Télécharger l’application
58.82% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 50: Saya Boleh Handle

Chapitre 50: Saya Boleh Handle

PINTU bilik Mellisa dibuka dari luar dan Ashley meluru masuk. Mellisa yang sedang berbaring di atas katil terus memandang ke arah Ashley. Mellisa kelihatannya sedang membaca majalah.

"Mellisa, kau yang sebarkan khabar angin pasal saya suka Kenzie kah?" tanya Ashley.

Mellisa bangun dari perbaringan dan dia memandang Ashley dengan pandangan mengejek. "Kenapa? Bukan khabar angin itu betul kah?"

Ashley terdiam sambil terus memerhati Mellisa. "Jadi betullah yang kau yang mulakan semua ni? Kau yang sebarkan khabar angin itu..."

Mellisa berjalan dan duduk meja solek. Dia memeriksa bayangannya di cermin. "So what?"

Ashley menggetap bibirnya. "Kenapa, Mel?? Kenapa kau bagi tahu orang lain? Saya ingat kau boleh simpan rahsia saya."

"Rahsia kau... Kenapa kau tidak simpan sendiri?" Mellisa membalas pula dengan suara sinis.

"Kau adalah bestfriend saya, Mel... Of course saya akan bagi tahu kau. Cuma.... Kenapa kau buat begini?"

Mellisa terus menoleh kembali ke arah Ashley. "Of course kita ni bestfriend. Tapi sebelum yang sekarang. Saya rasa tiada guna lagi untuk kita jadi bestfriend."

Ashley terdiam. Lama dia memandang Mellisa, mahu mencari tahu, bagaimana Mellisa boleh berubah begitu cepat.

Mellisa mendekati Ashley. Dia berpeluk tubuh dan berkata," Dengar, Ashley. Saya suka Kenzie. Macam kau juga. Dan saya juga mahu Kenzie jadi milik saya. So, of course saya tidak akan mengaku kalah dari kau begitu saja...."

Mendengar pengakuan Mellisa itu membuatkan Ashley merasa ingin ketawa.

Ketawa kecil namun sinis dan penuh cemuhan diberikan oleh Ashley kepada Mellisa. "Kau tidak kenal siapa Kenzie, Mellisa. Kau tidak tahu perangai Kenzie seperti apa. Kau tidak akan pernah dapat memenangi hati dia."

"Apa bezanya kau dengan yang sekarang? Kau pun tidak dapat dia juga," balas Mellisa.

Ashley tersenyum kecil. Dia cuba untuk bertenang. "Saya mahu bersama dia atau tidak, itu tergantung pada saya. Lagipun, saya sudah cukup gembira bila nampak dia dari jarak jauh. Saya tidak pernah teringin lebih dari sekadar itu. Dan kau, Mellisa... Saya nak tengok sejauh mana kau boleh menangkan hati dia."

Mendengar kata-kata Ashley itu membuatkan Mellisa menjadi berang. Dia mahu membuatkan Ashley marah namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

"Keluar kau dari sini. Jangan pernah datang lagi." Mellisa terus menunjukkan jari telunjuk dia ke arah pintu.

Ashley tersenyum sinis ke arah Mellisa apabila dia mendengar arahan itu. Anak matanya merenung dengan tajam, seperti seekor singa yang sedang memerhati mangsanya.

Jantung Mellisa terasa berhenti berdegup. Mellisa tidak pernah melihat Ashley yang begini. Renungan itu cukup membuatkan Mellisa merasa gugup.

"Kau ingat, Mellisa. Kalau saya tak dapat dia. Kau pun jangan harap boleh dapatkan dia."

Usai berkata, Ashley terus keluar dari bilik Mellisa. Dia keluar dari rumah Mellisa dan kembali ke rumahnya.

Mellisa yang masih di dalam biliknya menjadi semakin berang. "Tak guna!!"

================================

ASHLEY sedang menulis di bukunya apabila ada tiga orang pelajar perempuan berjalan mendekatinya.

Ashley tidak mengangkat wajahnya untuk melihat siapakah yang datang. Dia sudah tahu; mereka ialah Georgia, Anny dan Felicia.

"Hei, Ashley. Kau apa khabar? Nampaknya kau makin popular pula, kan?" kata Georgia. Dia berpeluk tubuh menghadap Ashley sambil tersenyum sinis.

"Kami dengar kau suka dengan Kenzie. Patutlah kau tak nak kami pergi ke dewan untuk tengok dorang latihan hari tu. Rupanya, kau nak bolot Kenzie seorang diri pula ya?" kata Anny pula.

"Sekarang ni, Kenzie sudah abaikan kau. Apa kau rasa lepas kau sebarkan khabar yang kau abaikan dia?" kata Felicia pula.

Ashley mengabaikan mereka. Dia hanya meneruskan menulis di atas buku.

Melihat Ashley tiada reaksi, Georgia dan kawan-kawannya menjadi marah. Georgia terus mengambil pen yang ada di tangan Ashley dan membuang ke lantai.

Anny terus menendang pen itu jauh.

Ashley mengeluh tapi dia masih tidak mahu memandang ke arah tiga orang. Ashley mengambil pen lain dan mula menulis lagi.

Georgia semakin geram. Dia mengambil pen itu lagi dan dia membuang pen itu ke luar. Tidak cukup dengan itu, Georgia mengambil buku Ashley dan membuangnya ke luar jendela.

Ashley memandang buku itu terbang melayang di luar. Kini, dia tidak boleh tahan dan dia terus menjeling Georgia dengan pandangan geram.

Tangannya yang ada di atas meja digepalkan untuk menahan dirinya daripada melampiaskan marahnya.

"Nak cuba abaikan kami? Perempuan tak tahu diri!" kata Georgia. Dia menolak kepala Ashley dengan kasar.

Anny dan Felicia hanya ketawa mendengarnya.

Rakan sekelas mereka yang lain mula memandang ke arah mereka apabila mendengar suara Anny dan Felicia ketawa seolah-olah tidak ingat dunia.

Ashley tidak bercakap apa-apa. Dia hanya berdiri dan bergerak ke pintu. Ashley mahu mengambil kembali buku dan pen dia yang dibuang.

Baru saja setapak Ashley berjalan, kakinya tersadung menyebabkan Ashley terjatuh ke lantai.

Kali ini seluruh pelajar di kelas mentertawakan Ashley.

Mellisa yang sedang memerhati dari tempat dia duduk, hanya tersenyum sinis melihat keadaan Ashley. Tapi Mellisa langsung tiada niat mahu menolong Ashley.

Felicia yang menyebabkan Ashley tersadung tadi semakin galak mentertawakan Ashley. "Awww, dia jatuh. Kesian."

Ashley berdiri dan dia terus memandang Felicia dengan tajam. Tapi dia masih diam saja. Ashley terus berjalan ke luar kelas.

"Dasar perempuan tak tahu diri," kata Georgia. Anny dan Felicia hanya mengangguk saja mendengarnya.

=============================

DI sebalik pokok-pokok bunga, seorang pelajar perempuan sedang mencari sesuatu.

Ashley menjumpai bukunya yang terjatuh di atas tanah. Dia segera mengambil bukunya itu dan dia membersihkan buku itu dari tanah.

Ashley mengeluh kecil sambil dia mendiamkan diri sekejap. Sudah lama perkara buli ini terjadi pada dia tapi Ashley masih bertahan. Dia juga tidak memberitahu bapa dan Momy tentang perkara ini.

Setitik air mata jatuh ke pipi kanan. Walau sekuat mana pun Ashley, dia juga seorang manusia biasa yang boleh menangis.

"Ash?"

Dengan cepat, Ashley mengelap air matanya yang masih mengalir. Dia menoleh ke arah suara itu dan melihat Eden sedang berdiri di belakangnya.

Ashley terus berdiri dan menunduk, memandang kakinya sendiri. Ashley tidak mahu Eden tahu yang sebenarnya dia sedang menangis tadi.

Eden mendekati Ashley. Dia melihat mata Ashley sedikit merah kerana kesan menangis tadi. Dia meletakkan sebatang pen yang ada di tangannya ke atas buku yang dipegang oleh Ashley.

"Ini kau punya kan? Saya jumpa sana tadi."

Ashley mengambil pen itu. Dia memandang ke arah Eden. Mata yang yang bulat dan indah itu memandang Eden.

Eden terkedu melihat mata itu. Meskipun mata itu menyembunyikan perasaan sedih, melalui mata itu Eden dapat melihat perwatakan Ashley yang sabar saja.

"Kau kena buli lagi kan? Sampai bila kau nak macam ni? Lebih baik kita laporkan ke bilik disiplin---"

"Terus bapa saya terpaksa dipanggil ke sekolah sebab masalah ni? Tak perlu, Eden. Saya masih boleh handle masalah ni sendiri," kata Ashley pula.

"Jangan degil, Ashley. Kau nak handle macam mana kalau keadaan kau macam ni? Tiada yang..."

Ashley terus memandang Eden dengan pandangan tajam. "Eden, saya sudah bagi tahu kau banyak kali, kan? Kau tak perlu masuk campur urusan saya... Saya tidak mahu kawan-kawan kau fikir yang kau ni..."

Eden kembali memotong ayat Ashley. Dia berkata, "Kau masih nak fikir pasal orang lain walaupun keadaan kau macam ni? Don't be so stupid, Ash...!!"

Ashley mendiamkan diri. Dia kembali menunduk.

Eden mengeluh dengan sikap Ashley. Dia meramas rambutnya seolah-olah dia stress. Dia mahu menolong Ashley, sungguh, dia mahu menolong dia.

Tapi Ashley selalu menolak tawaran dia dan terus menghindar dari Eden. Eden tidak tahu hendak berkata apa lagi kerana Ashley memang keras kepala.

Eden sendiri yang sakit hati dengan sikap Ashley yang terus mengabaikan Eden. Macam mana saya nak tolong dia kalau dia nak buang semua orang yang mahu tolong dia? Gumam Eden dalam hati.

Ashley mengangkat wajahnya untuk memandang Eden. Baru saja dia ingin membuka mulut, ingin mengatakan sesuatu, Ashley berhenti dan dia memandang ke belakang Eden.

Eden melihat Ashley ingin mengatakan sesuatu namun dia berhenti. Bila sedar Ashley sedang memandang seseorang, Eden juga memandang ke belakang dia.

Terkejut Eden melihat Bryend sedang berdiri sambil memandang mereka. Tiada pun rasa kelembutan di wajah Bryend, yang ada cuma wajah yang serius dan menggerunkan. Senyuman ceria yang selalu menghiasi wajah Bryend sudah hilang digantikan dengan bibir Bryend yang datar tanpa segaris senyuman, kecil pun tiada.

Mata Ashley bersinar sekejap melihat Bryend. Entah kenapa dia rindu pula mendengar suara Bryend yang ceria dan kuat, yang selalu memanggil namanya jika Bryend terserempak dengan Ashley.

"Bryend... Kenapa kau ada di sini?" tanya Eden.

Bryend hanya memandang Eden dalam sesaat sebelum dia memandang ke arah Ashley lagi. Tidak lama, bibir Bryend berubah bentuk, hujung bibirnya melengkung ke atas, membentuk segaris senyuman.

Tapi itu bukan senyuman yang sering Ashley lihat. Malah senyuman itu lebih kepada senyuman sinis.

Ashley terkesima. Dia tidak pernah melihat Bryend yang seperti ini, dan tentunya, Ashley belum bersedia melihat semua perubahan ini.

Bryend berlalu dari sana dengan pandangan sinis dan penuh makna tersirat. Macam dia berkata 'Oh, jadi lepas Kenzie. Kau pindah pada Eden pula?'

Ashley mahu memanggil Bryend lagi tapi mulutnya tidak terbuka. Jadinya, dia hanya mampu memandang bayangan Bryend pergi dari sana.

Eden juga tidak menahan Bryend dan hanya memandang lelaki itu pergi. Sejak dari yang mereka mendengar tentang khabar angin itu, Bryend berubah seratus peratus dan tidak lagi bercakap dengan sesiapa. Termasuk kawan-kawannya yang paling rapat.

Eden memandang ke arah Ashley. Wajah Ashley kini menjadi lebih sedih dari yang tadi. Tiba-tiba, Eden merasa sakit seperti dicucuk jarum di dalam hatinya.

Eden tidak suka melihat Ashley bersedih. Dia tidak pernah melihat Ashley yang sedih begini, jadi bila Ashley bersedih begini, mahu saja dia menarik Ashley dan memeluk dia.

"Sudah. Jangan bersedih lagi. Baliklah ke kelas. Kalau cikgu nampak kau tiada, nanti kau kena denda pula."

Ashley hanya mengangguk lalu dia berjalan pergi meninggalkan tempat itu. Eden memandang Ashley sehingga hilang dari pandangan.

Eden mengeluh untuk kali terakhir lalu dia pun berlalu pergi dari tempat itu.

Tidak jauh dari sana, dari sebalik pokok yang besar, seorang pelajar lelaki dengan wajah dingin hanya berdiri di sebalik pokok itu dengan seribu perasaan yang singgah di hatinya. Kelibat lelaki itu terlihat hanya berdiri dan menyeluk poket seluarnya.

Kenzie melihat Ashley sedang mencari buku dan pen dia tadi. Kenzie tiba-tiba rasa ingin mahu menolong Ashley tadi tapi bila Eden datang, dia hanya mampu bersembunyi di sebalik pokok itu saja.

Kenzie juga ikut mengeluh. Dia pun berlaku dari sana. Berharap boleh melupakan apa yang dia nampak.

====================

ASHLEY masuk ke dalam kelas setelah dia mengambil buku dan pen yang dibuang ke luar.

Ketika dia sampai di tempat duduknya, Ashley melihat semua beg dan alat tulis dia yang lain tiada di mejanya.

Terus saja tangannya digenggam, meninggalkan kesan kuku di tapak tangannya.

"Kalau sudah sampah tu, mana lagi tempat dia kalau bukan tong sampah!" Terdengar suara Felicia bercakap.

Terus saja kawan-kawan dia yang lain ikut ketawa.

Mendengar itu, Ashley menjadi semakin marah namun dia cuba untuk bersabar. Genggaman tangannya semakin digenggam. Ashley terus keluar dari kelas itu untuk mencari barang-barang dia di tong sampah di luar.

Ashley tidak menjumpai beg dia di tong sampah di luar kelas. Takkan dorang buang beg saya di tong sampah besar di belakang sekolah? Takkan saya pergi begitu lama sampai dorang sempat nak pergi buang ke sana?

Ted yang dari tadi memandang Ashley hanya mampu mengeluh. Dia mahu menolong Ashley namun Mellisa memberikan amaran awal-awal kepada Ted supaya dia tidak menolong Ashley.

Kalau tidak, Mellisa akan berbuat lebih teruk dari apa yang Mellisa lakukan kepada Ashley sekarang.

Ted mengeluh lagi. Dia terus melentokkan kepalanya ke atas meja dengan kedua-dua tangannya sebagai 'bantal'.

Ted buntu. Dia tidak tahu bagaimana mahu menolong Ashley.

============================

PADA waktu rehat itu, Ashley tidak pergi ke kafe atau ke mana-mana yang ramai orang. Sebab dia tahu kalau dia ke sana, orang-orang yang tidak menyukai dia akan membuli Ashley.

Jadi Ashley hanya pergi ke tepi padang, jauh dari pandangan orang ramai. Ashley baru tahu ada sebatang pokok yang besar di sana. Tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tempat berehat.

Selagi tiada orang yang menganggu Ashley di sana, Ashley akan pergi ke sini setiap kali masa rehat dan menikmati saja makanannya di sini.

Sunyi?

Ya, memang Ashley tidak dapat menafikan yang dia rasa kesunyian, lebih-lebih lagi bila sekarang Mellisa juga mengabaikan dia. Tapi mahu buat macam mana...

Sedang dia duduk makan, Charles datang ke sana dan duduk di dekat Ashley. Di tangannya juga ada makanan tengah hari.

Ashley hanya diam dan memandang Charles.

Charles menyerahkan sekotak minuman kepada Ashley. Minuman itu berperisa oren.

Oh, ya.. Hari ini ialah hari Selasa. Minuman yang akan dorang minum ialah perisa oren.

"Minuman ni untuk kau."

Ashley hanya memandang minuman itu dan memandang Charles dengan pandangan kosong.

Charles tidak peduli dengan pandangan Ashley. Dia membuka plastik makanannya dan mula makan. Pandangannya dilontarkan ke tengah padang.

"Patutlah kau suka datang ke sini. Pemandangan padang dari arah sini pun cantik juga, ya?" Charles mula bercakap sambil memakan makanannya.

Ashley hanya memandang Charles. Setelah lama memerhati, Ashley juga mula memakan makanannya.

"Kau tahu, saya rasa dorang tak patutlah buat kau macam ni. Kau pun mangsa keadaan juga. Tak patut Bryend abaikan kau macam ni. Tapi, dia langsung tidak mahu dengar cakap kami."

Ashley tersenyum hambar mendengar kata-kata Charles.

"Saya tidak salahkan kau dalam hal ni, Ashley. Meskipun kau yang buat hal begini jadi. Tapi saya tengok Eden selalu tolong kau. Maksudnya, bukan kau yang mulakan semua ni."

"Dalam semua masalah, hanya Eden saja yang selalu betul. Apa yang dia pilih, selalunya akan betul. Jadi, sekarang benda sudah jadi macam ni... Saya rasa saya nak percaya dengan Eden saja dan tentulah saya percayakan kau..."

"Cuma, keadaan sekarang ni, susah untuk saya tolong----"

"Saya tidak minta kau tolong saya, Charles. Saya juga tidak minta Eden tolong saya. Saya cuma mahu korang jangan hirau pasal saya." Ashley terus memotong percakapan Charles dan tentunya apa yang dia cakap itu membuatkan Charles terdiam. "Anyway, terima kasih sebab percayakan saya."

"Kau memang nak surrender saja begini? Kenapa kau tidak melawan saja? Kalau kau melawan dorang tidak akan layan kau begini," kata Charles pula.

"Dorang akan buat lebih teruk dari yang ini kalau saya melawan. Lagipun, apa yang dorang buat ni belum teruk lagi."

Charles kembali terdiam. Dia tidak tahu hendak bercakap apa lagi pada Ashley.

Setelah Ashley siap makan, Ashley meminta diri dari Charles untuk pergi. Charles hanya memandang saja Ashley pergi.

Charles sedar yang Ashley tidak lagi seerti dulu. Tidak banyak bercakap dan tidak tersenyum. Semua imej Ashley yang pernah Charles nampak sebelum ini hilang. Digantikan dengan imej baru, yang lebih menyedihkan dari sebelum ini.

"Oh, dia lupa minuman dia." Charles mengambil kotak minuman yang dia bagi tadi. Terdengar bunyi keluhan yang keluar dari mulutnya.

=========================

DI perkarangan sekolah, seorang pelajar yang kelihatan agak samseng berjalan masuk. Dia berhenti di depan bangunan sekolah.

Dengan senyuman kecil, dia memandang bangunan sekolah itu.

Rambut pelajar ini sangat pendek ala-ala rambut lelaki namun bila dia bercakap, rupanya seorang perempuan.

"Hermm... Akhirnya, saya kembali ke sini juga."


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C50
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous