Télécharger l’application
54.87% Damon Revenge / Chapter 45: 45.

Chapitre 45: 45.

DIT!DITDIT!

Bunyi pad kekunci keselamatan kedengaran di tekan dari luar sebelum pintu apartment itu terbuka ke dalam sewaktu Ryan muncul bersama Kian di depan pintu itu.

"Tuan?"panggil mereka sambil jengah kepala cari bos mereka.

"Dapur sini!"sahut Mateo dari arah dapur.

Dua orang lampai itu kemudiannya tanggalkan kasut dan sarung selipar dalam sebelum berjalan masuk ke lorong yang membawa mereka ke dapur. Sampai saja di dapur, mereka di sapa pemandangan dimana bos mereka yang berapron sedang berdiri depan sinki mencuci pinggan mangkuk.

Mateo palingkan kepala ke belakang dan pandang mereka berdua sekejap sebelum kembali membilas pinggan yang dia telah sabunkan.

"Dia dah tidur ke?"tanya Mateo sambil letakkan pinggan yang siap di basuh ke tempat pengering di kanan sinki.

"Ya...lepas dia makan ubat, lima minit macam tu dia dah tidur."jawab Ryan yang bertugas untuk awasi Xiana sehingga orang itu tidur.

Lepas scene Xiana menangis sebab tak dapat jumpa Aliah, Mateo dengan mudah berjaya memujuk Xiana sehingga wanita itu tenang seakan tiada apa-apa yang berlaku. Ryan yang perhatikan semua itu sejak dari awal Xiana menangis sehingga la Xiana tenang dan mahu makan berasa kagum sendiri. Pendek ceritanya la...bertuah siapa bersuamikan tuannya ini.

Sudah la penyabar, bijak, pandai masak, malah tahu nak pujuk orang perempuan. Kalau lelaki lain, mahunya dah lari dulu.

"Duduk la kalau macam tu...ada benda aku nak bincang dengan kau orang ni."arah Mateo selepas itu. Dia tutup paip air dan simpan sudu dan garfu terakhir yang dia cuci dalam bekas pengering. Setelah itu dia tanggalkan sarung tangan getah yang dipakai dari tangan sebelum digantung dekat tepi sinki.

Ryan dan Kian gerak ke bangku kaki panjang yang ada di dining table depan sinki tu lalu selesakan diri mereka di situ.

Mateo menghadap mereka sambil rehatkan kedua-dua tangan dia dekat atas permukaan marmar dining table tu dan beri renungan dalam pada mereka.

Ryan pandang Kian, Kian pandang Mateo, Mateo pandang Ryan. Mereka diam buat seketika dekat situ sebelum Mateo mula bersuara.

"Ada perkara penting aku nak beritahu kau orang ni."Mateo pandang ke Ryan dan Kian dengan serius.

Dua orang itu angguk kepala faham.

Jari jemari Mateo mengetuk-ngetuk permukaan marmar itu sewaktu lelaki itu buat muka berfikir. "Aku akan bawak Xiana sama-sama lepas semua ni selesai."maklum dia tak lama kemudian.

Ryan dan Kian pandang Mateo degan renungan terkejut.

"Sebab dia dah tahu banyak ke?"tanya Kian.

Ryan pandang Kian sekejap sebelum pandang Mateo.

"Itu satu...satu lagi sebab mungkin aku dah tersuka dekat dia ke something macam tu...aku tak sure..apa yang pasti aku akan bawak dia sekali balik ke sana.."jelas Mateo sambil buat muka.

"Macam mana dengan family Cik Xiana nanti?"soal Ryan pulak.

Mateo tarik keluar bangku bawah dining table tu lalu duduk di atasnya menghadap mereka. "Dia orang boleh survive..lagipun rumah dan tanah yang aku bagi tu cukup untuk dia orang sara diri sendiri buat 10 tahun akan datang..."

Kian pandang Mateo dengan renungan penuh penghargaan, "Kenapa tuan tak nak beritahu Cik Xiana dekat mana tuan letak keluarga dia sekarang...kan lebih baik dari buatkan dia menangis sepanjang masa sebab tak dapat jumpa family dia...."

Mateo menarik sengih sinis lepas dengar. "Kau rasa imej aku ni sesuai ke untuk jadi lelaki yang baik?"

Ryan hampir nak ketawa lepas dengar. Sedar pun tuan dia ni muka tu muka jahat. Terus dia ketap bibirnya kawal diri dari tersengih.

"Kalau tuan beritahu hal sebenar tak ada tuan dengan Cik Xiana bergaduh sepanjang masa...saya tengok pun kesian dengan Cik Xiana tu.."

Mateo pandang ke dining table depannya lalu termenung. "Semua ni nak ajar dia jadi kuat. Dia terlalu bergantung pada family sampai tak boleh nak bezakan apa yang patut dia buat dan apa yang tak patut dia buat. Ini tidak...mak ayah dia cekik darah dia...dia ikutkan je...ada adik dua orang yang suka menindas tunduk je...tak ke gila namanya tu...lawan tidak apa tidak..."habis je cakap Mateo pandang mereka berdua semula. "Family dia kena belajar untuk hidup tanpa bantuan Xiana..biar dia orang tahu nak belajar menghargai dan berterima kasih lepas Xiana tak ada dalam hidup dia orang nanti.."

Ryan ketap bibir dia sambil memandang faham ke Mateo. Dia tahu tu, sebab masa hari dia dipanggil untuk mengawasi Xiana, Mateo dah jelaskan semuanya pada dia.

"Bila tuan nak beritahu tentang adik bongsu cik Xiana yang tuan bebaskan tu?"tanya Kian lagi.

Mateo jungkit bahu. "Entah...better dia tak tahu. Nanti kalut sibuk nak cari adik bongsu dia tu. Pening kepala aku..."belakang kepala yang terasa gatal di garunya dengan perlahan.

Kian tersenyum nipis semasa termenung memikirakn sesuatu. Dia kemudiannya pandang Mateo tak lama kemudian. "Saya dah hantar orang seperti yang tuan mahukan untuk awasi keluarga Cik Xiana. Katanya mereka sedang bergelut untuk bercucuk tanam dekat laman rumah ladang dia orang tu."

"Elok la tu....sara hidup sendiri...aku bukannya badan kebajikan nak bagi duit dekat dia orang sepanjang masa..."Mateo turun dari bangku tu. "Kian ikut aku...ada dokumen yang aku nak kau jual.."ajak dia semasa berjalan keluar dari dapur untuk ke ruang tamu.

"Baik.."sahut Kian semasa turun dari bangku tu.

"Kau Ryan...pergi rumah Ana...tengokkan dia sampai aku datang."arah Mateo yang sayup kedengaran di depan.

Ryan dekat belakang ikut sama keluar dari dapur tu dengar. "Baik!"sahutnya.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C45
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous