"Tap,tap,tap" Bunyi tapak kaki Hazimah menuruni tangga didengari oleh Kak Ngah dan Dhiya' yang sedang duduk di meja makan menikmati hidangan nasi goreng cina yang sungguh lazat. "Wauuuu, bau aroma nasi goreng cina Mak Long yang menusuk hingga ke qalbu! Sedapnya!" Hazimah berlari menuju ke meja makan dan memilih tempat untuk duduk di sebelah Kak Ngah. Dia menarik kerusi kayu dengan penuh cermat kerana meja makan itu baru sahaja dibeli oleh Mak Long kerana meja makan yang lama sudah rosak dan bergoyang.
"Ha,ha,ha, hati-hati cedok nasi tu. Tumpah karang." Mak Long menegur tingkah laku Hazimah yang tergopoh-gapah mencedok nasi. "Ai,ai, kapten!" Hazimah mengisyaratkan tanda hormat seperti anak buah yang baru sahaja menerima arahan daripada kapten kapal.
"Hazimah, ermmm...akak hendak pelawa Hazimah sesuatu ni." Hazimah memalingkan mukanya ke sebelah kanannya sejurus Kak Ngah bersuara. "Apa dia, kak? Yum...yumm...yum..." Hazimah begitu menikmati sarapannya sehingga boleh mendengar bunyi kunyahannya.
"Petang ni, jom main bola tampar." Kak Ngah
"Petang ni main bola tampar." Dhiya'
Kak Ngah dan Dhiya' berkata serentak dan itu membuatkan mata mereka saling bertentang. "Ermmm...akak cakaplah..." Dhiya' memberi ruang kepada kakaknya untuk meneruskan ucapan yang terhenti sebentar tadi.
"Petang ini, akak mahu main bola tampar dengan Abang Ilham, jadi akak mahu ajak Hazimah main sekali. Dhiya' pun turut serta." Hazimah hanya mendiamkan diri sambil memikirkan sesuatu.
"Ermmm...Hazimah mahu ikut serta? Kalau tidak mahu, tidak mengapa, Dhiya' boleh teman kamu di rumah, buat kerja rumah ke baca buku ke, okey Dhiya' " Dhiya' mengerutkan dahinya tanda tidak setuju dengan cadangan kakaknya itu. 'Apa pula Kak Ngah ni, orang mahu main bola tampar lah.' Dhiya' membantah dalam diam.
"Bola tampar? Ermmm bolehlah daripada duduk dengan Dhiya' nanti gaduh mulut saja." Hazimah mengukirkan senyuman senis kepada Dhiya'. Dhiya' pula sudah kelihatan seperti keretapi berenjin stim yang sudah mengeluarkan asap hitamnya. Aduhai, cepat betul si Dhiya' ini naik angin. Apa-apapun wahai pembaca sekalian, bersabarlah kerana sabar itu sebahagian daripada Iman- tiber <( ̄︶ ̄)>
.....Waktu petang....
"Okey semua, sebelum kita beriadah, marilah kita membaca Ummul Kitab Al-Fatihah, Au'zubillahhi minasyaitan nirrajim..." Abang Ilham mengarahkan dua orang gadis dan isteri kesayangannya untuk membaca surah Al-Fatihah agar aktiviti mereka ini diberkati oleh Allah.
Mereka berempat beriadah di luar rumah Mak Long. Abang Ilham memilih untuk bermain di hadapan rumah keluarga mentuanya kerana kawasannya yang luas. Walaupun begitu, mereka tetap perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa buah kereta yang terletak di sekitar kawasan mereka bermain.
"Okey, untuk perlawanan pertama, abang dan Dhiya' satu kumpulan, manakala sayang dan Hazimah satu kumpulan. Baik, perlawanan seterusnya kita akan ubah 'partner'." Abang Ilham menentukan kumpulan sebelum permainan mereka bermula.
Dhiya' asyik ketawa selepas Abang Ilham menentukan kumpulan mereka. " 'Sayang' dan Hazimah satu kumpulan...hahahaha..." Dhiya' mengajuk perkataan yang dicakapkan oleh Abang Ilham. Perbuatan Dhiya' membuatkan Hazimah ingin termuntah kerana dia asyik mengulang perkataan sayang, sayang, sayang. "Buikkk...hish, diamlah Dhiya', geli-geliman aku dibuatnya."
"Okey, sudah, sudah, mari kita mula." Abang Ilham bersuara sekali lagi selepas melihat dua oleh gadis itu yang tidak berhenti bercakap.
"Hish, salah awaklah. Siapa suruh panggil saya 'sayang'." Kak Ngah menepuk bahu suaminya sambil mencebikkan muka. Pipi Kak Ngah yang gebu lagi comel itu diusap, eh bukan diusap tetapi dicubit oleh suaminya dengan manja sekali.
"Awak, kenapa cubit pipi saya, sakit tahu!" Kak Ngah menempias tangan suaminya dengan lembut sambil merajuk manja.
"Ala, merajuk pula 'princess' kita ni. Ala,ala comeinya!" Abang Ilham menyakat isterinya seperti dalam drama Melayu.
Dhiya' dan Hazimah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Kak Ngah yang semakin lama, semakin tersenyum malu di sisi suaminya.
"Okey semua, drama Melayu sudah habis. Mari kita mula!" Hazimah memberhentikan iklan drama Melayu yang tiba-tiba muncul tanpa diundang.
Mereka berempat bermain dengan penuh semangat. Mana tidaknya, sukan bola tampar ini menjadi kegemaran mereka berempat. Abang Ilham dan Kak Ngah selalu menyertai ahli pasukan bola tampar di sekolah masing-masing semasa remaja. Hazimah seperti mengikut jejak langkahKak Ngah kerana dia selalu menyertai pasukan bola tampar di sekolahnya. Nampaknya, tahun ini pun dia menyertai pasukan bola tampar sekolah walaupun tahun ini dia perlu menghadapi peperiksaan PT3(Pentaksiran Tingkatan Tiga).Bagi Hazimah, dia yakin bahawa dia boleh mengimbangkan prestasi akademiknya dan sukan yang disertainya. Yela, Hazimah ini murid yang cemerlang di dalam akademik dan kokurikulum, siap dapat memasuki kelas Rancangan Khas lagi. Tujuan kelas itu ditubuhkan untuk pelajar-pelajar yang mempunyai peluang yang tinggi untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam setiap matapelajaran.
Dhiya' pula mula menunjukkan minat dalam pasukan bola tampar. Tahun lepas, dia hanya menjadi pemain simpanan bagi pasukan bola tampar sekolah tetapi tahun ini dia bertekad untuk menjadi pemain utama di dalam pasukan.
Agaknya sukan apa yang akan diminati oleh anak Abang Ilham dengan Kak Ngah apabila sudah besar nanti? Adakah anak mereka juga akan meminati sukan bola tampar ini? Hmmmmಡ ͜ ʖ ಡ
Assalamualaikum....,
Please leave the comment...at least one pun sudah cukup. I really need your feedback....
Please keep read my novel. Don't forget:
#voteandratethisnovel
#thanksguys
。◕‿◕。