Télécharger l’application
23.8% Lukisan Cinta Kita / Chapter 5: Chapter 5

Chapitre 5: Chapter 5

"Lyrine!! Bangun!" Suara nyaring Mak Su kedengaran bagai kilat petir menyambar Lyrine yang tidur terlentang di atas katil bujangnya.

"Ya Allah budak bertuah ni! Dah lewat ke sekolah ni masih belum lagi bangun!. Ah! Jadikan lagi kebiasan selepas solat subuh tidur balik!"

Lyrine cepat-cepat bangun dari baringnya apabila terdengar suara Mak Su yang semakin mendekat ke arah biliknya.

"Iya mak. Lyrine bangunlah ni" Balasnya.

Dia memandang baju sekolahnya yang sudah di iron dan disangkut di ampaian.

Dia memegang dagunya. Tengah memikirkan sesuatu.

"Kalau aku belikan dia baju seragam sekolah pasti dia kemas sikitkan?" Bisiknya. Namun dia menggeleng cepat. "Taknaklah. Nanti dia ingat aku hina dia pula. Hal dia hal dia, hal aku hal aku." Katanya sebelum bangun sepenuhnya. Dia perlu bersiap ke sekolah ah. Mujur dia ke sekolah dengan basikal. Sekolah barunya itupun dekat sahaja dengan tempat tinggal mereka.

Beberapa minit kemudian...

"Ah keluarpun. Mak ingat kamu dah bertapa kat dalam" Perli Mak Su. Dia memandang anak gadisnya yang tersengih-sengih masuk ke dalam dapur.

"Sarapan cepat. Nanti kamu lewat ke sekolah pula" Gesa Mak Su.

"No worry mak. Rine tak lambat punya"

"Iyalah tu. Ingat jam tu kamu yang kawal?"

"Alah mak ni. Rine janji Rine tak lewat punya" Yakin sekali Lyrine. Dia meminum susu di gelas dan sandwich yang ibunya buatkan.

"Makan jangan bercakap. Tak manis anak gadis berkelakuan seperti itu" Tegur Mak Su sambil duduk di bangku berdepan dengan anak bongsunya. Untuk sarapan sebelum dia ke tempat kerjanya.

"Anak gadis jekah mak?" Soalnya dengan wajah dibuat-buat polos. Dapat jelingan maut terus dia dari ibunya. Garu kepala terus Lyrine. Gurau je pun...

"Menjawab lagi menjawab. Mak ketuk kepala kamu dengan senduk ni" Marah Mak Su sambil acah memukul Lyrine dengan senduk di atas meja.

"Sorry mak! Ampun!"

Menggeleng terus Mak Su. Ada-ada saja anaknya ini.

Selepas selesai sarapan Lyrine bangun mencuci gelasnya sebelum disimpan dalaam rak. Dia melangkah ke arah Mak Su yang masih sarapan.

"Mak, Rine jalan ke sekolah dulu. Salam mak" Ujarnya sambil menghulur tangannya untuk bersalam dengan maknya.

"Um. Belajar bagus-bagus" Tangan kanan dihulur.

Cup! Lyrine mengucup tangan ibunya.

"Rine jalan dulu mak. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Hati-hati kayuh basikal kat jalan tu" Sempat lagi Mak Su memberi peringatan.

"Okey mak!" Balas Lyrine yang sudah melangkah ruang tamu. Begnya di atas meja sofa di ambil sebelum keluar dari rumah.

Kasut sekolah berwarna putih dan masih baru diambil dari rak kasut sebelum digunanya.

Dia menuju pula ke tempat basikalnya diletak.

"Cepat Rine. Nanti kau terlepas tengok Jaha!"

Bisiknya dengan suara teruja sekali.

Tiba-tiba terlalu bersemangat mahu ke sekolah. Dia berpendapat Jaha sebagai pelajar samseng akan selalu datang lewat ke sekolah. Jadi untuk terserempak dengan Jaha dengan sengaja, dia harus datang lewat juga!.

Di sekolah pula.

Orang yang disangka oleh Lyrine datang lewat ke sekolah sudah lama bertapa di dalam kelasnya. Siap tertidur lagi di atas meja menunggu gengnya yang lain datang ke sekolah. Dia tak sangka dia terlalu awal ke sekolah hari ini. Ini semua kerana perutnya buat hal malam tadi! Tak dapat tidur dia jadinya...

Air liur memgalir dibibirnya. Nyenyak betul tidur sehingga orang yang lalu-lalang pun tidak dapat mengganggu tidurnya.

Atau lebih tepatnya semua pelajar berjalan dengan perlahan ketika mendapat tahu Jaha sedang tidur. Jaha itu dah serupa seperti singa betina yang tengah mengandung kalau sedang tidur dan ketika tidurnya diganggu. Memang berdarah hidung terus orang yang mengganggu tidurnya.

Mungkin Lyrine sahaja yang berjaya selamatkan dirinya dari memakan penumbuk percuma dari Jaha kelmarin. Mungkin kredit disebabkan oleh otak Lyrine yang pemikirannya sama lainnya dengam Jaha. Dua-dua wayar putus dan hanya orang tertentu boleh bergaul dengan mereka🙄.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C5
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous