Télécharger l’application
30.76% Cinta Gadis Kafe / Chapter 4: Anak Taat

Chapitre 4: Anak Taat

Gabriel meletakkan beg kerjanya di atas kerusi. Tali leher yang mencengkam leher sepanjang hari dilonggarkan. Terasa dirinya kembali bernafas. Dia melepaskan lelah di atas kerusi empuk yang ada di dalam kamar. Sejenak matanya terpejam. Bunyi ketukan di pintu bilik menganggu ketenteraman Gabriel seketika.

"Masuk!" Kata Gabriel.

Mata Gabriel separa terbuka. Dari hujung mata, dia dapat melihat Maggie menghampiri dirinya.

"Gab lepas makan malam Mama nak jumpa. Nak bincang sikit katanya." Kata Maggie.

Gabriel menjeling ke arah Maggie.

"What for?" Tanya Gabriel sedikit dingin. Sebut saja nama ibu mereka, terus angin dia berubah.

"As usual. You know that better. Just to be careful, please don't push yourself to the limit." Pesan Maggie.

Gabriel mengeluh kecil. Tidak hilang penat di tubuh, mindanya pula yang lelah memikirkan perkara yang akan dibincangkan oleh ibu mereka.

"Thanks." Ucap Gabriel ringkas. Maggie memandang Gabriel dengan rasa simpati.

"You know bro. I'm always on your side. So, if you don't like it just say it. I will support you." Kata Maggie lagi.

Gabriel tersenyum mendengar kata-kata semangat dari Maggie. Yaa...Dalam rumah ini hanya Maggie dan Carl yang boleh Gabriel harapkan. Untuk dirinya, Maggie sanggup lakukan apa saja.

"Thanks again. I will remember that." Ujar Gabriel lagi. Kemudian, Maggie keluar meninggalkan diri dia melayani perasaan yang semakin bercampur-baur.

Gabriel menghampiri meja makan. Semua ahli keluarganya sudah bersedia di tempat masing-masing.

Carl tidak lekang dengan telefon bimbitnya. Mungkin berbalas mesej dengan Eliza ataupun dengan kenalan perempuan yang Gabriel sendiri tidak kenal.

Carl kembali menyimpan telefon bimbitnya ke dalam saku seluar apabila Gabriel mula mengambil tempat di sebelahnya. Memang itulah selalunya tempat Gabriel apabila bersantap.

"Memandangkan semua dah ada, jom kita makan." Kata Carl memecah suasana.

Melihat wajahnya yang ceria Gabriel tahu Carl sudah tidak sabar untuk menikmati semua hidangan di depan matanya. Macam budak kecil. Desis Gabriel.

Gabriel membacakan doa makan tanpa bantahan. Syukur dengan rezeki yang ada, dia meneruskan santapan.

"Kenapa tegang sangat suasana kat meja makan ni?" Bisik Carl kepada Gabriel.

Gabriel menjongketkan bahu. Tidak mahu melayani mulut kepoh Carl.

"Selepas makan ni, pergi ke bilik kerja papa. Ada sesuatu yang kami nak bincangkan." Arah Puan Sheryl. Tiada kelembutan dalam nadanya.

Mendengar kata-kata Puan Sheryl membuatkan makanan yang Gabriel kunyah terasa kesat umpama mengunyah pasir dan batu di dalam mulut. Terus mati selera dibuatnya.

"Mama, can we talk about this later? Give him some spaces. No need to rush this thing and I already talked to Gab. Poor brother to have listen every single thing you want him to do." Ucap Maggie sambil meletakkan garfu dan sudu di tepi tanda dia meluat dengan kegopohan ibu mereka. Nadanya sedikit keras seakan protes tindakan Puan Sheryl.

"Maggie! Jangan biadap dengan mama." Ayah mereka mula bersuara.

Gabriel memandang Maggie dengan rasa penuh simpati. Maggie hanya ingin membantu tetapi adiknya pula yang dimarahi.

Maggie ingin bersuara lagi tetapi Gabriel terus memberi isyarat kepadanya untuk berdiam diri.

"Don't worry. I'm not running away. So please, can we eat now?" Setelah Gabriel berkata seperti itu, riak wajah ayah berubah kembali tenang. Ibu pula, jangan ditanya. Saban hari Gabriel melihat ekspresi wajah itu. Wajah yang tidak akan tunduk pada perintah sesiapapun. Gabriel sudah lali dengan riaksi wajah Puan Sheryl. Tidak tahu pergi ke mana kelembutan wajah seorang ibu yang dia idam-idamkan. Pastinya, ibu mereka bukanlah orangnya.

Suasana di dalam ruangan pejabat mini milik Tuan Justin kembali tegang. Carl sudah termenung kaku di kerusinya sendiri. Maggie pula merengus menahan sabar. Gabriel merenung tepat ke arah wajah ayahnya, Tuan Justin. Puan Sheryl tetap tenang dengan wajahnya yang ketat.

Pada mulanya hanya dia, Puan Sheryl dan Tuan Justin yang berada di dalam bilik itu tetapi setelah didesak akhirnya mereka berlima berada sekali di dalam satu bilik. Masing-masing terkedu memikirkan masalah yang boleh merubah kehidupan seseorang.

"What nonsense, you are talking about?" Tanya Gabriel. Nadanya sudah naik satu oktaf.

"Abang, perkara ni bukan main-main. Abang dah fikir masak-masak? Jangan kerana harta abang sanggup gadaikan kebahagian anak abang." Luah Carl cuba membantu Tuan Justin menimbal kembali keputusannya.

"Ini muktamad. Ini bukan soal harta tapi soal janji yang telah terpateri antara kami." Tegas Tuan Justin.

Gabriel tidak percaya dengan kata-kata Tuan Justin. Dia tahu ibubapanya, pasangan yang materialistik mana mungkin tidak menitik beratkan soal wang ringgit dalam membuat keputusan.

"Gab tetap tak bersetuju. Papa, kita semua kenal Adelle macam mana. Papa sanggup tengok Gab hidup seumur hidup dengannya, makan hati berulam jantung?" Bantah Gabriel.

Jujur dia kata, dia tak sanggup mempunyai isteri seperti Adelle. Terlalu bebas dan bila-bila masa saja perempuan itu boleh berlaku curang dengannya. Pakaiannya pula usah dikata.

Tidaklah Gabriel mengharap wanita yang didampinginya seorang yang alim dan bertudung litup. Kalau dia dianugerahkan wanita seperti itu syukurlah dia sebagai seorang lelaki tetapi jika tidak sekurang-kurangnya wanita itu berbudi bahasa serta sopan penampilannya. Perempuan yang bernama Adelle tetap bukan dalam senarai calon isterinya.

"Yalah, abang. Saya rasa, Adelle seorang yang sangat extreme untuk Gabriel. Mungkin ada calon lain yang lebih sesuai untuk Gabriel," jawab Carl cuba membantu tetapi jawapan itu mengundang pandangan maut dari Gabriel.

Tiba-tiba menegang bulu roma Carl. Jelingan Gabriel memang betul-betul buat Carl tak senang duduk.

"Err...mungkin anak Dato' Gilbert or Tan Sri Melcom?? Mungkin..." Terus kata-kata Carl mati di situ bila terasa panahan mata Gabriel semakin mencucuk-cucuk.

"Macam yang papa cakap. Ini bukan soal harta syarikat atau apa tetapi hubungan yang cuba kami jalinkan sejak dulu lagi. Baru sekarang kami diberi peluang untuk satukan dua buah keluarga. Kalau Gab masih berkeras, papa tak ada pilihan selain mengahwinkan Maggie dengan Brad, abang kepada Adelle." Ujar Tuan Justin sambil matanya memandang ke arah Maggie pula. Raut wajahnya begitu serius hingga semua yang berada di dalam bilik itu hilang kata-kata seketika.

"Apa yang papa merepek ni? Brad tu duda anak satu. Beza umur dia dengan Maggie hampir 10 tahun." Bantah Gabriel.

Tuan Justin sudah gila pada fikiran Gabriel. Sanggup dia menjodohkan anak-anaknya sesuka hati tanpa memikirkan kesan mental yang diterima oleh mereka kemudian hari. Alasan kalau bukan kerana harta dan wang ringgit.

Wajah Maggie kelihatan pucat sedikit apabila namanya pula menjadi topik utama.

"Pilihan semua atas kamu Gabriel. Kalau kamu tidak mahu Maggie dikorbankan kamu kena ikut kata papa. Selain daripada itu, papa tak nak dengar. Any negotiates is over." Setelah itu Tuan Justin terus beredar dari bilik itu.

Dia tahu, Gabriel akan patuh dengan perintahnya kerana Gabriel terlalu sayangkan adik perempuannya. Gabriel bukan seorang yang pentingkan diri sehingga sanggup melihat adik perempuannya berkahwin dengan lelaki duda anak satu dan mempunyai perbezaan umur yang ketara walaupun Brad masih di peringkat umur pertengahan 30-an. Tuan Justin tersenyum menang.

Puan Sheryl juga melangkah keluar mengikut suaminya tetapi cepat ditahan oleh Maggie. Tangan Puan Sheryl digapai oleh Maggie

"Mama, apa semua ni? Sanggup mama biarkan kami terseksa berkahwin dengan orang bukan pilihan hati kami. Papa dan mama diberi pilihan untuk berkahwin antara satu sama lain. Tapi kami? Diatur macam boneka? Please maa...this is too much for us." Rayu Maggie.

Matanya mula berair memikirkan pilihan yang ada. Mana-mana pilihan yang diambil tetap tidak menyenangkan hati Maggie ataupun Gabriel. Dia sayangkan abangnya. Dia tidak mahu hidup abangnya merana tetapi dia pun tidak sanggup menggadaikan dirinya sendiri.

"Maggie, for your information. I and your father, we were not married for love match but it's work for us. So, you and Gabriel can do better. Trust me." Kata Puan Sheryl bersahaja lalu meninggalkan mereka bertiga kaku tidak berkutik.

Carl melihat keadaan anak-anak saudaranya dengan perasaan yang simpati. Dia menghampiri tubuh Maggie dan menggosok perlahan bahu Maggie seolah bagi kekuatan kepada anak saudara perempuannya itu.

"Bertenang Mag. This is not the end of our life. We still have a time. I will talk to her. She is my sister. I know her, she will listen to us." Lirih Carl memujuk tetapi di sudut hatinya dia tahu sangat sukar untuk mengubah keputusan kakak dan abang iparnya. Sheryl bukan lagi seorang kakak yang dia kenal seperti dahulu sebelum berkahwin dengan Justin.

"Carl, aku masuk bilik dulu. Nak rehat." Gabriel terus melangkah keluar. Kepalanya sakit memikirkan permintaan ibubapanya yang semakin hari semakin memberat dan tidak masuk akal.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C4
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous