Télécharger l’application
17.3% Love Blue Flowers / Chapter 9: Love Blue Flowers

Chapitre 9: Love Blue Flowers

Jam di dinding menunjukkan pukul 4 pagi dan Arif masih belum tidur. Punca dia tidak boleh tidur adalah fikirkan tentang Naura Airina. Sekian lama mereka tidak bertemu mulalah rindu membara. Telefon pun dia tidak mampu kerana keluarga Naura amat strict.

"Tapi salah Aku ke buat dia tertunggu? Haih! Arif! Kau dah nak jadi suami oranglah." omel Arif sambil melihat semula ke arah lantai. Serabut dia memikirkan hal ini. Dia minta mama masuk meminang Naura dan bukan Rina. Pening! Memang sah Adif akan dapat Naura dan bukan dia.

Tapi elok apa asalkan tidak bersama Putri. Tetapi Naura.. memang dia sudah jatuh cinta dengan gadis bernama Naura Airina dan bukan Nur Putri. Ini secara tiba-tiba hadir pula Rina. Anak siapa pula ni?

"Rina.. Rina. Abende seh?! Mama dengan papa selalu buat kerja tanpa bagitahu Aku. EEEE MARAH NI MARAH." tanpa dia sedari Adif sudah terjaga dari tidur. Dia mendekati abangnya dengan perlahan.

"Bang. Aku nak.." baru Adif ingin mengatakan sesuatu, Arif terus bangkit dari sofa. Dia menuju ke dapur untuk menyediakan makanan untuk sahur mereka.

"Bang.. Aku tolong kau ya."

"Tak payah. Kau gi lah buat kerja lain." terang lagi bersuluh Arif seperti ingin mulakan peperangan. Tapi kenapa?

"Aku tahu kau sukakan dia tapi kau boleh tak.. beri apa yang Aku nak?" Bengang pula Arif ketika Adif kaitkan tentang gadis itu. Siapa lagi kalau bukan Naura Airina.

"Aku sendiri kena kahwin dengan orang yang Aku tak kenal ni kau nak jawab apa? Kau tahukan Aku pun sukakan dia. Tapi jangan ingatlah bila Aku dah kahwin, Aku akan lepaskan Naura macam tu." kata-kata Arif memang tajam hingga menusuk dada Adif.

"How does your wife feel when she finds out you love someone else? Kau cintakan Naura dan bukan dia. Sakit? There is indeed. But kau kena ingat yang Putri pun tergilakan kau. Serahkan pada Aku dah masalah kau akan berkurangan."

Pisau di tangan Arif dilemparkan ke dalam singki. Baran Arif tiada sesiapa yang dapat mengawal. Dia makin tercabar dengan Adif. Makin Adif kaitkan tentang Naura, makin dia rasa perlukan Naura.

"Abang. Abang. Bangun ah makan." kejut Adif sambil mengocang bahu Arif. Arif terus membuka matanya. Dia pejam dan celik mata buat beberapa kali.

"Jom makan. Lagi 30 minit dah nak masuk imsak." kata Adif lagi sambil menuang nasi putih ke dalam pinggan untuk Arif. Arif perhatikan adiknya dari ruang tamu.

' Astarghfirullah. Mimpi rupanya.' dia mengusap lembut mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan.

Arif menarik kerusi meja makan sambil meneguk laju air sirap itu. Adif tayang senyum manisnya. "Kau mimpi apa tadi?" soal Adif seraya menuang semula gelas Arif yang telah kosong.

"Tak de pape. Kenapa?" ayam masak kicap yang telah digaul bersama nasi putih selamat mendarat di dalam mulut Arif.

"Tak ada ah masa Aku nak kejut kau tadi tetiba kau pukul belakang Aku. Apa kau ingat Aku bantal?" Ah sudah. Arif rasa serba salah.

"Sorry. Aku mimpi kena kejar ngan orang hutan tu." Adif mengangguk dengan mulut yang tersengih. Orang hutan? apakah?

"Aku nak keluar ngan Dania tau. Aku nak cari hadiah untuk kau dengan kakak ipar Aku nanti." kurma di atas meja disuakan ke dalam mulutnya.

"Duit ada tak?"

"Ada. Gaji Aku kat kedai kak Naura ada agi. Tambah dengan duit poket yang kau bagi. Banyak tu." Adif memang jenis tidak suka berbelanja. Kalau keluar pun dia akan berbelanja untuk baju dia sahaja. Yang lain Arif lah yang akan uruskan.

"Kau dah dengar cerita?" cerita ni memang dia sekali terkejut sampai tak mampu nak tidur.

"Cerita apa?"

"Kak Naura dah nak kahwin." tersembur nasi dari mulut Arif. Terus Adif memukul kepala abangnya. Ew! adakah patut gi sembur nasi tu? Ew!

Adif pergi ke singki untuk membersihkan mukanya manakala Arif cuba mentafsir semula ayat yang baru dia mendengar.

"Kahwin? dengan siapa?" soal Arif setelah Adif kembali ke tempat asal.

"Maisara kata ngan anak orang." senyum. Arif terlopong. Memanglah dengan orang tak akan lah dengan batu pula.

"Oh Aku ingatkan dia nak kahwin ngan oyen." Adif kerut dahi. Oyen?

"Kucing oyen tu. Itu kan tengah femes sekarang ni." Adif pura-pura faham. Semenjak amnesia ni dia jarang ambil tahu tentang keadaan masa kini. Dia lebih cenderung kepada Naura, PUBG dan buku-buku Arif.

"NAURA ni kau tak nak?" soal Maisara dengan menunjuk ke arah jam tangan lelaki. Laju Naura menggeleng. Dia sendiri tak tahu apa yang bakal suaminya minat. Tak kan nak beli je.

"Sudahlah lu. Wa suruh beli jam lu tak nak. Kang ada Wa suruh beli anak orang." usik Maisara. Dia kembali merenung beberapa aset lelaki di hadapannya. Naura pula sibuk melihat sekeliling.

"Hantaran kau tinggal tali pinggang dengan jam je kan?"

"Hm." balas Naura acuh tak acuh. Malas lah dia nak fikirkan tentang hantaran ni. Bukan dia yang beria nak kahwin.

"Then kau belilah set couple ni uwu comel wei." siap menunjuk jam tangan pasangan itu kepada Naura.

"Aku nak cream. Nampak kena ngan Aku." senyum paksa. Terus Maisara memanggil orang yang jaga kedai itu untuk mengambil jam pasangan yang berharga 700 ringgit. Tentang duit Naura tidak kisah kerana bakal suaminya menyediakan Black Card yang mampu digunakan tanpa had. Tetapi dia tidak ingin menggunakan kad tersebut kerana tidak selesa. Jadi dia gunakan duit simpanan dia sahaja.

"Eh kak Naura! Kak Mai!" jerit Adif dengan ceria. Dania di sebelah Adif turut mengukirkan senyuman.

"Woo adikku. Apa khabar? Kau sekarang dah tak nak main PUBG ngan Aku eh. Sudahlah merajuk gini." tak jadi terus Maisara yang ingin merajuk apabila ternampak gadis kecil molek yang berdiri bersebelahan Adif.

"I think we went wrong today lah. Kita kacau diaorang dating seh." Dania terus menggeleng.

"Kitaorang kawan je. Saya Dania." lega hati Adif apabila Dania kata bahawa mereka kawan. Kalau lebih memang tidaklah dia mahu mengaku.

"Dania? Oge yang sebelah Saya ni Naura and Saya Mai." Dania mengangguk tanda faham. Naura yang dia kenal adalah bekas bos kepada Adif dan dia juga tahu bahawa Naura meminati abang Adif.

"Adif cerita yang Naura nak kahwin. Kalau macam tu tahniah lah." Naura memandang tajam muka Maisara. Niat dia nak merahsiakan sudah terbongkar.

'Aku kalau pijak Mai memang tak bernyawa ni.'

"Kak Naura dengan kak Mai dah tahu?"

"Tahu apa?" soal Maisara dan Naura dengan serentak.

"Abang Arif dah nak kahwin." Dan pap! kepala Adif dipukul perlahan oleh Dania.

"Abang Arif kata rahsia lah. Yang kau gi bagitahu kenapa?" marah Dania. Apa motif Adif memberitahu kepada Naura bahawa Arif akan berkahwin? Untuk membuat Naura cemburu atau apa?

"Aku boleh buat sesuka hati Aku." Adif berlalu pergi tanpa sebarang riak wajah. Lantaklah Arif mahu menghemburkan marah kepadanya ataupun memukulnya.

"Naura jangan terkejut tau.." Naura terlebih dahulu memotong ayat-ayat Dania.

"Saya dah tahu.. jadi lantaklah. Saya ni peminat je bukan cintakan dia pun." senyum.

'Naura ni kalau Aku baling kau kat Arif memang padan tau. Suka tu cakap jangan sampai Aku yang bagitahu. EEEE marah ni marah.'

Hari raya sudahpun tiba sudah semestinya semua orang bergembira. Tetapi.. Naura pula berduka akibat esok adalah hari terbesar buatnya. Ya dia akan kahwin dengan Is!

"Eh kau belum minta maaf agi ngan Aku wahai Naura Airina binti Abdul Dayyan." jerit Maisara yang sudah selesai meminta ampun kepada ibu bapanya. Naura meletakkan mangkuk tingkat di atas kerusi hitam itu.

"Aish lupa." dia mengambil tangan kanan Maisara lalu dia bersalaman dengan gadis itu. Maisara senyum. Dia sudah menganggap Naura seperti adiknya sendiri dan seperti nyawa dia sendiri maka semua perkara tentang Naura dia tahu begitu juga dengan Naura. Tiada satu rahsia pun yang mereka tidak tahu.

"Aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung jari tangan kau."

"Betul-betul lah." marah pula Maisara. Naura mencebik.

"Aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki." Terus dia menadah tangannya kepada Maisara. Maisara kerut dahi. Apa ini?

"Aku ni nak kahwin tau esok. Kau tak nak bagi Aku duit raya ke?" Maisara senyum lalu dia menggeleng. Naura terus tarik muka.

"Haih kau ni Naura. Dah besar jangan ah nak merajuk. Aku bukan laki kau pun. Ni esok kahwin habis laki kau tu kerjanya nak pujuk kau je." leter Maisara sambil melangkah masuk ke dalam rumah ibu bapa Naura.

Semuanya sudah disiapkan. Pakaian pengatin, kasut, hantaran, pelamin dan sebagainya. Khemah pun sudah dipasangkan. 4 buah khemah dipasangkan dihadapan rumah Naura dan termasuk 4 jiran yang lain. Dengar cerita dari keluarga belah lelaki ada ramai sepupu maka kenalah sewa 4 buah khemah. Ikutkan hati Naura dia mahu tambah 5 kerana dia tak nak orang lain tak dapat duduk.

"Orang yang makeup kau siapa? Nurul? Sarah? Daneya? Anak pak Jamil?" dia mengambil tempat di tengah-tengah meja makan itu. Laju sahaja tangan dia membuka balutan ketupat itu untuk dimakan. Walhal di rumah tadi dia sudah menambah 2 pinggan ini datang lagi ke rumah Naura agaknya boleh jadi 4 pinggan.

"Anak pak Jamil siapa? Aku call kawan Sarah siapa nama dia ni.. Aliya Natasha. Hah dia kawan Sarah yang bukak gallery kat KL ngan China. Tak sangka Aku ada pelukis nk makeup Aku." tersedak pula Naura akibat gelojoh mengunyah ayam masak merah itu.

Perbualan mereka terganggu apabila terdengar bunyi tapak kaki seseorang dari belakang Naura.

"Makcik nak gi mana?" soal Maisara. Puan Khalidah iaitu ibu tiri Naura terus matikan langkahnya.

"Nak gi jumpa mak kamulah. Boleh lah ajak sembang sikit. Eh Mai jangan bagi Naura makan banyak sangat kang tak muat baju kahwin dia." sempat Puan Khalidah berpesan kepada Maisara. Maisara mengangguk. Baru sekejap dia berbual dengan ibu Naura, Naura sudah menambah 2 pinggan ketupat dan rendang daging.

"Lambat benor kau pusing ke depan tu yang Aku makan." sengih. Maisara berpeluk tubuh. Pantang dilarang ada sahaja nak dilanggar. Apakah kesudahan Naura Airina yang degil ni?

"Bakal suami kau ada call?"

"Tak de. Biar ah dia tu." malas Naura nak ambil tahu tentang lelaki itu. Entah-entah bakal suaminya pun kahwin akibat terpaksa dan bukan cinta.

"Dia tu boleh tahan hebat eh tak call kau. Esok dah nak kahwin tapi yang kau boleh duk makan. Entah-entah bakal suami kau tengah duk busy hafal nama kau."

"Aku tak ambil hak orang." ayat Naura membuatkan dia tersenyum.

"Bapak kau tak akan ambil hak orang untuk kahwikan kau lah. Haduhai Naura." suara Maisara seperti angin yang lalu di telinga Naura sahaja. Dia terfikir khabar Arif. Eh kenapa dia perlu ambil tahu tentang lelaki itu lagi?

Sedar Naura! Arif Iskandar tu dah jadi milik orang. Kau pun dah jadi milik orang.

"Aku tak sekuat kau yang boleh lepaskan seseorang. Aku tak sekuat kau yang boleh tahan rindu. Aku tak sekuat kau yang boleh tahan dengan fobia tu. Mungkin kau anggap bakal suami kau kahwin atas sebab terpaksa tapi kau kena ingat yang kau kuat. Doa yang terbaik atas ujian kau Naura." itulah Maisara yang tidak habis dengan nasihatnya. Entah Naura ambil peduli pun dia tidak tahu.

𝘐𝘵 𝘪𝘴 𝘥𝘪𝘧𝘧𝘪𝘤𝘶𝘭𝘵 𝘵𝘰 𝘭𝘦𝘵 𝘨𝘰 𝘰𝘧 𝘴𝘰𝘮𝘦𝘰𝘯𝘦 𝘣𝘶𝘵 𝘣𝘦𝘭𝘪𝘦𝘷𝘦 𝘮𝘦 𝘪𝘧 𝘩𝘦 𝘪𝘴 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘮𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘯 𝘎𝘰𝘥 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘩𝘪𝘮 𝘤𝘭𝘰𝘴𝘦𝘳 𝘵𝘰 𝘺𝘰𝘶.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C9
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous