Télécharger l’application
71.42% KAU BIDADARI SYURGAKU / Chapter 15: BAB 14

Chapitre 15: BAB 14

DI KEJAUHAN dia dapat melihat Shahmi, salah seorang jurutera di Shaf Engineering Sdn. Bhd. sedang melangkah menuju ke arah kenderaannya. Sebentar lagi dia dan Shahmi akan bertolak ke Segamat untuk taklimat tender di sana.

"Assalamualaikum bos," sapa Shahmi selepas membuka pintu kereta ketuanya. "Maaf saya lewat sedikit," sambungnya sambil melangkah masuk ke dalam kereta.

"Macam mana dengan projek di Kluang tu? Beres semuanya?" tanya Shafiz sekadar ingin tahu sambil mencapai beg sandangnya di tempat duduk belakang. Sebelum bertolak dia mahu memeriksa dokumen yang perlu dibawa ada di dalam begnya.

"Semuanya berjalan lancar bos. Cuma berlaku masalah tetapan masa untuk pam air aje. Mungkin ada yang tertekan atau mengubah tetapan masanya tanpa sedar," jawab Shahmi, skema dan teratur. Pintu kereta ditutup.

"Alhamdulillah. So, masalahnya tak kritikal sangatlah?"

"Tak bos."

Diam. Perbualan mereka tergendala seketika.

"Kenapa bos?" tanya Shahmi bila melihat ketuanya itu seperti mencari sesuatu dalam beg sandangnya.

"Profil syarkat. Tak ada pula dalam beg saya ni."

"Mungkin tertinggal dekat ofis kut?" Shahmi mengagak.

"Mungkin."

"Awak tunggu sekajap ya? Saya nak ke ofis sekejap ambil profil syarikat," sambung Shafiz sambil meletak begnya di tempat duduk belakang.

"Bos nak saya naik ambil ke?"

"Tak perlulah Mi, kau tu baru balik dari Kluang. Penat pun tak hilang lagi. Tunggu kejap ya?" pinta Shafiz lalu melangkah keluar dari keretanya.

Shahmi angguk akur.

# # # #

"DUDUKLAH," pelawa Zenia pada Shadrina selepas gadis itu melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Sengaja dia menanti gadis itu di muka pintu.

Shadrina teragak-agak melangkah menuju ke salah satu kerusi yang ada di hadapan meja Zenia lalu dilabuhkan punggungnya. Dia memandang Zenia di belakang dengan ekor mata.

Zenia mengukir senyum sinis lalu perlahan-lahan dia menutup pintu pejabat. Tanpa dia sedari pintu pejabatnya tidak tertutup rapat lalu kembali terbuka sedikit. Dia melangkah menghampiri Shadrina kemudian berdiri di sisinya meja. Dengan wajah sinis dia menghulur tangan pada Shadrina.

Shadrina faham dengan isyarat bukan lisan itu. Resit-resit asal di tangannya diberikan kepada Zenia.

Zenia merampas kasar resit-resit itu lalu disemak satu persatu. Tiada apa yang perlu dicurigakan. Semakan itu hanya sekadar untuk menyukupkan syarat sahaja. Dengan kurang sopan, dia mencampak resit itu di atas meja. Dia kembali memandang Shadrina. Sakit hatinya bila menatap lama wajah gadis kampung itu.

Shadrina semakin cuak bila dririnya terus ditenung sinis lagi benci. Rasa kebencian Zenia itu dapat dia rasai. Terlalu dalam sehingga ke dasar hati.

"Kau ni aku tengok, nampak baik aje muka kau kan? Kau pernah ambil kelas lakonan ke, masa dekat universiti dulu?" tanya Zenia dengan sindiran yang berbau penghinaan.

Shadrina tersentak kecil. Namun, dia cuba mengawal perasaan itu dari diperasani Zenia. Dia tidak faham dengan soalan yang ditanyakan.

"Tak Cik. Saya tak pernah ambil apa-apa kelas lakonan semasa di sekolah rendah atau pun sekolah menengah dulu," jujur Shadrina menjawab sambil menundukan wajahnya.

Zenia tergelak menyindir.

"Aku lupa, yang kau ni setakat habis form six aje. Mana pernah jejak universiti, kan? Silap-silap universiti tu pun kau tak tahu apa maksudnya," hina Zenia dengan gelak sinis yang dibuat-buat.

Shadrina tidak terasa. Dia akur dengan hinaan itu.

Niat Zenia ingin buat gadis yang dibencinya itu sakit hati tidak menjadi. Sebaliknya, hatinya pula yang tertambah sakit bila melihat Shadrina sedikitpun tidak terasa apa-apa. Ketawanya menjadi kaku serta merta.

"Menyampahnya aku tengok muka berlagak baik kau ni. Dahlah berlagak baik, tak ada perasaan pula tu. Lagi satu, kau memang tak tahu malu, kan? Kau sedar tak yang kau ni hanya perempuan kampung. Yang hanya ada sijil STPM. Berani kau nak berangan sampai ke langit ya? Bermimpi nak terbang dengan enggang?"

Shadrina mengeluh halus. Walaupun hatinya tergores, dia tetap tenangkan jiwa dan beristifar di dalam hati supaya rasa amarahnya itu tidak menguasai diri. Bohonglah kalau dia tidak terasa hati dengan kata-kata penghinaan itu. Dia tetap manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

"Maafkan saya, Cik."

Hanya kemaafan yang mampu Shadrina pohon ketika ini andai perbuatan tanpa sedarnya sebelum ini telah menguris dan menyakitkan hati Zenia.

"Kau ni orang kampung, kan?" tanya Zenia lagi sambil merendahkan tubuhnya memandang Shadrina

Shadrina mengangkat wajah. Bila pandangannya bertentang dengan pandangan Zenia, dia kembali menundukan wajahnya semula. Dia tidak menyangka, ada niat lain Zenia memanggilnya ke pejabat ini selain mahukan resit-resit tadi.

"Ya cik. Saya berasal dari kampung."

Zenia tersengih lagi dan kembali berdiri. Tangan masih bersilang di dada. Dia melangkah ke belakang Shadrina. Ke hulu ke hilir dia melangkah di belakang gadis yang dibencinya itu. Seketika kemudian, dia berhenti lalu memegang penyandar kerusi yang diduduki Shadrina.

Shadrina terkejut. Tersentak tubuhnya.

"Kebiasaannya, orang kampung ni masih mengamalkan ilmu hitam atau bomoh, kan? Kau dah bomohkan Shafiz ya, supaya dia tergila-gilakan kau?" Zenia menuduh dengan satu tuduhan yang begitu berat terhadap Shadrina.

Terkejut besar Shadrina selepas mendengar kata-kata tuduhan Zenia itu. Sehingga begitu sekali dia difitnah?

"Astaghfirlahalazim, saya masih ada agama dan dan iman di dada, Cik Zenia. Saya masih waras. Ilmu hitam itu, syirik!"

Shadrina tidak mampu terus berdiam. Tuduhan Zenia itu terlalu berat. Dia masih berpegang pada tali Allah. Andai dia suka dengan Shafiz sekalipun, dia tidak akan sesekali meminta bantuan syaitan untuk membantunya.

Zenia merengus sinis. Tubuhnya kembali ditegakkan. Dia memandang ke luar pejabat, memastikan tiada yang sedang memandang atau mendengar perbualan mereka ketika ini.

"Tak payah nak berlagak alim sangatlah. Kau ingat..." Zenia menarik belakang tudung Shadrina. "... dengan tudung kau ni aku boleh percaya lakonan pura-pura alim kau?" sambung Zenia lalu menolak kasar kepala Shadrina ke depan.

Shadrina yang terkejut dengan tindakan Zenia itu hanya mampu memegang tudung yang tersarung di kepalanya supaya tidak tertanggal. Terhayun kepalanya ke depan bila ditolak kasar oleh Zenia tadi. Tudungnya yang tertarik ke belakang dibetul-betulkan. Dia tidak akan membalas. Akur dan bersabar itu lebih baik dari melawan.

"Saya minta maaf andai saya ada buat salah pada Cik Zenia," pohon Shadrina lagi dengan harapan kebencian Zenia ketika ini bisa mereda.

"Hei perempuan!" Zenia sudah hilang sabar. Belakang tudung Shadrina dicengkam lagi. Kali ini agak kuat lalu ditarik ke belakang sehingga wajah Shadrina mendongak ke atas.

"Kau ingat aku percaya, yang kau ni tak guna-gunakan Shaf? Kau ni, dahlah kolot, kotor dan selekeh. Kau ingat Shaf tu pandang ke, perempuan macam kau ni kalau kau tak guna-gunakan dia? Dasar perempuan tak sedar diri!" herdik Zenia sambil menarik kasar tudung Zenia.

"Sa... sakit Cik Zenia," adu Shadrina sambil menahan kepalanya. Dia tidak mampu melawan. Jika dia melawan, bimbang tudungnya akan tertanggal dari kepala.

"Zenia!" jeritan itu telah mengejutkan Zenia. Spontan tangannya terlepas daripada terus mengcengkam belakang tudung Shadrina. Dia kenal suara itu. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Dia terpaku bila melihat Shafiz sedang berdiri di muka pintu pejabatnya sambil merenung tajam ke arahnya. Jelas wajah lelaki itu yang bengis. Terasa dunianya tiba-tiba menjadi gelap untuk seketika.


L’AVIS DES CRÉATEURS
Cik_Bintang Cik_Bintang

Hazel Jay - penulis dari Malaysia.

Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C15
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous