ringggggg,🛎️🛎️🛎️🛎️🛎️
loceng menandakan tamatya waktu persekolahan sudah berbunyi. Para pelajar mula mengemas peralatan dan meja mereka. semuanya tergesa-gesa ingin meninggalkan sekolah. lisa juga dengan pantasnya mengemas. takut lama iskandar menantinya nanti.
" jom.." pelawa mary ann. dia melangkah ke meja lisa. menanti lisa untuk bergerak sekali. sambil berjalan pulang ke asrama,sambil bergosip sekali. lumrah wanita. di mana-mana boleh bergosip.
" kau balik dululah.. aku ada hal sikit..' tolak lisa. dia sudah berjanji untuk bertemu iskandar petang ini. urusan cintanya lagi penting daripada gosip tak berapa nak hangat mary ann.
" owhh.. kau nak pergi mana??" tanya mary ann curiga. jarang sekali lisa pulang lewat dari sekolah. tidurnya paling penting.
lisa pamer senyum. senyum sahajalah.
malas untuk menjelaskan. lagipun kalau senyum,penipuannya tidaklah ketara.
" esok jangan lupa bawa bahan ya...."
lisa memerhati satu persatu pelajar kelasnya menghilang. telefon di poketnya berdering. lisa cepat-cepat mengeluarkan. risau panggilan iskandar.
panjang umur. pantang teringat,pasti muncul
" i tunggu dekat pagar belakang.." maklum iskandar lantas mematikan talian. tidak menunggu sepatah pun perkataan dari mulut lisa.
" huh.. dasar.." bebel lisa meletakkan kembali telefon ke poketnya.
iskandar melihat dari kejauhan, memerjati ragam lisa yang terjengah-jengah mencari kereta miliknya sambil melihat kiri kanan. takut sangat orang tahu. terhendap-hendap dia melangkah. takut ada yang perasan kelibatnya. beginilah mungkin,perasaan artis yang selalu difotokan oleh paparazi agaknya. tersorok-sorok takut dicam. iskandar keluar daripada kereta apabila melihat lisa masih lagi terjenguk-jenguk mencari keretanya.
lisa yang sudah nampak kelibat iskandar,dengan pantas melangkah menerpa ke arah iskandar. tanpa sepatah ucapan mahupun salam,laju dia masuk ke dalam kereta dan menyelesakan dirinya. rimas diluar.
iskandar juga turut masuk. dia membantu lisa mengenakan tali pinggang keselamatan ke tubuhnya
lisa melihat wajah iskandar dari sisi. tangannya dihulur. meminta sesuatu daripada iskandar.
" dekat seat belakang.. didi yang ambilkan tadi.. so.. i pun terima dan nak bagi dekat you.." cerita iskandar habis jujur.
lisa tidak cakap apa-apa. bungkusan di seat belakang dicapainya. dia mula mengeluarkan isi di dalam bungkusan itu. ada minyak wangi lelaki. keychain bermotifkan negara jepun. pakaian kimono lelaki. pasti berpasangan. tebak lisa dalam hati. ada kad bermotifkan bunga sakura. ada gambar percutian yang terpampang jelas wajah si pemberi. ada gelang tangan silver. inipun pasti gelang pasangan.
" berani-berani u guna barang ni semua.. i akan bunuh perempuan tu.." ugut lisa. matanya bersinar cemburu. akan dia cari perempuan ini selepas ini. berani dia mengusik harta lisa.
" kalau ikutkan i.. dah i buang tadi.. tetapi.. i nak u tengok benda ni semua.. i nak u tahu i jujur dekat u " begitulah selalu terjadinya. iskandar akan buang. tanpa memperdulikan siapa pemberinya,memang iskandar tidak akan menoleh langsung. kini,segalanya sudah berubah. setiap pemberian,akan diserahkan kepada lisa. biarlah lisa yang mengurusnya.
" kejam.. bak sini.. i akan selesaikan esok dekat sekolah.." lisa sudah mendapat satu idea bernas. dia mula mengisi kembali barangan itu ke dalam bungkusan cantik. rebennya kembali diikat kemas.
iskandar tidak ingin tahu apa yang akan lisa lakukan dan langsung tidak bertanya tindakan lisa. dia cuma ingin memandu laju dan cepat sampai ke apartmentnya. ingin berdua-duaan dengan lisa. memeluk tubuh gadis itu.melempiaskan rindunya.
" u punya kawan tak cari ke kalau u keluar balik lewat." tanya iskandar sekadar ingin tahu.
lisa menggeleng. mereka masing-masing sibuk dengan dunia mereka. ada yang menjadikan asrama sekadar tempat untuk tidur sahaja. ada yang menjadikan asrama sebagai alasan tidak mahu duduk dengan keluarga. malah ada yang sudah memiliki rumah diluar sekolah. kebanyakan yang benar-benar menjadikan asrama sebagai rumah atau tempat berteduh ialah pelajar menengah rendah yang bawah 17 tahun. yang sedang menunggu dan ingin menghabiskan sijil menengah tinggi,masing-masing sudah bebas. ingin menetap di mana-mana pun tidak apa. yang penting pelajaran lulus boleh ke universiti.
" is.." panggil lisa manja.
" ermmm" sahut iskandar juga dalam nada sama. romantis.
" didi hadiahkan i kelab malam.."beritahu lisa tentang hadiah didi kemarin.
" jadi..."
" i nak renovate sendiri kelab tu.. i nak ubah dari kelab malam ke bar.. tempat lepak santai untuk layan busking." cerita lisa tentang apa yang ada di dalam otaknya.
" boleh.. banyak kerja yang u kena buat.. nak hire musician,boy band,workers," iskandar memberitahu sedikit perincian buat lisa jikakalau lisa ingin membuka bar impiannya. rumit kerjanya namun tidaklah terlalu sulit.
" yesss.. i dah fikirkan benda ni lama dulu.. i pernah cerita dekat didi tentang benda ni.." lisa sebenarnya sudah ada perancangannya sendiri. cuma merialisasikan impiannya itu,banyak kerja dan tugas yang harus dilaksanakan. dia tidak mahu apa yang dilakukannya berkecai di tengha jalan. ini satu pelaburan untuk masa depannya.
" kalau u mahukan sesuatu.. just tell me.." iskandar menawarkan pertolongannya. untuk lisa,iskandar akan selalu ada.
lisa pamer senyum. berbunga mendengar penawaran iskandar. tangannya mengusap lengan iskandar yang memandu. menyalurkan sedikit keyakinan agar iskandar percaya kepada dirinya. yakin pada kebolehannya.
" no need.. " lisa mahu berdiri di atas kakinya sendiri. menghadkan pergantungan dirinya kepada iskandar. latih hati dan diri berpada-pada dengan perasaan agar tidak cedera parah dikemudian hari.
" u tahu kan.. i akan ada untuk u.." walau apa pun yang terjadi,iskandar ingin lisa perlukannya. kerna lisa adalah untuknya.
" so.. u nak bawa i ke mana??" lisa mengubah topik.
" our house.." wah.. OUR HOUSE.
Lisa tersipu-sipu.
" i rasa.. u tak payah balik hostel lah.. malam ni tidur dekat rumah i sahaja.. " iskandar menyatakan cadangannya kepada lisa. tidak salah rasanya mereka berdua menghabiskan masa bersama. mulai sekarang mereka akan kekal bersama berdua.
" i ikut jer.." lisa konon sahaja mengikut padahal suka dalam hati.
" i akan bantu u dengan kerja sekolah u.." iskandar menawar diri.
" tak perlu.. kerja perempuan semuanya.." tolak lisa. berbeza yang amat jalan kerjanya dengan iskandar.
" okey.. "
" is.. " panggil lisa.
" thank you.. buat i happy.." iya.. bayangkan iskandar sahaja lisa sudah bahagia.
iskandar angguk. mereka sudah sampai. dia memasuki ruang parking khasnya.
iskandar membuat isyarat,mengajak lisa mengikutnya. lisa yang memahami, mengikut.
sepanjang jalan menuju ke aprtment iskandar,kedua mereka diam. iskandar membantu membawa beg lisa. lisa pula mengikut langkah iskandar di belakang.
lift berhenti di tingkat 12.
" jom..." ajak iskandar menghulur tangannya kepada lisa. .
lisa yang mengelamun sedari tadi menyambut tangan iskandar. mereka beriringan menuju ke pintu aprtment iskandar.
" 2105" maklum iskandar kata kunci apartmennya.
"2105??" soal lisa.
iskandar angguk. dia membuka pintu dan mempersilakan lisa masuk.
— Un nouveau chapitre arrive bientôt — Écrire un avis