Petang itu, Hakim duduk di pangkin di bawah pokok mangga yang merimbun. Dia menikmati suasana kampung itu. Aisyah mendekatinya.
"Termenung apa tu?" sapa Aisyah dari kejauhan saat melihat Hakim duduk sendirian dengan renungan kosong ke arah rumahnya. Dia berjalan mendekati Hakim sambil tersenyum manis.
"Tak ada apa. Just enjoy this breeze," balas Hakim.
Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup menerbangkan belaian rambut Aisyah saat berjalan mendapatkan duduknya di sisi Hakim.
"Nyaman, kan? Suasana kampung macam ni," ujar Aisyah yang sangat suka akan kehidupan kampung yang tenang itu.
"Hmmm, tenang je." Hakim berkata dengan lembut sambil merenung ke pemandangan rumah nenek Aisyah itu dan kampung di sekelilingnya.
"Kau okey, ke? Bermalam kat sini," soal Aisyah saat terfikir Hakim perlu bermalam di kampungnya selepas dipaksa ibunya untuk berehat terlebih dahulu hari itu dan melanjutkan pemanduan pulang ke bandar keesokan hari.
"Okey je. Esok pagi, kita bertolak balik KL lepas breakfast maybe." Hakim berkata.
"So, sekarang, just enjoy the moment," sambung Hakim lagi.
Mereka berbual-bual sambil menikmati bayu petang. Selepas seketika, mereka berbaring di pangkin itu dan berehat dengan memejamkan mata mereka.
Petang berlalu dan malam tiba. Aisyah memberikan baju tshirt dan kain pelikat ayahnya kepada Hakim sebagai pakaian gantian untuknya malam itu.
Sedang Aisyah sibuk membantu ibunya mengemaskan barang-barang dari bagasi untuk dirapikan ke kabinet, pintu bilik itu tiba-tiba diketuk oleh seseorang dan namanya diseru-seru.
"Aisyah, Aisyah? Kau ada kat dalam, ke?" soal Hakim.
Aisyah membuka pintu dan menjenguk Hakim menanti di hadapan pintu.
"Kenapa? Apa kena?" soal Aisyah yang gemas dengan kelakuan Hakim itu.
"Nak pinjam changer. Phone aku mati," ujar Hakim sambil tersengih.
"O~! Changer phone aku kat bilik aku. Kejap," balas Aisyah.
Aisyah menjenguk ke pintu dan berkata kepada ibunya sebelum meninggalkan bilik itu, "Ibu, Along tolong Hakim kejap, eh!"
"Okey," jawab Aisyah.
Aisyah mengiring Hakim ke biliknya untuk mendapatkan pengecas telefon. Aisyah menanggalkan pengecas yang dilekatkan di suis bersebelah katilnya.
Langit-langit kain perca di bilik Aisyah menarik minat Hakim untuk melihatnya dengan lebih dekat. Tanpa sedar, dia masuk ke dalam bilik Aisyah akibat keghairahannya untuk melihat kraf tradisional yang telah lama jarang diamalkan pada zaman kini itu.
Sedang asyik dia mendongakkan kepalanya meneliti lelangit itu, dia tidak menyedari dia mendekati rangka katil dan Aisyah yang bergegas berjalan ke arahnya. Belakang kakinya akhirnya berlanggar dengan rangka katil dan hilang keseimbangan.
Aisyah yang kebetulan sedang mendekati Hakim dicapai oleh Hakim yang hilang imbangan itu. Mereka jatuh bertindih di atas katil. Aisyah sempat menahan dirinya menggunakan kedua-dua tangannya dengan tangan kanannya memegang erat pengecas telefon untuk mengelakkan dirinya daripada menindas badan Hakim.
Mata mereka saling bertentangan dan terkebil-kebil antara satu sama lain. Suatu sensasi aneh mengalir dalam tubuh mereka. Aisyah segera bangkit akibat debaran itu.
Hakim turut bangkit lalu berdiri di sisi Aisyah. Mereka menjadi canggung antara satu sama lain. Aisyah mengusap-usap belakang tekuk akibat kejangkalan.
Dia menghulurkan pengecas telefon itu dengan segan silu. Hakim mencapai pengecas itu dan segera beredar selepas mengucapkan terima kasih. Hakim kembali ke biliknya dan tidak menahan dirinya daripada terus merasai debaran itu dan terserlah di wajahnya kemerah-merahan itu. Dia menarik nafas panjang beberapa kali untuk menenangkan dirinya.