Hakim terus memerhatikan kelakuan Aisyah. Hakim juga sempat mengambil gambar Aisyah secara senyap-senyap. Aisyah tidak menyedari Hakim yang sentiasa menjeling buku yang yang dibacanya.
"Wah, adakah dia seorang future doctor or nurse? Kenapa dia menghafal setiap fungsi sistem badan? Malah nama setiap organ, horman dan enzimpun dia hafal? Sudahlah nama-namanya pelik-pelik dan panjang. Pelik betul dia ini," bisik Hakim dalam hati.
"Nak tanya atau tak, ya?" fikir Hakim lagi.
"Awak bukan kata tadi nak pergi bercuti, ke? Kenapa tiba-tiba study pula ni?" tanya Hakim yang mencuba dengan berani.
Aisyah tidak mengendahkan Hakim.
"Awak pelajar universiti perubatan atau pelajar sekolah sains, ke?" katanya mencuba sekali lagi untuk menarik perhatian gadis kecil itu.
Aisyah menggeleng-gelengkan kepala lagi sambil menjawab, "Saja nak hafal."
"Kalau macam itu, awak sebenarnya kerja sebagai apa?" tanya Hakim lagi kerana dia terlalu ingin tahu tentang gadis misteri itu.
"Saya penganggur. Kenapa?" jawab Aisyah selamba.
"Tapi kenapa awak baca tentang perubatan?" tanyanya yang terus mendesak.
"Sebab saya minat sangat dengan perubatan. Dulu saya tak dapat sambung belajar sebab ibu dan ayah saya tak mampu, jadi saya batalkan niat untuk sambung belajar. Saya tak nak susahkan mereka," jawab Aisyah selamba tanpa berpaling ke arahnya sebaliknya menjeling untuk melihat reaksinya. Dia tetap berlagak tidak endah dengan Hakim.
Hakim terdiam.
"Kasihannya," bisiknya di dalam hati.
"Dulu, ayah berkeras nak hantar aku ke UK untuk study medical tapi aku senang-senang saja tolak peluang itu. Tapi orang yang betul-betul inginkannya terpaksa lupakan impiannya," bisiknya lagi dalam hati.
Dia baru menyedari tidak semua orang boleh hidup sebebas yang mereka inginkan. Hanya dia dapat merasakan dunianya bebas untuk melakukan apa sahaja yang diinginkan tanpa memikirkan wang mahupun kesusahan untuk mendapatkan apa-apa yang diinginkan.
"Diampun dia ini. Banyak tanya betullah. Suka hati akulah nak baca buku apa. Daripada aku baca novel Melayu dan majalah yang entah apa-apa itu, baik aku baca buku perubatan ini, ada juga manfaatnya. Boleh tambah pengetahuan dan menajamkan pemikiran aku" bisik Aisyah dalam hati.
"Menyampah betullah aku dengan dia ini. Suka sangat menyibuk hal aku. Tak ada kerjakah?" bebel Aisyah perlahan.
Aisyah memuncungkan bibirnya tanda geram.
Pengumuman penerbangan akan mendarat lima minit lagi membuatkan Aisyah teruja.
"Akhirnya. Aku boleh keluar dan pergi jauh daripada mamat penyibuk ini. Yes, finally!" bisiknya teruja.
Sebaik kapal terbang itu mendarat dan semua penumpang dibenarkan turun, dia terus keluar selepas memastikan segala barangnya dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Hakim keluar sedikit lambat kerana leka merapikan dirinya. Dia ternampak buku yang dibaca oleh Aisyah masih ada di kerusi yang diduduki oleh Aisyah. Dia pantas mengambilnya sebelum keluar. Dia membuka buku itu untuk mencari maklumat untuk menghubunginya. Namun tiada sebarang nombor telefon atau maklumat yang boleh digunakan untuk memulangkan buku itu. Sebaliknya, dia terbaca sesuatu.
"Saya baca buku ini sebab saya nak tukarkan segala kenangan awak bersama-sama saya dengan semua fakta ini. Tolonglah hafal supaya saya takkan ingat pada awak lagi Luqman dan buat saya gembira. Tolonglah ingat semua ini supaya saya boleh berhenti menangis," dia membaca bait-bait yang tertulis di halaman pertama buku itu. Dia melihat ada titisan air yang menitik pada halaman itu yang sudah kering.
"Jadi inilah sebab awak menghafal setiap fakta dalam buku ini," bisiknya.
"Awak takkan mampu melupakan dia dengan semua fakta ini. Semua kenangan itu akan tersembunyi kalau awak boleh cipta kebahagiaan yang baru. Kenangan itu akan terus menghantui awak kalau awak tidak mencari kebahagiaan awak. Kesedihan itu akan hilang kalau awak jumpa kegembiraan yang baru. Saya hanya mampu mendoakan awak akan menjumpai kebahagiaan dan kegembiraan baru agar awak boleh lupakan dia," bisiknya yang kasihan dengan nasib yang menimpa gadis misteri itu.
Hakim berjalan dengan pantas sambil mencari-cari Aisyah. Dia berharap gadis itu belum berjalan terlalu jauh darinya. Sebaik keluar dari terminal ketibaan itu, dia melihat gadis itu masih di lapangan itu dan sedang berbual dengan seseorang yang sepertinya adalah penyambut pelancong.
Hakim mendekati mereka.
*******
Keluarga Aisyah masuk ke bilik wad Aisyah dengan senang kerana dia telah terjaga dari komanya semalam. Walaupun mereka teruja dengan perkhabaran itu semalam apabila melihat Aisyah sudah tidur kembali, mereka hanya membiarkannya beristirahat.
Maka pagi itu, mungkin sebaik Aisyah terjaga, mereka ingin berbual dengannya seperti kebiasaan. Namun sebaik mereka masuk, keterujaan itu lesap saat mereka melihat katil Aisyah kosong.
"Mana Kak Long?" tanya ibu yang mula cuak dengan kehilangan anak sulungnya itu.
"Along pergi cari minuman agaknya. Along, kan selalu minum air banyak setiap kali bangun tidur. Katanya, bagus untuk bersihkan sistem percernaan," terang Angah yang sangat mengenali tabiat kakaknya itu.
"Tapi air ada banyak kat sini," kata ayah namun tiba-tiba termenung sejenak.
"Su dan Angah cuba cari kat kafe dan kaunter depan. Ibu pergi cari sekeliling aras ini. Saya cari kat taman kalau jumpa terus telefon, okey? Kalau tak jumpa, berkumpul kat wad Along," arah ayah yang mula risau saat merasai situasi itu agak jangkal.
"Okey!" jerit semua.
Semua mencari dengan bersungguh-sungguh. Mereka menunjukkan gambar Along tersimpan di dalam telefon masing-masing. Setelah lama mencari malah beberapa kali melalui kawasan yang sama, namun sedikitpun tidak menunjukkan jejak Along.
Mereka kembali ke wad Aisyah. Ayah mulai resah dengan kehilangan Along. Ayah memandang katil Along yang masih kemas. Tiba-tiba dia ternampak surat yang ditulis oleh Aisyah terselit di bawah bantal. Ayah tertanya-tanya apa yang sedang ada dalam fikiran anaknya itu sehingga sanggup pergi tanpa memberitahunya.
"Along sudah pergi. Dia tulis surat ini," ujar ayah.
"Ibu, ayah, Angah, Su... maafkan Along. Nafas Along sesak saat mengingati arwah Luqman. Along pergi mencari cebisan terakhir yang Luqman tinggalkan untuk Along. Tempat yang dia sangat hajati untuk pergi bersama-sama Along. Along akan ke Bali. Tak perlu risau tentang keadaan Along. Bila Along dah rasa tenang sikit, Along akan telefon." Ayah membaca isi surat itu.
Ibunya terdiam selepas mendengar isi surat tersebut. Dia berfikir seketika. Kemudian, dia pantas membuka laci meja di sisi katil Along. Dia mendapati beg dan fail poket yang mengandungi segala dokumen diri Aisyah telah tiada.
"Dia betul-betul dah pergi," kata ibu sambil menangis. Dia terduduk sambil melihat gambar keluarga yang dijadikan sebagai wallpaper di telefonnya. \
Dia mengusap-usap gambar Along dan Luqman. Dia masih ingat betapa bahagianya Along waktu gambar itu diambil. Along tidak berhenti-henti tersenyum melihat Luqman yang sentiasa ada di sisinya.
Di saat itu, ibu tersedar Luqman adalah kebahagiaan yang Along inginkan. Walaupun Luqman belum rasmi menjadi suami Along tapi dia begitu beriya-iya ingin merakamkan gambar keluarga Aisyah bersama-samanya seolah-olah tahu dia akan pergi selama-lama seperti ini.
"Luqman, Along, kebahagiaan kalian tak berpanjang. Along, kenapa pergi tinggalkan ibu? Ibu tahu kamu sedih tapi kami ada untuk kamu," ujar ibu sedih.
"Bali?! Tiket dia hari ini! Flight dia sepatutnya lebih kurang dua jam lagi. Maknanya sekarang dia di airport," kata ibu yang tiba-tiba terfikir tiket penerbangan yang disediakan oleh Luqman untuk berbulan madu adalah sehari selepas akad yang sepatutnya berlangsung semalam.
"Abang, jom pergi airport. Mungkin kita sempat ucapkan selamat tinggal dan tanya dia sebab dia pergi tak beritahu kita dulu. Saya risaulah," kata ibu yang resah dengan kehilangan anaknya itu.
"Biarkanlah dia. Dia nak tenangkan diri tu," ujar ayah tenang.
"Tak. Saya tetap nak jumpa dia dulu. Saya nak tanya dia kenapa dia buat macam ini? Saya tak nak dia buat perkara yang bukan-bukan," kata ibu lagi.
"Biarkan dia. Nanti dia dah tenang, dia baliklah," pujuk ayah.
"Saya mesti jumpa dia juga," balas ibu dengan keras.
Ibu terus berlari keluar. Ayah mengejar dengan pantas. Angah dan Suria turut mengejar mereka. Ibu menahan teksi dan terus menaikinya. Ayah sempat menaiki teksi yang sama. Namun, Angah dan Suria terlepas teksi tersebut dan terpaksa menahan teksi yang lain.
Sebaik sampai, mereka mendengar pengumuman penerbangan ke Bali akan berlepas lima belas minit sahaja lagi. Pengumuman itu menegaskan kepada penumpangnya masih belum mendaftar masuk diarahkan mendaftar masuk di Pintu Pelepasan 3. Ibu terus berlari ke terminal pelepasan, namun dihalang daripada masuk kerana tiada pas masuk.
"Along, kenapa buat ibu macam ini? Ibu risaukan Aisyah sangat ini. Macam mana ini abang dia pergi seorang diri? Macam mana kalau ada apa-apa dengan dia?" kata ibu yang tersekat-sekat menahan sebak. Ibu jatuh terduduk lalu menangis.
"Macam mana ini? Macam mana ini? Macam mana ini?..." kata ibu berulang-ulang kali sambil menangis.
"Sayang, jangan risau dia pandai jaga dirinya. Jangan risaulah sangat," pujuk ayah yang berusaha menenangkan hati isterinya.
"Senanglah awak cakap. Hati saya ini rasa perih sangat tengok anak kita itu. Dia dah baru je sedar tapi kita tak sempatpun nak bercakap dengan dia. Sekarang dia pergi jauh daripada kita. Awak tahu tak betapa rindunya saya dengan dia. Saya nak dengar suaranya dan tengok dia yang selalu ingin membantah kita. Walaupun dia keras kepala, dia tetap anak kita yang sentiasa berusaha tak nak susahkan kita. Awak tak pernah faham dia. Saya..." ujar ibu yang diselangi dengan esakan tangisannya.
"Abang tahu abang tak boleh rasa apa yang awak rasa sebagai ibunya, tapi saya rasa mungkin ini yang terbaik untuknya sekarang. Jadi, awak bawalah bersabar," pujuk ayah lagi cuba menenangkan hati ibu.
"Kasihan anak ibu. Kasihan anak ibu ni. Apalah nasibmu ni, nak? Kasihan anak ibu ini. Kasihan anak ibu ni. Kasihan anak ibu ni. Kasihan..." kata ibu berulang-ulang kali sambil menepuk-nepuk dadanya.
Angah dan Suria cuba menelefon kakaknya sejak daripada dalam teksi sehingga ke depan terminal pelepasan. Angah tidak mengalah dan terus menelefon kakaknya. Entah ke berapa kali, dia masih mencuba untuk menelefon kakaknya.