Zheng Shu Qi?
Persoalan tentang nama yang hampir serupa dengan Shi Qi masih menghantui Wei Liang sehingga kawannya terpaksa memukul bahunya untuk memberitahunya yang bas telah sampai di rumahnya.
Wei Liang turun dari perut bas sekolahnya sebelum meletakkan beg sekolahnya di atas lantai untuk mencari kuncinya.
Tiba-tiba, pintu flatnya dibuka. Wei Liang mengangkat kepalanya untuk melihat siapa yang membuka pintu tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila Shu Qi sedang berdiri di hadapannya dengan senyuman di muka.
"Jom masuk," pelawa Shu Qi.
Wei Liang mengangguk kemudian membontoti Shu Qi dari belakang. Pintu flat tersebut ditutup.
"Kau tinggal sini?"
Shu Qi mengangguk seraya berjalan. Wei Liang berlari-lari anak untuk mendekati Shi Qi, "Kau duduk blok mana?"
"C," jawab Shu Qi selepas meminum beberapa teguk air milo kotaknya.
Wei Liang tergamam, "Tingkat berapa?" tanya Wei Liang lagi.
"13," jawab Shu Qi selepas menekan punat lif.
Wei Liang tidak tahu hendak cakap apa. Blok dan tingkat mereka duduk semua sama. Ianya membuatkan Wei Liang bertambah rindu kepada Shi Qi. Shi Qi pernah tolongnya buka pintu flat itu jika dia sedang mencari kunci dari beg sekolahnya.
Senyuman, suara dan personaliti mereka juga hampir sama. Makin lama dia tenung Shu Qi, makin dia teringat tentang Shi Qi yang telah pergi dari dunia ini.
"Abang!" sapa Wei Xiang. Rina juga ada di sebelah Wei Xiang, melambaikan tangan kepadanya.
Wei Liang tersenyum, lambaian dari Rina dibalas.
"Oh, girlfriend kau?" tanya Rina, kepalanya sengaja dilentokkan sedikit ke arah Shu Qi.
"Mana ada! Kawan!" kata Wei Liang dengan nada tingginya, membuatkan Rina menutup mulutnya, tak pasal-pasal nanti kena marah.
"Akak," panggil Wei Xiang lalu duduk disebelah Shu Qi tanpa disuruh.
Wei Liang menggelengkan kepalanya, tanda pasrah, 'Mulalah nak tanya benda yang bukan-bukan,' kata hati Wei Liang.
"Wei, tak nak masuk dalam lif?" tanya Rina, jari telunjuknya masih sedang menekan punat 'buka' supaya pintu lif tidak tertutup.
Secara perlahan, Wei Liang, Wei Xiang dan Shu Qi masuk ke dalam lif tersebut.
"Tingkat berapa?" tanya Rina.
"13," jawab Wei Xiang.
"Bukan kau, aku tanya dekat girlfriend kau ini," kata Rina. Panggilan 'girlfriend' membuatkan pipi gebu Shu Qi memerah.
"Sama tingkat, 13." kata Shu Qi dengan perlahan.
"Wah, kalau macam itu baik tutup pintu je terus," kata Wei Xiang seraya menolak jari telunjuk Rina dari menekan butang 'buka'.
Pintu lif tertutup.
Suasana di dalam lif itu sunyi sahaja. Tiada sesiapa yang mahu mengeluarkan suara, begitu juga dengan Shu Qi. Jika tiada Shu Qi, suasana di dalam lif ini mesti bising, penuh dengan gelak tawa dan perbualan mereka.
Sampai di tingkat mereka, Wei Liang ialah orang pertama yang berlari keluar dari lif tersebut, meninggalkan Wei Xiang, Shu Qi dan Rina yang kebingungan.
"Jom," kata Shu Qi dengan senyuman. Rina dan Wei Xiang membontotinya dari belakang.
Shu Qi masuk ke dalam rumahnya. Rina mengorak langkah untuk ke rumahnya tetapi langkahnya dihentikan oleh Wei Xiang. Wei Xiang menarik tangan Rina, mengarahnya tunggu sebentar.
"Kau nampak?"
"Nampak apa?" Rina tanya semula.
"Tsk, girlfriend tulah, dia masuk rumah Shi Qi."
"Shi Qi?" Rina mengingat semula nama itu. Kedengaran pernah didengar sahaja.
"Ala, Shi Qi cinta pertama abang aku..."
'Oh, Shi Qi tu...'
"Ingat?" tanya Wei Xiang lagi.
Rina mengangguk tanda dia ingat.
Wei Xiang menjeling Rina, 'Takkan tak faham apa yang aku nak cakap?'
"So?"
Wei Xiang menepuk dahinya apabila mendengar Rina berkata begitu, "Kalau abang nampak, mesti dia sedih dan rindu..."
Rina mengangguk tanda faham, "Kita bukannya boleh buat APA pun..." kata Rina seraya menepis tangan Wei Xiang dari terus memegang tangannya perkataan 'apa' juga sengaja ditekankan.
"Kalau nak halau dia pun, kau ingat dia nak? Tak pasal-pasal guard jumpa mak ayah kita. Tak nak aku." kata Rina lalu memasukkan kunci ke dalam lubang mangga yang disediakan.
.....
"Amirul Hakim!" jerit Puan Bariah setelah banyak kali nama anak sulungnya itu dipanggil tetapi tidak dijawab.
Akhirnya, Amirul bangun dari lenanya apabila terdengar jeritan dari Ibunya. Perasaan takut dirotan menguasainya, disebabkan itu, Amirul hanya basuh mukanya untuk menyegarkan dirinya kemudian berlari ke dapur, di mana suara Ibunya kedengaran.
"Ya, bu."
"Ibu dah panggil kau banyak kali kau dengar tak?" tanya Puan Bariah seraya mengacau bawang-bawang yang telah ditumbuknya untuk menaikkan rasa.
"Sorry, bu. Abang tertidur tadi."
"Baguslah tertidur. Solat Asar dah ke belum?"
"Belum..." jawab Amirul dengan suara yang perlahan, tidak mahu Ibunya bising lagi. Sekarang pun dah cukup bising.
"Tolong Ibu beli ikan buat stok," arah Puan Bariah.
"Ikan jenis apa?"
"Keli."
"Duit?" Amirul menghulurkan kedua-dua tangannya, meminta duit untuk beli ikan.
"Pergi bilik Ibu ambil sendiri. Lepastu jangan lupa solat Asar sekali."
Di kedai, Amirul terserempak dengan Aidil, rakan sekelasnya.
"Aidil," panggil Amirul.
Aidil memusingkan badannya dan kelihatan Amirul sedang berdiri di belakangnya, "Kenapa?"
"Kau ada berapa awek sekarang?" tanya Amirul.
"Maksud kau? Aku ada seorang je lah. Kau buang tabiat ke apa?" tanya Aidil, pelik dengan kelakuan kawannya hari ini.
"Kau ada berapa ex?"
"Oh," Aidil mengingat semula. Sepanjang 17 tahun dia hidup, dia ada....
"Tiga ex, kenapa?"
'Baguslah, tinggal tunggu sorang tu pergi kau dah ada empat ex,' kata hati Amirul.
"Woi," Aidil menggoyangkan bahu Amirul, mematikan lamunan lelaki itu.
"Hmm?" Amirul melihat Aidil.
"Kenapa kau tanya?" Aidil mengulang semula soalannya.
"Aku suka seorang-"
"Alhamdulillah!!!" kata-kata Amirul dipotong oleh Aidil.
"Akhirnya kawan aku yang single akan tukar status..." tambah Aidil lagi, dengan senyuman di muka.
"Kalau kau nak mati awal, sambut lah lagi," ugut Amirul.
"Okey, okey, sila sambung."
"Aku suka seorang perempuan ini, tapi..." Amirul sengaja menghentikan ceritanya sebentar untuk melihat reaksi Aidil. Seperti yang dijangka, Aidil menyuruhnya menyambung cerita yang sengaja dihentikan.
"Kitorang beza lima tahun. Patut ke aku mendekati dia dengan perlahan atau terus bagitahu dia aku suka dia?" soalan itu disoalkan. Bukan main lama dia merangka soalan itu semata-mata untuk meminta pendapat dari Aidil, pakar bercinta ini!
"Jap, bagi aku proses."
Amirul mengangguk kemudian berlalu pergi ke kaunter untuk membayar ikan yang telah dibelinya. Selepas pekerja itu memberikan baki kepadanya, Amirul kembali di sisi Aidil untuk mendengar pendapatnya.
"Kau umur 17, beza umur korang lima tahun. Perempuan itu lagi kecil dari kau ke lagi besar?" tanya Aidil untuk menyenangkan pengiraan matematiknya.
"Lagi kecil."
Mata Aidil dibuntangkan, sedikit tidak percaya dengan jawapan yang diterima dari jarinya.
"Dua...dua...dua belas?!!"
— Un nouveau chapitre arrive bientôt — Écrire un avis