Télécharger l’application
9.37% DIA ANNOYING TAPI SWEET / Chapter 6: BAB 6:

Chapitre 6: BAB 6:

*MALAM*

#DIRUMAH TENGKU ADRIAN#

"Adrian! Mummy nak cakap sikit." Ujar mummy Tengku Adrian yang bergelar Datin Maria dan mummynya melabuhkan punggung di atas sofa sebelah anaknya.

Tengku Adrian yang sibuk bermain fhone terus memandang mummynya.

"Ade ape mummy?" Soal Tengku Adrian.

"Esok mummy ngan daddy plan nak pergi Kelantan. So, mummy nak malam ni Adrian packing barang, esok kiter gerak sane." Ujar Mummy nya.

"Ok, mummy." Jawab Tengku Adrian dengan ringkas.

"What? Kiter nak pergi holiday?" Soal budak perempuan berumur enam tahun yang bernama Tengku Maisara... Tengku Maisara merupakan adik kepada Tengku Adrian.

"Yes,honey! Kiter pergi holiday."

"Yeayy!!" Ujar budak itu dengan teruja.

'Kelantan? Kenapalah aku asyik duk teringatkan minah sewel tu.' Bisik Tengku Adrian didalam hati.

"Adrian! Are you okey? Kenapa termenung?" Soal Datin Maria kepada anaknya.

"Nothing, mummy. Adrian masuk dulu yer." Aju Tengku Adrian. Dan dia terus naik ke biliknya menggunakan liff.

#DIRUMAH AKU#

"Eka! Esok ade tetamu nak datang rumah." Ujar Mama ku.

"Tetamu mana pulak ni mama?" Soalku.

"Eka tak kenal, tapi dia asal Pahang." Ujar Mamaku.

"Ooo. i see."

"Bangun awal sikit esok. Tolong mama and bibik kemas satu rumah. Orang tu tidur sini." Ujar mama.

"HAH?!! KEMAS???" Soalku dengan kuat.

"Yer, ade apa-apa masalah ker anak ku?" Soal mamaku.

"Leceh la mama." Ujarku dengan jengkel.

"Eh kamu ni kan, pemalas betul la. Anak dara jenis ape erh?" Marah mama.

"Ek eleh. Bukan salah pun." Balas ku dan memuncungkan bibir.

"Kamu ni kan, nak kahwin macamana la nanti." Ujar mamaku dan menepuk dahinya dengan perlahan.

"Apasal mama tiber sebut pasal kahwin ni? Eka muda lagi yer, i takde masa nak fikir kahwin-kahwin ni." Ujar ku dengan menyampah.

"Okey, kiter tengok." Ujar mamaku. dan tersenyum sinis. Aku pun dengan malas nak berbalah mulut dengan mamaku, terus berlari naik ke atas.

"Baru jer ingat nak surprise kan Nabila esok, tak pasal-pasal kena cancel. Orang tu pun masa-masa ni la nak datang. Macam takde hari lain." Aku mencebik geram.

*KEESOKANNYA*

*PETANG*

Kereta berjenama Vellfire masuk ke perkarangan rumah aku.

"Woww!! Besarnya rumah kawan mummy and daddy ni. Siap dengan security ade kat depan ni." Ujar Tengku Maisara dengan kagum.

'Besar gila rumah ni. Dengan rumah aku tu, memang tak leh lawan dengan rumah ni.' Bisik Tengku Adrian didalam hati.

Tengku Haris pun menurunkan cermin keretanya. Tengku Haris merupakan daddy kepada Tengku Adrian and Tengku Maisara.

"Tuan! Tuan ade appoinment ker dengan Tan Sri Hafiz?" Soal seorang security itu kepada Tengku Haris.

"Yer, saya Tengku Haris, kawan kepada Tan Sri Hafiz." Ujar Tengku Haris.

"Ok, Tengku dibenarkan masuk." Ujar Security itu, Tengku Haris membalas dengan senyuman dan terus masuk, parking kereta.

"Dah sampai!" Ujar Umai.

"Akak! Dengar tak!!! Dah sampai!!!" Jerit Umai.

"Yer, yer, akak dengar. Kau ingat akak pekak ker ape?" Soal ku dengan bengang.

"Dah tu, asyik dengan handphone aje dari tadi." Umai mencebik geram.

"Ikut suka hati aku la." Ujarku dengan geram.

"Jom." Ajak Ashraf.

"Nak kemana?" Soal ku.

"Nak kemana lagi? Sambut tetamu la. Tetamu kita ni special." Ujar Ashraf.

"Special sebab ape?" Soal ku.

"Nanti kau tahu lah." Jawab Ashraf.

Ashraf dan Umai sudah kehadapan, aku mengekorinya dari belakang sambil bermain handphone.

"Haa, dah sampai pun. Jemput masuk." Ajak mama aku.

"Terima kasih, Puan Sri Maryam, sebab sudi jemput kami." Ucap Datin Maria dan tersenyum.

"Takde apelah Datin Maria. Lagipun ade hal mustahak untuk kita bagitau anak-anak kita." Ujar Mama aku.

"Ha, masuk-masuk. Jemput duduk semua." Ujar papa ku.

"Ha, Tengku, ni anak-anak saya. Yang ni Ashraf, Umai and anak dara ni Ireka." Ujar Papa ku.

"Ooo, yang ni la yer." Soal Tengku Haris. Aku masih lagi sibuk dengan handphone, masa-masa ni la si Ash ni nak tanya soalan bahasa inggeris dalam whatsapp.

"Ini pulak anak saya, Tengku Maisara. And yang satu lagi ade kat luar lagi tu, kejap lagi dia masuk." Ujar Tengku Haris.

"Ha! Tu!" Tunjuk Papa ku kepada seorang lelaki yang handsome masuk ke dalam rumah aku.

"Haa, tu Tengku Adrian." Tunjuk Tengku Haris.

Aku tersentak. Aku pun memandang ke arah orang itu, kebetulan, orang itu pun memandang ke arah aku.

Handphone di tangan aku dan orang itu jatuh serentak.

"KAU?!" Soal kami serentak.

"Korang kenal ker?" Soal Mama ku.

Aku masih diam, merenung lelaki itu dengan marah..

"Eka! I'm talking with you!" Mamaku mula meninggikan suara. Aku tersentak.

"Ha, kitorang kenal ma. Kitorang sekelas." Jawabku dengan geram.

"Oh! Good! Lagi mudah la urusan kiter semua yer." Ujar Datin Maria dan tersenyum.

"Urusan ape?" Soal Tengku Adrian dengan hairan.

"Duduk dulu. Uncle ceritakan." Arah papaku..Tengku Adrian pun melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan daddynya.

Begitu juga aku, aku melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan mama and Umai.

"Macam ni, semuanya bermula dari arwah nenek korang, Eka masih ingat arwah nenek kan? My mother?" Soal Papaku.

"Yes, pa. Why?" Soalku.

"Sebenarnya dia ada wasiat kan tanah kepada Papa, and arwah adik papa, yang nama Aziz. Tapi dia pun dah meninggal. So, tahun lepas, papa ade pergi nak tuntut tanah tu, malangnya tak boleh." Terang papa.

"What's wrong?" Soalku.

"Orang yang arif pasal tanah tu cakap, papa boleh tuntut tanah tu kalau-" Papaku menggantungkan ayatnya.

"Kalau ape?" Soal Umai.

"Kalau Eka kahwin dengan Tengku Adrian." Ujar papa.

"WHAT?!" Soal kami serentak.

"Tunggu dulu. Masing-masing jangan selfish! Dengar dulu ape yang papa nak bagitau." Arah papa ku dengan serius.

"Sebenarnya, untuk pengetahuan Eka, Tengku Adrian adalah anak angkat kepada Tengku Haris. Tengku Adrian adalah anak kepada arwah adik papa, Aziz. Arwah nenek yang serahkan Tengku Adrian kepada Tengku Haris dan Datin Maria. Kerana masa tu diorang takde anak." Terang papaku.

"Maksudnya kitorang cousin?" Soal Aku dan Tengku Adrian serentak.

Papa mengangguk kepala.

"Nenek wasiatkan separuh tanah kepada Tengku Haris dan Datin Maria. Kami semua akan dapat tanah tu-" Terang papa ku.

"Dengan syarat, kamu berdua dikahwinkan." Ujar papa ku. Papa aku tidak memandang aku. Dia dah boleh rasa yang aku akan melenting.

"So, saya nak tanya Tengku Adrian, and anak papa, Ireka, setuju tak dengan perkahwinan ini? Eka! Walaupun Eka cakap tak setuju, papa tetap dengan keputusan papa." Ujar papa dengan tegas.

'Lebih baik tak payah tanya kalau macam tu. Erk. Geram betul la aku.' Marahku didalam hati.

"Adrian Setuju." Ujar Adrian.

Tengku Haris dan Datin Maria ternganga. Kenapa mudah sangat? Selalunya anak teruna dia ni kalau sebut pasal perempuan, melenting terus.

Aku memandang Tengku Adrian dengan hairan. Bukan main lagi benci aku, hari ni ape kena setuju nak kahwin dengan aku? Ini la sebab aku benci kalau orang tahu status aku, mesti ambik kesempatan. Huh!

"Alhamdulillah" Ucap papa ku.

"Macamana dengan Eka?" Soal Tengku Haris.

Sebaik sahaja aku membuka mulut ingin menjawab,

"So, bila kitorang boleh kahwin Tan Sri? Kalau boleh Saya nak terus kahwin, tak payah bertunang." Soal Tengku Adrian dan memandang aku dengan senyuman mengejek.

Oh! Oh! Oh! i got it!!!! Dia nak kahwin dengan aku sebab dia nak kenakan aku??? Sh*t!!!!

Aku memberikan jelingan maut kepadanya.Dasar Lelaki tak guna!!

"Eh, Kenapa panggil saya Tan Sri? Panggil la papa, sebab korang pun dah nak kahwin nanti." Ujar papa aku meleret senyum.

Eh! Eh! Eh! Perlu ker sampai macam tu sekali? Papa aku ni kann!!!

"Papa rasa dalam dua bulan depan." Ujar Papa ku.

"Tapi Pa, tahun ni kan kitorang SPM. Papa pun tahu kan, Eka ade impian, cita-cita yang Eka nak kejar." Ujarku dengan perlahan dan kecewa.

"Maafkan papa Eka, tapi papa takde pilihan." Terang papa dengan sedih.

"Pasal tu you jangan risau. i takkan control your life and you boleh kejar cita-cita you." Ujar Tengku Adrian dan tersenyum paksa.

'Ape kena mamat ni? Ingat aku tak tahu ker senyuman fake tu?' Marahku didalam hati..

"Macamana Eka? Setuju?" Soal papa. Aku merenung papa, nampak macam dia nak sangat aku terima.

"Dah kalau Tengku Adrian cakap macam tu, Eka setuju. Eka naik masuk bilik dulu yer pa. Rase tak sedap badan. Macam nak demam pun ade." Ujarku.

"Ok. Kalau macam tu, makan ubat and rest yer Sayang." Pesan mummy Tengku Adrian.

"Ok, Datin." Jawabku..

"Ape datin datin ni? Call me mummy." Ujarnya dengan lembut.

"Ok, mum- mummy." Jawab ku dengan kekok.

Aku pun dengan laju menghilangkan diri dari ruang tamu itu.

"Demam sebab suruh kahwin tu! Hahahah" Ujar Papa ku dan ketawa besar. Mereka yang mendengar turut ketawa, tetapi tidak Tengku Adrian. Dia sibuk dengan handphonennya. Nampak jer wajah tenang. Tapi dalam kepala otak lelaki tu, banyak benda yang dia sedang fikirkan.

'Bermulalah kisah kiter yer? Hehe. Tak sangka minah sewel ni akan jadi bini aku. Rupa-rupanya ade hikmah Allah pertemukan aku dengan dia. Tapi persoalannya, mampu ker aku bukak hati aku untuk dia? And mampu ker dia bukak hati dia untuk aku?' Bisik Tengku Adrian didalam hati.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C6
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous