamu katakan, nak tapi fikir-fikirkanlah sekejap…"
Budak itu terdiam lalu mengangguk kepala, bersetuju apa yang di kata… "Sungguh bertuah kamu semua hidup pada zaman yang aman dan damai seperti sekarang… Tiada lagi penindasan; tiada lagi penganiayaan… Berterima kasihlah kepada Tuhan, lagi-lagi kepada mereka berdua yang banyak berkorban untuk kita…" Dia menundingkan jari telunjuknya ke tugu peringatan…
Masing-masing berpandangan sesama sendiri… Ada yang teruja dan ada yang terharu… Dia yang sudah tahu menahu tentang perkara itu mengutarakan permintaan kepada mereka semua… "Nak nenek sambungkan lagi cerita nenek kepada kamu, anak-anakku???" Mereka semua membalas dengan satu nada yang sama… "Nak!!!" Dia tersenyum riang… "Mari kita sambung semula, ya???"
---
Dengan kejayaan yang mereka semua peroleh tempohari; Ariya, Dawna dan Fasyla menubuhkan Parti Kebebasan SeNegara walaupun ada di kalangan mereka masih bersikap skeptikal, barangkali kerana beranggapan bahawa penubuhan organisasi itu mampu memberi kesan yang buruk kepada kampung di kawasan pergunungan itu… Tanpa mereka tahu, di serata negara; penindasan makin menjadi-jadi…
Jauh dari mana mereka berada, satu sidang tergempar Dewan Senat di adakan untuk memberi kata dua dengan kebangkitan yang mula bermaharajalela di utara tanah air mereka… Di anjurkan oleh Kaunselor, sidang itu menyatakan kata sepakat oleh majoriti bertindak mengekang perluasan membebaskan wanita dari terus melemahkan institusi pentadbiran utama secara amnya…
Manakan tidak, jika tidak di kekang; perluasan itu akan menuju terus ke pusat pentadbiran Kerajaan dan itu sangat membimbangkan atase bagi sistem perdagangan dan kewangan negara… Mereka menyeru Mejar Brigadier Jeneral Maheda selaku ketua urus tentera agar mengambil tindakan serius supaya perluasan itu dapat di berhentikan dengan serta-merta dari berterusan…
Perintah yang di beri itu di terima dengan begitu teliti supaya hati para menteri di dalam Dewan Senat terjaga… Pada hari yang sama dia di beri kuasa untuk menghapuskan sebarang bentuk penentangan dari kaum wanita, dia mengarah kampung pergunungan yang telah mengorbankan pegawai bawahan dan ketumbukannya sebelum ini; di musnahkan…
Pegawai atasan agak terpana-pana bila ketua urus tentera berusia empat puluhan itu memberi arahan dengan muka selamba… Raut wajahnya itu tidak menyatakan sebarang rasa… Bagainya, penentangan yang mula bertapak di negara mereka hanya sekadar satu kumpulan bodoh untuk orang-orang bodoh… Dia tidak pusing dengan keputusannya untuk menghapuskan mereka dengan segera…
"Tuan memang tak berfikir dua kali tentang mereka itu semua???" Dia di tanya oleh pegawai atasannya sebaik selesai sidang Senat… "Mereka??? Buat apa nak aku fikirkan mereka??? Takda guna bukan???" Jawapan berbentuk soalan itu bukan yang di harapkan pegawai atasannya… "Saya faham, tuan; tetapi…" Maheda mengerut muka, masam… "Kenapa pula???"
"Tuan tak merasakah yang mereka semakin hari semakin kuat mengukuhkan pengaruh dan sokongan di serata perkampungan gunung yang mereka tawan???" Air muka Maheda berubah ketara apabila pegawai atasannya itu menekankan perkataan 'semakin kuat' seolah-olah menidakan kemampuannya untuk menentang wanita-wanita itu… "Kau ingat aku siapa?! Ini Maheda! Jangan kau pandang rendah!!!"
Terkahan dari Maheda membuat pegawai atasannya mendiamkan diri seribu bahasa… Dia cuma mampu menggeleng kepala, barangkali kerana kesal lelaki yang memanggil dirinya sebagai Maheda itu tidak mahu mendengar pendapatnya dahulu… Sebelum dia meminta izin untuk pergi, dia menyatakan sesuatu kepadanya… "Saya harap tuan tidak menyesal dengan apa yang tuan lakukan…"
Maheda di tinggalkan berkeseorangan dengan perasan marah yang mula meluap-luap… Dia di malukan depan mata dan dia tidak mahu di malukan untuk kali yang kedua… Lelaki itu akan menghapuskan kesemua musuhnya itu tanpa pengasihanan! Itu yang membuat Maheda bertekad meneruskan arahan yang di keluarkan… Dia takkan berpaling lagi dari keputusannya…
---
Ariya, Dawna dan Fasyla mula merangka pelan untuk menguatkan lagi parti yang baru mereka tubuh bersama para wanita yang di bebaskan oleh mereka bertiga… Penubuhan beberapa kompenan berkaitan mendapat sambutan memberansangkan antaranya Lembaga Ketenteraan, Suruhanjaya Kewangan, Majlis Perundingan dan Jabatan Kepimpinan… Semuanya dari usul bebas yang di bawa ke hadapan…
Melalui beberapa kompenan yang baru tertubuh itu, Parti Kebebasan SeNegara dapat bergerak secara kolektif dan asertif pada masa yang sama… Lembaga Ketenteraan di tadbir oleh Ariya sebagai Urusetia Am, Suruhanjaya Kewangan dan Jabatan Kepimpinan pula di urus Dawna sebagai Ketua Yang Terutama manakala Fasyla mempengerusi Majlis Perundingan sebagai Penasihat Ulung…
Mereka bertiga selaku Orang Penting parti yang di haramkan penubuhannnya itu mengutarakan pendirian yang sama seperti sebelum ini… Dengan bantuan isteri ketua kampung, mereka memandang tepat peta Kerajaan yang di beri perempuan di lewat senja itu kepada mereka… "Sekarang kita di sini…" Dawna menunjuk kontur-kontur yang ada di dalam peta…
"Dan pekan terdekat terletak berapa ratus batu dari sini…" Kali ini Dawna menunjukan beberapa kawasan tanah lapang dan agak bertanih… "Jika kita dapat tawan beberapa pekan di dalam kawasan ini, kita dapat bekalan dari segi makanan, minuman, persenjataan dan perubatan…" Jelas Dawna, di teliti oleh Ariya dan Fasyla... Mereka mengiya…
"Tidak jauh dari pekan-pekan itu, terdapat hutan belantara dan tempat itu akan kita jadikan markas kecil kita untuk kita gunakan…" Dawna pandang Ariya dan Fasyla sebelum memandang para wanita yang menunggu hasil dari perbincangan mereka… "Kita akan guna separuh dari kekuatan kita dalam penawanan itu… Bakinya, kita tinggalkan di sini…"
Ariya pandang semula Dawna lalu menyatakan kepastian… "Kau jangan risau dengan orang kita, semua sudah bersiap sedia… Kau cuma perlu beritahu kepada kami semua, bila kita boleh mulakan penawanan itu… Lebih baik, secepat mungkin…" Dawna membalas semula apa yang di utarakan Ariya… "Tunggu aku beri kata putus dalam masa terdekat…"
---
Budak-budak itu agak tercegang untuk seketika apabila dia memberhentikan seketika cerita yang di sampaikan… Walaupun agak tidak berpuas hati, mereka memberi satu kesempatan untuk dia menjamah kudapan dan minuman yang di beli… Masa berehat itu di gunakan sepenuhnya untuk budak-budak itu menyusun kata untuk bertanya dengan lebih lanjut berkenaan ceritanya…
Sebaik selesai bersantapan, budak yang pertama mengutarakan pertanyaan berkenaan Mejar Brigadier Jeneral Maheda… "Dia siapa, nek? Apa peranan dia dalam mengekang penentangan Parti Kebebasan SeNegara???" Dia tersenyum dengan soalan yang di terima lalu membalas secara ringkas… "Dia anak seorang peladang yang berjaya dalam bidang ketenteraan dalam masa yang sangat singkat…"
"Dalam pengekangan, dia merupakan musuh pertama dalam senarai penentangan untuk di hapuskan dengan apa jua cara… Ariya, Dawna dan Fasyla tahu benar reputasi lelaki hampir separuh abad itu jadi mereka tidak mahu memandang dia sebelah mata... Tambahan pula, dia juga mengarahkan orang-orangnya melakukan penganiayaan sistematik terhadap mana-mana wanita dalam negaranya…"
Budak itu memcebek muka… "Lelaki gila…" Perempuan tua itu menahan ketawa bila budak itu menyuara akan ketidakpuashatiannya… "Ada siapa-siapa nak tanya apa-apa kat nenek???" Seorang budak lagi menyusul… Pertanyaannya pula kali ini agak menarik… "Kenapa Ariya dan orang-orangnya perlu Dawna untuk memberi gerak kerja kepada mereka??? Bukankah mereka sendiri mampu???"
Dia terdiam sejenak lalu membalas dengan sangat cermat… "Ariya percaya pada kemampuan Dawna memandangkan latar belakang keturunan temannya itu mampu memberi kelebihan kepada mereka semua dalam perjuangan yang di sepakatkan… Memang mereka sendiri boleh melakukan segala gerak kerja tetapi tanpa koordinasi yang bagus, hasil yang di peroleh pasti berbeza; bukan???"
Budak itu mengangguk kepala tanpa sepatah kata barangkali kerana mengerti dengan apa yang perempuan tua itu sampaikan kepadanya… Budak ketiga, yang jauh lebih berusia daripada mereka semua mengajukan pula pertanyaan… "Nek, mampukah tak sampai beberapa puluh orang perempuan menawan pekan-pekan itu??? Rasa macam tak masuk akal pula…" Dia tersenyum lebar…
"Tak mustahil jika percaya pada kemampuan diri sendiri… Masing-masing sudah tahu dengan apa yang mereka akan lalui dan mereka mahu penamat yang baik setelah apa yang telah berlaku… Memang agak sukar tetapi itu sajalah cara terakhir yang dapat mereka fikirkan…" Budak itu memandang dia dalam-dalam lalu memberikan satu senyuman lebar…
"Anak-anak nenek ni semua pandai-pandai belaka… Dah macam orang dewasa bila aju pertanyaan… Ermmm, cerita nenek panjang lagi ni; tak apakah kamu semua dengar sampai habis???" Mereka semua memberi anggukan dengan serentak dan itu membuat perempuan tua itu membulatkan jawapan… "Kita berhenti dekat mana tadi??? Oh ya… Pasal penawanan pekan-pekan…"
---
Setelah hampir seharian mereka menunggu, akhirnya Dawna mendapatkan mereka semua… Dia memberikan kebenaran kepada Ariya mengetuai seramai lima puluh tiga orang perempuan untuk memulakan penawanan mereka semua terhadap pekan-pekan yang di katakan sebelum ini… Pekan pertama yang terletak tidak jauh dari markas utama mereka hanya menanti masa untuk di bebaskan…
Di beri nama Sawja, pekan ini menjadi pintu masuk kepada kampung pergunungan… Hutan yang di maksudkan oleh Dawna pula hanya berdekatan di antara pekan-pekan yang ingin di tawan mereka… Seperti yang di bincangkan sebelum ini, Ariya membina satu markas kecil di tengah hutan itu dan mula mempersiapkan diri bersama orang-orangnya…
Dari apa yang mereka semua tahu, Sawja mudah untuk di tawan berbanding pekan-pekan yang lain dek kerana kedudukan pekan itu agak terpencil… Ariya yang tidak sabar untuk mengetuai orang-orangnya bertindak menyusup masuk ke dalam pekan itu bersama setengah dari angkatannya dan segera membuat huru-hara dalam masa tidak sampai beberapa ketika…
Pekan Sawja di tawan setelah mereka berjaya menghapuskan beberapa orang penguatkuasa yang di tempatkan di kawasan tersorok dalam pekan itu… Pembebasan para wanita di dalam pekan itu menambahkan lagi jumlah kekuatan yang ada membuat Ariya lebih bersemangat untuk meneruskan penawan pekan-pekan yang lain… Sasaran seterusnya, pekan Zaloza; dalam beberapa batu…
Pekan ini pula tidak seperti Sawja kerana di kawal dengan pengawasan sederhana… Penguatkuasa dengan kekuatan seramai beberapa puluh orang tidak menjadi halangan untuk Ariya menawan dengan kadar segera… Dengan tambahan seramai beberapa puluh orang lagi; orang-orang Ariya tanpa bersusah payah menumpaskan mereka semua dalam jangka masa yang tidak di sangka-sangka…
Penawanan pekan Zaloza membuka lebih banyak peluang untuk Ariya dan orang-orangnya meneruskan penawanan beberapa pekan lagi… Kekuatan asal mereka kini bertambah tiga kali ganda bersama kelengkapan senjata dan bekalan yang tidak putus-putus di agihkan secara sistematik dan bertingkat dari Sawja ke Zaloza dan markas kecil mereka di tengah hutan belantara…
Kali ini, pekan Jawha dan pekan Cwola mendapat perhatian mereka… Memandangkan kedua-dua pekan ini bersebelahan, ia menjadi satu tentangan yang agak sengit kerana pengkuatkuasa yang di tempatkan di sini lebih ramai dari pekan Zaloza yang di tawan mereka semua… Di sini, Ariya menggunakan satu teknik yang sangat licik lagi merbahaya…
Dia menggunakan senjata yang ada lalu mengubah sebanyak mungkin untuk di jadikan bahan letupan… Pendekatannya mudah, serang pos kawalan dengan jumlah kuantiti yang agak sedikit… Apabila penguatkuasa sedar, Ariya akan menggunakan serang padu setelah perhatian mereka di alihkan dari pengawalan… Ternyata, kedua-dua pelan si pembunuh itu menjadi dengan sangat terancang…
Terkejut dengan serang menggila, penguatkuasa yang ada bertempiaran lagi menyelamatkan diri namun usaha mereka hanya memburukan lagi keadaan yang haru-biru… Bantuan yang datang dari Sawja dan Zaloza membuat mereka semua terkepung dalam kedua-dua pekan yang di beri jolokan nama 'Transit Makanan Dan Bekalan Utama Dalam Negara'… Ariya mendapatkan para penguatkuasa…
Mereka agak terkejut dengan kehadirannya kerana mereka sangat mengenali perempuan muda itu… "Bu-bukankah kau, si pembunuh yang kami cari selama ini?! Berani kau bertindak sebegini! Kau tahu tindakan kau akan membuat lebih ramai perempuan dalam negara ini terus-terusan di tekan?!" Ariya mengibarkan bendera partinya lalu membalas dengan penuh rasa bangga…
"Kalau aku berhenti sekali pun, adakah kami semua mendapat hak dan keadilan yang sudah sekian lama kau orang semua mempertikaikan?!" Mereka semua terdiam dengan penyataan Ariya… Mereka tahu katanya benar… "Dengan tertawannya kesemua pekan di dalam Provinsi Jaleha, kami mengisytiharkan provinsi ini sebagai Wilayah Pembebasan Sejagat!!!" Pengikut Ariya menyahut seruannya…
"Dan kamu semua, bawakan perkhabaran ini kepada orang besar kamu… Katakan kepada mereka, Sungai Ilai akan bertukar warna apabila Parti Kebebasan SeNegara mengetuk Pintu Gerbang Palwka… Bukan dengan belantak; tetapi dengan senjata berpeledak!!!" Para penguatkuasa yang masih lagi hidup mengambil peluang ini untuk melarikan diri tanpa berpaling ke belakang lagi…
Bersambung...