Télécharger l’application
36.17% Love Between Choices / Chapter 17: Bah. 10 : Dia...???

Chapitre 17: Bah. 10 : Dia...???

Aisyah dan Angah keluar berbelanja pagi itu bersama-sama Fina, rakan baik Aisyah. Mereka mendapatkan bahan-bahan untuk hidangan yang akan disediakan. Sekembali di rumah, mereka mula menyediakan bahan-bahan di bawah kendalian Aisyah.

Tiba-tiba, kedengaran orang memberi salam di hadapan rumah. Angah menjenguk ke pintu dan mendapati Dr. Faridz sudah berdiri di hadapan pagar rumah mereka.

Angah menjemput Dr. Faridz masuk. Ibu sedang duduk berehat di ruang tamu bersama-sama adik bongsu Aisyah yang sedang menonton rancangan kartunnya di televisyen. Ibu sedang membuat kerja sulamannya ketika Dr. Faridz beransur-ansur masuk ke rumah mereka. Ibu dari tadi membiarkan anak-anak daranya itu di dapur tanpa masuk campur.

Dr. Faridz menyapa ibu Aisyah yang sedang duduk di sofa itu, "Assalamualaikum, mak cik. Ini saya bawakan cupcake sebagai dessert."

"Susah-susah je, Dr. ni. Letak je kat atas meja tu," ujar ibu bersahaja.

Sebaik mendengar perkataan 'cupcake', adik bongsu Aisyah menjadi teruja dan langsung menginginkannya, "Cupcake? Nak satu."

"Awal kau sampai. Duduklah dulu," sapa Aisyah ketika melihat Faridz yang sedang meletakkan kotak kek di atas meja.

Aisyah melihat adiknya yang mengekori Faridz kerana mahu akan kek cawan yang dibawa oleh Faridz itu. Aisyah merenung tajam kepada si bongsu untuk beradab namun adiknya hanya bermasam muka dan berdiri kaku di sisi Faridz. Faridz melihat si bongsu itu dan berasa kasihan lalu menghulurkan sebiji kek cawan kepadanya seperti yang dimahukan.

Aisyah hanya tersenyum dan akur dengannya.

"Nak aku tolong apa-apa, ke?" tanya Faridz yang berasa kekok untuk duduk saja tanpa menghulurkan tangan untuk membantu.

"Nak tolong? Kau boleh buat apa je?" sinis Aisyah kerana tidak yakin untuk menugaskan kerja dapur untuk Faridz.

"Apa-apapun boleh. Aku serba-boleh dan cepat belajar. Don't worry," ujar Faridz yang cuba menyakinkan Aisyah.

"Yalah tu," ujar Aisyah yang masih ragu-ragu.

"Okeylah, kau tolong Fina cuci sayur-sayur tu." Aisyah mengalah dan akhirnya memberikan juga tugas kepada Faridz yang beriya ingin membantu.

"Okey!" jawab Faridz dengan senang hati.

Selepas seketika, kerja mereka berjalan dengan lancar dan cepat. Kemudian, Amir pula tiba. Dia menyapa ibu dan beransur ke meja makan sambil membawa sebakul buah-buahan yang dibelinya sebagai buah tangan. Dia turut menawarkan diri untuk membantu namun mereka sudah hampir selesai memasak dan menyediakan bahan-bahan untuk hot pot dan pan grill serta hanya perlu menghidang sahaja lagi.

Oleh sebab itu, Amir sendirian dan kebosanan. Kemudian, dia menjalan-jalan sekitar ruangan itu sambil melihat hasil kraf tangan dan bingkai-bingkai gambar keluarga itu yang banyak dipamerkan. Amir kebetulan menemui kad jemputan kahwin Aisyah terbiar di atas suatu kabinet.

Dia meneliti kad jemputan itu dan mendapati nama arwah tunang Aisyah seperti dikenali namun dia tidak dapat mengingati gerangan itu. Dia asyik terfikir-fikir akan nama itu ketika dia masih melilau-lilau di sekitar rumah. Dia melihat barang-barang kahwin di beberapa sudut di rumah itu dan terdetik di hatinya tentang peringatan yang pernah disampaikan oleh Hakim suatu ketika dahulu. Kini dia memahami perkara yang dimaksudkan oleh Hakim selama ini.

Hakim akhirnya tiba ketika semua sudah siap terhidang.

"Wei, kau sampai betul-betul tepat pada masanya!" usik Amir ketika Hakim tiba dan mereka sudah ingin mula bersantap.

"Sorry. Aku datang lambat. Ada hal kat umah." Hakim memohon maaf atas kelewatan dan tidak turut membantu mereka.

"Tahu. Tangan aku sampai kecut duduk membasuh semua ni," sungut Faridz yang turut menyinis Hakim yang tidak tiba awal untuk membantu mereka.

"Dah-dah lah tu, mengusik Hakim. Tak apalah, Hakim. Mereka saja nak mengusik kau tu," ujar Aisyah yang ingin menenangkan suasana itu.

Hakim berasa lega saat mendengar kata-kata Aisyah itu dan perlahan-lahan mendapatkan duduknya di sisi Faridz dan Amir.

Mereka menikmati hidangan makanan itu dengan berselera dan dipenuhi kerancakan mereka berbual mengenai pelbagai topik. Suasana meriah di ruang makan itu sangat menyenangkan dan menghidupkan kembali keluarga Aisyah yang suram sejak kejadian itu.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C17
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous