Télécharger l’application
90% Hanya si Dia / Chapter 18: Bab 18

Chapitre 18: Bab 18

"Puas!" Illa memandang kawan-kawannya geram.

"Ka-kami tak-tak tahu akan jadi macam ni Illa." Qila gigit bibir bawahnya sambil melihat ke arah dapur.

"Balik.. Aku tak nak tengok muka kau orang lagi.." Illa halau kawannya dengan air matanya yang sedia mengalir.

"Illa.. Kami.."

"Balik!" Tengking Puan Fatimah dari belakang.

"Menantu aku tak salah! Balik kau orang. Semua balik!" Puan Fatimah memandang semua orang dalam rumahnya. Ira menghampiri umminya, cuba menenangkan hati Puan Fatimah.

"Menantu ummi tak salah." Puan Fatimah memandang wajah anaknya. Ira mengangguk perlahan kepalanya. Di peluk tubuh Puan Fatimah.

"Kak Wanie tak salah ummi. Kenapa abang boleh buat kak macam tu.." Ira menangis di pangkuan Puan Fatimah. Tak sanggup dia melihat kakak iparnya di pukul oleh abangnya. Semua memandang ke arah Puan Fatimah dan Ira sayu.. Sedih dengan kata-kata Ira. Pertama kali mereka lihat perangai Afif.. Amar memandang kepada kawan-kawan Illa dari jauh. Geram. Mereka guna nama dia sampai Afif marah begitu..

"Kenapa kak Wanie.. Kenapa hanya kak Wanie sahaja." Tanya Ira kepada Puan Fatimah. Puan Fatimah menggeleng kepalanya. Dia pun tidak tahu.. Apa sebab anak sulungnya selalu dera Wanie.

↪↩↪↩↪↩↪↩

"You?" Panggil Illa dari ruang tamu, matanya memandang plastik di tangan Afif.

"Kenapa?" Tanya Afif sambil senyum.

"You pergi mana tadi?" Illa memusing badannya menghadap suaminya. Matanya terus-terusan menikam plastik di tangan Afif.

"I pergi beli ubat untuk lebam muka Wanie.. Dan I beli makanan untuk dia.. Dari tadi dia tak keluar makan kan?" Afif menunjukkan plastik dalam genggamannya. Illa senyum nipis.

"Masa you tak ada.." Illa bangun dari sofa dan menghampiri suaminya.

"Wanie keluar dari bilik.. Ummi pujuknya makan." Illa cuba capai plastik di tangan Afif. Afif memandang ke arah dapur dengan wajah teruja.

"Wanie keluar bilik? I-I nak tengok dia.." Afif terus berjalan menuju ke arah dapur dan berjalan menghampiri bilik Wanie. Di ketuk pintu bilik Wanie perlahan.

"Sayang.. Buka pintu ni.. Abang dah balik." Afif terus-terusan mengetuk pintu bilik Wanie. Tapi tidak di buka. Illa dari belakang, menenangkan suaminya.

"Biar I yang bagi ubat dan makanan ni dekat Wanie. You pergi masuk bilik. Dah lewat ni. Esokkan you kerja." Illa capai plastik di tangan Afif. Afif memandang pintu bilik Wanie lama. Dia tidak berganjak. Illa ketuk pintu bilik Wanie.

"Wanie.. Kak ni. Buka pintu.. Kak bawa ubat dan makanan." Illa memandang suaminya, di cuba tolak Afif pergi dari situ. Tapi masih tak berganjak, matanya masih fokus kepada pintu bilik. Pintu bilik di buka perlahan dari dalam. Tak sempat Illa nak masuk Afif menolak perlahan tubuh isterinya. Dibuka pintu bilik luas dan terus masuk dalam bilik Wanie. Illa terkejut dengan kejadian tadi, dipandang lama pintu berwarna koko gelap.

Afif menghampiri Wanie yang terkejut dengan ketibaan Afif. Dia tak nak jumpa laki ni lagi. Wanie pusing badannya dan menuju ke bilik air tapi Afif halanh dengan peluk tubuh Wanie dari belakang.

"Cakap lah dengan abang sayang.. Dah dua hari, abang tak dengar suara sayang.. Kelibat sayang." Afif peluk tubuh isteri erat. Sungguh dia rindu dengan isterinya.

"Abang dengar.. Sayang keluar dari bilik.. Kenapa tak tunggu abang balik? Hey tengok sini." Afif pusingkan tubuhnya sebelum dia diam seketika. Di pandang wajah Wanie yang teruk di sebabkan pukulan dia dua hari lepas. Selepas dia pukul Wanie sebab Amar dan sebab Amar minta maaf dekat Wanie, lagi teruk Wanie dia kerjakan. Dia tak tahu.. Kenapa dengan Wanie dia kawal.. Tapi kalau Illa.. Dia tak kisah Illa dengan cakap dengan sesiapa. Tapi Wanie.. No. Dia tak benarkan Wanie bergaul dengan orang yang Wanie tak kenal.

"Sayang.." Afif kuak sedikit anak rambut isterinya yang menutup wajah Wanie.

"Maafkan abang sekali lagi sayang."

"Senang jadi abang kan? Pukul.. Minta maaf.. Pukul. Minta maaf. Abang.. Wanie bukan barang.. Dan Wanie bukan robot.. Yang dengar sahaja arahan abang. Wanie manusia abang.. Tak boleh ka Wanie nak bergaul dengan orang lain."

"Tak boleh!" Marah Afif. Terkejut Wanie dengar jeritan Afif. Illa yang baru hendak beredar dari dapur terus matanya memandang ke arah pintu bilik Wanie.

"Tak boleh sayang.. Sayang isteri abang.. Sayang kena dengar cakap abang.." Afif usap pipi isterinya. Wanie memandang Afif geram.

"Kak Illa isteri abang juga.. Tapi kenapa kak Illa boleh cakap dengan orang lain? Kenapa Wanie tak boleh? Wanie cemburu dengan kak Illa, Wanie cemburu abang layan kak Illa baik daripada abang layan Wanie macam ni. Teruk sangatkah Wanie ni abang? Wanie sedar, Wanie budak kampung. Tapi budak kampung pun ada perasaan abang. Ada perasaan!" Wanie geram dengan Afif. Afif memandang isterinya lama. Dia capai tangan isterinya dan cium kedua-dua tangan isterinya lama.

Dia tak tahu, nak balas apa.. Tapi apa yang pasti, dia mula cintakan gadis di hadapannya. Dia sedar tu.. Sebab tu dia kawal isterinya kawan dengan orang lain. Dia takut Wanie lupa kehadiran dia.

"Abang tak nak.. Sayang lupa abang.. Abang tak nak sayang terlalu rapat dengan orang lain selain abang. Semua yang nak rapat dengan sayang lelaki. Illa sebab abang dah biasa.. Lagipun kawan abang.. Kawan dia juga." Jelas Afif sambil di cium tangan isterinya. Wanie tarik tangannya dari terus di cium oleh Afif.

"Wanie nak tidur. Abang pun pergilah tidur.. Dah lewat malam.. Esok abang kerja." Kata Wanie sambil menuju ke arah katil. Afif ikut langkah Wanie. Wanie mengiring menghadap kiblat, Afif baringkan badannya dan peluk isterinya dari belakang. Wanie terkejut dengan tangan Afif atas tubuhnya, dia cuba pusing tapi tak boleh apabila dia terasa tubuh Afif mengunci tubuhnya.

"Selamat malam My Queen dan Assalamualaikum sayang." Afif cium rambut belakang isterinya, rambut Wanie wangi dan sedap di hidu sampai dia terlena. Mata Wanie masih segar, dia tak dapat tidur, dia cuba angkat tangan Afif dari pelukannya. Tapi semakin erat pula pelukan Afif terhadapnya. Dengan terpaksa dia pejamkan matanya dan cuba lena.

Tapi matanya masih tak dapat nak tutup. Di baca macam-macam doa. Dan di tiup di tapak tangannya dan menyapu perlahan di wajahnya yang lebam. Sedang Wanie cuba nak lelap.. Dengkuran kecil Afif di telinganya membuatkan dia ketawa kecil. Wanie capai tapak tangan kirinya dengan tapak tangan Afif yang memeluk pinggangnya, dan cium tangan Afif. Mata Wanie kembali lelap dan dia terlena dengan pegang tangan Afif.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C18
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous