Télécharger l’application
78.94% DIRIMU SATU / Chapter 15: APAKAH INI CINTA?

Chapitre 15: APAKAH INI CINTA?

Lisa merenung istana nan megah milik keluarga iskandar dari balkoni bilik tidurnya. sedang apakah iskandar sekarang ini?? baru beberapa jam berpisah,lisa sudah merasakan rindu yang teramat kepada iskandar. nada nyanyian daripada miley cyrus mematikan lamunannya. berdesup lisa berlari mendapatkan telefon bimbitnya. seperti lipas kudung jugalah gelagatnya. namun keterujaannya terus mati apabila lain yang diharap menghubunginya, lain pula yang hubungi. dengan malas lisa menjawap panggilan daripada sahabatnya.

" erm...." acuh tak acuh sapanya.

" kau dah sampai?" tanya mary ann di talian. ada nada risau suara itu.

" sudah... dalam bilik aku.. dah ni..." lisa memesrakan suaranya. takut juga nanti rakan-rakannya syak sesuatu.

" bagus lah.. kami semua risau ni.." mary ann memang selalu bersikap seperti mak-mak. sangat mengambil berat akan masalah sahabatnya. sahabat yang penyayang.

" aku okey lah.. seronok bercuti di sana.. pengalaman indah.." jelas keterujaan lisa apabila membayangkan masa-masa yamg dihabiskan dibumi thailand itu. memang indah pengalamannya.

" wow.. macam best jer.. nanti boleh kau cerita dengan kite orang.." mary ann lega juga apabila lisa seronok. hilang risaunya. kadang-kadang kita harus keluar dari kepompong yang mengikat kita. macam dia,bukan tidak ingin mencuba.. namun dia terpaksa menurut kerana kekasih hatinya turut serta bercuti di paris. ada keluhan disitu.

" ehh.. kau ada nampak senior is.. dia juga habiskan cuti dia dekat sana.. " tanya mary ann tiba- tiba. teringat pula perihal iskandar yang di amanahkan didi untuk mencari lisa.

" takde.. kenapa?" bohong lisa.

" owhh.. senior didi call dia.. mintak tolong carikan kau.." cerita mary ann.

tut..tut...tut.. ada panggilan masuk. lisa melihat ada nama i♥️l sedang menunggu.

" babe.. nanti aku call kau balik boleh.. ada call penting ni.. " usai berkata tanpa menanti balasan dari mary ann,lisa mematikan terus talian. panggilan iskandar lagi penting dari segala-galanya kini.

sebelum menjawap panggilan iskandar,dia berdehem dahulu. betulkan suara.

" hello...." manja suara lisa.

" hello.. buat apa tu?" tanya iskandar sambil berbaring di atas katilnya.

" tengah tunggu panggilan u.." halah-halah sweet sungguh suara lisa. berbeze betul suaranya sewaktu bercakap dengan mary ann tadi.

iskandar gelak kecil.

" sorry lambat call.. i siapkan kerja sedikit tadi..u dah makan?" jujur iskandar berkata. memang dia siapkan sedikit kerja yang terbengkalai kerana bercuti.

" sudah.. u?"

" sudah.."

talian sepi.. tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. keduanya merasa janggal. mungkin berbicara empat mata dari bercakap di telefon,rasanya beda

" esok u busy?" tanya lisa buntu nak tanya apa.

" busy.. ada kerja yang perlu i selesaikan.."

" samalah.. esok petang i akan balik ke sekolah."

lisa apabila sekolah dibuka,dia memilih untuk menetap di dorm pelajar. hanya hujung minggu sahaja dia akan kembali ke rumah. selesa duduk di luar.

" owh.. jumpa dekat sekolah.. " sekolah akan dibuka lusa. dia tahu pelajar jurusan seni suka menetap di asrama pelajar. kata mereka senang untuk menyelesaikan tugas mereka yang kebanyakannya di bengkel khas. sumber inspirasi banyak.

" okey.. u rehatlah.. i nak tidur sudah.." lisa sudah menguap. matanya mula berair. jetlag mungkin.demi menunggu panggilan iskandar dia menahan kantuknya.

" tidur lah.." suruh iskandar.

" okey.. " lisa ingin meletak panggilan. namun suara iskandar membatalkan niatnya.

" lisa.... " panggil iskandar romantis tiba-tiba. midnite voice.

" eermmm"

" miss u.." lirih suara iskandar. seperti ada beban besar pula di hatinya jikalau tidak mengungkap kata-kata itu.

" miss u too.." balas lisa turut merasakan rasa yang sama.

" maaf tentang semalam.. tetapi i bahagia.." iskandar memperingati lisa tentang momen kemarin mereka. kisah kasih nun disana.

" u bahagia?" tanya lisa polos. rasa tidak adil pula iskandar berbahagia atas kehilangannya.

" ya.. i bahagia.. u dah jadi gadis i.. dan i adalah orang pertama.. " lelaki mana tidak bahagia apabila gadis yang disukai miliknya mutlak.

" kerana itu sahaja?" apakah iskandar bahagia kerana itu??

" no... maksud i.. i bahagia dengan u.. dan i juga bahagia apabila u hanya jadi milik i.. " iskandar ingin menerangkan perasaan yang dirasanya kini kepada lisa tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya. dia bukan lelaki yang penuh dengan bicara. nak bicara romantik pun seksa.

" i tak faham.. i cinta kan u.. i nak bersama u.. i tak menyesal serahkan diri i kepada u.." lisa juga tak tahu apa yang dimahunya kini. namun menyerahkan dirinya dan mungkin perasaan yang ada kini adalah cinta. jadi cintalah.

" i pun macam tu.. i mahu u sahaja.. bukan orang lain.. tapi u.. ini cinta ke lisa?" soal iskandar sebenarnya lebih kepada dirinya. ini cinta atau rasa ingin memiliki? dia tidak mengerti tentang perasaan ni sejujurnya.

" mungkin.. nanti i tanya kawan- kawan i.." dah... lisa pun tak tahu.

" u tak takut rahsia kita pecah?" tanya iskandar. dia berharap lisa tak takut.

" janganlah.. ini pun.. i dah rasa bersalah dengan aliya.." lisa takut.

" baiklah.. "

" u marah?" tanya lisa. nada iskandar lain.

" tak.. cuma i tertanya.. sampai bila u nak rahsiakan hubungan ni.. i nak jumpa u selalu.. nak bawa u selalu.. nak teman u.. i nak buat semua pasangan kekasih selalu buat dengan u.." iskandar marah.

" bagi i masa.. " pinta lisa. dia harus memastikan perasaan aliya terhadap iskandar dahulu. baru dia akan memikirkan langkah seterusnya.

" u tidurlah dulu.. nanti kita jumpa dekat sekolah.. i ambil u lepas habis kelas.." iskandar tidak mahu memanjangkan isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan.

" erm.. u pun sama.. " lisa tiada mood untuk berdebat.

" jangan letak.. i nak teman u sampai u tidur.."

" erm.. i dah letak kepala atas bantal ni.."

" sweet dream.."

" ermm"

suasana sepi. iskandar menekan butang loudspeaker. telefon diletak ke sisinya. kamera digital diambil. satu persatu gambar dilihat. gambar lisa dan dirinya dan pemandangan. suasana di talian sepi.lisa sudah hanyut dibuai mimpi.

" lisa...lisa.." panggil iskandar. tiada sahutan. iskandar senyum. lisa pantang dapat bantal.

membayangkan lisa yang tidur lena disisinya. disentuh,dicuit gadis itu takkan sedar punya. iskandar teringat segalanya kenakalannya. ada senyum terbit di bibirnya.

" sweet dream lalisa geofry" iskandar memberi nama akhirnya kepada lisa.

didi perlahan-lahan membuka pintu bilik lisa. adiknya itu sudah terlena pulas di atas katil. dia merapati katil menarik selimut dan menutup tubuh itu. telefon yang berada di genggaman lisa diambil,dimatikan dan diletak di meja sisi. dia tidak melihat si pemanggil mahupun dengan siapa lisa berhubung kerna itu pasti rakan karib adiknya. mungkin mereka bergayut sehingga tertidur.

" sudah tidur?" tanya aliya di depan pintu. kadang-kadang dia cemburu dengan lisa. didi memanjakan lisa. layanan yang berbeze untuknya. padahal dia dan didi adalah kembar walau tidak seiras. tetapi didi sangat menyayangi lisa. hubungan kedua mereka akrab.

" sudah.. " perlahan suara didi takut mengganggu lena lisa.

" liya pun nak tidurlah..esok pagi ada asignment lagi.." aliya meminta diri. niatnya ingin singgah untuk menjenguk lisa. bercerita mungkin.

didi melihat aliya yang berlalu. kembarnya itu terlalu ulat buku. pelik didi. mereka kembar tetapi berbeza. dia selalu merasakan seperti aliya itu bukan kembarnya. adiknya itu hidup dengan dunianya. garang pula tu ada waktu-waktunya. lagi satu minat mereka berbeza. dia ingin menjadi seperti daddy,mengurus perniagaan keluarga. menjadi ketua keluarga yang akan melindungi keluarganya. lisa pula cenderung mengikuti darah seni mummy mereka. cita-cita lisa memang pelik. aliya berbeze. adiknya itu memilih bidang perubatan. dia teringat sewaktu mereka kecil,aliya meminta dibeli buku berkenaan pembedaha dan mula membedah tikus,katak,ikan dan haiwan yang boleh dibedah. menakutkan fikir didi.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C15
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous