Télécharger l’application
57.64% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 49: Invisible

Chapitre 49: Invisible

KRINGG! KRINGG!!

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah habis. Semua pelajar pun berpusu-pusu keluar dari kawasan sekolah.

Eden berjalan bersama dengan Jeremy. Ketika mereka tiba di tempat letak basikal.

Di sana ada Kenzie, Steven dan Charles. Mereka juga mahu keluar dari kawasan sekolah.

Bila melihat Eden dan Jeremy, tiga orang lelaki itu menoleh ke arah mereka.

Eden dan Jeremy tidak banyak cakap dan terus menuju ke basikal mereka.

Tidak lama kemudian, Bryend, Herry dan Jared juga tiba di sana.

Bryend berhenti tidak jauh dari basikal Kenzie. Dia memandang Kenzie dan Kenzie juga memandang ke arah Bryend.

Bryend mendengus geram sebelum dia bergerak ke basikalnya. Dia membuka rantai basikalnya dan mengayuh basikalnya keluar dari kawasan sekolah.

Bryend tidak pun bercakap dengan kawan-kawannya bila dia pergi. Dia hanya melayan mereka macam angin saja.

"Tsk, tsk, tsk! Bryend betul-betul marah lah. Tengok, sampai dia tak nak tengok kita pun," kata Charles pula, memandang kelibat Bryend yang sudah jauh.

"Entah Bryend ni... Dia terkesan sangat pasal khabar angin tu... Sejak dia dengar khabar angin tu, sikit pun dia tidak buka mulut. Mahu senyum pun tidak," kata Jared pula.

"Bryend kan suka dengan Ashley...Lepas dengan khabar angin tu, siapa yang tidak marah. Memanglah dia akan bertingkah macam tu... Saya kan sudah cakap, Ashley tu bukan macam yang korang fikir. Nanti lama-lama dia akan berubah. Sekarang tengok, apa dia buat dengan kita... Dengan Bryend?" Jeremy meluahkan rasa tidak puas hati dia.

Semua orang memandang ke arah Jeremy.

"Apa benda yang kau merepek ni, Jeremy?" kata Herry pula.

"Saya tak merepek, okey. Saya cakap benda yang betul..."

"Ashley bukan macam itu, Jeremy. Saya rasa ini semua bukan berasal dari Ashley," kata Eden dengan suara biasa. Entah kenapa dia merasa geram bila Jeremy berkata begitu tentang Ashley.

Jeremy menoleh ke arah Eden pula. "Kau ada bukti kah yang Ashley tidak buat semua ni? Semua orang cakap yang Ashley tu cuma gunakan Bryend untuk dekati Kenzie. Kita semua tahu Bryend suka dengan Ashley--"

"Kalau Ashley suka dengan Kenzie, dia tidak akan buat Bryend begitu. Lagipun, kau juga tidak ada bukti yang Ashley yang cakap semua tu. Kau cuma dengar dari mulut orang," balas Eden pula.

Dia terus menatap Jeremy dengan pandangan yang tajam.

Jeremy pula yang terdiam melihat Eden begitu. Tidak pernah dia melihat Eden begitu marah hanya kerana mereka membahas tentang sesuatu masalah.

Semua kawan mereka juga hanya memandang perbalahan diantara mereka. Suasana menjadi semakin panas bila Eden dan Jeremy masing-masing tidak mahu mengalah dan saling berpandangan.

"Eih, dahlah korang.. Ini pun mahu bergaduh. Sekarang ni, kita kena cari tahu macam mana cara nak pujuk Bryend. Nampak gayanya, dia tidak rela Ashley suka dengan Kenzie," Steven pula memotong perbalahan diantara Jeremy dan Eden.

"Saya tak mahu terlibat. Lagipun, bukan saya yang cari masalah. Sudah perempuan tu yang mula dulu. Kenapalah dia sebarkan khabar angin begitu," balas Kenzie pula. Selamba saja wajah dia bila bercakap begitu.

"Kenzie..."

"Apapun yang orang nak cakap. Ashley suka saya atau apa-apa. Saya tak mahu ambil kisah. Saya tidak pernah buat apa-apa pun, tiba-tiba khabar angin ni jadi begini," Kenzie memotong ayat Steven sebelum sempat Steven menghabiskan ayatnya. Jelas, suaranya menunjukkan yang dia tidak senang dengan khabar angin itu.

"Oh, jadi kau nak salahkan Ashley, begitu?" kata Charles pula.

"Dah semua orang cakap dia yang mulakan khabar angin ni..." Jeremy membalas.

Semua orang berhenti bercakap bila mereka mendengar langkah kaki seseorang. Semua mereka menoleh ke arah suara itu datang.

Mellisa yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka, hanya tersengih sambil melambai kecil ke arah para lelaki itu. "Sorry, tumpang lalu..."

Mellisa mendekati basikalnya sambil diperhatikan oleh 7 orang lelaki itu.

"Mellisa, kau dengan Ashley bestfriend, kan? Apa kata kau cakap pada Ashley, supaya dia berperangai elok sikit," kata Jeremy.

"Jeremy..." Eden menegur Jeremy. Namun kata-katanya hanya dibalas dengan renungan tajam milik Jeremy.

Mellisa yang mahu membuka rantai basikalnya memandang ke arah Jeremy.

"Hah? Ashley.. Kenapa dengan Ashley?"

Semua lelaki itu mendiamkan diri.

Mellisa tahu apa yang Jeremy katakan tadi. Dia menunduk sedikit dengan wajahnya yang mula menunjukkan sedikit rasa sedih.

"Oh, itu... Korang pun ada dengar kah?? Pasal itu.... Saya, saya nak minta maaf pada korang bagi pihak Ashley... Dia tidak----"

"Kau tak perlu minta maaf. Bukan kau yang buat. Cukup lah sekadar bagi tahu Ashley, jangan buat hal lagi." Kenzie tidak membenarkan Mellisa menghabiskan semua ayatnya. Dia segera naik ke basikalnya dan pergi dari sana. Wajah Kenzie sangat serius dan lebih serius dari yang sebelum ini.

Steven terus mengejar Kenzie. "Kenzie, tunggu!!"

"Saya pun pergi dulu! Bye!" Charles naik ke basikalnya dan mengejar Kenzie dan Steven.

Mellisa hanya memandang tiga orang lelaki itu pergi. Matanya kembali memandang ke arah empat orang lelaki yang masih ada di sana.

"Saya pun dah nak balik. Saya malas nak fikir pasal benda ni. Semua tak masuk akal!" kata Jeremy. Dia terus mengayuh basikalnya pergi.

Herry dan Jared saling berpandangan lalu mereka mengikuti Jeremy.

Tinggallah Mellisa dan Eden di sana. Mellisa hanya memandang Eden.

"Saya tak tahu kenapa Ashley buat begitu. Saya.."

"Berhenti. Saya tak mahu dengar kau cakap apa-apa." Eden terus mengangkat tangannya untuk menahan Mellisa daripada bercakap apa-apa.

Mellisa berhenti bercakap. Matanya hanya memandang Eden. "Kalau macam tu, saya pergi dulu."

Mellisa baru saja naik ke atas basikalnya bila terdengar suara Eden lagi.

"Kau tidak tunggu Ashley? Kau kan bestfriend dia?"

Pertanyaan itu membuatkan Mellisa terkedu. Lama dia mendiamkan diri sebelum dia memandang kembali ke arah Eden. Dengan senyuman manis, dia berkata, "Saya ada hal di rumah. Jadi, saya pergi dulu."

Mellisa terus naik ke basikalnya dan berlalu. Sepanjang perjalanan ke rumah, senyuman lebar dan penuh makna jahat sentiasa menemani Mellisa.

Mellisa ada dengar perbualan diantara Kenzie dan kawan-kawannya. Dia melihat bagaimana reaksi Bryend terhadap khabar angin itu dan dia juga melihat macam mana reaksi Kenzie dan kawan-kawannya terhadap Ashley.

Mellisa puas hati dengan cara Jeremy bercakap tentang Ashley.

Kau tunggu, Ashley. Ini baru saja permulaan. Saya masih ada banyak kejutan untuk kau...

=====================

EDEN naik ke basikalnya. Kali ini, dia hanya seorang diri saja sebab kawan-kawannya yang lain sudah pun pulang lebih awal. Eden mahu pergi tapi dia dua hati, antara mahu pulang atau tidak.

Eden menoleh ke arah satu basikal yang masih ada di tempat letak. Eden tahu basikal itu milik Ashley.

Ashley belum pulang?

Dia ke mana?

Bila dia mahu pulang?

Eden berfikir sama ada dia harus pulang atau menunggu saja Ashley. Eden tahu khabar angin itu pasti membuatkan Ashley terkejut.

Eden mengeluh. Dia turun dari basikal dia lagi dan menuju ke bangunan sekolah untuk mencari Ashley.

============================

ASHLEY diam dan dia memandang mejanya. Dia tidak tahu hendak memberi reaksi apa. Dia mahu marah tapi pada siapa, dia tidak tahu siapa yang melakukan perkara ini padanya.

Meja Ashley kini penuh dengan sampah-sarap. Buku, alat tulis dan beg Ashley semuanya bertaburan di atas meja. Beberapa buah bukunya yang terbuka ada kesan tapak kasut, jelas menunjukkan yang pelaku itu menginjak bukunya. Di atas permukaan mejanya ialah perkataan-perkataan yang tidak baik.

Perempuan sundal.

Hodoh.

Tak guna.

B*tch.

Sl*t.

Pergi mati.

Tidak sedar diri.

Sampah masyarakat.

Ashley berdiam diri sambil memandang mejanya untuk beberapa minit.

Tong sampah yang sudah tergolek tidak jauh darinya mula digapai oleh Ashley.

Ashley mula memungut semua sampah-sarap yang bertaburan.

Ashley menyusun semua buku dan alat tulisnya.

Ashley pun keluar untuk membuang sampai itu di tong sampah besar. Ketika Ashley kembali ke kelas, dia melihat Eden sedang berdiri di tepi mejanya. Lelaki itu sedang memandang meja Ashley yang masih ada kesan contengan itu.

Ashley terkejut melihat Eden. Matanya membulat tapi mulutnya tidak bercakap apa-apa. Dia cuma memandang Eden di sana.

Sedar dengan kedatangan Ashley, Eden terus menoleh ke arah Ashley. Lama dia memandang Ashley dan Ashley juga memandang Eden.

Tiada apa-apa yang keluar dari mulutnya.

"Mari pulang sama-sama."

Ashley terkejut lagi mendengar kata-kata Eden itu. "Saya ingat kau sudah pulang. Kenapa kau datang ke sini?"

Ashley menyimpan tong sampah itu di tempat asalnya. Dia sengaja tidak mahu memandang ke arah wajah Eden.

Ashley mengambil kain buruk dan mula membuka contengan pada mejanya namun tulisan itu tidak hilang sebab dakwat pen marker yang digunakan adalah kekal.

Eden mengeluh dengan sikap Ashley. Dia pun mula menolong Ashley untuk menghilangkan semua tulisan itu.

"Kau okey?" Soalan pertama keluar setelah lama mereka mendiamkan diri.

Ashley tidak menjawab. Matanya hanya memandang ke arah mejanya dan tangannya masih mengelap meja itu.

Eden hanya menunggu saja Ashley menjawab soalannya tapi hampa, Ashley tidak berkata apa-apa.

"Ashley, betulkah khabar angin tu? Kau betul-betul suka Kenzie?" tanya Eden.

"Apa gunanya saya jawab soalan tu. Saya jawab ya atau tidak, tiada yang peduli. Khabar angin itu sudah tersebar luas. Siapa lagi yang nak percaya apa yang saya nak cakap."

Eden merenung wajah Ashley.

Wajah Ashley nampak tenang saja. Namun, Eden masih dapat melihat kesedihan di dalam anak mata Ashley.

"Kau boleh beritahu saya. Saya boleh tolong kau selesaikan semuanya."

Tangan Ashley berhenti mengelap mejanya dan dia memandang ke arah Eden. "Kau---Kau akan percaya pada saya?"

Eden mengangguk. "Saya tak kisah dengan semua khabar angin tu. Yang saya percaya adalah apa yang keluar dari mulut kau."

Ashley mengeluh. "Saya--saya tak tahu. Semua orang cakap pasal benda tu...."

"Jadi, betullah kau suka Kenzie?"

Ashley diam. Dia hanya memandang Eden.

Melihat Ashley diam, Eden pun mengangguk kecil. "Betullah kau suka dia. Well, nak buat macam mana. Kenzie memang handsome. Semua perempuan pun suka dia."

"Kau yang sebarkan khabar angin itu?" soal Eden lagi.

Ashley terus menggeleng-geleng. "Saya tidak akan dapat apa-apa kalau saya beritahu orang lain pasal hal ini. Lagipun, saya tahu Senior Kenzie macam mana. Dia tidak akan suka saya buat begini."

Eden tersenyum kecil. Smart girl! Dia tahu perangai Kenzie macam mana...

"So, macam mana orang lain tahu rahsia ni? Kau ada bagi tahu sesiapa kah?"

Ashley memandang ke arah Eden. Dia macam tidak percaya mahu beritahu Eden atau tidak.

"Just tell me. Tiada guna kau berahsia dengan saya. Saya sudah tahu kau memang suka Kenzie. Kau nak takut kenapa?" kata Eden dengan suara tenang. Tidak mahu Ashley merasa terancam dengan dia.

"Saya hanya beritahu seorang saja, Mellisa. Sebab dia bestfriend saya. Tapi saya tidak tahu macam mana orang lain tahu dan tidak tahu siapa yang sebarkan khabar angin ni," kata Ashley, menyerah dengan kata-kata Eden.

Dahi Eden berkerut. Mellisa...??

"Saya sudah sangat berhati-hati supaya tiada pelajar yang tahu. Tapi... Entahlah... Saya tidak tahu kenapa jadi begini."

Eden hanya mendengar kata-kata Ashley. Dalam hatinya, dia memuji Ashley. Meskipun keadaan masih begini dan Ashley sudah dibuli dengan teruk, dia masih boleh bertenang dan tidak menangis atau berteriak kerana marah.

Ashley masih boleh kendalikan perasaan dia walaupun di bawah tekanan tinggi.

"Kau nak buat apa lepas ni?" tanya Eden.

"Entahlah... Saya pun tidak tahu. Saya masih bingung mahu buat apa. Saya bingung kenapa Bryend tiba-tiba jadi begini. Dan sekarang Kenzie juga tidak mahu bercakap dengan saya lagi... Yang lain pun... tak nak bercakap dengan saya."

Eden memerhati saja Ashley. Jelas mata Ashley sudah berair namun dia masih gigih menahan air matanya daripada terjatuh.

Kesian Ashley...

Seterusnya, sepanjang masa mereka membersihkan meja Ashley, mereka hanya mendiamkan diri.

Setelah siap, Eden dan Ashley pun ke tempat letak basikal. Bersama-sama, mereka keluar dari kawasan sekolah. Eden menghantar Ashley seorang diri sehinggalah Ashley sampai ke rumahnya.

Ketika Eden dan Ashley sedang mengayuh basikal mereka, seorang pelajar lelaki muncul dari sebalik tiang bangunan. Dia memandang Eden dan Ashley yang pergi bersama-sama.

Ted mengeluh. "Kesian Ashley.."

============================

SEJAK dari hari itu, semua pelajar mula mengejek atau mencemuh Ashley tidak kira ke mana pun dia pergi, tidak kira di belakang atau di depannya.

Ditambah lagi dengan mulut Mia dan kawan-kawannya, nama Ashley menjadi semakin buruk. Tiada seorang pun pelajar yang mahu membela Ashley.

"Korang tahu kan assistant kelab bola keranjang tu? Saya dengar dia suka dengan Kapten kelab dia... Berani betul dia, kan?"

"Eerghh, perempuan hodoh macam tu mahu jadi girlfriend Kenzie. Please lah. Orang macam dia, tak layak langsung, okey!"

"Gara-gara assistant tu, hubungan Kenzie dengan kawan-kawannya sudah berubah."

"Yalah, saya pun sudah jarang tengok dorang sama-sama. Kalau berjumpa pun tidak bertegur sapa."

"Bencilah saya perempuan ni... Gara-gara dia, kita tidak boleh nampak lagi mereka bersama-sama."

"Bagus lagi kalau dia pergi mati."

"Kenapa dia masih pergi ke sekolah? Bencilah saya tengok muka dia!"

"Eh, tengok perempuan tu. Diakan assistant kelab. Hodohnya..."

"Dia yang mengaku suka dengan Kenzie. Hodohnya!!!"

Hubungan Ashley dengan Bryend dan yang lain menjadi semakin renggang. Hanya Eden saja yang masih melayani Ashley namun Ashley melarang Eden untuk mendekatinya.

Ashley tidak mahu ada khabar angin lain tentang dia atau tentang Eden. Sudah cukup salah faham diantara dia dengan Bryend dan Kenzie. Ashley tidak mahu timbul salah faham tentang Eden dan kawan-kawannya.

Mellisa memandang Ashley yang berjalan sendirian dari jauh. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia berpeluk tubuh melihat keadaan Ashley yang sekarang.

Sekumpulan pelajar lelaki melintasi Ashley. Dengan sengaja mereka menolak Ashley sampai Ashley jatuh ke belakang.

Mellisa tergelak sinis melihat keadaan Ashley yang layaknya diberikan pandangan kesian.

"Happy nampak."

"Kau sudah puas hati?"

Mellisa menoleh ke arah Sofia yang sudah berdiri di sebelahnya. Mellisa tersenyum sinis saja. Mereka berdua pun hanya memandang Ashley yang sudah pun berdiri dan membersihkan skirt sekolahnya.

"Saya masih ada sesuatu untuk kau buat Ashley makin sengsara."

"Ini akan buat Kenzie membenci Ashley selamanya?"

"Of course. Buat apa saya bagi kalau cara ni tidak berkesan."

"Okey, bagus. Saya nak tahu!"

Sofia tersenyum lebar. "Okey."

==============================

MELLISA berjalan dengan senang hati di lorong sekolah. Sedang dia berjalan, tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang ke sebuah lorong yang sempit dan sangat sunyi.

Mellis terkejut kerana ditarik. Bila dia melihat Ted yang menariknya, Mellisa mula menenangkan diri dia sendiri.

"What the hell, Ted? Kenapa kau main tarik saja ni??"

Ted terus menolak Mellisa ke dinding. "Saya tahu apa yang kau buat dengan Ashley."

Mendengar itu, Mellisa terkedu. Namun reaksi itu tidak lama. Dia berpeluk tubuh dengan gaya sombong dan Mellisa tersenyum sinis ke arah Ted.

"Oh, ya?? Apa yang kau tahu?? Apa yang saya buat dengan Ashley?"

"Saya tahu kau yang sebarkan khabar angin yang palsu tu... Kau jangan cuba-cuba nak berlakon."

"Saya tak berlakon, Ted. Apa yang tersebar tu memang betul. Ashley memang suka dengan Kenzie. Saya sudah lama jadi bestfriend dia. Of course semua rahsia dia saya tahu." Mellisa terus mencebik bibirnya kerana meluat.

"Jadi kalau kau tu bestfriend dia. Jangan buat dia begini. Jangan nak buka aib dia. Ashley tu sudah lama jadi kawan baik kau. Kenapa kau sanggup buat dia macam ni?"

"Yes, of course dia bestfriend saya sebelum ini. Tapi sekarang ini bukan. Dia sudah jadi musuh saya. Kalau kau sayang sangat kawan baru kau tu.. Kau pergilah kawan dia sana... Oh, lupa! Kau pun bukannya peduli dengan Ashley. Sejak khabar angin itu tersebar, kau sudah pun abaikan dia!"

Kata-kata Mellisa yang sinis itu membuatkan wajah Ted menjadi merah kerana geram.

"Kau---" Ted mahu membuka mulutnya lagi namun Mellisa lebih dulu memotong.

"Saya tak kisah kau nak cakap apa, okey?? Kau sudah abaikan Ashley macam Ashley tu tidak pernah jadi kawan kau. Jadi, kau teruskan sajalah abaikan Ashley. Pretend that she is invisible like what did you do now. Jangan nak masuk campur urusan saya... Kalau tidak, saya akan buat yang lagi teruk dari yang ini... "

Mellisa berkata lagi, "Selama ini saya yang invisible di depan Kenzie dan kawan-kawannya. Sekarang, biarkan Ashley pula yang invisible di depan Kenzie."

"Perbuatan kau ni boleh buat Ashley membunuh diri, tahu?"

"So, apa saya kisah? Dia kan musuh saya...."

Ted memandang Mellisa dengan pandangan tidak percaya. Dia tidak percaya yang Mellisa sudah berubah dalam sekelip mata. Kerana merasa terancam dengan status populariti dia, Mellisa sanggup mengkhianati kawan baiknya sendiri. Persahabatan mereka selama bertahun-tahun sudah dibuang jauh.

"Kau gila, Mel... Kerana status, kau sanggup buat kawan kau begini." Ted rasa ingin mencekik saja perempuan yang ada di depannya namun dia menahan diri.

"Heh, gila!? Kau dengar ya, Ted. Apapun yang saya buat dengan Ashley. Jangan kau nak masuk campur. Kalau tidak, Ashley akan dapat lebih buruk dari yang ini. Saya tahu kau peduli dengan Ashley, jadi dengar apa yang saya cakap ni."

"Abaikan dia macam yang kau abaikan dia sekarang."

"Kalau tidak, saya akan buat Ashley membunuh diri dia sendiri."

Selepas bercakap, Mellisa terus berlalu pergi untuk meninggalkan Ted. Dia terus ke kelas dan duduk di mejanya.

Mellisa tidak lagi duduk berdekatan dengan Ashley. Sejak dari meluasnya khabar angin itu, Ashley duduk seorang diri di belakang kelas tanpa ada orang lain di dekatnya.

Mellisa melirik ke arah Ashley yang sedang membuat kerja di mejanya. Walaupun Ashley menunduk, Mellisa masih boleh melihat yang Ashley yang bersedih itu.

Mellisa tidak memerhati lama. Dia terus memandang ke depan lagi dan terus membuat kerja sendiri.


L’AVIS DES CRÉATEURS
bbeatyybrr bbeatyybrr

Dear readers, sediakan tisu ya!

*Air mata mengalir*

*Author nak perasan nangis dulu*

Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C49
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous