Télécharger l’application
42.55% Love Between Choices / Chapter 20: Bah. 13 : Tenang sebelum ribut

Chapitre 20: Bah. 13 : Tenang sebelum ribut

Akhirnya mereka tiba di kampung ibu bapa Aisyah. Hakim membantu mereka mengangkat ayah serta barang-barang ke dalam rumah. Aisyah dan ibu masuk ke dalam rumah dan membuka semua jendela serta pintu untuk membenarkan udara dan cahaya menerangi rumah itu.

Tiba-tiba, suara orang melaung ke salam di belakang rumah.

"Assalamualaikum! Assalaamualaikum! Teh oh Teh!" laung seseorang dari belakang rumah.

"Waalaikumusalam. A~, Kak Lang!" sahut ibu dan menyapa gerangan yang memanggil-manggilnya itu.

"Teh, aku dengar riuh dari rumah mak ni. Ni Alang datang jenguk," sapa gerangan itu.

"Kami baru je sampai ni," ujar ibu lembut.

Hakim dan adik-adik Aisyah mendekati ibu dan Mak Lang di pintu dapur. Angah memimpin ayah yang sedang duduk di kerusi roda ke pintu dapur dengan Suria yang turut membantu menyorok kerusi roda itu. Hakim menjinjing barang-barang dan mengekori mereka dari belakang.

"Keadaan Abang Jamal macam mana ni, ke, Teh?" soal Mak Lang ketika melihat ayah Aisyah yang duduk kaku di kerusi roda.

"Macam ni lah, Alang," balas ibu sambil mengeluh lelah.

"Dah besar Suria. Kali terakhir Alang jumpa dia masih baby. Angahpun dah besar panjang, huh," ujar Mak Lang saat melihat dua anak saudaranya itu telah banyak berubah dari kali terakhir mereka berjumpa beberapa tahun lalu semenjak kematian nenek mereka itu.

Angah dan Suria bersalaman tangan dengan Mak Alang.

"Teh, kau ada anak lelaki, ke? Ini siapa? A~, ini, ke, tunang Aisyah tu?" soal Mak Lang bertubi-tubi ketika melihat gerangan yang tidak dikenali bersama-sama mereka itu.

"Bukan, bukan. Ini... ini kawan Aisyah. Alang lupa, ke? Tunang Aisyah dah meninggal," jelas ibu yang terkejut dengan pernyataan Mak Lang itu.

"O~, akak lupalah. Maaflah, ya, nak! Tua-tua ni makin pelupa," ujar Mak Lang sambil memohon pengertian dari Hakim akan kata-katanya itu.

Hakim hanya tersenyum sopan.

"Ini Alang datang ni, nak ajak makan kat rumah. Kalian, kan, baru sampai. Mesti penat. Lagipun, dah tengah hari ni, mesti lapar juga." Mak Lang berkata saat mengenangkan keadaan mereka ketika itu.

"Moh lah datang makan di rumah," ajak Mak Lang.

"Terima kasihlah, Lang. Kejap lagi kami singgah umah Alang, ya." Ibu berkata.

Mereka mengemaskan barang-barang mereka dari kereta ke dalam rumah sebelum menziarahi rumah Mak Lang yang terletak di belakang rumah nenek mereka itu. Mereka menikmati makan tengah hari di rumah Mak Lang.

Selepas selesai makan, Aisyah dan sepupunya, anak bongsu Mak Lang membantu membasuh pinggan mangkuk dan membersihkan meja makan. Sementara Mak Lang dan suaminya mengajak ibu dan keluarga serta Hakim duduk di ruang lepak di tepi rumah sambil menikmati angin petang dan suasana kampung.

"Aisyah, lelaki tu bukan tunang kau, kan? Boyfriend baharu?" kias sepupunya ketika meletakkan pinggan-pinggan kotor di dalam sinki di hadapan Aisyah.

"Wah, cepat kau cari pengganti untuk arwah tunang kau!" sinisnya lagi.

"Apa yang kau mengarut ni, Dayang?" soal Aisyah yang kebingungan dengan sindiran sepupunya itu sambil menoleh ke Dayang.

Dia sangat menyedari sepupunya itu selalu iri kepadanya sejak kecil lagi. Malah dia selalu ingin menyaingi Aisyah dalam banyak hal namun Aisyah tidak mengambil tahu kerana dia hanya ingin mengekalkan keharmonian silaturahim antara mereka menyebabkan dia selalu mengalah.

"Apa? Salah, ke?" soal Dayang dengan muka tidak bersalahnya, merenung tajam wajah Aisyah dan tangannya terhenti seketika dari mengelap meja makan itu.

"Dia kawan akulah. Bukan boyfriend akulah," jawab Aisyah.

"Ya, ke? Jadi, kalau aku mengurat dia, bolehlah?" soal Dayang dengan sedikit keterujaan berbaur sindiran dalam nada suaranya itu.

"Silakan. Kalau kau boleh dapat dia, aku akan berkongsi kebahagiaan untuk kau." Aisyah menjawab dengan nada menyinis.

"Kau ingat aku tak boleh, ke?" bentak Dayang sambil menepuk meja dengan tuala dapur dan tangannya.

"Aku tak katapun. Kau yang kata," sindir Aisyah sambil tersengih sinis.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C20
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous