Télécharger l’application
55% RATU HATI CIK ABANG / Chapter 22: bab22

Chapitre 22: bab22

"Haniff! Tunggulah, jalan laju-laju nak pergi mana?" laungku dari belakang.

Dia berjalan tanpa menoleh ke arahku . Apa masalah pakcik ni, dia yang cerita lepastu lari macam tu je omel ku.

"awak!" ucap sambil menepuk bahu Haniff berlapik t-shirt biru gelap yang dipakainya dari belakang.

Haniff memusingkan badannya secara mengejut. Jarak antara kami sungguh rapat, aku bagaikan hilang keseimbangan

"aaaa!" jeritku saat badan sudah pun mula hendak menyembah bumi.

Tiba-tiba terasa satu tangan hangat menampung belakangku. Haniff menikam mataku dengan renungan yang redup.

Buntang mataku dengan tindakannya. Manakan tidak, mata kami bertaut walaupun hanya seketika. Pantas aku membetulkan kedudukan.

"sorry sentuh awak." ucap Haniff mendatar tanpa memandang sedikit pun ke arahku.

Aku mengangguk perlahan tanpa berkata apa-apa.

Terasa sungguh janggal dengan apa yang berlaku. Entahlah kalau ikutkan dia hanya membantu aku dari jatuh macam nangka busuk je, tapi detak jantungku berirama bagaikan perkara itu istimewa. Haih lah Alisya, kau kalau tak pelik memang tak sah!

"herm, awak nak tahu apa fasal Mira?" soal Haniff memecah kesunyian.

"awak cakap, dia dah tak ada.. Bila kali terakhir awak jumpa dia?" soalku teragak-agak, iya lah buatnya dia melalak depan ni tak ke haru, tapi aku tidak boleh nak sekat rasa ingin tahu yang membuak-buak dalam diri ni.

"kali terakhir.. 9 tahun, 10 bulan 20 hari, hari yang lalu," ucapnya bersama helaan nafas berat.

Uish dia ni, terperincinya, nampak sangat Mira sungguh istimewa, tapi, jika Mira istimewa, kenapa dia melamar aku? Eh.. Bila dia lamar kau Alisya? Ajak kahwin tu.. Kira lamar lah kan?

"erm.." baru sahaja aku hendak meluahkan soalan, pantas Haniff menggelengkan kepalanya.

"no more question,saya nak awak kenal saya, bukan Mira, full stop," ucapnya sayu namun ada nada ketegasan.

Haniff berjalan menuju ke pintu utama bangunan ini.

***

Dari magrib sehingga isyak, otak aku penuh dengan nama Mira, cantik ke Mira tu? Haish kau ni Alisya lagi mahu tanya ke, sah-sah lah cantik, kau tengok Haniff tu, takkan lah dia nak minat perempuan selebet.

Lamunan aku terganggu pabila deringa telefon di tepi bantal menjerit kuat bagaikan meminta aku mengangkatnya.

Tertera nama pemanggil pada skrin , eh Haniff? Panjang betul umur dia ni, tahu-tahu je otak aku tengah fikir fasal hidup dia.

Pantas aku duduk bersila sambil berdehem dua tiga kali, iyalah takut lah dia dengar suara aku macam berkahak pula, ehh kau Alisya, Over!

"hello," ucapku teragak agak,

"asslamualaikum, Qalisya," ucap Haniff dihujung talian.

Qalisya? Ini dah kali kedua tak silap aku dia panggil aku dengan panggila Qalisya, bukan aku tak suka, cuma ada kisah disebaliknya.

"wakalaikumsalam Haniff, ada apa ye?" ucapku.

"esok, majlis nikah Hana kan?" soalnya meminta kepastian.

"haah, kenapa?" soal aku kembali, iyelah, takkan telefon aku malam-malam semata mata nak tanya tentang Hana punya hari nikah.

"Hana ada jemput saya, esok kita pergi sekali lah, saja bagitahu, takut cikgu Qalisya ingat saya sibuk-sibuk nak follow,  erm lepas kenduri Hana, saya minta ibu saya datang jumpa umi, cakap tentang hal nikah kita," terang Haniff satu persatu.

"erm, saya tak bagitahu umi lagi," luahku teragak agak. Aku bukan apa, aku tak mahu umi terkejut, atau terasa hati kerana dapat tahu dari orang lain, lagipun, keputusan untuk menikahi dia masih ada sedikit ragu.

"umi dah tahu, sebelum saya tanya awak, saya tanya umi, tapi awak boleh je call umi kejap lagi , lagi satu, saya rancang nak adakan majlis kita lagi dua minggu." tutur Haniff jelas di hujung talian, suaranya hanya mendatar.

"hah?! Dua minggu?! Maksud awak cuti penggal nanti?" soalku terkejut.

Iyalah baru semalam ajak nikah, tup tup lagi dua minggu, macam kahwin sebab kena tangkap basah pula, dia ni mengandung ke? Macam nak jadikan aku mak sanggup pula! Kalau dia ni perempuan, sah aku ingat dia ni ada niat lain!.

"haah, kenapa, awak tak setuju ke?" soal Haniff lembut, kalau dengar dari suara dia ni, memang macam prihatin, tapi sikit pun tak tanya pendapat aku, macam lah aku ni patung cendana yang tak boleh nak bersuara.

"erm, boleh tak ..awak bagi saya fikir tentang kita dulu?" tanyaku teragak agak. Risau pula aku kalau Haniff naik angin, sebab perangai macam lalang, kejap setuju, kejap nak fikir.

" erm, kenapa? Awak tukar fikiran ke?" soalnya, terdengar kesayuan disebalik getaran suara lelaki yang bernama Haniff Mikail.

"saya tak tahu lah Haniff,saya tak yakin dengan keputusan saya," luahku, aku juga kesal dengan apa yang aku rasa, terasa diri ini macam bermain main dengan keputusan yang telah dibuat.

"erm, kita jumpa dekat lobi, saya tunggu" kata Haniff lalu memutuskan panggilan.

Macam tu je dia letak? Perangai beku datang balik ke bang Haniff oii.

Aku menghela nafas berat lalu turun dari katil.

***

Aku berjalan perlahan menuju ke lobi resort, cardigan hitam yang dipadankan bersama tshirt dan seluar putih aku tarik kemas supaya dapat mengurangkan dingin malam.

Lobi resort ini lebih cantik pada waktu malam kerana dihiasi oleh lampu-lampu kuning yang menonjolkan lagi kemewahan resort ini.

Dari jauh aku sudah nampak susuk lelaki yang cukup aku kenal, dia mengenakan tshirt berwarna merah hati yang dipadankan bersama seluar slack hitam. Seperti biasa, dia sentiasa terlihat kemas dan kacak dalam gayanya.

Sampai sahaja di lobi, aku berdehem perlahan, jarak aku dan dia tidak lah terlalu dekat, takut aku nak dekat-dekat, risau tak stabil nanti,.

Haniff memalingkan wajahnya ke arah aku, dia tersenyum nipis, matanya bundarnya terlihat bercahaya dibawah sinaran cahaya kuning.

" awak dah sampai? Duduk lah," pelawanya lalu mengambil tempat di salah sebuah sofa yang disediakan di lobi resort ini.

Aku mengangguk perlahan lalu mengambil tempat dihadapan Haniff.

"ada apa awak ajak saya jumpa?" soalku sambil kedua anak mataku merenung Haniff yang sedang duduk sambil bermain dengan telefon di tangannya.

Hanif meraup rambutnya kebelakang, dan matanya menikam tepat kedua anak mataku, mata kami bertaut buat beberapa detik. Aku dapar rasakan ada gusar dihatinya, adakah kerana aku meminta ruang?

" Qalisya, awak tak yakin saya ke? Awak rasa, saya tak mampu jaga awak?" soalnya perlahan.

Aku terkedu dengan soalan Haniff, aku rasa dia tak mampu nak jaga aku ke? Tak... Aku cuma tak pasti dengan apa yang berlaku sekarang,

Saya sangsi Haniff, awak ada agenda lain ke? Luahku yang hanya terluah dalam benak fikiran.

"awak suka saya?" entah macam mana soalan itu pula yang keluar, fikir lain, soalan lain pula yang keluar.

"suka? Lebih dari suka." ucapnya serius sambil merenung aku dalam.

Lebih dari suka? Maksudnya? Dia memang ada perasaan terhadap aku ke? Atau bukan.

"maksud awak, awak cintakan saya?" soalku teragak agak, kau lah Alisya, mulut memang main hembus je, tapi betul lah, kalau nal kahwin aku mestilah nak tahu perasaan dia.

"perkara ni ke yang buat awak ragu-ragu? Herm, bagi saya cinta tu datang dan pergi, tapi sayang, kekal sampai mati, kalau awak ragu dengan saya, saya nak bagitahu, saya sayangkan awak, lebih dari diri saya sendiri, kalau awak tanya saya kenapa, sebab awak adalah Qalisya Amani, awak istimewa." ucapnya tanpa ragu bersama senyuman yang mampu memengsan para gadis.

Aku memandang dia tanpa kata, cuba menghadam setiap bait kata yang dia ucapkan.

BERSAMBUNG..

P/s: haluuii, sihat semua? Mcm mana bab kalini? Ok ke? Ap2 jgn lupa komen tau, tk sronok lah klu sis taip2 tp tkde org respon, mcm syok sndiri je, jgn lupa vote, komen dan share! Enjoy reading semuaaa,


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C22
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous