Telephone bimbit ku berbunyi nyaring. Aku terkaku sekejap bila lihat nombor yang tertera ialah nombor telephone ibu Jihan. Mahu tak mahu aku angkat juga.
"Hello Aunti"
" Hello Airis.. Auntie Julia ni.. Airis sibuk?"
" Oh.. Tidak.. ada apa tu auntie?"
" Tak.. er.. pasal Jiana... Auntie nak minta tolong lagi.. Auntie ingat nak bawa berubat lagi dengan Bapak Hanto tu.. Sejak berubat dia dah semakin baik.. tapi Pak Hanto pernah cakap datang lagi sebab Jiana perlu berubat beberapa kali sebelum sembuh sepenuhnya.."
" Oh.. okay.. boleh. Nanti Airis tanya Bapak Hanto ya.. atur masa untuk Jiana berubat.."
"Terima kasih Airis.."
Siapa Jiana? Jiana ni adik bongsu Jihan. Masa kecil dulu Jiana pernah di culik dan Jiana berjaya di selamatkan. Selepas di culik Jiana jadi trauma dan berubah laku. Dia jadi pendiam dan mengasingkan diri. Dia jarang bercakap dan bercakap hanya jika perlu. Keluarga Jihan sudah bawa pergi jumpa doktor.. buat macam-macam untuk sembuhkan Jiana. Sebabkan aku rapat dengan Jihan sekeluarga. Aku kenalkan mereka dengan Pak Hanto. Dia adalah tukang masak di rumah anak yatim tempat aku dibesarkan. Dia agak terkenal kerana dia pandai mengubat penyakit-penyakit yang tidak dapat diubati oleh pihak hospital. Ramai orang berubat dengannya berjaya sembuh. Menurut Ibu Jihan lepas berjumpa dengan Pak Hanto kali pertama Jiana muka menunjukkan perubahan positif, dia semakin kerap bercakap dan mula pandai senyum dan ketawa pada ahli keluarganya.
Aku tak dapat mengelak bila Jihan datang dengan ibunya dan Jiana. Saat bertentang mata dengan Jihan aku cepat-cepat larikan pandangan mataku.
"Sudah lama tunggu Airis" Tanya ibu Jihan. Aku mengeleng.
" Tidak lah.. baru saja" sahut ku lalu masuk ke dalam perut kereta Jihan. Kenderaan bergerak menuju ke rumah bapak Hanto. Dalam perjalanan ibu Jihan berbual-bual dengan kedua anaknya Jihan, Jiana dan sesekali denganku. Aku lebih suka diam.
"Diam saja hari ni Airis.." tegur Jihan melihat aku diam. Aku sikit tersentak di tegur begitu oleh Jihan.
" huh?" tanya ku semula.
" Tak.. pelik la tengok kau senyap. Selalu nya banyak cakap"tambahnya lagi. Aku terkedu di serang kata-kata jihan secara mendadak.
" Ah.. aku tiada mood. mengantuk sikit semalam lambat tidur.. so hari ni rasa exhausted!" dalih ku berbohong. Sebenarnya sejak aku sedar yang aku ada hati dengan Jihan, aku rasa jadi kekok dan tak keruan kalau berdepan dengan nya. Aku takut bertentang mata dan isi hati ku terbocor sebab mataku tak pandai berbohong. Aku tak mahu itu terjadi. Biar lah rasia hati ku ini aku bawa sendiri sampai mati!
" Oh... patut lah senyap" sampuk ibu Jihan.
" Ingatkan badi Jiana yang pendiam tu dah pindah ke badan kau!" sindir Jihan sambil tergelak. menyamakan aku dengan adiknya yang ada 'sakit' pendiam. Aku hanya menjeling. malas membalas. Aku lihat air muka nya berubah bila aku tidak membalas gurauannya. Dia ikut diam dan fokus memandu. Aku terasa kesal bila melihat riaksinya. Semua salah ku! kenapa aku tak boleh act normal? kenapa aku tak cuba ceria macam dulu..? tanpa sedar aku mengeluh.
"Airis ok?" Tanya Jiana yang di sebelahku. aku terkejut.
"Er.. ok!" Jawabku pantas.
" Tadi dengar kamu mengeluh" kata Jiana lagi.
" Oh.. haha. just tired.." dalih ku. Sememangnya perjalanan ke rumah bapak Hanto agak jauh. Lebih kurang satu jam perjalanan. Sampai di sana kami di sambut oleh bapak Hanto dengan mesra. Memandangkan kali pertama Jiana berubat adalah pengantara keluarga Jihan dan Bapak Hanto, jadi terpaksa lah kali ini aku akur jadi orang tengah sekali lagi. Bapak Hanto sudah ku telefon lebih awal. Dia sudah menyiapkan bahan-bahan untuk ritual perubatannya. Ibu Jiana dan Jiana di suruh oleh bapak Hanto ke bilik air untuk mandian 12 jenis bunga terpilih. Tinggal lah aku dan jihan menunggu dengan beberapa orang lain yang juga datang menunggu giliran untuk berubat dengan Bapak Hanto. Jihan bangun dan memberi isyarat yang dia ke wash room. Dia pergi agak lama. Aku merasa sangat bosan dan mulai rasa mengatuk. Aku memang tidak tidur dengan tenang semalam memikirkan yang aku akan berhadapan dengan Jihan lagi. Aku asyik mencari jawapan yang sesuai jika Jihan tanya macam-macam dengan ku. Andai dia ungkit 'masalah' aku. Aku tak tahu mahu kelentong apa padanya. Bosan menunggu mata ku mula kabur-kabur. Aku rasa ada seseorang duduk di sebelahku. Aku tidak peduli. Aku benar-benar ingin menutup mata dan merehatkan minda ku. Tiba-tiba aku rasa kepala ku di tarik ke bahu orang yang duduk di sebelah ku. Aku serta merta tersentak dan mendongak. Jihan!
Dia senyum lembut. Buat isyarat supaya aku meminjam bahunya untuk tidur. Aku beri senyuman terima kasih dan melentok selesa di bahu Jihan. Tapi.. dup.. dap.. dup.. dap.. detak jantungku berubah irama.. rasa sweet dengan sikap Jihan padaku buat mengantuk ku hilang entah ke mana. Aku angkat kepala ku dari bahu Jihan. Muka Jihan menunjukan tanya tanya? Aku mengeleng. No.. Jihan tunang orang. This is not right. Tidak kira serapat mana antara aku dan Jihan sebelum ini kami tak boleh act macam ni lagi. ya.. ini bukan kali pertama Jihan pinjam kan bahunya untuk aku. Tapi itu sebelum dia bertunang.. dan itu sebelum aku sedar yang hati ku mahukan Jihan! Kalau aku terus layan rasa sweet dengan cara Jihan layan aku.. pada akhirnya akulah yang akan menderita! sedar diri Airis!
" hmmm?" tanya Jihan
" Mengantuk sudah hilang.. plus. we shouldn't do that.. kau tunang orang" Aku mengingatkannya. Serta merta muka Jihan berubah.
" So.. ini lah masalahnya? sebab aku sudah bertunang jadi kau jauhkan diri?" Nada Jihan serius.
"ughhh.. here we go again. This is why aku rasa stress jumpa kau. Sebab kau masih nak korek 'masalah' aku.. Jihan. for your info its nothing about you or your enggement. Im sorry i cant tell you know .. but I'm promise I will tell you.." Bohong! lancar saja mulutkan ku ucap kata-kata bohong. Aku semakin hebat berbohong. Jihan diam. Menatap muka ku. Aku sengaja tidak mahu membalas pandangannya. Dia memproses jawapan ku baik-baik. Kemudian mengeluh kecil.
" hmmm okay.. sorry buat kau stress. Aku rimas kau tak rapat macam dulu.. aku rasa kau jauhkan diri dari aku.. I care bout you okay! but for now aku tak akan paksa kau.. aku hormati kemahuan kau.. sorry buat kau stress.." Aku cukup tersentuh dengan kata-kata Jihan.
Aku senyum. Jihan balas senyum lembut. Kami diam. Agak lama. Kemudian tiba-tiba memasuk kan ear phone ke telinga ku. Aku pandang dia. Jihan angkat kening dan buat isyarat suruh aku dengar..
Lagu pink. Just like a pil- lagu favourite aku. all time song yang aku tak pernah bosan. aku senyum dan cakap thank you. This is why aku rasa aku tambah in love dengan Jihan. God help me!
Tidak lama kemudian ibu Jihan dan adiknya Jiana selesai dengan ritual perubatan dengan Bapak Hanto. Ibu Jihan kelihatan lega. Jiana kelihatan berseri.
" Kalau dari jauh lihat gaya kamu dua.. macam couple pun ada!" tegur adiknya sambil senyum mengulum mengusik aku dan Jihan. Jihan ketawa menyambut kata-kata adiknya. sebelum sempat aku memberi komen ibu Jihan pula bersuara.
"Dulunya auntie pun berharap kamu dua ni ada sesuatu.. tapi bertahun-tahun nampak sangat hubungan kamu macam adik beradik..hahaha" Kata-kata ibu Jihan tajam menusuk hatiku. sesungguhnya hanya aku yang ada 'sesuatu' saat ini! Aku terhiris menerima kenyataan itu.
" hahahaha.. sekarang kalau nak ada sesuatu pun dah tak boleh auntie .. kan Jihan dah bertunang.. hahaha" gurau ku yang bukan gurauan sebenarnya. Jihan jeling aku dengan memutarkan biji matanya.
"Dengar tu jihan.. kena jaga hati tunang tau.." Kata ku berlagak menasihati Jihan.
"Alah.. Shila tau lah kau tu 'adik' aku..." balasnya ringan memberikan gelaran adik untuk ku. Aku hanya tersenyum pahit mendengarnya. Setelah selesai semuanya kami bergerak pulang.
****
Mungkin aku bodoh, tapi aku benar-benar nekad. Aku perlu lenyap! Aku mesti hilang. Aku tak mahu jumpa Jihan lagi. Setiap kali Jihan datang atau call. Aku rasa tersiksa. Aku tak sanggup berpura-pura macam sekarang.
Aku pergi. Tukar kerja.
Tukar nombor telefon dan pergi sejauh mungkin. Nekad. Sesuatu yang tidak pernah ku bayangkan akan aku lakukan. Tapi meratah hatiku tiap hari dengan menghadap Jihan adalah tidak mungkin. Jadi aku bulatkan tekad. Pergi. Pergi sejauh yang boleh. Tidak sukar untuk aku yang sebatang kara ini melenyapkan diri. Aku tak perlu minta kebenaran sesiapa pun untuk pergi. Ibu bapa? Keluarga? Semua aku tiada. Aku hanya ada kawan-kawan yang kini akan aku tinggalkan. Nina marah. Susan bingung. Faris terkedu. Semuanya tak faham dengan tindakanku.
" Apa? Kawin lari" Linda terjerit terkejut. Aku angguk.
" Bagitau Jihan yang aku sebenarnya bercinta dengan suami orang.. jadi aku rasiakan hal ni dari kau dan yang lain" Linda membesarkan biji matanya memandangku.
" Kau sudah gila Airis?" Marah Linda dengan muka tidak percaya.
" Ya.. aku memang gila. Jihan kan sudah bertunang but suddenly I realise that I'm in love with him. Hari-hari aku merana.. tapi Jihan anggap aku sebagai kawan baik saja.. aku sengsara!"Linda mengeluh.
" Jangan suruh aku terus terang dengan Jihan. Kau sendiri nampak yang Jihan sangat bahagia dengan tunang dia kan.." Sambungku lagi. Airmataku gugur berderai.
" Jadi sekarang kau nak larikan diri dari sini bawa diri...?" Tanya Linda. Aku angguk.
" Aku nak pergi jauh.. bagitau yang lain aku sambung belajar!"sahutku dengan suara serak.
" Tak ada jalan lain?" Tanya Linda lagi. Aku mengeleng.
"Sebenarnya aku perasan kau makin kurus.. kau jadi pendiam.. dan selalu menyendiri.. aku sedar kau rasiakan sesuatu.. tapi aku tak sangka.." Linda berterus terang.
" Kau perasan?"
" Mestilah.. kan kita serumah"
" Aku tak sanggup lagi Linda.. sakit betul hati ni.." Tangisanku pecah. Linda tarik aku dalam pelukannya.
" Aku faham.. aku pernah rasa apa yang kau rasa.. cinta sebelah pihak.." Balas Linda. aku tahu kisah itu dan aku faham dia tahu apa yang aku rasa sebab dia juga pernah lalui hal yang hampir sama. Jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri dan kawannya itu kini sudah bergelar suami orang.
"Kalau boleh aku tak mahu Jihan tahu yang aku pernah sukakan dia.. biarlah bagi Jihan aku pergi dengan kekasih hati.."Pinta ku pada Linda. Dia mengeluh panjang. Tapi tidak menolak permintaanku. Wajahnya serabut.
"Aku rasa tak percaya yang kau buat begini Airis.." ujar Linda lagi dengan nada hiba.
Aku minta Linda bagitau Jihan yang aku kawin lari ke luar negara dengan kekasih gelapku. Lojik tak lojik aku tak peduli. Mujurlah Linda setuju dengan syarat aku akan terus keep in touch dengan dia. Lagipun Linda berniat untuk merantau jauh dalam jangka masa terdekat, dia sudah dapat tawaran kerja di Thailand, jadi masanya yang sesuai untuk kami lepaskan rumah sewa kami pada orang lain. Aku akan lupakan Jihan. Aku janji akan lupakan dia!
****
Tiga tahun aku di tempat baru. Persekitaran baru. Bergaul dengan orang-orang baru dan cuba menjadi Airis yang baru. Aku janji dengan mereka yang aku akan berhubung dengan mereka. Nina, Susan dan Faris. Tapi sampai di kota itu aku langsung tidak menghantar berita. Aku menghilang. Biarlah semuanya hilang.. Hanya Linda saja yang masih berhubungan denganku. Sebulan lepas Linda ada call, memberitahu berita gembira.. akhirnya kekasih yang ditemukannya di rantauan itu telah melamarnya. Orangnya 15 tahun lebih tua dari Linda. Orang Jerman yang pemilik homestay di Thailand.
" Kau wajib datang ke majlis perkahwinan aku Airis.. janji tau! Kalau tak aku tak akan maafkan kau!"Ugut Linda. Aku jadi ketawa dengar ugutan Linda.
"Okay.. aku janji. Aku akan book ticket awal-awal.. aku tumpang gembira untuk kau.. majlis di KK, lebih kurang dua bulan dari sekarang kan?"Balasku. Aku memang berniat akan datang di hari bersejarah itu.
"Ya.. save the date!" sahut Linda.
" Kau akan jemput Jihan tak?" tanya ku ragu-ragu.
"Hmmmm.. mungkin? aku pun sudah lama tak dengar khabar dia.. yelah sejak kau pindah.. dan aku merantau ke Thailand.. aku pun terputus hubungan dengan Jihan. Tapi aku rasa Nina tahu perkembangan Jihan.. kenapa? kau tak nak datang kalau Jihan datang? jangan lah macam tu..."Suara Linda bertukar kecewa.
"Aku harap kau tak jemput dia.. tapi kalau kau jemput pun aku akan datang.. nanti dia mesti datang dengan wife dia.. tak kisah lah.. aku pun dah move on. actually aku pun dah ada steady boyfriend.. nanti aku kenalkan dia dengan kau ya!" jawabku dengan yakin. Mestilah itu dusta belaka!
" Oh wow! yang mana satu? kau tu selalu tukar pasangan.. bukan aku tak tahu!" Aku ketawa dengan pertanyaan Linda. Hanya Linda saja yang selalu tahu perkembangan hidupku. Aku tak pernah terikat dengan mana-mana lelaki. I keep my option open. Sebab hati aku macam sudah tertutup sebenarnya.
" Adalah.. nanti kau jumpa lah tu" Sahutku sambil ketawa mengekek.
" Kali ni yang betul-betul punya? Wah.. akhirnya! I'm happy for you! Jangan bercinta lama sangat dah tiba masa kita tamatkan zaman single.. Kita ni umur sudah makin meningkat.." Ujar Linda berisi nasihat.
"Amboi.. ayat nasihat!" Perliku buat Linda ketawa.
"Well I feel so happy with my partner now.. aku harap kau akan jumpa kebahagiaan kau juga Airis.." Balasnya dengan iklas. Aku terharu.
"Don't worry! I found the right one now.." Balasku berbohong. Aku terbayang muka Daniel, lelaki yang selalu dating denganku sekarang. Aku tak pasti adakah Daniel is the right one. Sebab masih ada seseorang yang masih menghantui hidupku..
" I'm glad to hear that!"
Lepas berbual kami putuskan talian sebab Linda sibuk dengan persiapan kawin.
Sepanjang 3 tahun ini aku jumpa kawan-kawan baru. Dan keluar date dengan beberapa kenalan lelaki baru. Tapi bayangan Jihan masih tidak mahu hilang. Tapi aku paksa diri. Akhirnya aku semakin kerap keluar dengan seorang lelaki yang nampaknya serius denganku. Orangnya baik dan tidak pernah mengambil kesempatan. Dia kacak dan punya perkerjaan yang baik. Aku cuba membuka pintu hatiku untuknya.. walaupun bayangan Jihan masih terus berlegar-legar.
Daniel selalu bawa aku keluar makan. Selain itu hujung minggu ada masanya dia bawa aku pergi belajar naik kuda. Dia anak orang berada, dia pernah mahu memperkenalkanku dengan keluarganya, tapi aku menolak sebab aku rasa kami masih baru dan aku belum bersedia. Daniel faham dan tidak memaksa. Aku selesa dengan Daniel. Minggu ini aku keluar dengan daniel lagi.. macam biasa dia bawa makan.. jalan-jalan.. tengok movie.
" Apa yang kau termenung tu Airis..?" pertanyaan Daniel buat aku tersentak. Baru saja aku terfikir tentang Jihan. Esok hari jadi Jihan. 31 october. Entah bagaimana tunangnya.. ah sepatutnya kini adalah isterinya.. bagaimana isteri Jihan menyambut harijadi Jihan?
"Ah.. tak ada apa-apa.. tengah fikir pasal halloween movie yang kita baru tengok tadi. best jalan ceritanya.."Ujarku berbohong. Daniel senyum lembut. Aku kasihan dengan Daniel. Dia bersungguh-sungguh cuba ambil hatiku. Tapi aku masih lagi main tarik tali. Tidak pernah mengaku jadi girlfriendnya.
"Airis... Daniel perasan kau kerap melamun. Jasad saja di bumi.. jiwa tu entah melayang ke mana..Airis ada masalah ke?" Pertanyaan Daniel buat aku terpegun. Daniel renung mataku dalam-dalam. Aku jadi rasa bersalah.
"Eh.. tak adalah. Bukan macam tu.. sebenarnya saya selalu terfikir.. anak yatim piatu sebatang kara macam Airis ni.. mungkinkah ada saudara-mara lain yang sebenarnya masih wujud di luar sana tanpa saya sedari..?" ujarku beralasan.
" Airis tidak cuba selidik dari rumah anak yatim tu dulu.. mungkin ada adik beradik sebelah ibu atau bapa Airis yang masih hidup.. sepupu mungkin?" Tanya Daniel dengan muka prihatin. Aku jadi mengeluh. Rasa bersalah mengigit hatiku. Sebenarnya aku sudah dapat jawapan itu ketika dengan Jihan dulu. Kami sama-sama pergi buat research menjejaki saudara mara yang mungkin aku miliki. Kami berdua berlagak macam detactive membuat siasatan dengan bantuan uncle Jihan seorang anggota polis. Berbulan-bulan lamanya kami cuba mencari maklumat. Malangnya ibu bapaku ternyata memang tidak punya saudara mara yang boleh di jejaki. Semua pencarian menemui jalan buntu.
" Sudah.. tapi sia-sia. Tiada penghasilan.." jawabku ringkas.
"Sudah lah.. jom balik!" sambung ku.
Daniel mengangguk dan menghidupkan enjin keretanya. Kereta meluncur laju menuju ke rumah sewaku. Dalam perjalanan aku cuba mengajak Daniel berbual-bual- terasa aku perlu menebus sesuatu memandangkan dia mengungkit yang aku selalu melamun.
Aku melambai Daniel yang perlahan beredar. Dengan langkah longlai aku menaiki tangga rumah sewaku. Kembali teringat akan besok hari. Hari jadi Jihan sama tarikh dengan sambutan halloween , hari hantu kononnya. Tiap kali tarikh ini muncul aku jadi sentimental.. memori itu masih jelas dalam ingatanku..
Dulu aku, Jihan, Linda, Faris, Susan dan Nina pernah sambut harijadi Jihan dengan camping di halaman rumah Jihan. Halaman rumah Jihan luas. Ibu bapa Jihan sangat sporting dan tak kisah kami camping di situ. Kami rapat sejak dari sekolah menengah lagi. Kami pasang khemah dan buat unggun api. Kami panggang sayap ayam, sausage, daging kambing, udang dan kerang kerangan.
Kami ketawa, menyanyi dan menari. Lepas tu Faris mula buka cerita seram. Kisah pembunuh bersiri yang boleh membunuh mangsanya dalam tidur. Entah dari mana dia kutip cerita tu tapi sayangnya tak rasa seram pun. Habis cerita seram Jihan bawa keluar ouija board. Kami semua marah! Aku tarik telinga Jihan hingga dia minta ampun kesakitan. Aku imbas kembali apa yang kami buat bersama..
" Kerja gila!" marah Nina. Jihan ketawa.
" Alah.. ini bukan Ouija board yang sebenar.." Dalihnya lagi. Kami kemudianya berpandangan sesama sendiri. Ia memang kelihatan macam Ouija Board. Tiba-tiba Faris senyum jahat. Susan bulatkan matanya besar-besar tanda tidak setuju. Linda buat muka takut. Aku pun sama. Susan hanya terkebil-kebil pandang kami silih berganti.
" alah.. come on guys. Just for fun!" Pujuk Faris.
" We should do this now... bila lagi nak cuba? Masa ni la.. while we still young.. nanti kalau masing-masing sudah ada keluarga sendiri.. kita takan boleh buat hal gila ni lagi.." Jihan cuba menyakinkan. Mukanya penuh kesungguhan.
"Betul! Amacam?" Tanya Faris menyokong.
" Biar betul! kalau ada hantu datang macam mana?" Tanya Susan sambil jengkelkan matanya pada Jihan.
"Kau percaya hantu?" Tanya Faris ketawa.
"Amboi.. eksyennya ketawa" Marah Linda menyampuk.
"Hey... come on! sekejap saja!"
"Gila!"
Kami berpandangan sambil memandang Ouija board di depan mata. Tapi macam bodoh lepas marah kami teringin mencuba.. Kerja gila. Rasa ingin mencuba memang kuat juga.
"Macam mana nak main?" Tanyaku teruja.
" Er.. aku pun tak tahu. Ouija board ni sepupu aku punya.. tak pernah tanya pun macam mana nak main.." Sahut Jihan dengan muka malu.
"ceh...."
Marah Faris. Kami yang lain serentak ketawakan Jihan. Dia hanya garu kepala.
"Kita cuba-cuba sajalah.."
Jihan ambil meja kecil dari rumahnya. Kami berkumpul mengelilingi Ouija board itu. Saling berpandangan. Faris ambil beberapa batang lilin dan nyalakannya dalam betuk bulatan di tengah meja.
" Kita semua pegang tangan" Suruh Jihan.
" Apa yang kita nak tanya?" ujar Nina.
" Apa-apa sajalah.." Balas Faris dengan muka teruja.
" Kau boleh tanya apa saja to the dead people.... you can ask anything!"Tambah Faris senyum lebar. Nina mencebik.
" Such as...?"Tanya Nina lagi. Kami semua pandang Faris minta jawapan.
"hmmm... contohnya.. Siapa nama perempuan who cheat with your ex boyfriend?" Jawab Faris sambil ketawa jahat. Nina tarik muka masam.
" Seriously Faris?"Marah Nina.
" Come on! just have fun.. kita tanya apa saja!"Balas Faris tanpa rasa bersalah.
"Orait.. sekarang semua pegang tangan dalam bentuk bulatan" Suruh Jihan.
" I'm out.. korang main aku tengok!" Linda Mundur ke belakang.
"Oh.. come on Linda! Jangan la macam tu.." Pujuk Susan. Tapi Linda tetap dengan keputusannya. Kami mengalah dan mula pegang tangan sesama sendiri dalam bentuk bulatan.
"Calling all the spirit to help us with the answer.." Ujar Jihan.
" Ok now.. mari kita pegang this planchette.. and ask..kamu tanya la?" Jihan tunjuk benda berbentuk segitiga yang ada cermin bulat di tengahnya. Ia berfungsi untuk penunjuk jawapan. Masing-masing ikut arahan Jihan. Susan ketawa kecil.
"Simple macam tu saja?"Bisiknya. Jihan angguk.
" Ok..biar saya tanya dulu.." sampuk Faris. Jihan angguk bagi green light. Kami serentak pandang muka Faris yang tersengih macam kerang busuk.
" hello spirit? panties Airis malam ni warna merah?" ujar Faris sambil kenyit mata denganku. Aku jadi ketawa. Yang lain ikut ketawa. Faris memang suka mengusik ku dengan panties warna merah sejak dia jumpa panties merahku tercicir di sungai waktu kami camping di sebuah sungai suatu masa dulu, memalukan sungguh!Tak habis-habis usik aku dengan hal itu! celaka punya Faris.
"Soalan bodoh!"spontan aku ketuk kepala Faris.
"Seriously Faris?"Jihan tidak dapat menahan ketawa. Tiba-tiba planchette bergerak ke arah tanda 'Yes'. Tapi aku yakin itu Faris yang buat. Faris senyum-senyum mengesahkan tekaanku.
"Faris! stop it! aku tak pakai panties warna merah! at least not tonight" Nina ketawa mengekek dengar aku marah.
" Hello spirit! Berapa helai panties warna merah Airis?" Tanya Faris lagi sambil ketawa nakal.
" Stop it! Faris" Marahku sambil jengkelkan mata padanya. Kali ini Susan tolong ketuk kepala Faris. Nina ikut jeling.
"Serius sikitlah.." Sampuk Susan. Jihan masih sakit perut ketawa. Aku tumbuk bahu Jihan. Linda pun sama pegang perutnya ketawa kelucuan.
"Giliran aku tanya" Ujar Susan. Kami angguk bagi peluang Susan tanya. Susan memikir-mikir seketika lalu bersuara..
"How did you die? can't you go to the light?" Semua kami terkejut dengan soalan Susan. Faris angkat kening terkejut.
" Ganasnya soalan!" Spontan Linda menegur. Tapi ketika itu kami terlupa memegang Planchette.
"Eh.. semua pegang sinilah!" Suruh Faris. Masing-masing sentuh planchette dengan jari telunjuk. Kami perasan Faris cuba gerakkan planchette lagi. Kami ketawa dan lepaskan benda itu kerana memang kalau main dengan Faris tak boleh pakai. mesti dia buat dajal. Sebaik saja kami lepaskan.. tiba-tiba planchette bergerak laju ke menuju ke tanda 'YES'. Serta merta kami semua tersentak sambil berpandangan sesama sendiri.
"Did you guys see that?"Tanya Nina. Aku angkat bahu. Tak percaya apa yang ku lihat.
"No! I dont.." Ujar Linda dengan muka pucat. Aku pandang tajam Jihan. Dia buat mimik muka minta maaf.
" Tulah kau tanya benda bukan-bukan" Faris salahkan Susan.
" Eh.. thats enough! Sudah la.. this is creepy! aku lapar balik.. jom sambung BBQ" potongku sambil bingkas bangun. Tiada bantahan.
" Ok thank you and good bye"
Susan sokong planchette ke arah tanda 'Good bye'. Meremang bulu roma ku sekejap. Aku jeling geram pada Jihan. Dia tersengih. Susan dan Faris bertengkar lalu masing-masing menyalahkan satu sama lain. Jihan cepat-cepat kemas meja dan ouijia board itu. Kami kemudiannya sambung makan dan berbual-bual sampai jam2 pagi.
Mujur lah tidak ada apa-apa yang terjadi kecuali malam itu aku mimpi buruk. Aku bermimpi seorang nenek cuba masuk ke dalam tubuhku..Aku terkejang-kejang ketika tidur. Yang lain sudah tidur ketika Jihan kejutkan aku yang bermimpi buruk.
"Airis! Airis.. bangun" Bahuku di goyang kuat. Semangatku seperti di tarik semula masuk ke dalam tubuhku. Aku buka mata, tercungap-cungap macam ikan kehabisan nafas dan melihat muka Jihan begitu dekat di muka ku sambil tangannya merangkul separuh badanku untuk membangunkan ke posisi separuh duduk. Seluruh tubuhku basah mandi peluh. Jihan pandang aku dengan muka terkejut.
" Kau okay?" Aku mengeleng dan menangis.
"Kenapa?" Tanyanya dengan panik.
"Aku mimpi buruk! aku mimpi satu nenek bermuka hodoh masuk ke dalam badanku.." Kataku dengan suara bergetar ketakutan. Dia peluk bahuku yang mengigil sambil berkali-kali mengusap ubun-ubunku cuba menenangkan. Jihan memang sedikit protective dengan aku sebab di antara kami kawan-kwan rapatnya hanya aku yang tidak punya ahli keluarga , yatim piatu. Semua orang yang lain tidur nyenyak langsung tidak sedar, tidur mati! Aku rasa sangat bersyukur sebab Jihan sedar dan kejutkan aku. Kalau tidak entah apa yang akan terjadi lagi dalam mimpi ngeri itu!
" I'm so sorry! its okay now.. its just a dream. Aku ada sini.. Sorry Airis"
Jihan berusaha memujuk dan menenangkanku. Dia minta maaf berkali-kali kerana menganggap oija board itulah punca aku bermimpi buruk. Malam itu aku hanya boleh tidur semula selepas Jihan meminjamkan dadanya hingga aku terlena semula. Besoknya aku jadi malu bila ingat aku tidur dengan nyenyaknya di dada Jihan tapi Jihan langsung tidak ungkit hal itu walau sedikitpun..
Bila ingat betapa selesanya tidur di atas dada bidang Jihan aku jadi berjuraian airmata. Terlalu banyak kenangan aku dengan Jihan. Tapi Sekarang Jihan dengan Shila.. mungkin malam ini Shila bagi hadiah make love paling hebat sempena hari jadi Jihan.. membayangkan hal itu hatiku jadi sangat sakit.. stop it Airis. Move on!
Okay.. sekarang aku ada Daniel. Aku hanya perlu fokus pada Daniel dan lupakan Jihan!
Sekurang-kurangnya aku rasa seperti aku punya seseorang bila bersama Daniel. Cuma satu yang membuatku ragu.. Bila aku pulang ke rumah sewaku. Dan saat aku cuba untuk menutup mata. Apa yang aku rindui bukanlah Daniel. Tetapi Jihan.
Aku rindu saat Jihan suapkan bubur waktu aku demam. Dia sanggup cuti sehari untuk memastikan aku makan. Linda ketika itu balik kampung dan Jihan tahu aku keseorangan demam di rumah. Habis makan ubat Jihan paksa aku tidur. Aku tertidur beberapa jam. Bila aku buka mata aku lihat Jihan tertidur di kerusi di depanku. Aku sempat capai handphone dan ambil gambarnya tidur dengan muka lucu. Bila dia pulang aku hantar gambar itu sambil cakap 'thank you sebab jaga aku' semua memori yang kami kongsi bersama satu-persatu berputar semula di kepala ku saat aku mahu tidur.. dan aku hampir saban malam menangisi hal-hal manis itu!
Aku berusaha sebaik mungkin menjalani hidup baru. 3 tahun berlalu, Jihan pasti sudah kawin dengan tunangnya. Mengikut rancangan mereka hanya akan bertunang setahun. Aku mesti move on. Aku tak boleh tinggal dalam kenangan. Jadi aku cuba bangkit jadi Airis yang baru dengan boyfriend baru dan kawan-kawan baru. Aku yakinkan diri. Aku janji yang aku akan lupakan Jihan..
******
Tapi entah kenapa luka silam datang kepadaku. Aku tak daya mengelak bila Jihan sudah ada di depan mata. Dan riak wajahnya seperti kemenangan bila akhirnya aku terpaksa menghadapinya. Entah macam mana dia boleh terpacak di depanku. Entah macam mana dia boleh cari aku! Aku terkejut bukan kepalang.
"Airis..." Dia gengam lenganku agak kuat. Sakit.
"Jihan! lepaskan.. sakitlah" Marahku sambil cuba melepaskan tangannya yang mengengam erat pergelangan tanganku. Gengamannya terasa longgar tapi masih enggan melepaskan.
" Bila kau pergi.. pergi begitu saja masa majlis pertunangan ku.. aku rasa sesuatu. Aku resah tidak menentu.. aku risau dan kusut ingatkan kau. Aku sedar kau cuba jauhi aku. Aku sedar kau berubah sejak aku bertunang.."Ujar Jihan.
" Bila aku tanya apa masalah kau.. Kau langsung tak mahu kongsi denganku. Malah kau naik marah.. Aku akur. Aku beri kau masa menyendiri. Hingga kau datang semula nantinya untuk ceritakan masalahmu padaku.. Aku tunggu. Tunggu dengan setia. Tapi celaka! Kau pergi begitu saja. Pergi tanpa pesan. Hilang lenyap tanpa kesan... tukar nombor telefon dan ghaib begitu saja! Kau kejam dan keterlaluan... Linda cakap kau kawin lari dengan suami orang.. aku tak percaya! aku nak dengar dari mulut kau sendiri.. tapi kau dah ghaib!" Dia berhenti dan menatapku. Wajahnya tegang. Marah. Terluka. Semua sekali. Aku balas tatapannya. Rasa bersalah. Aku pasrah. Aku memang patut menerima kemarahan Jihan. Aku kawan yang tidak kenangkan budi!
" Kemudian... sebulan lalu aku terjumpa Linda. Dia cakap kau tak jadi kawin lari.. kau datang sini membawa diri.. Aku bergegas datang sini cari kau.."Ujar Jihan lagi. Linda? Ah Linda balik KK urus pasal kawin dia. Tak sangka dia jumpa juga dengan Jihan. Entah apa yang Linda sudah bagitau Jihan.
" Buat apa kau cari aku?"Tanyaku perlahan.
"Aku mahu dengar sendiri dari mulut kau.. apa sebenarnya yang terjadi sampai kau sanggup lupakan persahabatan kita.. hingga kau sampai hati .. pergi begitu saja.. tanpa peduli perasaan aku, kau bff kau.. yang banyak lalui susah senang dengan kau! ."Suara Jihan marah bercampur sedih. Matanya merah.
" Sekarang jelaskan .. kenapa kau buat begitu.." Nadanya tegas. Aku menelan air liur. Menghela nafas berat. Namun dengan berani menatapnya. Menikmati wajah lelaki yang saban hari aku rindui. Saban hari aku cuba lupai.
"Linda tak bagitau.."Tanya ku perlahan.
"Tak.. Linda cakap tanyalah sendiri. Dulu Linda cakap kau kawin lari dengan kekasih kau yang suami orang.. aku tak sangka rupanya itu masalah kau! Kenapa kau sembunyi hal tu dengan aku? sepatutnya tak ada rasia antara kita.. apa yang terjadi Airis? Linda cakap kau tak jadi kawin dengan dia..? Kau bawa diri sebab dia? Kenapa kau tidak datang mengadu dengan aku? kau tahu kan yang kau boleh luahkan apa-apa saja dengan ku.."Panjang Jiran berleter. Ternyata dia percaya yang aku bawa diri lepas tidak jadi kawin lari. Aku senyum pahit!
" Its all lie Jihan.."Balasku perlahan.
" What? Lie? apa maksud kau Airis?" Mata Jihan hampir terjengil keluar kerana terkejut.
" Aku tak pernah ada kekasih yang berstatus suami orang.. aku hanya perlu satu alasan untuk pergi jauh.." Luahku dengan berani.
" Tapi kenapa? untuk apa?"Tanya Jihan tak sabar.
" Jihan.. I love you! Itulah sebabnya.. aku tak sanggup hadapi kau bila aku sedar yang aku sayangkan kau lebih dari sepatutnya.. Kau sudah bertunang dengan Shila dan tiba-tiba aku sedar yang I'm in love with you"Jawabku.
Entah dari mana datangnya keberanian. Lancar saja ungkapan itu mengejutkanku. Jihan terpaku. Lama. Dan aku lega. Terlalu lega. Akhirnya aku tak perlu biarkan ia jadi teka teki lagi. Selebihnya biarkan saja. Dadaku terasa ringan.
" You love me....?" Tanya Jihan lagi. Seperti ingin menguji pendengarannya. Aku mengangguk. Tenang. Ajaib sungguh. Aku boleh rasa setenang itu mengucapkannya. Bukannya susah sangat pun sebenarnya. Tapi dulu hanya ingat hal itu aku rasa macam tercekik! Aneh tetapi benar.
Jihan terpegun. Lama. Dia tatap wajahku dalam-dalam. Riak wajahnya sukar di baca.
" Kalau begitu kau kena bertanggungjawab.." Kata Jihan sambil menarik nafas panjang. Meraup wajahnya sebentar dan kembali menatapku.
" Bertanggungjawab?" tanyaku merasa pelik.
" Tentulah.. sebab tiba-tiba saja aku rasa tak boleh hidup tanpa kau Airis.. aku tidak sanggup kehilangan kau untuk kali kedua.. Jadi kau mesti kahwin denganku!" Aku tergaman. Mengigit bibirku. Ternyata bukan mimpi. Tapi apa perkataan gila yang dia ucapkan ini??!
" Jadi isteri nombor dua?" tanyaku jengkel. 'Boleh pula aku jatuh cinta dengan orang macam ni' gerutuku dalam hati. Jihan tertawa.
"Apa salahnya.."
"Gila..!"
" Aku memang gilakan kau.."
Ini memang gila. Aku angkat kaki. Tapi Jihan tarik tanganku.
" Itulah kau.. sikit-sikit nak lari.. aku tak pasti betul kah kau sayangkan aku. Sebab kau senang-senang saja larikan diri.. langsung tidak berjuang untuk dapatkan aku!" Marah Jihan. Aku rampas tanganku dari gengamannya. Marah.
" I love you.. itu tidak bererti aku mahu jadi isteri nombor dua.." Balasku tak kurang marahnya. Jihan ketawa. Ketawa yang menyakitkan hati. Ketawa yang sebenarnya ku rindui. Celaka!!
"Aku dah putus tunang.. kempunan nak kawin dengan tunang aku tu. Sebab kau.. sebab kau ghaib tiba-tiba. Sebab kau buat aku gila.. you drive me crazy when you leave me.. jadi kau kena bertanggungjawab untuk itu.. Kau mesti kawin dengan aku! Kau punca dan pesalah utama yang buat aku tak jadi kawin..kau kena bertanggungjawab! " Senyuman Jihan ranum. Sinar matanya bercahaya . Aku terpana seketika.
"Am I too late? Kau sudah ada orang lain?" Tanya Jihan dengan muka tegang bila aku diam tanpa menyahut. Aku teringat Daniel. Bagaimana Daniel? Selama ini aku paksa diri suka dengan Daniel sedangkan hakikatnya, lelaki yang depan mata aku sekarang inilah yang sudah lama bernyawa dalam setiap helaan nafasku! Pandangan mataku jadi kabur..
" ah.. bodoh!" kataku sambil mengesat airmata.
" Apa yang bodoh?" tanya Jihan hairan.
" Airmata ini bodoh..!" Marahku sambil terus mengesat airmataku. Jihan ketawa dan dengan gembira turut sama mengesat airmataku.
" Kau memang bodoh.. but I still love you" katanya lembut.
" cis! Mulut manis..!" Jihan ketawa lagi mendengar ungkapanku.
" Asalkan kau jadi semutnya..!" Aku ketawa mendengarnya.
Jihan pegang kedua bahuku.
" Aku rindu kau Airis.. aku sangka aku sudah kehilangan kau untuk selamanya"
Suaranya bergetar. Kemudian dia rangkul aku erat. Aku kemudiannya menangis teresak-esak dalam dakapan Jihan. Gembira.. rindu.. sebak..semua bercampur baur.
"Maaf menghilang macam tu saja.. aku cuma tak berdaya tengok kau jadi milik orang... " Kataku sambil terisak. Aku tak boleh bayangkan apa yang dia lalui sampai putus tunang dan cari aku di sini. Entah macam mana dia cari aku sebab aku sedaya upaya hilangkan diri.
"shuuu.. its ok! Kalau bukan pasal kau ghaib mungkin aku pun tak sedar yang aku sayang kau lebih dari sepatutnya.. kalau kau tak menghilang... Aku tak akan sedar .. that you're my world.. I realised it just after you gone.." Balas Jihan dengan suara lembut. Aku rasa jarinya mengusap belakang kepalaku dengan perlahan. Aku kemudian mendongak memandang Jihan yang juga menatapku. Semua keperitan lepas terasa berbaloi untuk aku lalui. Betapa pun semua yang aku lalui sebelum ini, kecewa.. sakit hati.. mungkin saja jalan yang betul untuk sampai ke titik ini. Bila melihat Jihan di depanku. Aku tahu.. kali ini aku tak akan lepaskannya!
" I'm Sorry..."ujarku rasa bersalah.
"No! I'm sorry.. sebab tidak sedar betapa sakitnya hati kau bila aku dengan Shila.. I'm Sorry sebab lambat datang cari kau di sini.." Jihan kucup dahiku perlahan. Sekali lagi aku benamkan muka ku ke dadanya. Hangat dan menenangkan.
" But Linda said I'm probably too late. She told me you has someone now.. Am I too late?" Tanya Jihan dengan nada berhati-hati. Aku mengeleng perlahan.
" I tried to replace you with somebody else..Tried to move on. Tapi bila aku balik rumah berseorangan dalam bilik.. I don't felt alone.. our memories hunted me along the way.. its too late for me to find a replacement.. I guess your name was like tattoo in my heart " Balasku sambil mendongak menatap mata Jihan. Dia tersenyum lembut.
" I love you Airis.."
" I love you more.." Balasku dengan suara sedikit serak. terharu.
" Tapi Airis.." Muka Jihan serius.
" Apa?"
" Its your turn.. to let that 'someone' know that you found your way back to me.. your home" Aku faham maksud Jihan. Daniel. Aku tunduk dan menghela nafas panjang.
" Its okay.. Daniel tahu. Aku sudah bagitau dia tentang kau. Everything about you. Dia tahu yang you haunted me and I still keep trying to move on. Tapi dia choose to stay til I let him in or let him go.. its hurt me to hurt him.. He is a good man.. he deserve better" Jawabku dengan keluhan.
" Airis.." Jihan ambil tangan ku dan mengengam dengan lembut. Aku menunggu kata-kata seterusnya.
"Its hurt me seeing you care about some one else.. maaf. aku boleh tolong bagitau dia.. on behalf kau .. if you dont dare to tell him.." aku jadi tersenyum. Dia tiba-tiba ketawa setelah melihat senyuman ku.
" hey.. you have no idea.. macam mana serabutnya aku bila Linda cakap aku mungkin terlambat.. tahu! sia-sia aku cari sampai ke pelusuk dunia tapi kau dah bersama orang lain.. aku sudah bercadang merampas kau dengan cara paksa.. hahahaha" Ujar Jihan lagi dengan ketawa.
"betul?" Tanya ku tidak percaya.
" Betul.. aku bukan macam kau.. mengalah sebelum berjuang.." Sindir Jihan sambil ketawa. Aku jadi tersipu malu. Dia cakap betul. semuanya sebab aku merasiakan isi hatiku..
" By the way.. sejak bila kau have feeling on me?" Tanya Jihan tenang.
" hmmm... the day you told me.. kau akan bertunang!"Jihan mengangguk-angguk.
" Dan kau bagitau aku.. masalah kau tiada kaitan dengan aku.. dan sebenarnya sebenarnya masalah kau.. ialah.." Aku segera memotong..
" realized that I'm in love with you.. itu la masalah aku! I know I lied.. aku just tak tahu mahu buat macam mana... kau dengan happy bagitau kau akan bertunang.." kataku dengan nada perlahan.
" Hey.. its okay! jangan sedih.. kita dua-dua bodoh. paling penting now we found our way back to each other.. " Jihan senyum lembut.. Aku balas senyuman Jihan. Thank god.. Aku akhirnya bersama dengan lelaki yang saban malam aku rindui..
" So now...?" Tanya ku
" Now.. mari dating sebagai couple.. dinner? lapar ni.."Dia mengosok perutnya. Aku ketawa.
" Aku tahu di mana tom yam seafood yang sedap di sini.." Kataku membuka langkah. Aku tahu itu adalah salah satu makanan kegeramaran Jihan.
" Ah... you know me well.." Ujar Jihan sambil ketawa dan menangkap tangan ku. Kami jalan beriringan sambil berpegangan tangan macam pasangan kekasih.. Jihan tidak sudah sudah mengulum senyum. Aku? aku berjanji dalam hati akan selalu berjuang untuk Jihan di masa akan datang.. you want it. go for it.. or you might be too late and lost it!
Habis!
******
Note : The short story before i decided to remaking it to be novel. still ongoing tho
Remaking cerita ni sedang ongoing.. versi asal hanya cerpen.