Télécharger l’application
54.54% Selisih waktu / Chapter 6: Chapter 4

Chapitre 6: Chapter 4

SIANG yang sudah berlabuhkan harinya, masih belum melelapkan mata buat si dara. Terkedip-kedip matanya, segar bugar. Tiada langsung rasa mengantuk yang bertandang. Telefon bimbit bersaiz segi empat panjang itu, nipis. Dipanggil pintar pada ciptaan manusia itu yang sentiasa berubah kecanggihannya itu dari masa ke semasa. Tetapi..., tanpa sebab ianya di belek di hadapan muka dengan akal yang bosan. Zulaikha mengeluh melihat notifikasi di telefon bimbitnya. Fikirannya terganggu dengan ujaran ibu Yusof yang meminta dia untuk membataskan hubungan kerana Yusof sudah bertunang dengan Ra'il. Hubungan dia dengan Yusof yang mereka simpulkan sejak sekolah, bukanlah waktu yang singkat.

Rasa sebab bertaut di relung hatinya. Hubungan antara dia dan Yusof merupakan hubungan yang istimewa buatnya. Di mana, lelaki itu sentiasa ada saat dia mahukan nasihat dan penguat kata.

Perlukah dia mengikuti kata-kata ibu Yusof atau, abaikan sahaja kata-kata ibu Yusof. Bukan dia tidak tahu menjaga batas. Dia tahu dan dia faham. Mereka sememangnya tidak ditakdirkan untuk berjodoh.

Kring!!

Satu panggilan terpapar di skrin telefon, membuatkan matanya membulat. Kening kirinya, terangkat.

"Helo??"

sambut Zulaikha mengangkat panggilan pada detik yang ketiga. Panggilan yang tiba-tiba itu membuatkan gadis berkulit hitam manis itu bangun dari kerusinya. Dengan suara perlahan, dia menyapa dengan berhati-hati. Gusar, jika panggilan di angkat dengan awal seolah-olah menanti panggilannya.

Bunyamin tersengih, hingga bibirnya melebar. Suara serak si gadis itu, kedengaran unik pada halwa telinganya. "Assalamualaikum..."Sapa Bunyamin memberi salam. Nada suara jantannya, mengusik si gadis.

Mendengar salam yang diberi abang Yusof, Bunyamin. Zulaikha segera menyambut salam. Tersipu-sipu dia, sambil mengaru kepalanya yang dirasakan gatal tiba-tiba. Terasa Bunyamin, menyindirnya.

Bunyamin ketawa. "Cepatnya jawab panggilan along. Rindu ke?" usik Bunyamin.

Zulaikha membuat muka, tanpa disedarinya. "Mana ada!!" balasnya. Menafi sekerasnya.

Bunyamin ketawa lagi. Suara Zulaikha, dapat dibayangkan melalui gambarannya sendiri bagaimana reaksi spontan gadis itu menafikan gurauannya. "Along call ni, sebab nak tanya. Dah sampai ke?"

Zulaikha senyum. "Sudahlah..bukan ke along yang hantar sampai ke rumah." balasnya. Ada sahaja perangai lelaki berusia tiga puluhan itu, mengusiknya. "Along, saja ya nak usik Ika." tambahnya pula.

Bunyamin yang berada di luar rumah, memanjat benteng rumah sebagai tempat dia duduk sementara, sambil memandang ke halaman rumah. Bulan yang separa itu, masih gigih memancar cahaya. "Mestilah nak usik. Bunga cantik, siapa pun nak petik. Kut-kutlah, along dapat bunga tu." utaranya, mengusik.

Mendengar usikkan Bunyamin, Zulaikha ketawa kecil. "Siapalah, bunga yang beruntung itu ya." tawa Zulaikha masih bergema di corong panggilan.

"Apa pula bunga yang untung. Orang yang dapat petik itu yang untung. Bunga jadi milik dia." usik Bunyamin. Wajah tenangnya, mempamerkan rias bahagia seperti pasangan yang baru bercinta. Dari deria telinganya, tawa Zulaikha tak berhenti tatkala dia mengusiknya.

Nampak macam garang-garang si singa. Rupanya manja macam kucing. Patutlah, angah rapat dengan Zulaikha. Dah kenal baru tahu, perangai Zulaikha.

Farahin yang lalu di ruang tamu, mula bergerak ke pintu balkoni. Dia yang berniat nak menutup pintu, tergendala apabila mendengar tawa anak sulungnya yang sedang bergayut panggilan di luar rumah. Kepalanya menjenguk ke luar.

Bunyamin yang lagut, senyum memandang ibunya. Dia mula turun dari benteng balkoni. Mendekati ibunya. Dengan isyarat, kepala. Dia menyoal ibunya. 'Kenapa?'

"Siapa?" Tanya Farahin, dengan isyarat mulut tanpa suara yang jelas.

"Girlfriend." Jawab Bunyamin spontan.

Zulaikha yang mendengar, secara tak sengaja. Terdiam serta merta. Berderau darahnya, laju hingga meremang rasa kegelian di belakang tengkuknya.

Farahin mengangguk, dengan senyum meleret. Ada sinar dia akan bermenantu secara serentak.

Bunyamin senyum kecil. Gelagat ibunya yang beredar, dapat dibaca rentaknya dengan mudah. "Kenapa senyap?" tanya Bunyamin, menyoal pada Zulaikha.

"Umi dah pergi ke?" tanya Zulaikha berhati-hati.

"Dah" Jawab Bunyamin pendek.

Ada nafas lega di hujung panggilan. "Jangan cakap macam itu pada umi. Tak baik membohong." utara Zulaikha, dengan bahasa lembut.

Mendengar kata Zulaikha, Bunyamin senyum lebar. "Masa bila membohong. Ika kan perempuan, bukannya lelaki. Betul apa, along panggil Ika girlfriend, bukannya boyfriend. Kawan perempuankan..ke, Ika nak jadi isteri along. Boleh along tukar jadi wife." Seloroh Bunyamin, mengenakan Zulaikha sehingga merah padam wajah si gadis manis.

Zulaikha cemberut. "Along ni, asyik bergurau sahaja." Nada suaranya, bersuara rendah.

Tawa Bunyamin meledak. " Dengan Ika sahaja, abang bergurau." balas Bunyamin, memalingkan badannya ke halaman.

Yusuf yang melalui, mengintai. Cuba mencuri dengar perbualan abangnya yang seakan di lamun cinta. "Along!"

Bunyamin mengangkat mukanya. 'Apa?' dia menyoal dengan ekspresi wajahnya sementara, telefon di dakap pada telinganya.

"Makwe??" bisik Yusof, memperlahankan oktaf suaranya.

Bunyamin mengeleng.

"Siapa?" ajunya, masih bernada rendah.

Rimas dengan soalan yang diajukan, seperti adiknya itu tidak berhenti selagi tidak mendapat jawapan yang dimahukan. Bunyamin, menjarakkan telefon itu dari mulutnya.

"Ika."

Berubah wajah Yusof. Sepantas itu juga, dia mengangguk perlahan. "O..kay." utaranya. Dia yang terdiam seketika, terus berlalu apabila dia dapat melihat abangnya tidak selesa dengan kehadirannya.

Sejak bila abangnya dengan Zulaikha, rapat?

Bunyamin, membiarkan Yusof berlalu. Mungkin adiknya itu merasa tidak selesa apabila dia rapat dengan Zulaikha. Tapi, Bunyamin tidak pula meletakkan adiknya tidak suka. Anggapan dia sahaja, kemungkinan adiknya tidak selesa.

Suara Zulaikha yang berada di corong panggilan, memanggil nama Bunyamin. "Along!"

"Oh, ya. Along dengar sayang." Bunyamin melihat adiknya berlalu dengan ekor matanya.

Intonasi Bunyamin yang manja, dibalas dengan sungutan Zulaikha yang tidak senang, apabila memanggilnya dengan panggilan sayang.

"Saya tutup nanti." ujar Zulaikha.

Bunyamin senyum lagi. "Okay-okay, along dah tak panggil lagi sayang, sayang." tawanya, pula di hujung bualan.

"Along ni...main-main ya."

"Okaylah. Dah lewat malam, selamat malam." ucap Bunyamin, apabila waktu semakin larut ke tengah malam.

"Oh..selamat malam." Balas Zulaikha, apabila dia tak sedar, masa berlalu bergitu cepat.

"Sayang nak sambung lagi ke ni.. macam tak nak tidur je bunyinya?!"

"Merepeklah abang ni!" panggilan diputuskan. Zulaikha mengeleng. Dia pula yang terasa malu. Terasa juga membahang di bahagian pipinya.

Bersambung...


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C6
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous