BAB 38
Ammar mengambil keputusan untuk berjumpa Amyrah. Hatinya tidak tenang selagi tidak dengar daripada mulut Amyrah sendiri.
" Amyrah awak betul ke ni setuju nak kahwin dengan saya?" Tanya Ammar apabila masuk ke dalam bilik Amyrah.
Amyrah menjeling Ammar. 'Bagi salam tidak ketuk pintu pun tidak main sergah je main masuk bilik dia. Ingat apa ini klinik mak bapak dia ke apa...' gumam Amyrah. Nasib baik dia tak melatah tadi kalau tak buat malu je nanti.
" Amyrah... saya cakap dengan awak ni...awak dengar ke tidak..."
Amyrah masih diam di situ. Dia memang sengaja tak mahu jawab soalan Ammar itu. Sakit hati masih terasa apabila papanya menyuruh dia berkahwin dengan Ammar. Geramnyeeeee!!!! Rasa nak menjerit sekarang ni. Nasib baik sekarang dekat klinik kalau dekat rumah sekarang ni mesti dia dah jerit sekuat hati.
" Amyrah.." Ammar cuba menahan kesabarannya. Bercakap dengan Amyrah ini memang daripada dulu lagi kena banyak sabar sebab bukan semua soalan atau percakapan dia akan balas balik.
" Amyrah... saya tunggu jawapan awak ni..." Ammar masih cuba bertenang.
" Amyrah..."
" Amyrah..."
" AMYRAH HUSNA!!!" kali ini suara Ammar lebih kuat memanggil nama Amyrah. Amyrah ini memang saja je nak cabar kesabarannya.
" sir ... now you are in the clinic .... so please control your voice .... " Amyrah memberi amaran kepada Ammar supaya cuba untuk mengawal suaranya.
" How do I control .... if you challenge my patience .... "
" Okeylah fine..." Amyrah mengalah.
" Ya...I agree ... it is true I agree ..." Jujur Amyrah.
" Haa...kan senang...If you are frank from the beginning ... there is no need for me to scream out loud ... " Ammar berpuas hati dengan jawapan Amyrah.
" Okeylah saya keluar dululah ya darling...bye..." Ammar keluar daripada pejabat Amyrah dengan bersahaja. Amyrah mengetap bibirnya. Sakit hatu betul dengan perangai Ammar ni. Amyrah meneruskan kerjanya.
.
.
.
.
.
Ammar berjalan masuk ke dalam pejabatnya. _Secretary_ Ammar berlari berjalan menuju ke arah Ammar dalam keadaan termengah-mengah.
" Awak kenapa nie Alif...." Hairan betul Ammar dengan perlakuan _secretary_ nya.
" Ammar... Encik Ammar ada masalah..." Alif kelihatan kalut.
" Masalah?? Masalah apa..."
" Ex-girlfriend Encik Ammar datang buat huru-hara kat pejabat..."
" Ex-girlfriend..." Ammar kelihatan _blur_ sewaktu Alif berkata. ' ex-girlfriend ... ex-girlfriend... kenapa dengan ex-girlfriend...' Ammar memproses kata-kata yang dilontarkan oleh Alif.
" Oo...haah... Farisya..ya .. Farisya..." Ammar mengangguk kepalanya seperti orang yang baru keluar dari mimpi.
" Dah jom..." Ammar berlari bergegas menuju ke pejabatnya. Dia juga menarik tangan Alif supaya membantunya.
" Waaa... sabarlah Encik Ammar..."
" Hish... cepatlah..."
.
.
.
.
.
Farisya menengking pada salah satu pekerja di situ kerana tidak membenarkan dia masuk ke dalam bilik pejabat Ammar.
" Hoi... perempuan tepilah aku nak jumpa Ammar lah..." Tengking Farisya. Dirinya mula menyinga. Geram betul dia kalau ada orang halang jalanan.
" Maaf cik.... Encik Ammar tak masuk pejabat lagi...jadi kami tak boleh benarkan cik Farisya masuk..." Pekerja itu cuba untuk menjelaskan kepada Farisya.
" Hey...kau sedar tak.... kau tengah cakap dengan siapa....aku ni... Farisya Adelia binti Dato' Hisham...so no one can stop me ... what I want to do ... who are you ... I can destroy your life in the blink of an eye ... women's policy is unconscious .... " Farisya berkata dengan sinis kepada pekerja perempuan itu.
" Farisya...What are you doing here ... " Ammar yang baru masuk ke dalam pejabatnya terkejut dengan perilaku Farisya.
" Ammar....where did you go ... do you know that your employee does not respect me ...." Farisya mengadu kepada Ammar.
" Encik Ammar bukan macam tu ....saya tak kasi Cik Farisya masuk dalam office Encik Ammar...yelah Encik Ammar kan tak ada..so saya.." belum sempat pekerja itu nak menghabiskan kata-katanya Ammar sudah memotong.
" Tak apa..tak apa.. Farisya you ikut I masuk office I..." Arah Ammar. Semua pekerja bersurai meneruskan kerja mareka. Farisya mengikut Ammar dari belakang sambil menjelirkan lidah kepada pekerja Ammar yang masih berada di situ.
Ammar membiarkan pintu biliknya terbuka. Beberapa pekerja di situ mencuri dengar perbualan mereka.
" Farisya...what do you want from me...." Ammar bertanya Farisya tanpa memandang ke arahnya.
" Ammar .... you do not miss me ... you know what...I miss you very much ..." Berjalan ke arah Ammar sambil membelai rambutnya. Badannya di lentikkan ke kiri dan ke kanan. Suaranya bercakap sangat manja yang mampu meruntuhkan iman sesiapa yang lemah.
Ammar menepis lalu menolak Farisya.
" Farisya...you nak apa sebenarnya..."
" I nak you...I miss you so much..."
" Kita berdua dah tak ada lagi...so You can get out of my office ....atau I sendiri halau you..." Ammar memberi amaran kepada Farisya.
" Ammar..." Farisya masih mencuba nasib.
" Guards ... guards ..."
Tiga orang pengawal masuk ke dalam bilik pejabat Ammar.
" Bawak perempuan ni keluar..." Arah Ammar.
" You...you tak sayangkan I ke..."
" Sekarang..."
" Cik sila ikut saya..." Kata pengawal itu.
" Diamlah kau... Ammar sayang..." Farisya masih mencuba nasib.
" Guards...!!!"
Tiga orang pengawal itu menarik Farisya keluar daripada pejabatnya. Farisya meronta-ronta kesakitan. Akhirnya, dia beralah juga. Farisya pun keluar daripada bilik pejabat Ammar.
" Ammar I reminder you ye...you selama-lamanya milik l seorang.." Farisya memberikan kata-kata ugutan kepada Ammar. Ammar mencebik.