Télécharger l’application
56.66% Oyen Bolkiah :Undisputed / Chapter 14: Chapter 7 : Changgwi Bahagian 2

Chapitre 14: Chapter 7 : Changgwi Bahagian 2

Oyen telah pengsan dan rebah selepas digigit oleh Lipan milik Changgwi. Murni segera membawa Oyen berjumpa seseorang yang dikenali dengan nama Abdulhamid . Pada masa yang sama Changgwi tetap teguh dengan objektifnya Iaitu membunuh oyen .

"Kenapa kau berpeluh? Adakah asal usul aku membuatkan kau takut ? "

Muhyiddin berkata .

"Diam ! Aku tak gentar kalau bab lawan. Malah Aku seumur hidup aku , Aku tak pernah mengerti makna kekalahan dan kegagalan . "

Changgwi berkata .

"Hmmph Jika seseorang itu tidak pernah merasa kekalahan maka adakah kau rasa dimanakah kemungkinan dia dapat memperbetulkan dirinya? "

Muhyiddin berkata lalu membentuk kekuda.

"Tch...Diam kau ! Aku adalah Puaka paling terkuat di Wilayah korea Selatan . Tak mungkin orang Malaya yang hina macam kau boleh mengalah kan aku !, Changgwi Jug-Eum ! "

Changgwi menjerit .

"Untuk seseorang yang agak tua , Boleh tahan jugak mulut kau ya? Malah lagi celupar dari arwah Mak cik aku !"

Muhyiddin berkata .

"Diamlah!!!"

Changgwi berkata lalu berlari ke arahnya dengan berpuluh-puluh lipan berbilahkan pisau sebagai kaki membanjiri lobi hotel tersebut.

"Sesungguhnya dia yang berhak menarik dan memberi . Jadi aku takkan menyerah tanpa berlawan !"

Muhyiddin berkata lalu kedua-dua belah tanganya berubah menjadi berotot seakan-akan tapak harimau dan segera memecut ke arah Changgwi .

Sementara itu. Di kem sementara dan pusat tahanan PDRM .

"Jadi inikah Sampah masyarakat yang bertanggung jawab dalam mengedarkan Serbuk putih di negara kita ? "

Inspektor Mahmud berkata lalu menampar Abdullah DVD.

"Sabar tuan. Kejap lagi dia akan di bawa ke penjara Bang Kwang di thailand. "

Kata Seorang polis yang bertugas menjaga Banduan tersebut.

"B..Bang Kwang!?"

Abdullah DVD menelan air liur selepas mendengar ayat tersebut.

"Oh jauhnya..Baiklah biarlah unit saya yang uruskan. "

Inspektor Mahmud berkata.

" Baiklah Tuan !"

Polis itu berkata. Lalu Inspektor Mahmud diikuti dengan Inspektor Sebahattin dan beberapa pegawai membawa Abdullah DVD memasuki Truk pengangkut .

Kembali ke hotel Pullman .

"Kenapa??...Kenapa serangan semua tak mengena ???"

Changgwi bingung .

"Kenapa ? Takkan baru 2 jam lawan kau dah lelah? Bukankah Puaka yang terkuat di Korea selatan ? "

Muhyiddin berkata lalu menendang Changgwi di dagu .

"Urgh….HIYARGHHHHH"

Changgwi menjerit lalu Lipan di sekeliling mula berjalan ke arah Muhyiddin .

" Tch...Takkan nak guna taktik yang sama dalam perlawanan kalah mati ? '

Badan Muhyiddin mula mengeras . Lalu menumbuk Changgwi dengan kekuatan yang luar biasa.

"Arghh…(Sakit apa ni !? Kenapa rasanya macam seolah-olah dilanggar lori !?"

Changgwi menjerit kesakitan .

Separuh dari mukanya hancur manakala lengan dan kakinya mula longgar dan jatuh ke tanah .

Sementara itu .

" Bertahan Oyen ..Kita akan sampai tak lama lagi..Jadi bertahanlah !"

Murni berkata lalu terus mengayuh basikal dengan laju .

"Eh aku kat mana ni?"

Oyen berkata .

"Oyen..Apa yang kau buat kat sini ? Bukankah kau sudah berjanji untuk tidak memijakkan kaki ke sini lagi ?"

Pak-teh berkata .

" Kak-teh !!!"

Oyen menjerit lalu memeluk kakaknya namun sayangnya...Dia ditampar oleh Kak-Teh.

"Ke..Kenapa Kakak !?'

Oyen terkejut.

"Kamu dah memungkiri janji dengan memijakkan kaki ke sini. "

Pak-teh berkata.

"Tapi kak-teh...Saya…."

Oyen berkata lalu ditampar lagi oleh Pak-teh .

"Selagi Serbuk Putih disebarkan...Jangan sesekali bermimpi untuk memijakkan kaki ke sini…"

Pak-teh berkata .

"Kak-Teh...Kak-Teh ...KAK-TEH !!!"

Oyen menjerit lalu terbangun dari katil .

"Eh kau siapa? "

Oyen berkata .

"Oh..Kamu dah bangun. Macam mana, ada sakit mana-mana tak ? "

Kata lelaki yang kelihatan sedang membersihkan alatan perubatan .

"Takda…"

Oyen berkata lalu dia melihat sekeliling .

"Saya...Dimana sebenarnya ni? "

Oyen Bertanya .

"Oh kamu di hospital Kuala Lumpur. Kawan kamu yang namanya...Apa eh ...tak ingatlah pulak tapi nama dia bermula dengan Mur ...Kot.."

Doktor itu berkata lalu memandang ke tingkap .

"Mur ya ?..."

Oyen berkata.

"( Oh...Yalah rasanya ini dah kali 2 aku masuk hospital dengan kecedaraan yang teruk macam ni. )"

Pendam Oyen dalam Hati .

Di markas Kuala Harimau .

"Sebanyak 40 ahli kita sudah cedera teruk dek berlawan dengan sindiket serbuk putih "

Aidit membaca kertas laporan .

"Dan sebanyak 10 orang telah terkorban atau ditangkap oleh PDRM"

Wadi menyambung.

"Kesiannya.."

TG berkata .

"Jangan risaulah, pengorbanan diorang takan disia sia kan , Betul tak Rizky?!..Rizky?"

Murni berkata .

"Eh Rizky kan Murni tanya kau tu, jawablah . "

Aidit berkata .

"Oh ha ya..ya.."

Rizky berkata

"Kenapa ni Rizky ? kau dari tadi asyik pandang tingkap sahaja apa yang kau khayal siang-siang buta. "

TG berkata ,

"Takdelah cuma..Abang aku datang melawat…"

Rizky berkata .

"EH!????!!!!"

Semua di markas tersebut terkejut mendengar kenyataan Rizky.

Di sebuah Sempadan Thailand-Malaysia

"Ceh tak sangka kau akan datang semula..Aku ingatkan kau sudah lari dengan dokumen saham milik Hongfet ke negara jiran . "

Abdullah DVD berkata

"Eh janganlah cakap macam, Kau lupakah? Kan kita ni sahabat semati !"

Inspektor Mahmud berkata .

"Apa-apa pun, macam ni? Mereka akan perasan yang ada benda yang tak kena dengan kau dan mungkin kau akan dikenakan tindakan ."

Abdullah DVD bekata.

"Hehe jangan risau aku sudah ada apa itu orang putih kata "Back-UP PlAN " Gitu haha . "

Kata Inspektor Mahmud .

"Menarik. Jadi apa rancangan nya?"

Abdullah DVD berkata .

" Sebahattin akan menggantikan tempat kau pada masa yang sama kita akan menaiki kapal terbang peribadi ke Singapura "

Inspektor Mahmud berkata .

"Wah kau siap-sedia nampak. Nampak sangat nak aku pergi . "

Abdullah DVD berkata .

"Baiklah aku bertolak dulu lah ya. Semoga dipermudahkan. "

Abdullah DVD berkata lalu memasuki kereta dan beredar .

" Jadi apa pasal kau nak sangat masuk Penjara Bang Kwang ?"

Inspektor Mahmud bertanya kepada Sebahattin lalu menyalakan rokoknya.

" Takda apalah Abah tapi...Saya rasa badan saya dah makin lemah jadi .."

Inspektor Sebahattin berkata .

"Oh begitu ke ? Baiklah kalau macam tu jangan terbunuh ya "

Inspektor Mahmud mengucapkan selamat tinggal .

Di kelab .

"Wah...Rosmah dah mati !, Ching Beng? Dah Mati ! Changgwi? Daaaaa- Eh ?!"

Qim terkejut melihat Changgwi dengan pakaian yang koyak rabak dan dipenuhi dengan luka dari bawah sampai ke atas .

"Apa dah jadi dengan kau ? "

Qim bertanya .

"Entah...Tak sangka kau masih hidup walaupun PDRM sudah mencari sampai ke lubang tikus . "

Changwi berkata.

"Hehe ...Aku ni adalah Askar Korea Utara ah ! Takkan PDRM yang lemah ni boleh jatuhkan aku. Betul tak ?'

Qim berkata sambil meletakkan kakinya ke meja .

"Jangan Celupar sangat nanti kau menyesal. "

Changgwi berkata dengan mukanya yang perlahan-lahan menyembuh .

"Boleh tak sembuhkan dulu muka kau tu...Seram siak kau tahu tak . '

Qim berkata .

"Tch diamlah…"

Changgwi berkata lalu rebah dan jatuh .

"Eh kau dah kenapa tiba-tiba sahaja runtuh macam menara Highland tower…Nak aku tolong tak ?"

Qim berkata.

Changgwi berdiam diri kerana memori dimana dia dibantai dengan teruk oleh Muhyiddin yang menunjukkan belang sebenarnya dan sebab kenapa dia masih hidup tu pun kerana di saat Muhyiddin ingin memberi serangan penamat Siling bangunan runtuh lalu menghempap Muhyiddin dan memberikan Changgwi masa yang cukup untuk menikam Muhyiddin dengan lipanya .

Di Hospital Kuala Lumpur

" ! tambah 2 per 3 umm...:"

Oyen sedang khusyuk menjawab soalan matematik .

"Wah khusyuk belajar."

Abdulhamid berkata.

"HAha mestilah Doktor eh...Kau siapa !? "

Oyen terkejut .

"Oyen, perkenalkan ketua Pengarah Unit Khas P.K D.A.M.A.I , Abdulhamid Gaddafi Han . "

Inspektor Sulung berkata .

"Salam berkenalan Oyen , AKu rasa kau mesti sudah tahu kenapa aku kemari betul tak ?"

Pengarah Abdulhamid berkata .

"kenapa...Aku buat silap ke ?"

Oyen berkata.

"Takdelah cuma saya nak berterima kasih sebab telah banyak membantu pihak polis dalam memberkas Sindikat Serbuk putih Malah geng kuala Harimau banyak membantu dalam melawan sindikat tersebut. Walaupun mereka tak bersenjata tetapi semangat jihad untuk mempertahankan negara dari dadah sangat terserlah "

Abdulhamid berkata .

"Yakah ? Hehe terima kasih atas pujian tersebut . "

Oyen Berkata .

" Namun begitu saya ada permintaan . '

Abdulhamid berkata ,

"Permintaan apa? "

Oyen bertanya .

" Begini Kami telah berjaya mendapat tahu lokasi persembunyian ketua pengedar serbuk kelantan , Namun rekod mengatakan yang dia di kenakan hukuman di penjara bang kwang di Siam Dan dia akan dilepaskan tepat pukul 3 petang esok."

Inspektor Sulung berkata .

"Jadi awak nak saya buat apa sebenarnya ni ? "

Oyen bertanya

"Senang sahaja..Saya nak kau bunuh dia sebelum dia sempat mencium udara Malaya. "

Kata Pengarah Abdulhamid dengan muka yang sejuk .


L’AVIS DES CRÉATEURS
Tahsin_Tarabas Tahsin_Tarabas

Bab 1 tak lama lagi akan mendapat adaptasi komik di webtoon sempena 1,000 views !! Jadi dengan ini saya mahu mengucap terima kasih atas segala sokongan yang anda berikan.

Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C14
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous