Télécharger l’application
6.25% DIA ANNOYING TAPI SWEET / Chapter 4: BAB 4:

Chapitre 4: BAB 4:

Seperti biasa, kitorang pergi ke kelas bersama-sama. Alangkah terkejutnya kitorang apabila rakan-rakan sekelas memandang kitorang dengan tidak puas hati dan ada yang berbisik-bisik.

"Korang apehal!??" Soal Ecah dengan bengang.

Diorang pun memandang ke arah lain.

Kami pun mengambil tempat masing-masing.

"Kenape macam pelik semacam ni?" Soal Yaa kepada Irshad.

"Awak tak tahu ker?" Soal Irshad.

"Eh awak ni, kalau saya tahu, takdenya saya tanye." Jawab Yaa.

"Yer tak yer jugak kan, macam ni, isya bagitau semua orang pasal you and your geng." Ujar Irshad.

"What? Kenapa dengan kitorang?" Soal Yaa.

"Isya cakap kat semua orang, awak semua punca dia takmau duduk asrama. Awak semua buli dia." Terang Irshad.

"What??? Awak!!! Saya tak buat pun macam tu. Saya berani bersumpah yang kitorang tak buat." Terang Yaa dengan bersungguh.

"I iknow. Takkan la girlfriend saya sanggup buat macam tu. i trust you, sayang." Ujar Irshad dan tersenyum.

"Thanks sebab percaya saya." Ucap Yaa dan tersenyum.

"Saya nak awak semua hati-hati, sebab saya rasa tak sedap hati la pasal isya tu, kenapa dia jadi macam tu sekali?" Soal Irshad.

"Semalam, masa awak and sekelas kiter dah pergi makmal, Eka ade gaduh dengan Tengku Adrian, pastu Isya marah kat Eka, sebab Eka marah Tengku Adrian, dia tolak Eka." Terang Yaa.

"Sampai macam tu sekali dia marahkan Eka? And satu lagi, saya rasa macam pelik la, Eka and Tengku Adrian bergaduh? Bukanker selama ni Tengku Adrian tak ambik Kesah langsung pasal perempuan?" Soal Irshad dengan hairan.

"Itu la pasal, saya rasa kan, macam ade something la." Ujar Yaa dengan curiga.

"Saya pun rasa macam tu jugak. Jangan-jangan Tengku Adrian suka Eka??!" Soal Irshad dengan terkejut dan dia terus menekup mulutnya.

Mereka memandang ke arah aku dan Tengku Adrian silih berganti.

Aku memandang Tengku Adrian dengan hairan, begitu juga dia, memandang aku dengan hairan.

"Kenapa diorang pandang kiter macam tu? Buang tebiat ke ape?" Bisikku kepada Tengku Adrian.

"Ape pandang-pandang?!" Soal Tengku Adrian dengan suara yang lantang kepada Irshad dan Yaa.

"Takde ape." Jawab Irshad dan Yaa serentak. Mereka kembali memandang ke hadapan.

"Assalamualaikum!" Ucap cikgu serentak.

"Waalaikumussalam cikgu!" Ucap kami serentak.

"Okey, semua murid boleh duduk. Saya just nak malumkan, saya ganti kelas cikgu Aiza hari ni, sebab dia tak datang, dia tak sihat. So, saya pun ade kerja sikit. Saya mintak kamu semua jangan bising, kalau ade apa-apa nak tanya, boleh cari saya kat bilik guru." Terang Cikgu.

"Baik cikgu." Ucap kami serentak.

"Good!" Ucap cikgu itu dan terus keluar.

Aku memerhatikan semua orang mula berbual dengan rakan sebelahnya. Kesian kat aku, duduk tepi si Annoying ni... Huhuhuhu.

"Kau takde kerja nak buat ker selain dari duk memerhatikan orang lain?" Soal Tengku Adrian dengan dingin.

"Suka hati aku la. Takde kena mengena dengan kau pun." Ujar ku dengan menyampah.

"Kau ni kan, memang tak reti nak jawab elok-elok kan?" Soal Tengku Adrian.

Aku menjeling tajam.

"Nah." Dia memberikan buku silang kata kepada aku.

"For what?" Soalku.

"Daripada kau duk pandang orang macam CCTV, baik kau selesaikan silang kata ni." Jawabnya dengan dingin.

"Taknak la aku." Balas ku.

"Taknak sudah. Tak pandai cakap ajelah tak pandai." Ujarnya.

"What? Aku tak pandai? Bak sini buku tu." Aku mengambil semula buku itu dari tangannya.

"Kau tengok betul-betul." Ujarku. Tengah aku sibuk menyelesaikan silang kata itu, Tengku Adrian merehatkan dagunya di atas tangannya yang bertongkat di atas meja dan memandang wajah aku.

'Kenapa aku rasa lain ea bila aku tengok wajah kau? Aku rasa tenang aje.' Bisik Tengku Adrian didalam hati.

"Tu! Tu! Tengok Tengku Adrian tu!" Bisik Yaa kepada Irshad.

"Woww! Memang sah dia dah angau." Bisik Irshad dan tersenyum.

"Saya dah agak dah. Saya harap diorang dijodohkan satu hari nanti." Ujar Yaa.

"Aminn!" Ucap Irshad.

"Faizah! Tu! Cuba tengok dua orang tu! Aku rasa macam budak baru tu nak rampas Tengku Adrian dari kiter la." Bisik Isya kepada Faizah.

"Ni tak boleh jadi." Ujar Faizah.

"I kena buat something." Ujar Faizah.

"Yes, true." Sokong Isya.

"Haa!! Dah siap!!" Ujarku dan menepuk tangan macam budak-budak.

Tengku Adrian tersenyum, cepat cepat dia menutup senyumannya dan kembali kepada wajah dinginnya.

"Lambat." Ujar Tengku Adrian.

"What? Tadi kau tak cakap pun ade limit masa? Huh." Soalku dengan bengang.

"Sape suruh tak tanya?" Soalnya dengan mendatar.

Aku memandangnya dengan geram. Jangan sampai aku jadi singa sudah...

"Kau dah ade boyfriend?" Soalnya. Terkejut aku, dah kenapa tanya soalan ni? Takkan lah suka aku kot... Eh, takkan la... Gile ker?

"Kenapa kau tanya?" Soalku dengan biasa.

"Saje." Jawabnya.

"Aku dah ade." Jawabku.

"Ooo. Form berapa?" Soalnya dengan biasa. Nampak wajah bengang nya.

"Dia dah tak sekolah." Jawabku.

"Aik, maksudnya boyfriend kau ni orang tua la? Macam tu?" Soalnya.

"Ha ah. Dia dah umur 50 tahun." Jawabku.

Tengku Adrian memandang aku dengan terkejut.

"Hahahaha, papa aku la wei." Ujarku dan ketawa kecil.

"Aku ingatkan boyfriend kau orang tua." Ujar Tengku Adrian. Dia menahan diri daripada ketawa.

"So, maknenya kau single la ni?" Soal Tengku Adrian.

"Eh, yang kau nak tahu sangat ni kenapa? Penting sangat ke?" Soalku dengan mendatar.

"Aku tanya jer kan." Marahnya.

"Aku takde boyfriend, and takkan ade." Ujarku.

"Takkan ade? Maksud kau?" Soalnya.

"Huhhh.. Aku, benci lelaki." Jawabku.

"Benci? Kenapa?" Soalnya dengan hairan.

"Semua lelaki ni sama aje. Masa mula-mula je baik, pastu bila relationship dah lama, mula la nak break, pastu curang." Ujarku dengan menyampah.

"Macam pernah kena jer." Ujarnya dan tersenyum mengejek.

"Kalau tak pernah kena, takdenya aku cerita." Ujarku.

"Ooo, so your ex boyfriend la buat kau macam tu?" Soalnya.

"Yes." Jawabku.

"One more, aku nak tanya, tadi kau cakap papa kan? Papa kau kerja ape?" Soalnya.

"Em, um, kerja biasa-biasa aje." Jawab ku.

"Yer ker? Selalunya kalau panggilan papa ni, bukan biasa-biasa." Ujar Tengku Adrian dengan curiga.

"Macamana kau? Dah ade girlfriend ker?" Dalihku.

"Takde." Jawabnya.

"Kenapa tanya? Nak ngorat aku ker?" Soalnya dengan mendatar.

"Ngorat kau? Aku? Lambat lagi." Jawabku dengan mendatar.

"Kau takde mata ker?" Soalnya.

"Takde mata? Kenapa?" Soal ku dengan hairan.

"Yer la, perempuan lain berpusu pusu nak kat aku, takkan la kau taknak." Ujarnya

"Gila ker aku nak kat manusia annoying macam kau ni?" Soalku.

"WHAT? ANNOYING?!!" Soal Tengku Adrian dengan kuat. Semua pelajar memandang ke arah kami.

"Ehem. Ade ape pandang-pandang?" Soal Tengku Adrian.

Mereka pun sambung berbual semula.

"Haih, annoying? Ni mesti si Eka cakap dia annoying ni." Bisik Yahh kepada Ecah.

"Haih, tu la kan, cari pasal betul la Eka ni." Balas Ecah dan menggelengkan kepala.

"Kenapa kau jerit?" Soalku.

"Kenapa kau panggil aku annoying?" Soalnya.

"Dah tu, perangai pelik kau tu. Kejap okey, kejap tak okey. Annoying kau tau tak?" Marahku.

Dia merenung aku dengan tajam.

"Kau tunggu la nanti, siap kau aku kerjakan." Marahnya.

"Hahahahaha! What's going on? Kau terasa ker? Annoying!!" Perli ku.

"Kau memang perempuan si*l la!!" Jeritnya.

"KAU YANG SIAL! ASAL AKU PULAK!!!?" Jeritku.

"ERH PEREMPUAN! KAU JAGA SIKIT MULUT KAU TU!!!" Marahnya.

Tangan ku naik untuk menampar Tengku Adrian tetapi Ecah sudah mengheret aku.

"Dah eka." Bisik Ecah.

Aku pun keluar dari kelas, untuk tenangkan fikiran. Otak aku bercelaru, aku pergi ikut aku suka aje.

"Rileks Adrian." Irshad cuba menenangkan Tengku Adrian.

Selepas sejam, aku kembali masuk ke dalam kelas, nasib cikgu takde lagi. Aku pun pergi ke meja Irshad.

"Mana kawan-kawan aku?" Soalku.

"Diorang pergi perjumpaan pengawas PSS tadi." Jawab Irshad.

"Ohh, ok." Balasku.

"Kau dah okey ker?" Soalnya.

"Hum." Jawab aku dengan malas. Dari situ aku dah nampak mata Tengku Adrian merenung aku dengan tajam.

Aku pun melentokkan kepala diatas meja...

"Eka! Cuba kau tengok bawah meja kau!" Arah Faizah.

Aku memandang dia dengan hairan.

Aku dengan malas menyelongkar laci meja ku dan tiba-tiba, ape benda ni... Sekali aku bawak keluar,

"Aaaaaaaa!!!! Lipas!!!!" Jeritku dan aku terus baling lipas itu.

"Hahahahahaha" Ketawa Tengku Adrian dengan kuat.

"Padan muka kau!!!" Jerit Isya.

Semua pelajar gelakkan aku.

"Wei! Dahlah! Apasal korang ni?" Marah Irshad. Ni kalau Yaa tahu yang dia tak protect aku, masak Dia...

Sumpah aku terasa hati werh bila orang ramai gelakkan aku macam tu sekali. Tambah-tambah lagi isya. Tanpa aku sedar, berjuraian air mata ku. Tengku Adrian yang tengah gelak, terus diam...

"DAH!!! PERGI DUDUK TEMPAT KORANG!!!" Jerit Tengku Adrian.

Semua orang tersentak. Dah kenapa si Tengku Adrian ni? Tadi bukan main gelak, pastu sekarang marah-marah pulak.

Aku memang malu wei, tak tahu nak letak muka kat mana, first time aku kena bahan macam ni.

Aku pun melentokkan kepala di atas meja.

'Maaf' Bisik Tengku Adrian didalam hati, perasaan bersalah menyelubunginya.

#DI DORM ASPURA#

"Adrian, aku nak cakap something." Ujar Irshad.

Geng-geng seven yang lain memandang ke arah mereka dengan penuh minat.

"Ape dia?" Soal Tengku Adrian dengan dingin.

"Aku kesian la kat Eka, atas ape yang kau buat tadi." Terang Irshad.

"Eka? Budak baru kelas korang tu ker?" Soal Rykal.

"Yer." Jawab Irshad.

"Aku entahlah, aku pun rasa macam bersalah atas ape yang aku buat tadi." Ujar Tengku Adrian dengan serba salah.

"Yang kau tak fikir panjang tu kenapa? Buat keputusan melulu, plan dengan budak kelas kiter kenakan Eka?" Soal Irshad.

"Aku terlalu marah tadi. Aku terlalu mengikut perasaan." Ujar Tengku Adrian.

"Hum, mintak maaf jerla, ape susah?" Soal Rykal.

"Cakap senang la. Kau tak duduk kat tempat aku." Balas Tengku Adrian.

#DI DORM ASPURI#

"What?!!! Dia bahan kau sampai macam tu sekali?!!!" Soal Yaa dengan marah.

Aku mengangguk.

"Pastu Irshad ade tolong back-up kau tak? Aku ade pesan kat dia sebelum kitorang pergi perjumpaan pengawas, aku pesan tolong tengokkan kau." Ujar Yaa.

"Hum, dia cuba tolong aku tadi." Jawab ku dengan jujur.

"Ini satu masalah, satu masalah lagi, si Isya tu, memang nak kena dengan aku perempuan tu!!!" Bentak Ash.

"Tak guna punya perempuan!!! Aku nak buli dia??? Sentuh dia pun tak!! Bodoh!!" Jerit Yahh dengan bengang.

"Woww!!! Yahh kiter maross la! Jarang nampak!" Sakatku.

"Itu la pasal! Tak pernah-pernah lagi aku tengok Yahh kiter ni marah. Hahaha!" Ujar Yaa dan ketawa terbahak-bahak.

"Walau apapun, kiter kena hati-hati dengan Isya. Aku yakin dia ade plan nak kenakan kiter sekarang ni." Ujar Ecah dengan wajah serius.

Kami semua mengangguk kepala tanda faham.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C4
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous