Télécharger l’application
57.69% Love Blue Flowers / Chapter 30: Love Blue Flowers

Chapitre 30: Love Blue Flowers

PINTU kayu ditolak oleh Arif untuk memasuki bilik soal siasat dengan berhati-hati. Qayyum yang turut berada di dalam bilik itu segera menyuruh kedua-dua pegawai polis untuk keluar. Fikri dan pegawai polis itu keluar dari bilik soal siasat lalu Qayyum mengunci pintu bilik yang sedang mereka berada.

Arif membuka topeng mukanya lalu dia memerhati gerak geri Naura. Qayyum berdiri tegak di belakang Arif. Sebagai pembantu peribadi lelaki itu selama 5 tahun, dia tahu bahawa Arif masih rasa bersalah pada isterinya.

Naura menyentuh perutnya yang semakin membesar. Perlahan dia mengusap perutnya itu. Arif tersenyum melihat Naura yang masih kuat dihadapannya.

"Beri bukti dekat pegawai polis yang Naura tak buat semua tu. Dan tunjukkan bukti bahawa rakaman dan gambar yang mak Saya berikan itu palsu. Do anything as long as my wife doesn't get caught. Faham?" Arif memberi arahan kepada Qayyum. Pintu bilik diketuk kuat oleh Fikri. Arif dan Qayyum masih bertindak seperti biasa.

"Baik, Tuan." Qayyum mengiyakan arahan Tuannya.

"Majlis makan malam Puan Aina akan diadakan di rumahnya." Arif tersenyum.

"Kita tunggu lagi. Sekarang ni Saya cuma nak mempermainkan diaorang. Kalau Saya dedahkan yang Saya masih hidup. Belum tentu Saya dapat apa Saya nak."

Anak mata Arif masih tepat melihat susuk tubuh Naura. Kali terakhir dia dapat bersemuka dengan isterinya beberapa hari lalu dan itulah hari dimana dia dapat melepaskan rindu pada isterinya dan juga anaknya.

"Saya dah nak jadi ayah." senyum. Qayyum terkejut namun pada masa yang sama dia turut tersenyum.

"Tahniah, Tuan. Jadi anak Tuan akan jadi pemilik syarikat juga? saham syarikat pun. WoW mungkin anak Tuan akan jadi jutawan setelah dia lahir." senyum bangga. Arif menggeleng.

"Atuk dengan nenek diaorang dah ambil saham syarikat tu. Tok wan Saya terpaksa tandatangan perjanjian saham tu demi keselamatan Naura dengan anak-anak Saya. Awak rasa Saya tak marah?" ketukan pintu semakin kuat.

"Bukak pintu ni! Jangan main-main dengan polis." jerit Fikri. Arif gelak sinis.

Setelah 2 minit, keadaan kembali reda dan Qayyum membuka pintu bilik itu. Secara senyap-senyap mereka berdua keluar dari bilik soal siasat. Mujur Qayyum bijak hal teknologi. Sebelum mereka berdua masuk ke dalam balai polis, Qayyum terlebih dahulu mematikan CCTV.

"Telefon pihak Lapangan Terbang Senai dan minta mereka rakaman CCTV yang real. Kalau diaorang tak izinkan ugut diaorang." ujar Arif sebelum masuk ke daun pintu Mercedesnya.

PANG!

Wajah Puan Khalidah ditampar oleh suaminya. "Kau dah kenapa? tampar bini kau?" soal tok wan sambil berjalan ke arah Puan Khalidah. Puan Khalidah masih tidak percaya dengan hal yang berlaku. Adakah benar dia telah ditampar atau itu sekadar mimpi?

"Abang tampar lah! pijak pun Saya tak kisah! Saya nak dekat dengan Naura! Abang buat macam ni belum tentu dia baik." teriak Puan Khalidah. Dia penat asyik duduk di rumah itu. Sudahlah tiada Naura tambahan pula tok wan kembali aktif dalam aktiviti di masjid. Duduk di rumah berdua dengan suaminya cuma boleh bertekak sahaja.

"Apa susah sangat kau nak bagi dia tengok Naura? Dia nak tengok anak dia je." tok wan membela Puan Khalidah. Dia sendiri turut kecewa dengan perangai ayah cucu menantunya.

Tangan kanan Encik Abdul Dayyan sudah melayang buat kali kedua dilangit. Kalini dia menampar wajah belah kanan Puan Khalidah pula.

"Jangan dekat dengan budak tu! dia dah malukan Aku! Aku malu ada pertalian dengan budak tu. Mak dia mati sebab betina tu dan sekarang dia bunuh suami dia!" air mata Puan Khalidah jatuh mengalir di pipi.

"Kau keluar dari rumah ni! Keluar! Kau dengan anak Aku sama je. Dua-dua salahkan orang yang tak bersalah." Puan Khalidah meraung sekuat hatinya agar Encik Abdul Dayyan tidak keluar dari rumah itu.

"Khalidah binti Khairul Amin. Aku ceraikan kau dengan talak 1!" Bagai terpanah oleh petir. Semuanya berlaku sekelip mata. Cerai? Dia yakin itulah perkataan yang dia dengar. T-tapi secara tiba-tiba...

"Kalau arwah kak Nurin ada lagi... mesti dia tegur kesalahan abang. Abang sepatutnya bersyukur sebab masih ada lagi orang yang sayangkan satu-satunya anak abang. Jujur Saya cakap. Abang ego! Abang sayangkan anak abang tapi ego abang tinggi mencanak ke langit. Anak tu terbiar je." luah Puan Khalidah. Kalini dia benar-benar tidak tahan lagi dengan perangai suaminya.

"Anak Aku bukan anak kau!" jerit encik Abdul Dayyan. Bebola mata encik Abdul Dayyan semakin membesar. Urat-urat di dahi semakin menonjol. Perasaan marah mula mencanak naik.

"Buat anak tahu tapi jaga anak tahu tak? Kalau sayang anak kena bagi semangat tapi abang biarkan anak tu menangis. Abang jatuhkan dia lagi! Dia dah tak ada sesiapa! Anak abang bukan kuat sangat. Tapi tak apalah biar Idah jaga anak arwah sendiri. Abang tak layak jadi bapak dia!"

Encik Abdul Dayyan memekak telinganya. Dia tak ingin dengar semua tu. Dia tahu kalau Naura tak dilahirkan jadi isterinya tidak akan mati dan keluarganya tak akan dipandang rendah disebabkan hal ini!

"CERAI? What's going on, Qayyum?" soal Arif dengan kehairanan. Secara tiba-tiba pula bapa mentuanya mahu bercerai.

"Itulah apa yang Saya dengar semasa Saya singgah ke rumah kak Nab. Pergaduhan itu dimulakan bila Puan Khalidah nak keluar untuk berjumpa dengan Naura tapi Encik Dayyan menghalang. Katanya Naura adalah punca isteri dia meninggal dan Naura adalah punca keluarga dia dipandang rendah." Arif mengucap panjang. Segalanya menjadi huru hara. Rancangan dia tidak mengikut seperti yang asal.

"Rancangan Tuan kalini tak berjaya. Apa kata Tuan bagitahu semua orang yang Tuan masih hidup?" Arif menggeleng. Tidak! Dia masih rasa bersalah dengan hal yang berlaku.

"Tuan. Tuan yang Saya kenal bersikap matang dan bijak tapi kenapa dalam hal ni Tuan tak dapat berfikir dengan bagus? Jujur. Perkara mudah dan In Shaa Allah isteri Tuan akan terima segalanya." agak terasa juga Arif dengan kata-kata pembantu peribadinya.

'Bagi kau senanglah. Aku yang kena tadah semuanya. Haih masalah lah kau ni Rif.'

"ABANG rasa Saya bodoh ke? Hah? Tiba-tiba bagitahu Saya yang Dania nak bertunang dah kenapa? Kalau dia nak bertunang pun mesti dia bagitahu Saya sebab Saya bff dia." kata Adif setelah selesai menyiapkan tugasan yang pensyarah dia berikan.

"Kau tak dapat ke jemputan gi majlis pertunangan dia tu? Next week kot." Taufiq mengeluarkan kad jemputan kepada Adif. Bukan main lagi kad jemputan itu. Siap berwarna emas dan putih lagi.

"Majlis pertunangan Dania Ng dan.. bro what?! Zixuan Lim? Who?" Taufiq mengangkat sedikit bahunya. Manalah dia tahu hal Dania dan Adif ni. Haih.

"Aku balik lambat sikit." Taufiq mengangguk tanda faham. Buat masa ni, Adif menumpang di kondominium Taufiq yang berdekatan dengan tempat kerja Taufiq. Hal sewa jangan risau. Menurut Taufiq, rumah Adif tidak perlu membayar sewa kerana Adif juga sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

MOTOR berwarna hitam milik Adif berhenti di sebuah rumah mewah yang berdekatan rumah Taufiq. Ya itulah rumah Dania yang akan bertunang bersama Zixuan Lim. Tongkat motor diletakkan di atas jalan raya. Helmet hitam diletakkan di atas motornya. Dia masih tak percaya dengan apa yang dia lihat. Kereta mewah yang belum pernah dilihat oleh Adif mula muncul dihadapan rumah itu.

"Hai?" sapa seorang lelaki yang baru keluar dari perut kereta itu.

"Dania's friend?" teka lelaki itu. Adif mengangguk perlahan.

"Zixuan. And you?"

"Adif..." Pintu dibuka oleh seseorang yang memakai baju kebaya berwarna putih. Rambut disikat rapi dan wajah yang putih gebu itu menarik perhatian Zixuan dan Adif.

"Hai dear." sapa Zixuan kepada Dania dihadapan pintu. Dania tayang senyuman palsu. Malas dia nak bersemuka dengan lelaki itu.

"Wait. Why do you look beautiful today? With your kebaya. Nice dear." puji Zixuan dengan penuh ikhlas. Adif rasa tak senang pula dengan pujian itu. Dia rasa... cemburu.

"Kisah? Adif jom masuk." Dania menarik lengan baju Adif yang berdiri tegak itu. Zixuan pula yang menahan cemburu. Adif berlagak seperti biasa namun dia gagal kerana kecantikan Dania memang tak dapat diungkapkan.

"Cantik tak?" soal Dania kepada Adif setelah mereka melangkah masuk ke ruang tamu. Adif mengangguk perlahan.

"Lagi cantik kalau kau pakai masa pertunangan kita." ungkap Adif dengan perlahan.

"Apa kau cakap?" Dania menyoal lagi sekali.

"Lagi cantik kalau pakai baju hitam. Nampak ganas." sengih. Dania mencebik.

"Tunang kau tu tak nak jemput masuk ke?"

"Pandai lah dia sendiri nak masuk ke tak. Lagipun atuk nak jumpa kau bukan mamat acah kaya tu." Benci dia saat ibu bapanya mencadangkan perkara itu. Sudahlah dia dengan Zixuan tak sebulu. Zixuan tu nak ke masuk Islam secara paksa? demi harta dan tubuh dia ni? Lepas dapat je blah. Ugh kenapa begini?!

"Kau seorang je atuk Aku percaya. Jangan hampakan dia." bisik Dania di telinga Adif.

"Sebab apa pulak?"

"Maybe dia ingat lelaki amnesia ni akan bawa Aku ke jannah. Ew gelinya Aku." Adif tersengih. Dia suka melihat watak Dania yang sekarang. Ganas tetapi pada masa yang sama suka bergurau. Kalau dulu bergurau pun tak mahu.

"Jangan terkejut bila Aku bawak kau lari masa hari pertunangan tu." angkat kening.

"Ouh really? Then trylah. Teringin jugak Aku nak naik benda tak ada seatbelt tu." meletus ketawa Adif.

"Motor. Sebut je lah motor. Bukan haram pun sebut benda alah tu." Dania malu. Pada masa yang sama ada seseorang sedang memerhati mereka berdua. Zixuan Lim. Dia tak akan sesekali berikan gadis itu kepada Adif! Tak akan! tubuh dan harta Dania adalah milik dia dan bukan Adif.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C30
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous