Télécharger l’application
69.23% Love Blue Flowers / Chapter 36: Love Blue Flowers

Chapitre 36: Love Blue Flowers

Motor dipandu oleh Adif tiba dengan selamat dihadapan kondominium mewah milik abangnya. Dia memulakan langkah dengan kaki kanan seraya ukirkan senyuman yang gembira.

Masuk sahaja ke dalam rumah Arif. Suasana sunyi sepi dan tiada orang di ruang tamu begitu juga di dapur. Kasut dan selipar masih setia dihadapan pintu rumah tapi di mana orang di dalam rumah itu?

"Kak? Abang? Makcik Wati?" panggil Adif sambil menuang air sirap ke dalam cawan putihnya.

"Kakak? Abang?" panggil Adif lagi. Kalini dia menjejakan kaki ke pintu bilik utama.

'Mana semua orang? pintu dengan tak kunci, lampu terbuka.'

Terus Adif menelefon abangnya untuk mendapatkan kepastian sama ada Arif dan Naura ada di dalam rumah itu atau tidak.

"Aku tengah meeting. Nanti call balik." panggilan dimatikan. Adif kerut dahi. Kalau Arif tiada di rumah jadi dimana Naura dan yang lain? Kereta Naura ada di tempat letak kereta tapi orangnya tiada.

Pintu ditolak perlahan bagi memudahkan Adif melihat jikalau ada seseorang di dalam rumah tersebut. Kosong. Naura tiada dibilik tapi bunyi pacuran air di dalam kamar mandi menarik perhatian Adif.

"Kakak? Kakak ke tu?" Adif kelihatan takut buat pertama kalinya. Dia cuba menguatkan semangat untuk melihat siapa di bilik mandi.

"Kak? Akak okay ke? Kakak?" pintu kamar mandi dikuak. Anak mata Adif terbutang saat melihat susuk tubuh Naura terbaring di atas lantai ditemani dengan air yang membasahi tubuh gadis itu.

"Makcik! Makcik!" jerit Adif setelah terdengar bunyi ketawa dari arah dapur.

"Makcik! Tolong Adif." jerit Adif lagi. Segera makcik Wati dan Maisara bergegas ke bilik utama. Makcik Wati terus mengucap setelah melihat tubuh Naura terbaring di atas lantai.

"Call abang!" arah Adif. Maisara segera mencapai telefon rumah di ruang tamu utnuk menelefon Arif.

"Kenapa ni makcik?" tanya Arif yang baru habis mesyuarat bersama yang lain.

"Naura..dia pengsan. Balik cepat, Arif." Arif berlari keluar dari bilik mesyuarat hingga ke tempat letak kenderaan. Qayyum yang berada di dalam kereta tersebut mula terpinga-pinga. Apa hal ni tetiba berlari?

"Rumah. Naura pengsan. Balik sekarang." Tunggang langgang ayat Arif kerana risaukan keselamatan Naura. Qayyum menurut perintah sahaja sebagai pemandu.

"DIA tak makan ke?" tanya Arif kepada makcik Wati selesai memeriksa Naura.

"Tadi pagi dia ada makan sikit. Lepastu dia masuk bilik sebab pening kepala."

"Nasib baik Adif ada tadi kalau dia tak ada? agaknya sampai ke asar dia terbaring kat lantai tu." Adif yang duduk di sofa terus meneguk air teh buatan makcik Wati. Seram dia apabila melihat wajah garang abangnya. Maisara dan Qayyum pula setia menjadi pendengar. Kalau mencelah dikira tiada adab pula.

"Kandungan dia okey?" Soal Maisara bagi mengalihkan topik cerita.

"Okey. Dia pengsan pun sebab kurang gula dalam badan dia." Arif melipat lengan bajunya dan terus melangkah ke dapur. Makcik Wati dan yang lain terus memerhatikan gerak-geri Arif.

"Biar makcik yang buat bubur untuk dia. Tuan berehat."

"Seminggu ni makcik tak payah masak untuk dia. Biar Saya je jadi tukang masak untuk Naura." Laju tangan Arif memotong dada ayam untuk membuat bubur ayam.

"Adif? Dah solat Zohor?" Laju Adif menggeleng. Jam menunjukkan pukul 3 petang dan dia masih belum melunaskan kewajipan kerana menunggu kehadiran abangnya.

"Gi solat. Makcik ngan yang lain gi lah berehat. Mai kalau nak rehat gi bilik tetamu. Nak mandi ke nak solat ke baju ada kat almari." Kalini Arif menggunakan nada yang lebih tegas. Anak mata Arif juga nampak berbeza dengan sebelum ini.

ARIF meletakkan tangannya di atas dahi Naura. Suhu badan isterinya sudah berkurang dan wajah yang pucat turut sudah hilang. Perlahan-lahan kelopak mata Naura terbuka kerana cahaya yang menerangi kamar tidur itu.

"Sayang buat apa kat bilik air sampai pengsan?" Soal Arif seraya mengikat rambut isterinya.

"Nak mandi tapi tetiba lutut rasa lemah." Balas Naura tanpa memandang wajah Arif yang sudah selesai mengikat rambutnya. Kalini Arif meniup bubur ayam itu sebelum dia menyuap Naura.

"Boleh kita jadi macam dulu?" Suara Naura menjadi lembut dan dia cuba berkelakuan sopan dihadapan suaminya. Arif mengangguk. Senyuman manis di pipi itu mencerahkan lagi wajah tampan Arif Iskandar. Mangkuk bubur diletakkan sebentar di atas meja tepi katil untuk disejukkan.

"Anak papa aktif tak harini?" Naura tersenyum. Jari jemari Arif menyentuh perut Naura yang semakin membesar itu.

"Our baby mesti nampak comel macam mama kan." Senyum.

"Our baby mesti nampak hensem macam papa." Giliran Naura pula ungkapkan kata begitu. Nampak wajah mereka begitu bahagia walaupun anak dalam kandungan masih belum keluar.

"Now, Arif sedar yang Arif orang biasa yang ada silap dimana sahaja. Dan ada manusia yang sentiasa sabar dan sayangkan Arif walaupun Arif sentiasa buat silap."

"Kalau orang tu ikhlas dengan kita mesti dia sabar dalam segala kesilapan pasangan dia. Naura sayang Arif sebab Arif adalah Arif." Naura mengusap lembut tangan Arif. Anak mata mereka berdua penuh dengan perasaan cinta dan sayang.

MAJLIS PERTUNANGAN Dania dan Zixuan berlangsung tanpa sebarang masalah. Adif yang jadi jurugambar cuma memaparkan senyuman tawar kepada Zixuan yang menjadi tunang Dania.

"Tunang dengan kau adalah satu kesilapan yang besar dalam hidup Aku." bisik Dania. Kaki Dania melangkah keluar dari kawasan ruang tamu untuk mencari Adif yang sedang mengambil gambar sepupunya di luar.

Adif yang masih setia menangkap beberapa keping gambar sepupu Dania, mula berhenti setelah Dania memanggil namanya.

"Wait. Bagi Aku amek gambar kau." tanpa disuruh, Dania sudah berpose dengan baik dihadapan Adif. Encik Ng yang melihat dari jauh tersenyum melihat wajah manis cucunya.

Puan Nur menghampiri susuk tubuh bapa mentuanya yang sedang menonton gerak geri cucunya dari tingkat bawah.

"They look happy." ungkap puan Nur seraya memandang senyuman manis di wajah anaknya.

"But she's not happy with tunang dia."

"I don't think they can get married without love. Bukan Zixuan yang Dania nak. She's want Adif not Zixuan." tegas puan Nur dalam hal ini. Dia tak nak anaknya tersilap berkahwin dengan lelaki yang dia tidak suka. Ini masa depan anak dia dan menentukan keselamatan anak gadisnya.

"Jangan buat hal Nur!" sergah anak sulung encik Ng dari belakang.

"You treat your daughter like slaves tiba-tiba suruh dia bertunang dengan lelaki yang dia tak suka. I tak sokong apa you buat sekarang ni. My daughter bukan hamba you and dia ada perasaan."

"Li, I tak pernah didik you untuk treat anak you macam hamba." kata encik Ng kepada anaknya Ng Li Jun atau nama islamnya Luqman Ng.

"My daughter not your daughter. Cinta akan hadir bila diaorang kenal satu sama lain. Don't be blind because my daughter doesn't like my choice." nampak kuat sahaja dari luaran encik Luqman tapi dalam hati dia banyak perkara dia risaukan.

MAISARA pasang muka saat bertemu dengan Taufiq yang mengenakan pakaian yang nampak menarik. Baju melayu berwarna ungu yang seakan-akan warna lavender dan berkasut tali berwarna hitam.

"Asal baju Aku sama ngan dia?" tanya Maisara kepada Arif. Arif menggeleng. Pandangan Maisara terarah kepada Naura yang sedang membelek kamera Adif yang dibeli oleh Arif.

"Taufiq! Sini duduk sini." panggil Naura dengan mesra. Maisara tahan mulutnya dari memarahi Naura. Ya Allah dalam banyak-banyak tempat dan kerusi kenapa takdirnya perlu duduk bersama Taufiq?

Taufiq menarik kerusi disebelah Maisara lalu ukirkan senyuman kepada semua orang di meja itu namun tidak pada Maisara.

"Adif, akak pinjam kejap kamera ya."

"Jangan sampai habis bateri." pesan Adif sebelum dia meneguk air masak. Naura mengangguk dan terus mencapai lengan baju Arif untuk mengikut langkahnya ke halaman rumah itu.

"Tak lawa kalau awak yang amek jadi Adif mari tolong abang." kata Arif pula sambil angkat keningnya. Adif mengangguk tanda faham. Dia mengangkat pinggan dan terus membasuh tangannya untuk menangkap gambar pasangan bahagia itu.

"Nasi minyak kita bila lagi?" soal Taufiq setelah sahabatnya meninggalkan mereka disitu. Maisara yang berselera menikmati cendolnya terus tersedak.

"Nasi minyak kita bila lagi cik Maisara?" Maisara telan air liur. Seram pula apabila berdua dengan si Taufiq.

"Jalan-jalan atas jambatan, bila kita nak bina ikatan?" mula dah Taufiq nak berpantun dengan Maisara. Maisara kerut dahi.

'Dia pantunkan Aku? Aku?'

"Pergi pasar beli ikan, Saya tak nak." Aik tak kena pula pantun Maisara. Taufiq tergelak.

"Tepi jalan terjumpa kotak, pantun awak boleh betulkan tak?"

"Tepi rumah ada katak, Saya tak nak." terus Maisara bangkit dari kerusinya. Malas dia nak bertekak dengan lelaki ni.

"Maisara!" jerit Taufiq. Semua orang di kawasan itu memandang Taufiq dan Maisara sahaja. Makcik-makcik yang rancak berborak turut melihat drama korea dihadapan mereka.

"Sudi tak awak jadi isteri Saya?" pipi Maisara bertukar menjadi merah padma. Para hadirin yang hadir pada ketika itu bersorak dengan lamaran yang tidak dijangka oleh Taufiq.

"Tak nak!" Taufiq tersenyum. Perlahan dia menuju ke arah Maisara. Menggigil badan Maisara kerana dia teringat akan masa lalunya.

Taufiq sudah sedia membongkokkan tubuhnya bagi melamar Maisara. Pantas Maisara mencampak cincin yang dikeluarkan oleh Taufiq. Keadaan dia mula menjadi tak keruan. Kepalanya pening.

"Mai? Kenapa ni?" soal Taufiq kepada Maisara yang memukul dirinya sendiri.

"Pergi!" jerit Maisara. Semua terkejut dengan jeritan itu begitu juga Taufiq. Cukuplah sekali dia jadi mangsa. Dia tak nak terjerat dalam percintaan yang bukan untuk selamanya. Izinkan dia bernafas dan bebas dari lelaki.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C36
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous