"umi, abi, Fira pun ada, bila sampai? " soalku mesra walhal hati ni nak menangis, mana tidaknya, baru je shooting rumah mama ni nak kena shooting lagi drama arahan Zafrel haihh.
Aku menjeling ke arah Zafrel yang terlihat sama terkejut. Aku memberi isyarat mata namun Zafrel hanya balas dengan senyuman,haih mamar ni, geram aku.
"baru jah, sajo nok wak surprise " jawab umi sambil tersenyum.
Surprise? Memang terkejut sungguh lah aku ni, sampai tak tahu nak fikir apa haih, jangan kalut Saira! Tenang!.
Zafrel membantu membawa masuk barang-barang yang di bawa umi, tenang saja aku lihat lelaki itu, macam tak ada benda yang hendak di sorok, entah-entah memang dia dah tahu. Bukannya boleh percaya Zafrel Amran ni, banyak muslihat!
"Saira gi mano tadi? " soal umi sambil melangkah masuk ke dalam rumah,
"erm dari rumah mama, papa tak berapa sihat, " jawabku jujur, ada lah soalan yang tak payah aku nak menipu.
"erm, umi, selalu duduk bilik mana? Maaflah, Saira tak tahu ucapku," yelah mahu tak mahu aku kena lah pasti bilik untuk keluarga Zafrel ini bersih, walaupun aku yakin rumah ni masih bersih, kerana kalau tak aku kemas, Zafrel yang akan kemas.
"umi duduk bilik bawah je lah, bagi Fira lah bilik atas" ucap umi lalu masuk ke bilik yang dia maksudkan, aku menyiapkan bilik umi, tak ada banyak pun yang perlu di lakukan hanya masukkan sarung bantal dan pasangkan cadar sahaja.
Usai siap mengemas bilik, aku terus ke dapur untuk membancuh air,baru sahaja tangan kananku nak menggapai balang gula,pantas satu tangan putih mengambilnya.tangan putih yang aku maksudkan itu bukan hantu, tapi suamiku, eh, Zafrel.
"kenapa awak tak bagitahu umi nak datang? " soalku tidak puas hati.
"eh,saya pun tak tahu lah, kan umi cakap nak buat surprise, "ucap Zafrel bersahaja, lalu sebelah lagi tanganya mencapai balang berisi uncang teh. Aku terkurung dengan kedua-dua belah tangan Zafrel dari belakang.
Aku mendongak melihat wajah Zafrel, dengan cahaya senja yang tembus dari tingkap, wajahnya terlihat sempurna, dan aku percaya, wajah ini mampu mencairkan ramai hati gadis.
Zafrel membalas renunganku sambil tersenyum manis, entah, aku terpaku, bukannya aku tidak pernah melihat wajahnya, namun, sukar untuk diungkap.
"ehem! umi! Acu tengok along ni umi, glenya laa! Fira hok blushing tengok Kak Saira ngan along ni. " sakat Fira sambil ketawa.
"heh, mu cemburu la tu, mugo mu takdok ore nok!" balas Zafrel kepada Fira sambil tersenyum sombong.
Dua beradik ni, tak pernah habis bergaduh, tapi aku suka hubungan mereka comel!, perangai Fira tak ubah macam si Syazril, nakal dan kelakar.
"awak fikir apa tu sayang? Meleret je senyum? " tegur Zafrel sambil badanya dibongkokkan sedikit.
"Kak Saira duk pikir, bakpo lah dio nikoh nge along. " ucap Fira lagi lalu ketawa.
"haa betul tu Fira, macam mana lah akak boleh kahwin dengan abang Fira ni kan? " kataku sambil menjeling sekilas ke arah Zafrel.
"amboi, dah jadi geng Fira dah? Kemain eh, tunggu lah, " ujar Zafrel sembil merenung halus mataku.
" tunggu apa? dah bagi saya balang tu,sibuk je kacau. " ucap kepada Zafrel.
"awak kan isteri saya, suka hati lah nak kacau, " ucap Zafrel lalu mata sebelah kanannya dikenyitkan.
Aku menghidangkan sekali kuih-kuih yang aku beli dipasar malam tadi, haih mujurlah, aku terdetik untuk singgah di sana kalau tidak, biskut kering je lah.
"Saira buat kuih ke? "soal umi.
"eh tak lah, tadi sebelum sampai rumah Saira singgah pasar malam, beli lah sikit, tak tahu umi nak datang, tak prepare apa-apa pun" ucapku,
"eh tak apalah, kalau umi bagitahu nanti susah pula kamu nak sediakn macam-macam.Ni Saira macam mana,dah berisi ke? " soal umi ceria.
"hah? Isi? Saira makin gemuk ke? " Soal ku risa
"eh bukan gitu, maksud umi, Saira dah pregnant ke? "terang umi lalu menghadiahkan segaris senyuman.
Haih aku baru kahwin sebulan dah dapat soalan ni ke? Ingatkan pasangan yang dah bertahun je yang dapat soalan macam ni,
Aku memandang ke arah Zafrel, terbit sudah sengihan nakalnya, bukannya aku tak tahu, dia memang teruja sangat kalau soal anak, walhal dah ada anak dah pun,...
"erk, belum umi, " jawabku perlahan.
"ouh, tak apalah, belum rezeki," ucap umi perlahan.
Umi kecewa ke? Memang semua mak ayah nak kan cucu ke bila anak mereka mendirikan rumah tangga? Maafkan Saira umi, Saira tak tahu akan adakah cucu umi dari Saira.
****
"akak! Fira tidur bilik ni lah, boleh,?" soal Fira setelah sampai di tingkat atas.
"haa ikut Fira lah, akak tak kisah pun"ucapku tanpa melihat bilik yang ditunjuk Fira.
Eh bilik mana Fira tunjuk? Entah-entah bilik aku? Fuh naya! Aku berlari mendapatkan Fira, dan sah! Bilik tu bilik aku!!
"eh jap Fira! Erk, bilik ni tak boleh, Fira tidur bilik sebelah eh, " ucapku kalut sambil badan aku sandarkan pada pintu bilik.
"kenapa kak? " soal Fira hairan.
"sebab bilik ni bilik akak, " ucapku perlahan, entahlah jawapan jujur pula yang keluar.
"bilik akak? Aik, bukan bilik along yang depan tu ke? " soal Zafira sambil memandangku pelik.
Aduh! Aku nak jawab apa? Tak kan lah aku nak jawab yang tu bilik Zaf ni bilik aku, kami tidur asing, kalau umi abi tahu kang tak fasal-fasal naik pula darah dia orang. Haish.
"ermm, bilik ni, ..sebenarnya.. "
"sebenarnya tu bilik pakaian dengan barang Kak Saira baju dia banyak sangat, lagi pula dia kan baru pindah, tak sempat lagi nak kemas pastu pindahkn kat bilik along. " pintas Zafrel di tepi tangga.
Fuh nasib baik mamat ni sampai cepat kalau tak masak lah aku!!
"ouh, ingat along dengan akak tidur asing tadi cuak Fira, " ucap Fira sambil menghela nafas lega.
Bukan Fira je yang lega aku pun lega, nasib lah tuan pengarah sampai awal, kalau aku, memang dah cut dah drama ni, tak reti haih nak putar belit cerita.
"kalau macam tu takpelah, Fira guna bilik sebelah ye, " kata sambil tersenyum lalu masuk ke kamar sebelah biliku.
"jom.. " ucap Zafrel lalu menarik tangan kananku.
"eh-eh nak bawa pergi mana ni? Ingat kucing ke nak heret-heret je" omelku perlahan.
"awak tu bukan kucing, awak tu harimau, " balas Zafrel perlahan bersama segaris senyuman.
Zafrel menarikku masuk ke dalam kamarnya, ini merupakan kali pertama aku masuk ke dalam kamar tidur Zafrel, hidungku terusik dengan bau minyak wangi Zafrel, mujurlah tak ada bau air liur basi, kalau ada baru nak bebel muka je helok, tapi bilik, mengucap nak masuk! Haha.
"uit! Fikir gapo gak? " tanya Zafrel sambil memetik jari di hadapan wajahku.
"tak ada apa.. " dalihku.
"awak tidur bilik saya tau malam ni" ucap Zafrel lembut.
"hah?! Tak nak lah, nanti family awak dah tidur, saya masuk lah bilik saya," kataku kepada Zafrel.
"tak ada-tak ada, tidur sini malam ni, bahayalah, Fira tu, cepat tau perasan, awak yang lawyer pun gagal bagi hujah dekat dia tadi, " perli Zafrel.
Dia ni, nak pertikaikan aku lagi lah tu, dah nak reka hujah menipu, tak ada bahan pula tu, ingat senang ke,eyy!
"awak cakap apa? Nak cakap saya tak layak jadi lawyer ke apa? " soalku sinis.
"tak ada apa lah wahai isteriku, awak tidur sini ye, " ucap Zafrel lalu mata kanannya dikenyit.
***
Aku memanaskan lauk yang dibekal mama kepadaku, mama penyelamat aku malam ni, tak ada lah aku kalut nak sediakan makan malam, dah lah tak. Pandai masak, kesian mertua ku nak makan,nasib baru balik rumah mama.esok punya makan esok lag fikir, janji lepas malam ni.
"Saira kerja ke esok? " soal abi di meja makan.
"erm kerja, esok Saira masuk mahkamah, maaf lah, tak boleh nak teman umi,abi dekat rumah. Lusa Saira cuti eh, tu pun kalau bigboss bagi,." ucapku sambil menjeling ke arah Zafrel.
"tak ada gapo lah Saira, settle kan dulu lah krijo tu,. Kalu bigboss tok beri cuti, tengok lah umi nok wak gapo ke bigboss Saira tu. " kata umi lalu ketawa.
"eh, amboi koho ramai eh sek awok ni sayang, ish-ish" ujar Zafrel sambil menggelengkan kepala.
***
Usai menunaikan solat subuh, aku turun ke dapur, pening kepala aku memikirkan hendak masak apa untuk sarapan, tak tahu nak masak apa, tak tahu nak masak macam mana. Laju tanganku menaip resepi nasi goreng di internet.
Tiba-tiba telefon pintarku di tarik seseorang. Aku mendongak dan mendapati Zafrel sedang merenungku sambil tersenyum. Nak menyakat aku lah tu, haish..
"cari resepi apa ni Puan Saira? Nasi goreng? Kenapa tak mintak dekat Encik suami awak je, lagi senang, boleh saya tolong, dapat lah kita kumpul pahala. " ucap Zafrel sambil berpeluk tubuh detepi meja.
"awak kalau nak menyakat saya, gi naik nuh, tak ada masa lah nak layan awak. " ucapku dingin, orang tengah serabut boleh pula dia nak bergurau, dah lah satu malam aku takleh tidur mana tidaknya, bau minyak wanginya buat jantung aku tak keruan, baru satu malam, kalau hari-hari, meletup lah jantung aku ni.
"haha pagi ni biar saya masak, awak tolong basuh bekas-bekas yang saya guna, boleh? " tanya Zafrel sambil menjongketkan sebelah keningnya.
"deal! " setujuku, tak payah fikir lama-lama, janji ada sarapan untuk umi abi tak mahu lah aku tinggalkan mereka dengan perut kosong.
"awak hari ni, saya drive sendiri ye, sebab hari ni, saya nak pergi mahkamah, " ucapku kepada Zafrel sambil tanganku lincah membersihkan mangkuk-mangkuk yang digunakan untuk meletak bahan-bahan.
"eh, kita pergi satu kereta je lah, hari ni saya keluar dengan Suf, kira nanti saya tumpang je dia. " ucap Zafrel.
Aku hanya mendiamkan diri, dah itu kata Zafrel, malas pula aku nak bertekak pagi-pagi ni, lagipun, aku tengah nak cuba jadikan hubungan aku dan Zafrel lebih baik, bukan lah seperti suami dan isteri, tapi lebih kepada kawan baik, memandangkan aku duduk serumah dengan dia.
***
Lesu hari ku, ini lah yang terjadi setiap kali gagal dalam pembicaraan, bukanlah aku ni sentiasa menang, ada juga saat aku teruk, dan kalah,
Balik sahaja dari mahkamah, aku hanya memandang kosong fail dihadapanku. Lunch pun aku tak keluar, Kak Nita ada mengajak aku keluar makan, tapi aku tolak.
Tak ada mood nak makan, rasa bersalah dengan anak guam, kerana aku rasa dia berhak untuk menang, dan dilepaskam kadang-kadang, rasa sungguh kejam bila hak untuk dilepaskan, tidak dapat.
Kes aku kali ni, melibatkan seorang isteri yang dah diceraikan banyak kali oleh suami, namun gagal. Mendapat bukti yang kukuh,
Tok-tok,pintu bilikki diketuk,aku melihat ke arah pintu kaca di hadapanku, Zafrel, aku. Mengerling ke arah jam tanganku, ouh, dah pukul 6 dia nak ajak balik lah tu,.
"what happened sweetie? Saya dengar awak tak keluar lunch pun, kenapa? " soal Zafrel lembut lalu sambil menghapiriku.
"tak ada apa lah.., jom balik" ucapku lemah.
"saya tanya awak kenapa, sebab awak kalah ke? " soal Zafrel sambil kedua tangannya diletakkan diatas meja lalu matanya merenung wajahku lembut.
Kemeja lengan panjang berwarna putih telah dilipat sampai ke siku, tali leher juga, telah dibuka, walaupun rupanya tidak sekemas pagi tadi, tapi entahlah, auranya membuatkan aku sedikit tenang.
"awak tak faham, sebab awak jarang kalah, betul kata awak, saya ni tak layak pun dalam bidang ni, careless. " ucapku perlahan, emosi ke terusik, aku kecewa dengan prestasi sendiri.
"awak, dengar ni, any smart enough to pass a test is smart enough to know to fail it,semua orang pernah gagal, dan kegagalan awak ni, bukan gagal yang tak boleh diperbetulkan,kalau awak rasa anak guam awak layak, awak boleh lawan balik. " ucap Zafrel lembut.
Kata-katanya sedikit sebanyak memberi aku semangat untuk bangun,
"come" ujar Zafrel lalu menghulurkan tangannya kepadaku.
"nak pergi mana? Nak balik? " soalku kepada Zafrel,
"nope, jomlah, untuk isteri saya" katanya sambil tersenyum.
BERSAMBUNG...
P/s:hallu! Macam mana? Ok ke? Sebenarnya, sis nak smbung lagi tp, tkpelah, haha, saja nak bagi tergantung sikit, jmp dekat chap34! Enjoy reading semua! Jgn lupa vote, komen dan share! Yang positive je tau! Syg semua!