Télécharger l’application
76.92% Black Hunter Origin / Chapter 9: After Words.

Chapitre 9: After Words.

Yo, apa khabar semuanya, perkenalkan saya ada sang penulis kesah ini. Nama pena saya adalah Kaitou X.

Yee... yee... Saya tahu, Kaitou X kedengaran cukup anih sebagai sebuah nama, saya sedar itu. Tapi saya memiliki hak dan kebebasan sebagai penulis untuk memilih gelaran bagi diri saya sendiri di sini. Saya tidak menggunakan nama yang lebih normal bukan kerana selera saya ni pelik, tetapi hanya sekadar untuk suka-suka saja.

Saya ada juga terfikir untuk menggunakan nama yang lebih hebat tetapi saat saya memikirkannya kembali ianya kedengaran cukup bosan dan mudah dilupakan, oleh kerana itu saya pun memutuskan untuk menggunakan nama yang lebih unik. Dan terpilihlah nama Kaitou X.

Okey-okey, back to topic. Maaf kerana saya menghabiskan beberapa barisan pertama hanya untuk pengenalan yang dilebih-lebihkan.

Sekarang saya akan langsung saja to the point di sesi after words pertama ini.

Pertama sekali yang akan saya ucapkan adalah Terima Kasih Banyak-Banyak kerana sudah sudi membaca kesah buatan milik penulis tampa pengalaman ini sehingga ke akhir. Betul ni, ini adalah novel sulung dan kesah pertama buatan saya.

Saya cumalah seseorang yang melarikan diri daripada reality dengan menulis semua imaginasi saya, tetapi anda masih mahu menerimanya. Tidak ada yang dapat memperjelaskan semua rasa gembira saya ketika mengetahui bahawa ada orang lain yang menghargai karya saya ini, sekali lagi saya ucapkan Terima Kasih semuanya.

Idea untuk kesah ini adalah murni dari diri saya, oleh kerana itu saya bebas mengubah dan menulisnya. Dan sumber inspirasi saya... yah, sebenarnya saya adalah seorang Otaku, jadi pastinya sumber inspirasi saya itu berasal daripada anime, manga, light novel, movie dan banyak lagi. Jadi jangan terkejut jika saya memparodikan kesah-kesah buatan orang lain di masa mendatang. (Saya juga tidak ragu untuk meminjam character dari kesah lain)

Baiklah, ini adalah Volume pertama, oleh kerana itu seluruh isi kesah di arc sulung ini lebih berfokus untuk membimbing pembaca untuk memahami logika di Black Hunter Universe dan latar belakang cerita, sambil diiringi dengan suasana perjuangan pertama.

Jadi untuk mempermudahkan pembaca, saya sengaja tidak menempatkan alur yang rumit dan mencuba untuk membuatkan cerita ini lebih mudah difahami. Meskipun pada asalnya saya berniat untuk langsung menghadirkan kesah yang lebih sirius dan penuh liku, tetapi ketika saya sedar bahawa semua itu masih terlalu awal dikeranakan pemahaman mengenai latar belakang dunia itu saja bahkan belum sepenuhnya diterangkan, saya langsung mengurungkan niat saya itu.

Jujur, pada rancangan asalnya, saya cuma mahu sekadar menulis suatu kesah yang sepenuhnya berasaskan imaginasi liar saya saja, tetapi saya sedar yang hal itu tidaklah semudah yang disangka. Demi membuatkan sebuah kesah yang bagus, saya juga perlu memikirkan para pembaca kerana anda semualah yang akan memutuskan sama ada kesah ini bagus atau tidak.

Jika terlalu banyak unsur fantasi di kesah ini maka akan sukar untuk difahami oleh pembaca, tetapi jika terlalu banyak penerangan akan membuat pembaca cepat bosan dan mengantuk. Jadi kedua unsur itu perlu saya diseimbangkan agar cerita ini dapat diterima dengan baik, jika tidak itu bererti saya telah pun gagal sebagai penulis meskipun ini baru langkah pertama.

Kerana itu saya tidak boleh memilih pilihan yang salah di debut pertama kesah ini. Saya tidak mahu kesah ini dianggap buruk dikeranakan kesah ini cukup bermakna bagi saya, bahkan sebelum saya mula menulisnya.

Kalau anda semua ingin tahu, sebenarnya sudah mula merancang kesah ini sejak saya masih berusia 16 tahun.

Semenjak dulu lagi, saya adalah golongan yang sukar berkomunikasi dengan orang lain jadi saya hanya memiliki beberapa orang saja yang boleh disebutkan sebagai kawan. (Jadi jangan salah anggap bahawa saya bersendirian kerana saya seorang Otaku)

Sehingga hampir setiap masa di sekolah saya selalu bersendirian, jadi saya pun melakukan satu-satunya perkara yang dapat dilakukan secara bersendirian. Iaitu berimaginasi.

Hari-hari terus berlalu disaat saya terus mendalami dunia imaginasi saya itu. Dan lama-kelamaan saya mula membangun sebuah cerita didalam kepala saya. Kemudian saya terfikir, bagaimana jika kesah itu betul-betul ada didunia nyata? Apakah akan menarik? Jadi saya pun langsung menulisnya.

Lalu bom!! Terciptalah Black Hunter.

Saya tidak tahulah jika kesah ini menarik bagi anda atau tidak, tetapi ini adalah hasil terbaik saya untuk saat ini. Jalan saya masih lagi sangat panjang, saya akan mencuba untuk mengembang dan meningkatkan lagi kualiti kesah ini dimasa hadapan.

Jadi saya rasa cuma itu sahaja yang dapat saya katakan disini. Maaf kerana saya ada jenis yang kurang pandai berkomunikasi, baik itu secara bersemuka atau tidak. Kerana itu saya tidak dapat banyak menyampaikan apa-apa di bahagian ini, tapi saya akan lebih mencuba dimasa hadapan.

Okey, anda juga pasti sudah letih kerana telah membaca kesah ini daripada awal hingga ke bahagian ini. Jadi saya akan mengakhiri sesi after words ini dengan ucapan...

Saya masih baru jadi mohon bantu, saya tidak minta apa-apa selain sokongan semangat daripada anda jadi bantulah saya untuk terus menulis.

Baiklah, semoga anda menikmati Novel Black Hunter Volume 1 ini. Selamat tinggal dan harapnya halaman bagi Volume seterusnya akan dibaca lagi oleh anda. Selamat tinggal dan harap jumpa lagi, saya Kaitou X mengundurkan diri. And... Kaitou Say, Bye!


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C9
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous