Télécharger l’application
11.53% Kumpulan kisah pendek (bahasa melayu) / Chapter 3: Sesuatu

Chapitre 3: Sesuatu

"Hei…"

Aku jerit dengan nada marah. Henry senyum sambil menjelirkan lidahnya. Budak sial. Aku cuba melayangkan tumbukan padanya tapi dia cepat mengelak. Tak puas hati, aku berdiri dan menampar belakangnya dengan buku tebalku. Aku berharap dia mengaduh kesakitan. Tapi dia hanya ketawa terkekek-kekek! Seolah-olah langsung tidak sakit! Seolah-olah tamparan sekuat hatiku itu bagaikan mengeletiknya saja! Anak sial.. tunggu kau!! Aku macam nak terajang dia sampai terkeluar dari dalam bas ini.

" Kau.. budak sial!" Tak guna aku marah. Kemarahanku menambahkan kegembiraannya saja. Aku duduk semula dengan perasaan yang mendidih. Bas bergerak terlalu perlahan. Belakang kerusi ku terasa ditendang-tendang lagi. Aku tahu itu Henry. Aku tahu dia masih mahu memancing kemarahanku. Aku cuba bersabar tapi tendangannya di belakang kerusiku benar-benar menyakitkan hati. Bunyi kekehan ketawanya yang kedengaran seronok itu membuat aku rasa macam mahu gila.. Mujur bas akhirnya sampai ke destinasi. Aku lega, Rosalie hanya tersengih melihat aku yang menyumpah seranah Henry tetapi di sambut dengan senyuman gembira oleh budak celaka itu.

" Kenapa budak tu suka menyakat kau ya?" Tanya Rosalie jalan beriringanku.

" Entah.. budak tu gila!" Kataku bengang. Sungguh aku bengang. Entah apa yang telah aku buat hingga budak tingkatan 2 yang bersaiz anak ikan itu suka menyakatku. Demi tuhan aku tak sanggup melayan kerenah kebudak-budakannya. Entah apa dosaku padanya hingga dia tidak mahu melihat aku gembira berborak dengan Rosalie. Setiap kali aku dan Rosalie bercerita dengan serius tentang Naguif, olahragawan hensem di kelas kami itu. Henry pasti akan mula mengacau dengan tendangan kakinya di kerusiku. Atau dengan suaranya menyanyi membingitkan telinga hingga kami tak boleh focus bergosip! Aku benar-benar tak faham dengan sikap 'budak kecik' tu!

Sepanjang tahun aku bertahan dengan gangguan harian yang menyakitkan hati dari budak Henry yang celaka itu. Ketika aku dan Rosalie mula masuk tingkatan 5 dan Henry pula ketika itu baru tingkatan 3. Dia sudah tidak ikut bas yang sama. Ayahnya hantar dia ke sekolah setiap hari. Aku lega! Bersorak riang.. budak celaka yang menganggu hidupku sudah lenyap. Di sekolah tentulah Henry tidak punya waktu untuk menyakatku. Aku focus pada Naguif. Begitu juga Rosalie. Kami sama-masa menaruh hati pada si hensem itu. Tapi hanya aku yang tahu hal itu. Rosalie meluahkan isihatinya tentang Naguif padaku tapi aku hanya memendamkan perasaan ku itu tanpa pengatahuan Rosalie. Biarlah… aku menjadi pendengar setia buat Rosalie. Aku sedar siapa diriku.. aku tak secantik Rosalie. Naguif mustahil akan memandangku. Memang Rosalie paling padan dengan Naguif. Rosalie bukan saja cantik tapi juga pelajar terbaik kelas kami. Dia sentiasa di tempat pertama. Aku? Setakat nombor 7 saja yang terbaik pernah aku capai dalam kelas. Tapi kerana dia cantik dan pandai budak-budak lelaki segan untuk memikatnya. Mereka rasa rendah diri sebab dia terlalu 'pandai' untuk mereka. Rosalie mengeluh hal itu padaku dan aku terus menjadi telinganya yang setia.

" Amy.. aku rasakan. Budak Henry tu suka dengan kaulah! Sebab tu dia asyik kacau kau.. Dia hanya kacau kau seorang tau!" kata Rosalie suatu hari. Aku ternganga.

" gila.. mustahil! Budak celaka tu.. punyalah BUDAK! Dia memang budak jahat yang kurang ajar" kataku menafikan.

" Tapi.. aku hairan kenapa dia cuma kacau kau seorang saja! Betul kan..?" aku terus menafikan walaupun dalam hatiku mula mengakui. Budak sial itu memang tidak menyakat orang lain. Hanya Aku! Hanya aku seorang… Kenapa?

***

" Henry sudah pindah sekolah.. bapanya di tukarkan di tempat lain" Beritahu Rosalie suatu hari.

"Oh.." kataku tidak ambil pusing. Tak ada kaitannya dengan aku. SPM berakhir dan kami telah sama-sama berjuang. Keputusan SPM ku memang tidak sehebat Rosalie. Tapi cukup untuk aku sambung ke tingkatan 6. Malangnya ekonomi keluarga ku agak teruk. Aku ambil keputusan kerja dulu setahun dua sebelum sambung belajar. Rosalie sambung masuk U. kami terputus hubungan.

" Hei.. Amy" Sapaan yang hangat dan mesra dari Rosalie suatu hari. Aku kebetulan terserempak dengan Rosalie.

" Eh.. Hai.. apa kabar? Lama tak jumpa.." balasku tak kurang ramahnya. Sungguh aku gembira berjumpa dengannya semula.

"Kau tak sambung belajar?" Tanya Rosalie melihat aku dengan baju kerja. Aku tersengih sebagai jawapan. Kami sudah 21 tahun tapi aku masih tak sambung belajar lagi. Entah lah… aku malas. Otak ku dah beku kot?

"Kau macam mana..?" balasku memulangkan pertanyaan.

" Aku masih study.. tahun dua.." Katanya bangga. Aku turut gembira untuk dia.

" Amy.. kau ingat tak Henry.. aku ada terjumpa dia lagi.. Dia sekarang punya hensem.. bukan budak lagi.. kalau kau nampak dia sekarang mesti jantung kau berbunyi tak keruan.. haha.." aku ketawa mengekek mendengar cerita Rosalie. Membayangkan si budak celaka itu yang membuat jantungku pecah menahan marah?

Tapi bila aku kebetulan terserempak dengannya pada suatu petang di padang bola tidak jauh tempat aku bermain bola tampar dengan kawan-kawanku. Aku terkedu. Dia bukan lagi budak kecil saiz anak ikan. Dia sudah berbadan sasa dan tinggi lampai. Malah dia benar-benar buat jantungku berbunyi tidak keruan dengan pandangannya. Dia kacak hingga aku rasa sungguh malu untuk menatapnya. Risau kalau kekagumanku itu akan dibaca olehnya.

" Hai…" Sapanya mesra. Tidak ada jeliran lidah atau kata-kata mengajuk seperti dulu. Yang ada adalah senyumannya yang boleh buat aku mencair macam coklat terkena kehangatan, bila-bila masa saja akan mencair.. irama jantungku melihat senyuman itu begitu menakutkan diriku sendiri!

" Er.. Hai!" aku gugup dan terkekok.

" Boleh aku join?" Tanyanya menatap terus ke mataku hingga aku rasa panahan pandangannya telah menikam jauh ke dalam kalbuku. Celakalah aku kali ini! Dengan mengawal gagapan aku mengajaknya ikut serta. Kebetulan rakan-rakan lain belum muncul. Hanya aku, Ajak dan Bibi saja yang baru sampai.

semuanya bermula semula. Dia bukan lagi budak yang menyakitkan hati. Dia sudah bertukar menjadi putera charming yang budiman lagi menawan. Aku langsung tidak mengungkit hal-hal kejahatannya dulu dan dia juga begitu. Hampir setiap hari aku berharap melihatnya semula. Berharap dia datang semula ke gelangang dengan senyuman menawannya itu. Aku lemas dalam penantian.

" er.. cuti akan tamat tak lama lagi. Aku sudah masuk kolej.." Beritahu Henry sambil menjelingku. Aku rasa diriku terlalu kerdil. Hanya aku saja yang tak sambung belajar. Tentu ramai gadis cantik di kolejnya. Siapa lah aku..

" Oh..begitu.." aku tunduk. Terasa aku benar-benar jauh ketingalan dari orang lain. Kesal mengetuk hatiku!

" Kau bagaimana..? Kau tak nak sambung belajar? Er.. ini nombor telefon aku. Kau boleh cari aku kalau kau free.." Henry serahkan sekeping kertas yang tertera nombor telefonnya. Aku pandang mukanya seakan tidak percaya. Dia mengangguk dan memberikan senyumannya.

" Maaflah.. aku sungguh jahat dulukan.." Tiba-tiba Henry mengungkit.

" Ah.. ya! Kau sangat jahat dan nakal.. dulu! Kenapa ya..?"tanyaku hati-hati. Teringat kata-kata Rosalie tentang teorinya dulu.

" Ah! Itu sungguh memalukan.. aku hanya berusaha mendapatkan perhatianmu dengan cara yang sungguh kebudak-budakan.. Aku berharap kau beri perhatian padaku. Sebab itu aku selalu menganggumu.. maaf ya.." Mukanya merah. Aku berpura-pura tidak memandangnya. Kami terus berbual-bual. Aku dapat rasakan yang dia begitu prihatin padaku. Memperlakukan aku seolah-olah aku seorang gadis cantik-yang sebenarnya aku sungguh tidak sepadan dengannya. Henry membiarkan bunga-bunga cinta bercambah dalam hatiku!! Habislah aku kali ini…

***

Di sebabkan Henry. Aku ambil keputusan untuk sambung belajar walaupun ketika itu aku sudah 22 tahun. Aku yakin masih belum terlewat untuk aku. Aku juga mahu berjaya macam orang lain. Aku mahu setaraf berdiri di sisi Henry. Henry gembira mendengar keputusanku untuk belajar semula. Dengan kesungguhan aku akhirnya berjaya masuk sebuah kolej. Sungguh indahnya menjadi pelajar semula. Aku tak perlu pergi berkerja. Aku hanya perlu belajar bersungguh-sungguh dan merindui Henry. Sekali pun Henry tidak pernah mengucapkan ' I love you' tapi aku yakin antara kami mesti ada sesuatu- sesuatu yang istimewa. Sesuatu yang buat aku bertekad untuk mengejarnya.. untuk berdiri setaraf bergandingan dengannya tanpa rasa rendah diri lagi.

.....

" Mama…" Suara comel si kecil Raika memutuskan lamunanku. Aku senyum dan menariknya ke pangkuanku, menciumnya dengan penuh kasih. Permata hatiku yang menjadikan keletihan bertukar menjadi senyuman.

" Ye.. nak apa sayang..?"Tanyaku lembut.

" Nenen… dalam gelas!" katanya sambil menunjuk ke arah gelas micky mousenya. Sambil membancuh susu ke dalam gelas aku menyeka airmata. Dia masih tertinggal di situ. Jauh dalam hatiku.. Dia masih tersenyum di situ. Bersama kenanganku. Dia pergi sebelum sempat aku memastikan 'sesuatu' yang istimewa antara kami.

" Aku rindu dengan kau!! Ada sesuatu yang aku nak beritahumu.. tunggu aku ya!" itulah kata-katanya dalam telefon. Beria-ia nadanya.

Aku terus menunggunya. Tapi dia mungkir janji. Dia tidak datang. Dia pergi bersama teki teki itu buat selamanya.. dan hingga kini. Sekali pun aku hidup dengan baik.. menikmati bahagia rumahtangga. Dia masih 'setia' disitu. Di tempatnya! Dia kekal di situ... selamanya tertinggal di hatiku.

Habis!


L’AVIS DES CRÉATEURS
Nico_Robin_2777 Nico_Robin_2777

masa tulis ni saya dengar lagu ketty perry - the one that got away- jadi endingnya jadi sedih macam lagu tu. henry memang wujud. tapi dia tak mati. he very much alive :) dan dia memang budak yang sngt menyakitkan hati suatu masa dulu then later turn out became a very handsome boy! :D

Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C3
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous