Télécharger l’application
10.93% DIA ANNOYING TAPI SWEET / Chapter 7: BAB7:

Chapitre 7: BAB7:

#PETANG#

"Ha, Eka! Pergi la ajak Adrian pergi jalan-jalan kat kampung kita ni. Esok korang dah kena masuk sekolah." Arah papaku.

"Eka busy!" Jawabku ringkas.

"Home work tu boleh simpan kan? Papa tak kira, pergi!" Arah papaku.

"Ek eleh... Macam la si annoying tu nak jalan-jalan kat kampung kiter ni." Jawabku dengan menyampah.

"Sape cakap?" Tengku Adrian mencelah dari belakang.

"Jom." Ajak Tengku Adrian.

Haih!!!! Serabut la!!!!

Aku pun dengan malas mencapai kunci motorsikal.

"Nah." Serahku.

"Ape?" Soalnya.

"Kau tak kenal kunci motor ker?" Soalku dengan menyampah.

"Yer, aku nampak. Pastu kiter ride sama-sama la kan?" Soal Tengku Adrian dengan bersahaja.

"Takde maknanya. Kau bawak motor, aku bawak kereta papa aku." Jawabku.

"Mana boleh macam tu. Takde takde, kau naik dengan aku, naik motor." Ujar Tengku Adrian.

"Hey! This is my house! So, kau kena ikut peraturan aku. Faham?!!!" Marahku.

"Sebelum aku pergi bagitau papa, better kau ikut aku cepat." Arah Tengku Adrian.

"Eh eh! Sape papa kau? Tu papa aku okey? Not your papa!" Marahku.

"Papa kau, papa aku jugak." Balas Tengku Adrian. Dia menahan diri daripada ketawa. Suka betul dia menyakat perempuan yang bernama Ireka ni.

Dia pun terus keluar dari rumah, aku pun mengekorinya.

"Helmet mane?" Soal Tengku Adrian.

"Hahahahahaha" Aku ketawa terbahak-bahak. Tengku Adrian memandang aku dengan hairan. Ape yang lucu?

"Kenapa kau ketawa?" Soal Tengku Adrian.

"Kau ni dah kenapa? Helmet? Hello! Kau ingat kau duduk kat bandar?" Soalku.

"Kenapa? Kat sini tak boleh pakai ea?" Soalnya.

"Boleh ajer. Tapi malu la wei. Setakat pusing-pusing kampung aje, nak berhelmet bagai." Ujar ku.

"Hum, kalau kau dah cakap macam tu. Naik cepat." Arahnya.

Aku pun naik ke atas motor itu.

"Kau nak jatuh ker?" Soalnya.

"Why?" Soalku.

"Pegang bahu aku, tak pun, peluk aku." Arahnya.

"HAH? LAMBAT LAGI!!" Jeritku.

Hampir terlompat Tengku Adrian kerana terkejut dengan jeritan aku.

"Eh engkau ni kan! Kalau jatuh aku tak tahu!" Ujarnya.

Aku pun memuncungkan bibir. Terketar-ketar tangan aku semasa meletakkan kedua-dua belah tangan aku keatas bahunya.

'DUP! DAP! DUP! DAP!'

jantung kami berdetak dengan laju.

'Haih, jantung, kenapa dengan kau ni?' Bisikku didalam hati.

'Kenapa dengan jantung aku ni? Tak tentu arah!' Bisik Tengku Adrian didalam hati.

Kami pun jalan-jalan dengan gembira. Sekarang ni kitorang kat tepi sawah padi. Kitorang pun duduk di pondok yang berada di situ.

"Eh, besarnya lembu tu!" Tunjuk Tengku Adrian dengan gembira. Dan tersenyum. Senyuman dia memang mampu mencairkan hati semua perempuan tetapi dapatkah hati Ireka juga cair?

Aku curi memandang wajahnya yang sangat kacak itu,

'Kenapa kau handsome sangat ea?'Soalku didalam hati.

"Ha ah, macam kau kan?" Sakat ku.

"Hahh??? Kau samakan aku dengan lembu tu????" Soal Tengku Adrian dengan bengang.

"Eh, tak sama... Sebab kalau lembu tu nak sama dengan kau, dia kenalah annoying jugak. Hahahahaha." Ujar ku dan ketawa terbahak-bahak.

Tengku Adrian melihat aku ketawa dalam gaya slow mo.

'Kenapa kau cantik sangat ea?' Soalnya didalam hati.

"Ape pandang-pandang?" Soalku.

"Takde ape. Aku nak tanya. Kau suka aku tak?" Soalnya. Tersentak aku mendengar soalan itu.

"Tak, kenapa kau tanya macam tu?" Soal ku.

"Aku nak kau sukakan aku." Ujarnya.

Kenapa pelik sangat perangai mamat ni semenjak dua menjak ni?

"Takde maknanya aku nak suka kau." Ujarku dengan menyampah.

"Haa! Aku tahu! Kau tanya macam ni sebab kau suka aku kan?" Soalku dengan manja.

"Mana ada." Dalihnya.

"Alololo, taknak ngaku la tuww!" Sakat ku.

Wajahnya merona merah.

"Mana ade." Dalihnya.

"Aku nak pesan ni eh, kau jangan harap aku akan suka kau sebab sampai bila-bila pun aku takkan suka kau." Pesanku.

"Kenapa?" Soalnya.

"Sebab kau annoying." Jawabku.

"Huh, tak habis-habis dengan annoying.Aku pun takkan jatuh cinta la dengan kau. Minah sewel." Ujarnya.

"WHAT?? MINAH SEWEL??????" Jeritku.

"Hahahahahahah" Tengku Adrian menggelakkan aku dengan kuat. Tersentak aku tengok dia. First time tengok manusia yang selalu dingin ni ketawa. Ya Allah!!! Handsomenya dia!!!!!!!! Aku yang nak marah tadi terus rasa sejuk hati. Eh, kau jangan Eka!

"Kenapa pandang macam tu?" Soal Tengku Adrian.

"Takde ape." Jawabku.

"Kan elok kalau kau always macam ni. Daripada buat muka annoying kau tu setiap masa." Ujarku.

"Kenapa? Kau dah mula sukakan aku ker?" Soal Tengku Adrian dengan suara menggoda. Fuhh! Tergugat iman aku... Erk 😜

Wajah ku merona merah.

"Hahahahha" Ketawanya lagi.

"Tengok pipi kau pun aku dah tahu." Ujarnya dan tersengih.

"No!" Nafi ku.

"Dah lah, jom! Kiter pergi kedai jap. Aku nak beli aiskrim." Ujarku.

"Elok jugak tu. Tekak aku pun dah kering asyik ketawa aje." Ujarnya.

'Sejak bila mamat ni jenis banyak cakap ea?' Bisikku didalam hati.

Kami pun terus ker Kedai runcit.

"Kau tunggu sini. Biar aku pergi belikan." Ujarku.

"Takpe, biar aku pergi." Ujarnya.

"Ek eleh, demo panda ko kecek dialog kelate?" Soalku.

Tengku Adrian memandang ku dengan tidak faham.

"Maksudnya, kau pandai ker nak bercakap dialog Kelantan?" Soalku.

"Eh, yer tak yer jugak. Aku tunggu sini." Ujarnya.

Aku pun terus masuk ke dalam kedai.

"Eka!" Panggil seseorang yang amat aku kenali suaranya.

Terbuntang luas mata aku.

"Id.. Idham?" Soalku.

"Oh, ingatkan dah lupa saya." Perlinya.

"Em, aku nak cepat ni. Tepi." Arahku.

"Dengar citer kau bercinta dengan jantan satu sekolah dengan kau? Betul ker?" Soalnya dan tersenyum sinis.

"Kalau yer pun kenapa? Ade problem ker?" Soalku.

Dia pun mendekatkan diri dengan aku. Aku terkejut dengan tindakannya.

"Kalau aku tak dapat kau, takde sape yang akan dapat kau. Ingat tu!" Pesannya dan dia tersenyum. Senyum dia tu memang betul-betul ngeri.

Aku pun menolak dia dengan kuat dan terus membayar harga aiskrim. Aku pun dengan laju keluar dari situ.

"Jom, cepat!" Arahku dan aku terus naik ke atas motor.

Tengku Adrian memandang aku dengan hairan. Macam baru lepas nampak hantu aje.

Tanpa berkata apa-apa, Tengku Adrian pun terus memecut laju.

Kami pun berhenti di pondok itu semula.

"Kenapa dengan kau tadi?" Soal Tengku Adrian.

Aku tidak menjawab pertanyaannya kerana aku tengah termenung.

"Ireka!" Panggilnya dengan lembut.

Aku masih termenung.

"NUR IREKA!" Jerkahnya.

"Hah? Yer? Ade ape?" Soalku.

"Aku tanya, kenapa tadi tu?" Soalnya.

"Aku terjumpa dengan ex boyfriend aku kat dalam kedai tu tadi." Terangku.

"What?" Soalnya dengan bengang...

"Pastu kau okey tak? Dia ada buat apa-apa kat kau?" Soalnya.

"Takde, tapi dia ade pesan kat aku." Jawabku.

"Pesan ape?" Soalnya.

"Kalau dia tak dapat aku, takde sape yang dapat aku." Terangku dengan gelisah.

"Takpe, aku ade. Aku akan protect kau. Aku janji!" Ujarnya.

Aku memandang mata redupnya. Kami bertentang mata.

'Handsome!!!!!!!!!!!!!!!' Jerit ku didalam hati.

'So cute!!!!!!' Bisik Tengku Adrian didalam hati.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C7
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous