Haris tersandar pada sofa dengan melunjur lurus kakinya di ruang tamu sambil merenung televisyen yang sedang menyiarkan berita semasa pukul lapan malam. Dia hanya menatapi televisyen dengan pandangan kosong tanpa fokus pada intisari berita yang dipaparkan.
Dia terkenang akan kejadian petang tadi semasa mereka bermain paintball. Kejadian itu bermain-main di fikirannya sejak dia pulang ke rumah. Wajah Aisyah terbayang-bayang di fikirannya. Dia tersenyum-senyum sendirian.
Perkara yang telah terjadi ketika itu membuatkan Haris terkenang akan sahabatnya yang juga mempunyai personaliti ceria seperti Aisyah. Kejadiannya terjadi apabila Haris menarik tangan Aisyah apabila menyedari musuh sedang menyelinap di belakang Aisyah dan sedang membibik senapangnya ke arah Aisyah namun Aisyah tidak menyedarinya.
Haris yang kebetulan berada tidak jauh darinya segera menyelamatkannya. Aisyah tidak menyedari dirinya telah terdedah dan musuh sedang menyasarinya dari belakang, dia hanya sibuk memerhati situasi di hadapannya.
Sebaik Haris menarik tangan Aisyah ke sebalik tempat persembunyiannya, momentum itu membuatkan Aisyah terhumban ke dalam dakapan Haris. Mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Aisyah memaling pandangannya akibat kemaluan.
Haris melepaskan dakapannya. Haris segera mengiringi kepalanya dengan kedua-dua tangannya menahan ke dinding untuk meneliti situasi semasa dari balik dinding itu. Tanpa sedar, dia memerangkap Aisyah dalam ruang antara badannya dan dinding itu.
Aisyah canggung dengan keadaan mereka ketika itu namun cuba memahami situasi yang mendesak saat itu. Aisyah bersuara, "Macam mana? Ada lagi, ke?"
Haris mencapai senapang yang dari tadi hanya digalas di bahu kanan. Dia membidik senapangnya kepada beberapa sasaran dan mengenai pesaing yang sedang bersembunyi berdekatan dengan tempat persembunyian mereka itu. Dia berjaya menembak satu dari sasarannya.
Pada masa yang sama, Aisyah turut mendapatkan tempat untuk membidik senapangnya dan menyasarkan sasaran yang sama dengan Haris namun dari sudut arah yang lain. Saat tembakan Haris tidak mengena sasaran, tembakan Aisyah mengena tepat pada sasaran saat mereka leka dan hanya fokus mengelaki tembakan Haris itu kerana mereka tidak menyedari pembidikan Aisyah itu dan menyebabkan menjadi sasaran mudah kepada Aisyah.
Aisyah bersorak senang saat berjaya menewaskan pesaing-pesaing mereka itu. Dia melarikan ke arah Haris dan mengangkat tangannya ke udara untuk memberikan high-five kepada Haris. Haris menyambut high-five Aisyah itu dengan menempuk tangannya pada tangan Aisyah itu. Dia tersenyum dalam diam melihat keceriaan yang terukir di wajah Aisyah itu.
Haris merasai ada sesuatu yang berbeza tentang Aisyah yang membuatkan dia senang berdampingan dengannya. Kehadiran Aisyah di sekitarnya membuatkan dia merindui sahabatnya itu. Entah mengapa setiap kali mengenangkan Aisyah, dia turut akan terkenang akan sahabatnya itu.
Dia melihat berita mengenai suatu kebakaran di suatu kejiranan yang diketahuinya. Dia tidak dapat mengawal dirinya dan menjadi kerisauan. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menelefon seseorang.
"Assalamualaikum. Nenek okey?" soal Haris dengan penuh kebimbangan dalam suaranya sebaik panggilannya berjawab.
"Waalaikumusalam? Dah kenapa kabut sangat ni?" soal nenek yang kebingungan di hujung talian.
"Tadi, kita tengok dalam berita, rumah Nek Esah, kawan nenek sebelah rumah tu terbakar. Nenek okey?" tanya Haris yang bimbang akan keadaan neneknya itu.
"Tak tengok betul-betul berita tu. Tiada yang cedera. Kebakaran hanya melibatkan 10% dapur je." Nenek menjelaskan kejadian tersebut saat membetulkan duduknya di sofa di biliknya. Dia mencapai alat kawalan jauh pada meja di depannya dan memperlahankan suara televisyen di hadapannya.
"Nek Esah kau tu, lupa dia panaskan lauk. Lepas tu, boleh pula datang menyinggah rumah nek ni. Agaknya sedap borak dengan nek sambil makan kuih yang papa kau beli tu, sampai lupa dengan lauk atas dapur tu." Nenek menyambung cerita tentang kejadian itu lagi.
"Ya, ke?" ujar Haris yang kembali tenang selepas mendengar cerita neneknya mengenai hal itu.
"Petang-petang ni, ramai orang kat taman permainan kat belakang tu. Bila mereka tengok rumah Nek Esah tu berasap, mereka kelam-kabut, pantas je call bomba. Tak pasal jadi famous Nek Esah kau," sambung nenek lagi sambil tersenyum sendiri mengenangkan kejadian yang berlaku itu kembali.
"Okeylah, kalau semua okey." Haris lega mendengar penjelasan neneknya itu.
"Haris, bila nak balik rumah?" soal nenek yang merindui cucunya kesayangannya itu.
"Sejak balik dari Amerika tu, sekali tu je, Haris balik rumah." Nenek mula bersungut saat terkenang akan cucunya hanya melawatinya sekali sahaja sejak pulang ke Malaysia.
"Yang nenek, paling pelik, kenapa Haris nak tinggal rumah lain?" rungut nenek lagi yang tidak berpuas hati dengan tindakan Haris itu.
"Bukan rumah nenek jauhpun dari tempat kerja kamu. Kenapa mesti kau nak tinggal asing dari kami?" omel nenek lagi yang mempersoalkan tindakan Haris untuk tinggal berasingan dengan keluarganya itu.
"Nenek,... boleh tak jangan berleter setiap kali kita call." Haris berkata dengan lembut dengan harapan leteran itu akan segera berakhir walau dia mengetahui bebelan neneknya itu tidak akan tamat dalam masa yang singkat.
"Eh, budak bertuah ni, kata kita berleter pula. Dahlah jarang-jarang call. Kalau kita tak call dia, jangan harap dia nak call kita. Dia yang buat kita kebingungan, kerisauan kat sini." Nenek mengomel sendiri.
"Ini, kan, Haris dah call, nenek?" ujar Haris bermanja dengan neneknya.
"Sekali ni je pun," sindir neneknya.
"Okeylah nek. Janganlah marah. Nanti kita free, kita nak datang umah, ya?" pujuk Haris manja dan bersahaja.
"Datang tu, bawa sekali makwe kamu." Nenek berkata selamba.
"Makwe? Sejak bila kita ada awek ni?" soal Haris.
"Nenek yakin kamu ada makwe. Sebab tu, kamu beriya nak tinggal asing, kan?" ujar nenek dengan suatu hipotesis mengenai kelakuan aneh Haris itu.
"Makwe kamu, mat salih, kan?"soal nenek cuba mengorek rahsia Haris itu.
"NEK! Kita tak suka barang luar negara, citarasa kita orang tempatan." Haris berkata dengan bersahaja dan mula terbayang akan wajah Aisyah. Dia tersenyum sendiri.
Selepas seketika berbual, Haris menamatkan perbualan telefon itu.