Télécharger l’application
84.61% Kumpulan kisah pendek (bahasa melayu) / Chapter 22: Too late? ( part 1)

Chapitre 22: Too late? ( part 1)

Aku tak pernah sedar apa yang ada dalam hati ku sehingga satu hari dia memberitahu yang dia akan bertunang. Jihan akan bertunang. Bertunang dengan gadis pilihan keluarganya. Dia memberitahu dengan wajah penuh senyuman. Seolah-olah dia menerima gadis itu dengan tangan terbuka.

" Kau dengar ka?"

Jihan mencuit bahu ku bila lihat aku hanya melompong dengar berita itu. Cepat-cepat aku mengangguk. Debaran di dada sukar ku fahami. Kejutan itu membuat aku rasa sangat pb kami ada minat yang sama. Kami sekepala. Kami suka game yang sama. Suka anime dan komik yang sama. Kaki lepak di café sambil borak macam-macam.  Kami selalu habiskan masa berbual tentang hobi kami. Suka tengok movie di pawagam. Suka aktiviti outdoor. Hiking. Piknik. Rock climbing, berenang dan semua yang adventure. Aku sangat seronok habiskan banyak masa dengan Jihan kerana dia kawan yang sangat.. sangat..sangat.. baik! Aku selesa sekali dengan Jihan. Selama ini aku anggap Jihan adalah antara kawan baik dan hanya itu. Kami rapat sejak dari sekolah menengah.

Ah.. tentulah begitu bagi Jihan. Begitu juga bagi ku pada mulanya hingga tiba-tiba perasaan aneh ini merasuk ke dalam hati. Merasuk pada masa yang salah! Pada saat Jihan bagitau yang dia bakal bertunang!! Pada ketika hati jihan sudah terpaut pada yang lain.

.. Dan melihat Jihan bersiul-siul gembira, aku rasa macam celaka. Aku tidak berdaya tumpang gembira untuk Jihan kerana sibuk merawat hati ku yang menerima kejutan. Terkejut bila ku  sedari yang aku sukakan Jihan. Aku jadi panik. Takut. Malah aku sampai demam melayan jantung yang tidak berhenti berdebar. Terkejut kerana baru menyedari status Jihan dalam hati ku-yang sebenarnya aku sayangkan Jihan lebih dari yang sepatutnya. Aku mahukan Jihan lebih dari aku mahukan orang lain. .Tapi mana mungkin dapat aku miliki. Bagaimana pun aku tak akan dapat luahkan rasa hati. Aku memendam rasa dan menjadi pendiam.

" Kau ada masalah?" Tanya Jihan suatu hari. Aku terkejut dengan pertanyaan Jihan. Spontan aku mengeleng. Aku menolak bila dia ajak untuk keluar bersama untuk menonton wayang baru.

"Kenapa kau tanya macam tu?" ku balas tanya.

" Kau berubah.. macam ada masalah. Kau selalu menyendiri dan mengelak aku dan kawan-kawan lain.." jelas Jihan sambil menatap mataku. Seolah-olah ingin membaca mataku. Kiranya dia boleh temui jawapan itu di situ-di mataku! Aku cepat-cepat larikan pandangan. Tak sanggup menentang matanya. Enggan dia tahu apa yang ada dalam hatiku. Tingkah prihatinnya akan membuatku lebih parah!

" Tak ada apa-apa.. aku cuma sibuk saja" Dalihku dan berharap dia menelan dalihku itu. Dia memandangku dengan muka tidak percaya. Aku bangun.

" Aku cau dulu! Aku ada hal" Tanpa menunggu balasan aku beredar meninggalkan Jihan yang termanggu melihatku pergi.

*****

"Kita dah lambat!"

Jerit Linda dari dalam bilik. Aku tarik nafas berat dan hembus perlahan. Berat benar rasa hati. Hari pertunangan Jihan sudah tiba. Semua orang akan datang. Peliklah kalau aku tak datang. Tapi aku benar-benar tidak mahu datang. 

Aku teringat akan gambar bakal tunang Jihan yang dia tunjukkan padaku. Orangnya sangat cantik. Macam langit dengan bumi kalau dibandingkan aku. Patutlah Jihan kata dia jatuh cinta pada pandangan pertama. Gadis tu benar-benar cantik. Tinggi lampai macam model. Rambut panjang ramping dan menawan. Sepadan dengan Jihan. Jihan juga tinggi dan tegap orangnya. Kacak boleh tahan. Dulu aku pernah suruh dia jadi model. Dia ketawa besar mendengar sarananku. Segera kata-kata Jihan terimbas dalam kotak kepalaku...

"Tak mahu.. nanti mau buat apa-apa aktiviti pun susah.. kena serbu peminat" Ujar Jihan sambil ketawa ketika itu. Aku mencebik.

"Model ja pun.. bukan artis! Tapi betul la Jihan. Kau rupa ada.. badan ada.. tinggi pun ya! Sayangnya tak jadi model.. bayaran mahal tau!" desak ku lagi. Jihan mengeleng.

"Aku tak minat! Sorry!" Tegasnya. Aku angkat bahu kecewa. Masa tu aku cuba pujuk dia sebab ada seorang kawan suruh aku tanya Jihan kalau dia berminat jadi model. Sebab dia memang mahu cari model tempatan untuk jadi model sukan air yang bakal dianjurkan. Ingatkan aku boleh dapat komisem kalau carikan model untuk kawan tu. Melepas!

"Kau belum siap lagi"

Suara Linda mengejutkan ku dari lamunan tentang Jihan. Serta merta aku kembali ke alam nyata. Memandang Linda yang berkerut dahi memandangku. Aku tunduk melihat bajuku. Ah.. dari tadi aku masih belum memilih baju untuk hadir ke majlis pertunangan Jihan. Jauh aku mengelamun tadi.

"Kejap lagi aku siap lah!" Aku tersengih.

"Kata make up, masih pucat lesi.. apa yang kau lama sangat ni Airis?" Tegur Linda macam tidak puas hati. Aku sekali lagi tersengih. Buat buat muka minta maaf.

" Aku tak dapat pilih baju lah.." Jawabku sambil membuka almari.

" Tak payah pilih sangat.. bukan kau yang bertunang. Pakai simple sajalah. Nanti kawin Jihan baru kita pakai baju cantik-cantik.."Entah kenapa macam jarum tajam menusuk ke jantung mendengar ungkapan Linda itu. Ya! Bukan aku yang bertunang. Jihan. Dan.. paling menyakitkan, bukan aku tunangnya! Aduh.. tiba-tiba aku rasa lemah. Semangat aku macam dicabut keluar dari badan bila menyedari hakikat tu.

"Yelah.. kejap lagi aku siap la ni" Aku cepat-cepat ambil baju dari dalam almari. Tanpa make up aku ikut Linda turun. Linda jelling pandang wajahku.

"Kalau ya pun.. pakai la lipstick" Dia korek beg tangan dan keluarkan gincu. Mahu tak mahu aku ambil dan sapu ke bibir. Kami kemudiannya pergi ke majlis pertunangan Jihan. Sampai di sana aku lihat ramai orang. Aku dan linda terus bercampur dengan kawan-kawan yang lain. Aku memaksa diri untuk bergaul dengan semua orang tapi semuanya terasa sangat palsu. Ketawa palsu. Senyuman palsu. 

Linda siku lenganku. Aku toleh. Linda menunjuk ke satu arah dengan muncungnya. Spontan aku menoleh ke arah itu. Darahku hampir tersirap. 

"Cantik.." komen Linda. Aku angguk.

"sepadan dengan Jihankan.." Ujar Linda lagi. Aku senyum pahit.

Bagiku amat menyakitkan bila aku akhirnya melihat sendiri gadis cantik yang jadi tunang Jihan. Mulanya aku berharap tunang Jihan tidaklah secantik mana. Aku berharap yang tunang Jihan hanya cantik dalam gambar tapi bila tengok real live.. dia tidak secantik macam dalam gambar. Tapi itu hanya apa yang ada dalam kepalaku. Gambaran yang ku harapkan.

Senyuman gadis itu cantik macam senyuman bidadari. Rambutnya panjang ikal di hujung berwarna perang muda. Benar-benar tinggi lampai, ramping dan jauh lebih cantik dari yang ku lihat dalam gambar. Aku mengigit bibir. Sakit hati!

Linda bangun dan bersapa dengan tunang Jihan. Aku langsung tidak berminat. Perlahan aku mengundur dan pergi cari minuman. Tak mahu terlibat dalam sesi bergambar bagai!

" Hei.. senyumlah sikit.. kan hari ini majlis pertunangan aku.. bagi mukalah pada kawan kau ini.." teguran Jihan buat aku tersentak. Jihan berdiri di sebelahku. Aku tahu aku tak boleh lari. Mestilah aku kena bergambar juga dengan pasangan itu. Dengan sejuta kepayahan aku mencoretkan segaris senyuman. Palsu tentunya. Jihan berkerut.

" Kau tak gembira aku bertunang?" Tanyanya dengan nada serius.

" Eh.. tentulah aku tumpang gembira.." Kataku spontan. Cuba ketawa kecil menutup segala rasa. Dusta yang semakin ketara.

"Cantik tunang kau! Lebih cantik dari dalam gambar.. bertuah badan. Kamu memang sepadan! Sama cantik sama kacak! macam pinang dibelah dua. Patutlah kau cepat saja jatuh cinta pandang pertama!" sambungku lagi cuba buat-buat gembira. 

" Tapi pelik ya.."Ujar Jihan. Masih tenung mukaku dengan serius.

"Apa yang pelik?"

"Kau!"

"Aku? Kenapa pula aku pelik?"

" Entah.. aku rasa lain macam. Macam kau bukan diri kau! Macam kau jadi orang lain.. kau kenapa eh? Lain lah.. macam kau tak nampak happy pun.." Aku terdiam dengan komen Jihan. Lakonan aku memang tak menjadi? Ketara sangat yang aku buat-buat senyum. Palsu sangatkah?

" Aik.. tiadalah. Kau jangan cakap sembarangan.. Aku happy la kau bertunang hari ni" Tegasku. Senyum palsu lagi. Aku tepuk bahu Jihan.

" Airis... kau fikir aku kenal kau sehari dua.. Kau jangan nak bodohkan aku!" Tegas nadanya. Dia tarik bahuku menghadap ke wajahnya. Menatap aku dalam-dalam. Aku risau kalau tunangnya yang di hujung sana menyedari Jihan sedang menarik bahuku.

" Ah.. lupakan tentang aku. Hari ni hari besar kau.. jangan risaukan aku. Pandai-pandailah aku selesaikan masalah aku nanti.." Kataku sambil cuba senyum lagi. Namun sebenarnya aku cuba menahan airmata. Ia hampir saja gugur. Pedih hatiku tidak terkata! Kenapa kisah sangat pasal aku? Jangan tanya lebih lanjut. Aku takut aku tak mampu bertahan.

" Jadi betullah kau ada masalah.." Katanya dengan nada sedikit marah.

" Ah.. jangan rosakkan hari gembira kau dengan masalah aku.. ha! Pergilah sana.. ah! Ya.. ini sedikit hadiah pertunangan kau.. Tahniah!" Aku ambil kotak hadiah dan serahkan padanya.

" Aku tak perlukan hadiah ini Airis.. senyuman dan gelak ketawa kau yang macam dulu adalah hadiah buat aku.. O.k! kita tangguhkan dulu hal ini.. nanti habis majlis ni aku nak tahu masalah kau.. kau jangan berangan nak mengelak. Kalau tidak putus kawan!" Gertaknya cuba berlagak tegas. Aku hanya tertawa. Kali ini benar-benar ketawa. 'putus kawan' itu sesuai benar bagiku. Aku tak sanggup lagi jadi kawannya yang sebetulnya. Jadi aku ketawa untuk itu.

" ya.. itu ketawa Airis yang aku nantikan.. Tolong pulangkan Airis yang mulut becok tu o.k!?" Dia kenyit mata dan menoleh ke arah ibunya. Kelihatan Ibu Jihan lambai dari jauh.

" Cepat! kita ambil gambar kenangan"

Dia tarik tanganku menuju ke arah ibunya dan beberapa tetamu lain. Mahu tak mahu aku akur dan buat muka kerang busuk. Tersengih-sengih.

" Airis! Mari bergambar.."

Ibu Jihan senyum lebar padaku. Aku memang rapat dengan keluarga Jihan sebab kami rapat sejak sekolah rendah lagi. Dia tarik aku dekat dengan kek tinggi 3 tingkat. Aku melirik melihat Jihan dan tunangnya berpegang tangan sambil tersenyum lebar memandang kamera. Tanpa sedar aku mengigit bibir!

 "klik! Klik!Klik"

Jurugambar tangkap gambar kami. Aku senyum tawar. 

" Yang lain sudah ambil gambar dengan kau?" tanyaku pada Jihan.

" Sudah!" 

"Mari.. Kita selfie lagi" Jihan tarik aku dekat dengan tunangnya.

"Hai.." Ujarku pada tunang Jihan. Dia senyum dan angguk. Baru aku menoleh ke arah tangan Jihan yang angkat telefon bimbitnya tinggi-tinggi...

"Klik!" 

Bunyi kamera handphone Jihan. Tak sempat aku senyum, mesti muka aku tak comel dalam gambar tu! Jihan ketawa bila aku jeling dia dengan geram.

"Aku suka gambar candid" Ujarnya macam tahu apa yang aku fikir.

" Er.. aku pergi ambil minuman.. haus!" Dalihku dan perlahan beredar dari ruang meja kek pertunangan.

Jihan dan tunangnya sibuk layan tetamu yang datang mahu bergambar. Aku perlahan bergerak keluar dari ruangan itu. Dadaku terasa berat macam ada batu bergantung di jantungku.  Aku hanya bertahan beberapa minit dan menyelinap keluar dari Majlis itu. Airmata berderaian sepanjang jalan pulang!

****

"Kenapa kau pulang macam tu saja kemarin.." Tanya jihan dengan nada tak puas hati.

 Dia datang bawa beberapa tapau makanan. Ibu Jihan suruh hantar. Dia memang sudah bungkus sedia untuk aku termasuk beberapa potong kek pertunangan Jihan. 

" Aku sakit kepala.. sorry ya!" jelasku selamba. Masih cuba mengelak Jihan.

" Airis.. Kenapa kau mengelak aku?" Desak Jihan.

" Mengelak?" Tanyaku dengan nada jengkel.

"Kau jangan fikir aku tak sedar.." dengus Jihan. Aku naik geram.

" Look Jihan.. ini masalah peribadi aku okey! Aku tak bersedia untuk share dengan sesiapa pun.. so please.. bagi ruang untuk aku bersendirian. Leave me alone!" Sedikit tinggi. 

Wajah Jihan berubah. Sakit hati. Tapi aku tak peduli . Aku tak perlukan Jihan sebagai kawan. Biar la kami tidak berhubung lagi. Aku tak sanggup tersiksa memendam rasa. Kan bagus kalau aku tak jatuh cinta dengan dia.. semuanya tentu jadi mudah!

" Sorry.. aku tak bermaksud desak kau." Lembut nadanya. Lembut juga tatapan matanya. Dan sekali lagi aku jatuh cinta. Terjatuh yang menyakitkan. Stop it Jihan! This is unfair.

" Sorry juga Jihan.. aku juga minta maaf. Buat masa ini aku perlukan masa bersendirian. Terima kasih kerana ambil berat. Aku sangat menghargai.. tapi kali ini there is nothing you can do.. nanti kalau aku dah okey.. aku akan cari kau. Dan cerita dengan kau.. but now. I can't!" jelasku. Dan tentunya aku tidak bercadang begitu. Aku hanya mahu pergi dari hidupnya perlahan-lahan. Menjauh dan jauh dari hidupnya. Dan kemudian pergi dari hidupnya untuk selamanya. Ku lihat Jihan akur. Mengangguk dengan wajah hampa. Kecewa.

Tiap kali Jihan call. Aku selalu cakap aku sibuk.

"Kau sibuk apa?" Tanya Jihan. Biasanya aku akan habiskan masa di gym dengan Jihan, Nina, susan, Faris dan Linda. Tapi aku berdalih yang aku sibuk dan tidak akan turun gym.

" Adalah..sibuk dengan hidup aku. kau kenapa asyik call aku? Tunang kau apa kabar? Dia tak cemburu ke kau selalu call aku? Kau sudah ada tunang.. jangan ingat kau single. Hati tunang kau.. kau patut jaga"Aku sengaja bangkitkan pasal tunang Jihan.

" Dia ok. Dia tahu kau dan kawan-kawan lain rapat dengan aku! Korang bff aku" kata-kata Jihan mencucuk tajam ke jantungku. BFF! Ya..tapi aku tak sudi jadi BFF Jihan. argghhh!

" Ah.. sorry. Aku ada hal.. got to go! Talk to you later Jihan.." Aku cepat-cepat putuskan talian tanpa menunggu balasan Jihan. Aku tumbuk-tumbuk dadaku yang terasa sakit. Airmata luruh lagi. Aku melangkah pulang dengan kaki yang lemah longlai. Sampai bila aku harus mengelak dari berjumpa Jihan.

Tapi minggu berikutnya aku tidak boleh lari lagi. Jihan terpacak depan rumah. Dia senyum lebar. Linda sudah siap pakai baju cantik dan make up tebal. Aku pandang hairan.

"Cepat! Hari ni kau tak boleh menolak!" Kata Jihan. Aku kehairanan.

" Jom! Malam ni Jihan belanja.. ada special! Cepat tukar baju.. Jihan tunggu tu!" Kata linda sambil tolak aku masuk bilik. Mahu tak mahu aku mandi dengan cepat dan bersiap.

"Apa yang special?" Tanyaku pada Jihan. Jihan senyum lebar. Kacak! Aku sempat terpegun. Sudah lama aku tidak menatapnya. Ada rasa rindu mengigit tangkai jantungku.

" Hari ni birthday tunang aku. Jadi kita celebrate sama-sama!" Rasa macam kena tampar muka ku dengar kata-kata Jihan. What!?

Tapi Linda cepat tarik aku masuk dalam kereta. Kereta meluncur laju ke destinasi. Rupanya kami lepak di the dance floor. Jihan sudah book tempat tu. Ada ramai kawan Jihan dan kawan tunangnya ada di sana. Jihan nampak gembira. Sekali-sekala dia melirik memandangku. Seperti ingin memastikan aku ikut gembira berada di sana. Dengan terpaksa aku memaksa diri cuba blend dengan semua orang. Mula-mula aku cuma memaksa diri. Tapi bila aku mula ikut minum. Alkohol mula berkerja denga baik dengan kewarasanku. Semuanya berubah. Semua yang kusut dan berat di dadaku terasa ringan, Aku mula menari dan ketawa. Susan tak sudah-sudah menambah minumanku. Faris pula balik-balik menegur yang muka ku sudah merah. Aku lihat Jihan dan tunangnya menyanyi lagu duet dengan gaya romantik. Aku teguk minumanku sekaligus sambil ketawa. Aku langsung tidak peduli akan Jihan dan tunangnya. Aku tengelamkan diriku. Tidak lama kemudian aku rasa aku mula terhuyung hayang..tiba-tiba tanganku di tangkap seseorang.

"Airis! Kau mabuk!"

Aku kenal suara itu. Itu Jihan. Aku dongak.

" Aku okay.." Ujarku cuba berdiri tegak. Jihan segera berdiri dekat seolah ingin memastikan aku tidak tumbang kerana aku memang sedikit terhuyung hayang. Tapi tiba-tiba rasa mual meledak. Bluekkk! Dan muntahku tumpah di baju Jihan.

"Sorry.." Kataku sambil menutup mulut yang masih mahu muntah.

"Oh my god Airis!" Marah Jihan. Shila segera datang membawa tisu untuk tolong bersihkan baju tunangnya. Aku rasa bersalah.

" are you okay dear?" Tanya Shila dengan prihatin. Tambah buat perut aku jadi mual!!

" Its okay.. I should go to washroom to clean it.." Jihan berlalu.

" I'm so sorry.." tanpa memandangku Shila ikut berlalu. Aku berpaling ke arah Nina dan Susan yang mentertawakan ku, tapi mereka pun sama terhuyung hayang ketika cuba melangkah ke arahku. Linda hilang entah ke mana. Mungkin hook up dengan seseorang.

"Let me help you.." Nina datang dekat dengan gelas coctail di tangannya.

" No! its okay.." Ujarku menahan rasa ingin muntah.

"Oh come on Airis.." Ujar Nina lagi dengan gaya gedik. Mabuk!

 Aku berlari ke bilik air menghabiskan rasa mual. Mengeluarkan apa yang ku tahan-tahan tadi. Memalukan! Aku panggil Faris minta tolong hantarkan aku pulang.

"Okay.. you should go home, you looks terrible Airis. Nina? Susan? korang masih stay?"Faris tanya dua kawanku yang lain. Susan mengiyakan dan berdiri dengan gelas minuman masih di tangannya lalu melangkah menuju ke ruang menari dan mula buat tarian sexy. Faris sempat ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Beberapa pemuda mula ikut menari bersama Susan.

" Oh.. come on.. malam masih muda!" Jerit Susan sambil angkat minumannya. Aku hanya tersenyum kelat.

"Sorry .. sudah lama tak minum. Cepat mabuk! korang teruskanlah.. aku rasa dah tak larat ni.."Balasku pada mereka. Sebelum pulang Jihan datang mendekat.  Jihan sudah membersihkan bajunya yang terkena muntahku.

"Sorry about your shirt Jihan! Thank you jemput aku datang.. by the way... happy birthday Shila.. malam ni sangat happening!" Kataku pada Jihan dan tunangnya Shila. Shila memandangku dengan wajah kurang senang. Tapi kelihatan memaksa dirinya senyum.

" Its okay! I'm happy you coming!" Kata Jihan.

" You drunk.. its been a while I didn't see you like this!" Sambung Jihan lagi sambil ketawa. Senyumannya manis. Masa itu mungkin kerana pengaruh alcohol, aku teringin sangat meragut senyuman manisnya itu dengan bibirku. Rasanya bibir Jihan tentu enak sekali dikucup. Tapi kewarasan masih tersisa untuk aku melupakan apa yang berlegar di kepalaku.

"Sorry susahkan kau!" kataku pada Faris.

" Hey.. don't worry Airis! you're my bestfriend! Now go get some rest.." Balas Faris sebelum beredar. 

Sampai di rumah, hanya aku sendiri. Linda entah ke mana, aku call dia tak angkat. Mesti sibuk sebab aku nampak dia menari dengan seorang lelaki tadi sebelum Faris hantar aku pulang. Bila sendirian di rumah, tiba-tiba semua yang tadinya ringan bertukar berat. Aku menangis tak henti-henti. Senyuman kacak Jihan macam racun yang buat aku tersedak berselang seli dengan bayangan dia dan tunangnya dengan gaya romantic menyanyi berduet tadinya.

******

Kepalaku berat. Bunyi telephon bimbitku tidak sudah-sudah menjerit. Dengan malas aku capai dan sambut pangilan yang entah dari siapa.

" Kau okay?"

Aku pantas terbangun. Jihan!

" Why ?" Tanyaku dengan nada terkejut.

" Cuma nak tahu kau ok ke tidak! Salah?"Aku diam.

"Nak aku bawakan jus?"sambungnya lagi.

Aku terdiam. Jihan masih Jihan yang dulu. Aku yang berubah sebenarnya. Dulu tiap kali lepas mabuk. Jihan akan call. Kadang-kadang dia datang bawa carrot ginger apple juice untuk legakan berat kepala aku.

" eh.. tak payah. Aku o.k! takda la hangover sangat"

Kedengaran suara ketawa Jihan. Aku rindu dengan suara ketawa dia.

"Aku hantar baju aku suruh kau cuci baru tahu! untuk denda" Perli Jihan sambil terus ketawa. 

Aku ikut tersenyum. Aku rindu 'kami'. Tapi bila aku ingat Jihan sudah bertunang. Aku pasrah. Sebenarnyab sudah tidak ada 'kami' lagi. Semua itu sudah berlalu.

" Sorry! Jangan lah.. nanti tunang kau salah sangka pula.." Ujarku mengingatkan.

"Eh.. she know a lot of things about us. Aku dah cerita semua! From A to Z supaya dia tidak salah faham.. don't worry! Dia sporting.. dia pun banyak kawan! Dia pun banyak Bff.. and you know what.. kalau ada masa Shila nak hang out dengan kita.. " Balas Jihan. Aku diam.

"Airis.."panggil Jihan.

"Hmmm"

" Ingat tak masa kita balik dari hiking.. Kaki aku luka berdarah.."ungkit Jihan. Mestilah aku ingat. Dia terhinjut-hinjut sepanjang jalan turun dari bukit itu. Masa tu kawan-kawan lain sudah tunggu di bawah. Hanya tinggal aku dan Jihan yang masih belum turun pasal kami dua sibuk kejar sambil ambil seekor tupai yang jinak di bukit tu. Silap langkah Jihan tergelincir menyebabkan kakinya terluka. 

"Tulah.. Gara-gara excited dengan tupai tu" Ujarku ketawa. 

" Tapi tupai tu memang rare.. ada warna putih oren di bahagian perutnya.. comel!" Balas Jihan. Spontan aku terbayang rupa tupai yang pertama kali pernah ku lihat dalam seumur hidupku.

" Aku masih ada simpan gambar tupai yang kau tangkap gambar tu.. memang cantik!" jawabku bila teringat yang kami punya minat yang sama tentang haiwan. Aku ada album gambar haiwan-haiwan nadir yang kami pernah jumpa sepanjang kami habiskan masa buat aktiviti luar. Ada gambar ketam bulat yang comel yang suka menguburkan diri di pasir ketika ombak menghempas pantai.. ada kupu-kupu berbagai warna ketika kami pergi hiking dan serangga-serangga yang unik rupa bentuknya. 

" Ya? aku pun masih simpan gambar tupai tu.. tupai tu di kenali sebagai prevost's squirrel atau nama saintifiknya Callosciurus prevostii " Ujar Jihan dengan nada bangga.

" Aku tau.. aku pun dah buat research.. ia hanya banyak terdapat di southeast Asian.." Balasku sambil tergelak.

"Oh.. tak nak kalah ya!" ujar Jihan dengan nada geli hati.

Serentak kami ketawa!

"Kaki kau masih ada parut bekas luka tu?" Tanya ku ingin tahu.

" Hmm.. ya. masih jelas" Jawabnya. Aku rasa sangat selesa bila kami mula borak macam ni.

"haha.. kenangan kejar tupai.. banyak juga darah keluar masa tu.."ungkitku sambil terbayang kakinya yang berdarah. Aku siap ugut akan tinggalkan dia di atas bukit tu sebab dia degil tak bagi aku tolong dia papah dia turun bukit.

"Ya.. dan kau balut luka kaki aku dengan sapu tangan kesayangan kau, kau masih ingat?" Jihan sebut hal lama.

" Ya.. sapu tangan tu.. mestilah aku ingat. itu kan sapu tangan crush aku" Aku jadi tersenyum ingat hal itu. Aku korbankan sapu tangan crush aku yang mati-mati aku jaga baik-baik untuk balut luka kaki Jihan. Masa tu lukanya agak besar dan darah mengalir tak henti-henti. Aku jadi risau. Jihan asyik cakap dia okay. Tapi dia makin jauh tertinggal di belakang.

" Kau ambil sapu tangan tu tanpa pengetahuan dia.." Ungkit Jihan lagi sambil tergelak. Aku ikut tergelak. Teringat dulu ada seorang lelaki sebelah pejabat aku yang aku suka. Aku selalu stalk dia tapi aku tak berani tegur atau mulakan langkah perkenalan. Orangnya kacak. Dia terjatuhkan sapu tangan dari poketnya secara tak sengaja. Aku ambil dan simpan jadi harta karun. Mujur jugalah aku tak pernah buka langkah, rupanya dia sudah ada yang punya. Kalaulah dia tahu aku ambil sapu tangan tu! aduh malunya!

" Kau marah berminggu-minggu lamanya dengan aku sebab bila balik rumah, ibu aku buang sapu tangan tu"Ujar Jihan lagi sambil ketawa.

" Aku masih tak puas hati sampai sekarang tau!" balasku ketawa. Ingat hal itu memang rasa sangat lucu bila di kenang semula.

" Aku sampai korek tong sampah depan rumah gara-gara cari sapu tangan tu untuk kau.. tapi malangnya lori sampah sudah bawa sampah-sampah tu! Nasib baik kau tak suruh aku kejar lori sampah!"ungkit Jihan lagi. Kali ini ketawa ku meledak kuat.

"well bukan salah aku.. aku kan sudah bagitau awal-awal yang aku nak ambil balik sapu tangan tu.. tapi luculah bila ingat kau korek sampah depan rumah kau.." Ujarku sambil terus ketawa.

" Ingat tak lepas kau tahu yang crush kau tu sudah ada girlfriend.. kau ajak aku dan Nina keluar. Kita pergi karaoke.. kau nyanyi puas-puas dan minum sampai mabuk.. kau patah hati sedangkan kau dan dia belum bermula pun..." Ungkit Jihan lagi.

 Aku terkedu. Mestilah aku ingat. Aku mabuk sampai tak ingat dunia. Bila aku bangun aku tengok Jihan tidur di tepi sofa di sebelahku. Lepas hantar aku pulang rupanya aku mabuk tak bagi Jihan balik. Aku rayu dia minta dia teman aku malam tu. Aku langsung tak ingat sebab aku mabuk, tapi Jihan yang cerita.

"Ya.. aku mabuk dan paksa kau teman aku di rumah.." balasku sambil memutar semula pita rakaman dalam kepalaku. Tergambar jelas saat aku tersedar tanganku masih memaut lengan Jihan. Kepala berlaga sesama sendiri.

 Bila Jihan sedar aku sudah bangun dia suruh aku sambung tidur dan dia cepat-cepat pulang. Tapi selang beberapa jam dia datang bawa carrot ginger apple jus untuk hilangkan mabuk. Bila mabuk aku dah hilang dia mula ejek dan ketawakan aku, lepas tu Jihan tolong aku di dapur masak untuk lunch. Masa masak kami sempat bergurau senda baling-baling bawang merah sampai dapur jadi huru hara. Sedap juga kami masak walau nasi ada hangit sedikit. Kami makan sama-sama sambil gelak ketawa ungkit balik hal mabuk-mabuk malam sebelumnya. Masa tu aku boleh cerita semuanya dengan Jihan. Segala isi hati dalam perut aku! Tak ada rasia.

"Airis.." 

Panggil Jihan dengan suara perlahan tapi serius, mengejutkanku dari lamunan kisah antara kami dulu.

"Hmmmm"

"Gaya kau semalam serupa macam malam tu.. Tapi sekarang..kau masih tak cakap dengan aku apa masalah kau.." Tiba-tiba Jihan ubah topik. Aku terkedu.

" er.."

Jihan cepat memotong.

"Jangan nak tipu Airis! I know something is not right. Baik kau cakap sebelum aku dapat tahu sendiri.." Kata-kata Jihan buat aku jadi panik. Bagaimana kalau dia dapat tahu yang aku...

"Its nothing you can do Jihan. Its personal and please don't force me. Aku dah cakap.. aku janji.. kalau aku dah okay.. aku akan cari kau!" Aku berjanji. Janji yang tak terdaya aku penuhi. Airmataku tiba-tiba bertakung. Sebak!

" Aku kenal kau lama Airis.. kau tahu kan aku tak senang hati kalau kau ada masalah.. Janji tau! Jangan tanggung masalah sorang-sorang.. ingat.. Kau ada aku.. kau ada kami semua... kawan-kawan kau. Kami family kau.. faham!" Sayu hati aku dengar. Menitik air mata aku masa itu juga. Mujur kami bercakap cuma dalam telepon. Jadi Jihan tidak nampak aku menangis.

" Jangan risau.. aku dah besar. Aku tahu jaga diri sendiri.. eh! Kau boleh tak jangan nak masuk campur sangat hal aku? Aku tahu kau ambil berat.. but please. Jangan buat aku macam budak boleh tak?! Dah la.. aku nak bangun mandi" Aku cepat-cepat putuskan talian sebelum aku teresak-esak di talian. Makin Jihan caring dengan aku, makin aku rasa tersiksa. Aku kena buat sesuatu.

****

to be continue


L’AVIS DES CRÉATEURS
Nico_Robin_2777 Nico_Robin_2777

Ini kisah pendek asal 'terlewatkah aku' sebelum remaking tukar jadi novel, now still on going. hope reader enjoy reading

Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C22
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous