Télécharger l’application
55.88% Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan / Chapter 19: *-Kembali?-*

Chapitre 19: *-Kembali?-*

Di kem tentera, badan Saga dibalut.

Jeneral Hong dekati Saga segera.

"Saga...kamu baik tak?"

"Ayah..apa ni? Ayah kata sut tu boleh kalahkan dia.."

"Ayah dah gunakan bahan paling keras...pecah juga?"

"Pecahlah! Tengok ni..dia dah cederakan badan saya..."

"Takpe..pasukan ayah sedang cari kelemahan dia.."

Saga memandang ke tempat Sapine.

"Bila lagi ayah nak lepaskan makhluk tu?"

"Tunggu masa yang sesuai..."

_________________________________________

Pada waktu malam, berita tergempar berlaku.

Safiy telah ditemui di hutan bukit dengan tubuh lemah. Mukanya seperti ketakutan. Dia telah cederakan beberapa orang yang cuba tolong dia. Dia kemudiannya dibawa ke hospital.

Ramai orang datang melawat Safiy termasuk Zyon. Safiy dilaporkan mendapat trauma membuatkan dia tak boleh bercakap dengan sesiapa. Safiy ditempatkan dalam satu bilik tiga katil. Lagi dua katil ialah Afiq dan Ezral. Di sebelah bilik itu ada satu lagi bilik.

"Encik Safiy..ke mana awak menghilang?", tanya seorang polis.

".....", sunyi.

"Nampaknya dia masih tidak boleh bercakap lagi...", polis itu beredar. Zyon dekati Safiy.

"Apa yang berlaku?", tanya Zyon.

"Safiy...dia tak nak bercakap...", mereka lihat muka pucat Safiy.

Zyon memandang Safiy. Safiy memandang Zyon lalu menyelimuti dirinya dengan selimut. Badan dia terketar-ketar. Semua orang pandang Zyon.

"Zyon! Apa kau dah lakukan?", jerit doktor.

"....aku tunggu di luar saja..", Zyon beredar.

"Hei!"

Zyon memandang ke bilik sebelah dengan pintu kaca bahagian atas. Ada seorang pesakit sedang baring tak sedarkan diri dan di tepi katil ada Shazmir dan Adam.

WIIIIIII!!, bunyi talian hayat berubah. Para doktor dan jururawat bergegas masuk dan mereka berdua keluar.

"Apa yang berlaku? Siapa tu?"

"Oh Zyon..tu Syakirin. Dia sekarang dalam keadaan kritikal. Dalam beberapa bulan lepas, dia kalah dalam PAAM kerana tumpas jatuh sampai jantung dia terkesan namun orang yang buat dia macam tu dah tak ada...", kata Shazmir.

"Siapa orang itu?"

"Fawwaz...dia mati dalam hutan.. Syakirin mungkin akan mati kalau dia tak bangu-", Zyon berjalan ke dalam bilik Syakirin.

"Cik..apa awak..."

DUSH!, doktor itu ditumbuk Zyon. Semua doktor dan jururawat terkejut.

"Cik..sila keluar.."

"KORANG YANG PATUT KELUAR!!", Zyon jerit dengan kuat. Kesemua doktor ditolak angin dan melekat di dinding. Kemudian, beberapa polis masuk dan acukan senjata ke Zyon.

"Zyon! Berhenti!!"

Zyon mengeluarkan satu pisau. Dia lontarkan pisau itu di udara.

Semua polis menembak Zyon namun tiada kesan kerana perisai angin.

SRUK!!, Syakirin ditikam. Syakirin terus bangkit. Pisau itu meresap masuk ke tubuhnya. Semua doktor jatuh ke bawah. Zyon melihat Syakirin.

"Selamat Pulang..."

*****************************************

Sebelum Syakirin terbangun, dia berada di kawasan taman cantik namun dia terus lesap ke satu ruang dan pintu. Dia berjalan ke arah satu pintu. Dia buka dan ada satu makhluk sedang memandang ke Bandar Zygon.

"Siapa awak pula?", tanya Syakirin.

Makhluk itu pandang Syakirin. Dia meluru laju ke Syakirin. Syakirin terketar-ketar melihat makhluk itu.

"Kau..mati!"

SRUK!!, Syakirin ditikam satu pedang menembusi perutnya. Keadaan berubah ke bandar musnah. Makhluk itu digantikan dengan makhluk lain. Makhluk itu tarik pedangnya.

Syakirin rebah ke tanah dengan berlumuran banyak darah. Mimpi dia habis sekelip mata.

*******************************************

Syakirin terbangun dan memeriksa badan dia. Dia satu luka pun. Semua orang menarik nafas lega. Syakirin melihat Zyon di sebelah.

"Siapa kau ni? Aku dekat mana?", tanya Syakirin. Doktor mendekati Syakirin.

"Selamat kembali Syakirin..dia ni penyelamat kamu..kamu berada di hospital..", Zyon beredar semasa doktor bercakap dengan Syakirin.

"Dah berapa lama saya dekat sini?"

"Err.. rasanya hampir 3-4 bulan.."

"Apa?!!", Syakirin cuba keluarkan tenaga elektrik tinggi.

SPT!, satu polis menembak peluru tidur pada Syakirin. Dia kembali tidur. Zyon pergi ke bilik Safiy. Tiada sesiapa di dalam kecuali Safiy berselimut. Zyon pergi ke sebelah Safiy.

"Pergi dari sini...kalau tak aku bunuh kau...", kata Safiy.

"Safiy..dengar sini..ini bukan diri kau.. sedarlah. Kau bukan penakut..", kata Zyon.

TING!, Safiy buat serangan biru terhadap Zyon. Zyon tak dapat bergerak. Zyon cuba mengangkat tangan.

FWUUUU.., angin menolak Safiy ke dinding. Zyon jatuh dan muncul di hadapan Safiy. Tangan Zyon menangkap kepala Safiy dan buat sesuatu pada dia. Selepas beberapa minit, Safiy tak sedarkan diri. Zyon letakkan dia di atas katil.

Bunyi bising itu sampai bilik sebelah. Polis di bilik sebelah datang ke bilik Safiy namun hanya ada Safiy bersama dua orang lain saja. Mereka menutup pintu dan beredar. Zyon hilang dibawa angin tingkap.

"Tidur nyenyak...Safiy..."


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C19
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous