***Hazimah***
______________________________________________
Bab ini menceritakan tentang luahan hati Hazimah. Kiranya seperti Hazimah berkata sendirian.
______________________________________________
"Krekkk...krekkk...tupp!" "Aduh! Bunyi pintu itu masih buat aku rasa seram. Hish mahu saja aku tendang pintu itu tetapi aku pasti bukan pintu yang akan tumbang, sebaliknya akulah yang akan tumbang. Mana tidaknya, pintu itu kayu aku ini bukan kebal pun. Haih, kau inikan, Hazimah senang sangat meleleh air matanya. Cuba jadi kuat sikit. Aku tidak sangka pula Kak Ngah kata yang aku buat misi soal siasat Abang Ilham sebab aku takut nasib Kak Ngah sama menimpa seperti ibu aku. Tidak pernah pula aku terfikir sampai ke situ. Tapi betullah kata Kak Ngah, aku memang risau jikalau Abang Ilham itu tidak boleh dipercayai sama macam ayah aku. Eh, kejap!! Kejam sangat ke aku cakap bahawa ayah aku ini tidak boleh dipercayai. Hemmm...lantaklah, apa aku kisah."
"Heh" Hazimah menghembus nafas dengan kuat. Dia memandang keseluruhan bilik bacaan dengan penuh teliti. Setiap sudut yang dilihatnya membuatkan bibirnya mengukir senyuman yang manis.
"Oh, ya! Baru aku ingat. Kak Ngah kata 'aircond' bilik ini tidak ditutup sewaktu mula-mula masuk. Minta maaf ya akak. Aku lah tu orangnya. Hehe... Awal-awal pagi aku pergi bilik ini sebelum mulakan misi aku. Setengah jam kemudian, baru aku ingat tentang misi ini, terus apalagi? Turun bawah lah, 'complete' kan misi! Tapi, itulah tidak ingat dunia, terus keluar bilik tanpa tutup 'aircond' terlebih dahulu. Aduii...apalah aku ni."
Hazimah menyambung semula renungannya di dalam bilik bacaan itu. Dinding bilik itu dicat berasaskan konsep 'picture wall' yang bermaksud menggunakan dua warna yang berlainan. Terdapat satu bahagian berwarna biru gelap manakala bahagian yang selebihnya berwarna pestel biru. Perabot seperti rak buku setinggi 2 meter dibeli di IKEA. Sebenarnya, hendak dikatakan keseluruhan perabot di dalam bilik itu dibeli di IKEA. Sebuah meja belajar berwarna coklat cair tersusun di tepi dinding. Bilik bacaan ini bukan setakat tempat untuk membaca, bilik ini juga menjadi tempat Mak Long dan Pak Long menyiapkan tugasan kerja. Kadangkala, adik-beradik Dhiya' pun menghabiskan masa menyiapkan kerja sekolah di dalam bilik ini, sebab apa? Sebab bilik ini ada 'aircond'. Bilik anak-anak Pak Long mana ada 'aircond', kipas sahaja yang ada.
Jikalau keluarga pakcik Hazimah pun suka berada dalam bilik bacaan ini, apatahlagi si Hazimah ini. Bilik ini menjadi 'first choice' bagi Hazimah jika dia mahu mencari ketenangan.
"Haih, bilik ini cantik sangat!!!" Hazimah menjerit dengan sangat kuat sehinggakan dia tidak perasan bahawa Mak Long sedang membuka pintu bilik itu.
"Ehermm...mestilah cantik! Tengoklah siapa yang hias." Mak Long berkata dengan nada yang agak bangga. Ya, memang makcik-nya yang menghias bilik bacaan itu. Mana tidak cantiknya jikalau yang menghiasnya memang seorang pereka hiasan dalaman. Hazimah terkejut ketika mendengar suara Mak Long. 'Adooi, Mak Long ni, kenapa tidak ketuk pintu. Malu aku dibuatnya.' Hazimah berkata dalam hati sambil tersenyum paksa.
"Mak Long, kenapa tidak ketuk pintu dahulu? Terkejut saya dibuatnya." Hazimah bangun daripada kerusi kayu IKEA yang diduduki-nya sebentar tadi lalu bertanya kepada Mak Long. Mak Long yang masih berdiri di luar bilik bacaan menggeleng-gelengkan kepalanya. "Hazimah, Hazimah, Mak Long sudah ketuk pintu tetapi kamu yang tidak menyahut. Sudahlah tu menjerit-jerit seperti orang putus cinta. Mari turun, sarapan sudah sedia. Cepat turun, kalau tidak, nasi goreng cina habis." Mak Long berlalu pergi setelah habis bercakap. Hazimah yang berada di dalam bilik itu tiba-tiba terasa hendak melompat dan teruja kerana dia dapat merasai nasi goreng cina makcik-nya. Huish, memang favourite Hazimah lah.
"Ya,ya, Hazimah turun ni!" Hazimah berlari menuju ke pintu. Tiba-tiba terlintas pula di kepalanya bahawa dia tidak tutup 'aircond' dahulu. 'Aduh, lupa lagi hendak tutup 'aircond'. Jangan ingat makan saja, Hazimah.' Hazimah mengingatkan dirinya sekali lagi. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya dengan lembut lalu menuju ke suis 'aircond' dan menutupnya.
"Krekkk...krekkk...tupp!!" Kini tiada sesiapa berada di dalam bilik bacaan. Hazimah berlari menuju ke tangga. 'Perutku sudah berkeroncong!!! Sabar ya perut. Food will serve you!!' Hilang semua keresahan yang dihadapi oleh Hazimah apabila dia memikirkan tentang nasi goreng cina yang akan masuk ke dalam perutnya. Walaubagaimanapun, keresahan itu tetap akan difikirkannya apabila dia tiba-tiba memikirkannya.
Assalamualaikum readers...we meet again?
Please leave your comments or review so I know your feedback. If you like this story, rate and vote this novel!!!
#stayread
#thanksguys
#nextchapter? comingsoon!