"Sehun"
Aku menoleh sebaik sahaja nama aku dipanggil. InJong berlari kearah aku dengan senyuman yang terhias di wajahnya. Tubuh aku dipeluknya erat.
"Kau pergi mana Sehun. Aku rindu kau" Wajah aku di pandang InJong, jelas kelihatan dua pasang mata bundar itu sudah bertakung air mata
"Aku fikir kau tak nak kawan dengan aku lagi" InJong bersuara lagi, kali ni dengan bibir mencebik.
Terus sahaja tubuhnya aku tarik masuk kedalam pelukkan semula.
"Mana mungkin aku tak nak dengan kau InJong" Aku membalas dengan kata-kata yang penuh dengan makna tersirat.
"Sudah tu jangan larikan diri lagi. Aku ada kau saja tahu" Terus sahaja InJong menumbuk perlahan perut aku.
"Kau ni makin ganas kenapa?" Soal aku dengan sengihan.
"Ganas dengan kau saja. Sehun, aku ada benda nak kongsi dengan kau. Tapi nanti malam lah, bila kita berdua" InJong membisik perlahan dengan senyuman yang terhias di wajahnya.
"Sekarang bukan kita berdua ke?" Soal aku dengan kerutan dahi.
"Chanyeol dengan adik dia ada. Nanti malam lah aku bagi tahu ye" InJong membalas lagi.
"InJong" Panggil aku lembut.
"Hmm, kenapa?"
"Kau masih sayang dengan Chanyeol lagi?" Soal aku perlahan. Wajah InJong aku pandang tidak lepas.
"Gila tak sayang. Sayang la, Chanyeol satu-satunya lelaki yang berjaya ketuk hati aku tahu."
'Tapi aku sayang kau'
"Rancaknya berbual. Ah, Sehun sini aku kenalkan dengan adik perempuan aku. Seul Rin" Chanyeol yang tiba-tiba sahaja hadir membawa adik perempuannya mendekati aku dan InJong dengan senyuman yang terhias di wajahnya.
Senyuman yang aku benci takala melihat.
Senyuman yang seakan mengejek buat diri aku.
Aku mengariskan senyuman manis sebaik sahaja InJong memandang kearah aku. Aku menghulurkan tangan kearah gadis yang bernama Seul Rin. Melihat wajah Seul Rin yang tersipu malu membuatkan aku menarik senyuman kecil.
"Seul Rin. Ermm saya minta maaf ye pasal tadi. Saya tak sengaja nak kotorkan baju awak" Lembut sahaja tutur kata Seul Rin. Aku hanya menggeleng perlahan.
"No need to worry. Baju saja. Saya sentiasa bawa baju salin dalam kereta" Aku menjawab lembut.
RUMAH InJong aku pandang dari jauh, telefon di tangan aku pandang entah ke berapa kali. Mesej dari InJong aku baca beberapa kali untuk kepastiaan.
"Sehun"
Suara InJong memanggil nama aku, membuatkan aku dengan segera menangkat wajah memandang kearahnya. Jaket putih tebal bersaiz besar yang tersarung di tubuhnya menampakan InJong seakan penguin. Langkah di buka menghampiri aku.
"Lama tunggu?" Soalnya sambil memandang wajah aku.
"Tak" Aku bohong. Walhal, sudah lebih satu jam aku menunggu InJong. Apa yang berkaitan mengenai InJong, aku akan sentiasa awal dan cepat. Tangan aku diraihnya sebelum dia menarik aku menuju ke kerusi yang ada berhampiran. Tubuh aku ditolaknya perlahan menyuruh aku duduk terlebih dahulu dan dia melabuhkan punggung di sebelah.
"Tipu. Tengok muka pun dah tahu. Dengan aku, kau tak boleh bohong. Aku boleh baca fikiran kau" Pek panas dikeluarkan dari kocek jaket miliknya dan diletak pada kedua pipi aku.
Salah satu punca, kenapa aku menyukai InJong kerana perbuatannya. Dia memahami dan boleh membaca apa yang aku fikirkan. Tapi sayang…
Dia tak dapat baca fikiran aku yang satu lagi.
"Lain kali, tunggu aku call dulu. Nasib sahaja tergerak hati nak bawa pek panas ni" InJong membebel dan aku hanya memerhati sahaja wajah InJong ketika itu.
Sebolehnya aku mahu hentikan masa agar aku dapat bersamanya seperti ini. Seandainya, kalau InJong dapat tahu aku sakit. Adakah dia akan duduk sedekat ini dengan aku?
"Sehun, kau dengar tak apa aku cakap?" Soal InJong, dicuit lembut bahu aku.
"Maaf, apa kau cakap?"
"Aku kata, aku bakal berkahwin dengan Chanyeol awal bulan depan"
Tidak! InJong tak boleh berkahwin dengan Chanyeol. Tak boleh!
"Sehun, aku nak kau gantikan papa nanti"
Aku terdiam takala mendengar permintaan InJong.
"Kau sendiri tahu bukan Papa tak pernah ambik tahu pasal aku. Lepas kematiaan Mama, Papa tinggalkan aku dengan makcik aku. Kau gantikan Papa ye" Pinta InJong lagi.
"Hye…" Wajah InJong aku angkat perlahan agar dapat memandang kedua matanya.
"Don't cry. Aku ada dengan kau. Aku tak akan sesekali tinggalkan kau lagi. Aku akan ada dengan kau sampai akhir nafas aku" Aku bersuara lagi, tubuhnya aku tarik masuk kedalam dakapan aku.
Dan itu janji aku.
"KAU rancang nak bunuh InJong?"
Aku ketawa takala mendengar soalan yang di ajukkan oleh insan tersebut.
"Aku tak akan bunuh orang yang aku sayang. Pada mulanya aku rancang nak bunuh Chanyeol, tapi benda tu akan bagi impak buat InJong dan aku buat rancangan baru. Aku buat Chanyeol salah faham tentang hubungan aku dan InJong. Tapi…"
"Tapi apa?"
"Setiap kali aku jalankan rancangan tu, adik perempuan Chanyeol. Park Seul Rin mesti akan wujud dia. Dan disebabkan sifat Seul Rin aku buat rancangan baru"
"Rancangan baru? Maksud kau?"
"Aku dekatkan diri dengan Seul Rin. Erti kata lain, aku masuk dalam hidup Seul Rin" Balas aku lagi. Wajah insan di hadapan, aku pandang.
"Kenapa kau tak move on saja Sehun? Lepaskan InJong dan semuanya akan normal. Benda ni tak akan berlaku" Rentak suara dari insan tersebut kedengaran tegas daripada biasa. Raut wajahnya juga serius dengan kedua kening bertaut rapat.
"Aku? Move on? Sorry. Aku tak akan lepaskan apa yang jadi milik aku dekat tangan orang lain. Kalau aku tak dapat dia, maka orang tu pun tak akan pernah dapat dia"
— Un nouveau chapitre arrive bientôt — Écrire un avis