Télécharger l’application
65.59% Aku Di Dunia Elf / Chapter 61: Pegang Janji

Chapitre 61: Pegang Janji

Bukan Della saja yang terkaku melihat Issac menyentuh tangan Aubree tadi, tapi juga semua Elf yang ada di sekeliling mereka.

Ramai Elf tahu yang Issac merupakan kawan rapat kepada Meliani dan juga seseorang yang sangat diambil berat oleh Meliani.

Melihat bagaimana Issac melayani Aubree seperti seorang yang istimewa tentu saja akan membuatkan semua Elf terkejut dan tidak tahu hendak membuat reaksi seperti apa.

Aubree yang masih memandang ke arah Della itu menoleh kembali ke arah Issac. Melihat tangannya masih dipegang oleh Issac membuatkan Aubree merasa gelabah. Dia terus menarik tangannya semula.

"Kalau kau datang ke sini sebab kau nak kacau saya makan saja, lebih baik kau kembali ke bilik kau dan tunggu makanan kau dihantar... Ataupun kau pergi saja ke tempat Meliani dan makan dengan dia..."

Issac mengangkat keningnya ke arah Aubree. Senyuman nakal muncul di bibirnya. "Kalau saya makan dengan dia, siapa yang nak temankan kau makan di sini?"

Sekali lagi Aubree tersentak dan jantungnya terasa berhenti berdegup. "Siapa cakap yang saya tiada teman untuk makan bersama. Della ada bersama dengan saya jadi kau bolehlah pergi dari sini dan jangan kacau saya lagi!"

Della yang mendengar kata-kata Aubree itu tersedak dalam diam di hujung meja. Dia terus memusingkan kepalanya ke arah lain, mahu mengabaikan dua orang Elf tadi.

'Jangan tengok saya di sini... Saya halimunan... Kamu tak nampak saya. Tiada yang nampak saya di sini...'

Issac melihat ekspresi wajah Aubree boleh berubah banyak kali dalam masa sesaat. Mula-mula dia nampak gelabah, satu saat kemudian wajahnya berubah menjadi malu sebelum reaksi wajahnya berubah menjadi marah pula.

Issac suka melihat reaksi wajah Aubree yang asyik berubah-ubah itu tapi dia hanya tersenyum kecil untuk menghalang daripada ketawanya terkeluar.

"Baiklah, kau tidak perlulah malu dengan apa yang saya cakap. Kau boleh teruskan makan... Saya akan duduk di sini diam-diam..."

Aubree menjeling Issac dengan wajah tidak percaya. Masa-masa yang diluangkan bersama Issac dulu sudah cukup untuk membuatkan gadis itu tahu yang Issac bukanlah seseorang yang boleh 'duduk diam'. Setiap masa, pasti akan ada saja muslihat yang muncul di mindanya.

"Saya tidak boleh sambung makan kalau kau duduk di depan saya... Dan tengok saya makan! Elok lagi jika kau pergi dari sini dan jangan kacau saya makan!"

"Kau tidak percaya saya? Saya betul-betul akan duduk di sini diam-diam dan tidak akan mengganggu kau..." Issac tidak mahu mengalah.

Sikit lagi Aubree mahu menjulingkan matanya ke atas. 'Oh Dewa di mana pun kamu berada, kenapa lelaki ni degil sangat? Tidak faham apa yang saya maksudkan langsung!'

Aubree mencebik kecil dan dia pun mengabaikan Issac. Dia tahu semakin banyak dia bercakap, semakin banyak pula idea Putera Dingin ini mahu membalasnya lagi.

Jadi jalan terbaik adalah mendiamkan diri saja...

Aubree berfikir mendiamkan diri dan melanjutkan menjamu selera adalah lebih baik daripada terus berdebat dengan Issac tapi beberapa minit kemudian, Aubree mula menyesali tindakannya.

Ini kerana Aubree langsung tidak merasa selesa dan tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada makan tengah harinya kerana Issac terus merenung Aubree tanpa berkelip.

Aubree tidak selesa bila ditenung tak berkelip ketika dia makan. Seolah-olah renungan dari Issac itu boleh membuatkan kepalanya berlubang.

Aubree memandang ke arah Issac dengan wajah berang. "Boleh tak jika kau tengok tempat lain? Saya tidak sukalah ada yang tengok saya masa saya sedang makan..."

"Tapi saya pegang janji saya, kan? Saya tidak kacau kau makan, kan?" balas Issac.

"Itu–" Aubree menggetap bibirnya kerana merasa geram dengan kata-kata Issac itu.

Aubree menarik nafas dalam-dalam sebelum dia mengabaikan Issac lagi. 'Isssh, biarlah... Lebih baik saya cepat habiskan makanan saya ni dan pergi dari sini dengan segera! Bolehlah saya lari daripada kena menghadap muka Putera Dingin ni lagi...'

Dalam masa lima minit, Aubree berjaya menghabiskan makanannya. Aubree segera berdiri dan meninggalkan meja itu dengan membawa pinggan yang sudah kosong. Aubree langsung tidak memandang kedua kali ke arah Issac yang duduk di depannya.

"Della, mari pergi... Saya masih ada latihan lepas ini," kata Aubree kepada Della tanpa memandang ke arah Della.

Della yang juga baru menghabiskan makanannya itu segera berlari mengejar Aubree. Mereka berdua meletakkan pinggan dan sudu yang mereka gunakan ke tempat yang disediakan sebelum mereka berjalan keluar dari dewan makan itu.

Saat keluar dari dewan makan dan berjalan di lorong, Aubree sekali lagi terserempak dengan Issac.

Issac sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding, seakan-akan sedang menunggu Aubree sejak tadi.

Aubree menjulingkan matanya dengan wajah bengang dan terus berjalan melintasi lelaki itu. Dia tidak pun bercakap pada lelaki itu.

Issac hanya tersenyum kecil saat melihat Aubree berjalan terus tanpa menegurnya tapi dia tidak merasa marah pun dengan perbuatan Aubree. Sebaliknya, dia berjalan mengejar Aubree.

"Apa latihan yang akan kau buat hari ini? Boleh saya ikut serta?" tanya Issac setelah langkah kakinya sama dengan langkah kaki Aubree.

"Apa latihan yang saya nak buat hari ini bukanlah benda yang patut kau kisah. Kenapa kau tidak pergi dari sini dan jangan kacau saya lagi," kata Aubree tanpa menyembunyikan suara sinis dalam perkataannya.

"Siapa cakap yang saya tidak kisah dengan apa yang kau buat?" balas Issac lagi.

Aubree berhenti dan dia terus menoleh ke arah Issac dengan wajah berang. Aubree ingin mengatakan sesuai untuk melepaskan amarahnya kepada Issac tapi setelah melihat wajah Issac bersama dengan sengihan nakalnya membuatkan Aubree berubah fikiran.

'Kenapa saya perlu buang masa dengan lelaki ni? Lebih baik saya pergi dari sini dan sambung latihan saya. Saya datang ke tempat ni bukan nak bercakap dengan dia...'

Issac mengangkat keningnya ketika dia melihat Aubree berjalan lagi tapi tidak mengatakan sesuatu. Senyuman kecil muncul di bibirnya sebelum Issac mengejar Aubree lagi.

Della yang bersikap macam orang bisu itu hanya memandang Aubree dan Issac yang sedang bercakap. Dia hanya mampu terlopong melihat gelagat dua orang Elf itu.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C61
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous