Télécharger l’application
33.33% Cinderella seorang Putera / Chapter 11: Bab 11 : Behind Every Action

Chapitre 11: Bab 11 : Behind Every Action

Noah diam membisu di sudut restoran makanan ringan KFC, set makan tengah hari di hadapannya tidak bersentuh. Begitu juga dengan Orange yang diam membatu di sebelahnya. Masing-masing melayan perasaan sendiri yang sedang galau.

"I'm sorry..." Orange bersuara separuh berbisik tiba-tiba, memecahkan keheningan restoran tersebut. Kebetulan, pelanggan tidak ramai pada ketika itu. Hanya beberapa pasangan lain yang kelihatan sedang bergurau senda di hujung meja mereka. Berbeza dengan suasana dan aura di meja Noah dan Orange.

"Whatever." Noah menjawab acuh tidak acuh. Ego dengan perasaanya walaupun dia sebenarnya bingung dengan tindakan yang telah dia lakukan. Keadaan kembali senyap, hanya helaan nafas masing-masing yang kedengaran selain daripada sesekali gelak tawa pasangan lain pecah.

"Why don't you listen to me? Sayakan..." Tidak sempat Noah menghabiskan kata-katanya, Orange sudah memberikan isyarat agar diam.

"Saya bukan sengajalah datang jumpa dengan dia. Secara kebetulan sahaja. Saya pun terkejut bila dia tiba-tiba muncul di hadapan saya. Lagi mengejutkan, apabila awak muncul entah dari mana datang menerpa dan menumbuk Caleb." Orange menjelaskan hal yang sebenar.

Noah mengerutkan dahinya, kurang percaya dengan kata-kata gadis tersebut. Boleh pula secara kebetulan? Sedangkan mereka kelihatan sedang bergurau senda dengan bahagianya di hadapan tandas perempuan, ulang suara di hadapan tandas perempuan.

"I don't believe you. Awak saja nak test apa yang saya boleh lakukan kan... Nasiblah muka lelaki tue yang kena tumbuk. Kalau awak?"  ujar Noah sambil mencebikkan bibirnya tanda tidak berpuas hati.

"Noah, apa sebenarnya tujuan awak nak saya jadi 'maid' awak? Apa salah saya dengan awak?" Orange bertanya serius. Malu dan kurang yakin dalam dirinya hilang buat ketika ini.

Noah melarikan pandangannya ke luar restoran, sengaja tidak mahu menjawab. Membuatkan Orange bertambah geram, sudahlah geramnya kerana kejadian di sekolah hari ini belum hilang. Dia mengetap bibirnya tidak puas hati.

"Jawab sekarang." Ujarnya sambil menepuk lengan lelaki tersebut. Perasaan malu yang selama ini sukar dibendung seakan semakin menipis jika dia bersama dengan Noah, yang ada hanyalah perasaan geram dan marah dengannya. Sebab itulah dia boleh memarahi dan menyentuh Noah tanpa was-was. Namun, kadang-kadang keyakinan tersebut hilang dan dia menjadi Orange the weirdo kembali.

"What are you talking about? Awak pun tahu kan kenapa...buat apa nak tanya lagi. Sebab awak cuai, awak lalai...diari awak tue saya sudah baca dan ambil gambar part-part yang seronok dan menghiburkan. Maka syarat untuk saya berdiam diri daripada menyebarkannya kepada umum, awak...kena ikut arahan saya. Pendek kata, awak tue my 'maid'. Faham?" selesai menyusun kata-katanya, Noah menjawab dengan panjang lebar dengan harapan Orange akan berpuas hati.

"Tapi... Kenapa sampai hubungan saya dan orang lain awak kawal?" Orange menyoal lagi. Kali ini dengan soalan yang lebih bombastik.

"Apa bezanya dengan gaya hidup awak sebelum ini? Pernahkah awak bertegur-sapa dengan rakan-rakan sekelas awak atau rakan sekolah awak? Jadi, apa masalah besarnya?" Noah menyoal kembali. Terdiam Orange mendengarnya.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Noah. Kenapa dia kalut perhubungannya dengan orang lain disekat dan dikawal? Sedangkan selama ini dia hanya bercakap dengan Corina sahaja dan beberapa orang guru yang mengajarnya bila perlu jika berada di sekolah. Hanya kerana sejak akhir-akhir ini sedikit demi sedikit gaya hidupnya berubah, dia kalut bagai dunia nak kiamat. Malahan, boleh pula dia duduk berbual dan bergaduh dengan Noah yang selama ini dia kenali sebagai The Devil's Prince atau The prince atau The Devil.

"Awak suka saya ke?" Persoalan tersebut terlepas tiba-tiba dari mulut Orange yang membuatkan dirinya sendiri terdiam dan terpaku. Apatah lagi Noah. Hampir tersembur air pepsi yang disedutnya, nasib sahaja mampu dia kawal. Kedua-duanya diam seketika. Mencuba untuk menghadam kembali persoalan Orange sebentar tadi.

"Jangan nak perasanlah. Gadis pelik macam awak, dah lah pelik nerd pula tue. Ingat saya ada selera ke?" Noah menjawab dengan teragak-agak. Orange pula mengangguk tanda setuju.

Eh, pelik?nerd?tiada selera? Boleh tahan mulut mengata. Orange mencapai lengan Noah dan mencubitnya sekuat hatinya.

"Adoiiii..." Noah merengek kesakitan sambil mencuba menepis tangan Orange.

Padan muka. Orange tersenyum puas hati.

"Awak tak puas hati kenapa? Rumah besar awak tiada cerminkah? Don't worry, lepas nie...jom,kita pergi beli cermin. Supaya awak boleh cermin diri sendiri." Ujar Noah menyebabkan Orange membara kembali secara tiba-tiba.

"Amboi, mulut tue ada insurans ke?" Orange mencebik marah, Noah menulikan telinganya dengan makan penuh selera tanpa mempedulikan Orange di sebelahnya yang membebel seperti Mak Lampir.

Kejadian sebelum ini dan siang tadi seakan tidak pernah berlaku dan tanpa mereka sedari, hubungan mereka semakin rapat dan Orange yang dulunya tidak pernah bersahabat dengan mana-mana orang sekelilingnya semakin terbuka dan mesra.

******

2 tahun yang lalu

Keadaan mall yang hingar-bingar dengan suara orang ramai itu tidak dipedulikan oleh Noah, matanya melilau mencari sahabat karibnya, Caleb. Mereka berjanji untuk pergi mencari Leon bersama-sama petang itu. Leon telah hilang dari rumah anak yatim sejak beberapa hari yang lalu. Biasanya, jika sahabat mereka itu ingin ke mana-mana sudah pasti dia akan memaklumkan mereka. Namun, kali ini dia hilang secara mengejut dan tidak meninggalkan pesan kepada sesiapa. Tidak kepada Noah dan tiada juga dengan Caleb. Mereka bertiga cukup terkenal di sekolah mereka sebagai tiga orang sahabat yang tidak dapat dipisahkan. Ke mana-mana sahaja mereka pergi pasti akan bersama-sama. Walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza dan perwatakan yang jauh berbeda tetapi mereka tetap merupakan sahabat baik. Noah melirik kearah jam tangannya berkali-kali , berharap agar Caleb akan muncul tidak lama lagi.

"Sorry, i'm late." Caleb menegurnya dari belakang, Noah menoleh pantas kemudian tersenyum lega.

"Saya ingatkan awak tak nak datang." Ujar Noah sambil terus tersenyum.

"Awak ingat saya nak biarkan awak jadi hero sorang-sorang?" Caleb menjawab sambil bergurau. Jauh di dalam hatinya, dia berharap Leon selamat dan dalam keadaan yang baik.

Pagi tadi, mereka menerima teks daripada seorang ananymous yang meminta mereka untuk datang ke suatu tempat sendirian tanpa memberitahu pihak polis. Anonymous itu juga mendakwa bahawa Leon bersama dengan mereka dan jika mahu teman mereka itu selamat, mereka perlu mengikut setiap arahan yang diberikan.

"Did you bring everything that i asked you?" Caleb bertanya kepada Noah sambil sesekali memandang skrin telefonnya, manalah tahu teks misteri tersebut akan datang. Noah mengangguk sambil matanya turut melilau melihat sekeliling, memerhati tiap insan yang ada di sekitarnya. Semua orang yang ada di sekeliling mereka itu berkemungkinan adalah orang misteri yang menghantar pesanan teks tersebut atau konco-konconya.

Mereka berdua sebenarnya kurang pasti motif dan tujuan ananymous tersebut. Kebenarannya turut diragui, manalah tahu mereka sekadar dikenakan prank oleh Leon atau sesiapa sahaja.

Ting!

1 Pesanan ringkas masuk ke dalam telefon Caleb. Noah menoleh kearah Caleb sambil memberikan isyarat untuk membacanya.

Go to the tallest building near you. See you at the rooftop.

Ringkas arahan tersebut. Noah dan Caleb saling berpandangan, mereka tahu bangunan yang dimaksudkan iaitu Hotel J yang terletak lebih kuranf 500m daripada mall tersebut. Noah bergegas melangkah kearah pintu utama mall, dia kemudiannya sedar yang Caleb tidak mengikutnya.

"Come on! We need to hurry!" Noah mengangkat tangannya memberikan isyarat kepada Caleb tetapi lelaki tersebut hanya merenungnya sahaja. Takkan dia tiba-tiba ubah fikiran? Terdetik persoalan tersebut di minda Noah. Dia berlari anak kembali ke tempat Caleb dan merenungnya hairan.

"I don't think i can do this, Noah." Caleb bersuara perlahan. Noah membeliakkan matanya tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Hey, this is so not you. Kata tadi tak nak saya sorang sahaja jadi hero? Semangat tue hilang kat mana dah?" Noah cuba berseloroh cuba menepis perasaan gusarnya. Namun, air muka Caleb tidak sedikit pun berubah. Maknanya, dia sungguh-sungguh serius dengan kata-katanya.

"What if there are bad guys up there? What we are going to do? We might know how to defend our self and fight back but what if we are out-numbered? We need to call the police." Caleb menyuarakan kegusarannya. Mereka bukan tidak tahu berlawan cuma dia risau kerana mereka hanya berdua sahaja.

"Seriously, Caleb? We are talking about Leon, Caleb. And you  have read the text message. That person clearly said, we can't contact the police or something bad will happen to Leon." Ujar Noah geram. Geram dengan sahabatnya itu yang tiba-tiba berubah fikiran.

"Remember Caleb. Jika salah seorang daripada kita berada di tempat Leon sekarang ini. Dia tidak pernah ragu-ragu untuk datang menyelamatkan kita. Kita tak tahu pun, keadaan Leon. Betulkah dia di dalam tahanan orang jahat? Apa yang perlu kita risaukan. Bagaimana kalau anonymous itu ialah Leon dan dia sekadar buat lawak dengan kita berdua. We both know him very much. He is The king of prankster." Noah menambah lagi. Caleb diam membisu tidak bersuara, fikirannya berbelah bagi.

Ting!

Satu lagi pesanan ringkas masuk ke dalam telefon Caleb. Caleb membukanya pantas.

5minutes past and no one come. Sorry guys.

Caleb dan Noah sekali lagi berpandangan. Jantung Noah tiba-tiba berdebar kencang, dia takut sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Leon. Dia meluru keluar dari dalam mall tanpa mempedulikan Caleb yang masih ragu-ragu dengan keputusannya. Yang penting baginya kini adalah keselamatan Leon.

Dari kejauhan Noah melihat orang ramai berkerumun di luar Hotel J, debaran yang Noah rasai semakin kencang. Langkah kakinya semakin cepat, kalau boleh dia mahu berlari sekuat hati kearah kerumunan tersebut. Walau bagaimanapun, kereta yang lalu-lalang membantutkan niatnya.

"That so bad. Really,really bad. Hope the police and ambulance will come soon." Seorang daripada yang mengerumuni kawasan tersebut bercakap dengan temannya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Kini, badan Noah menggigil tiba-tiba, instinct-nya semakin kuat yang Leon dalam keadaan yang tidak baik. Adakah itu Leon? Dia menyisip di kalangan orang ramai yang ada di situ, dia sudah tidak peduli melanggar atau terpijak kaki orang lain yang penting baginya saat ini adalah dapat ke barisan hadapan dan melihat apa yang terjadi.

Langkah kakinya terhenti tiba-tiba, lututnya terasa lemah, bibirnya kering dan matanya terasa pedih. Dia hampir tersungkur di tempat tersebut. Sekujur tubuh tidak bernyawa terbujur di hadapannya. Leon. Iya, itu Leon. Dia kenal baju itu, seluar itu dan kasut Nike air-max hitam yang dipakainya. Kasut itu adalah hadiah harijadi Leon beberapa bulan lalu daripada dia dan Caleb. Baju itu merupakan baju yang dibeli oleh Caleb ketika ke Korea dan seluar itu pula merupakan seluar milik Noah yang dipinjam oleh Leon sewaktu dia ke rumahnya minggu lalu. Apa lagi yang boleh dia jadikan alasan bahawa itu bukan Leon?

Pandangan Noah terasa seperti berpinar-pinar, dadanya terasa sesak dan berat tiba-tiba seperti ada sebuah batu besar menghempapnya. Why? What happen? Pelbagai persoalan timbul di benaknya. What if...Noah meraup wajahnya kecewa. Kecewa dengan dirinya dan kecewa dengan Caleb. Jadi anonymous yang menghantar pesanan ringkas tersebut ialah Leon? Tapi kenapa? Kenapa perlu dia merahsiakan dirinya. Atau adakah itu adalah orang lain? Tapi apa tujuannya? Kalau perkara ini tidak menpunyai unsur khianat, apa penyebab Leon mengakhiri hidupnya sendiri?Leon seorang yang periang dan mempunyai ramai kawan di sekolah walaupun Noah dan Caleb merupakan yang paling rapat. Seorang yang bijak dan mempunyai masa hadapan cerah berbanding dirinya dan Caleb. Jika perkara ini mempunyai unsur khianat, apa tujuannya? Leon bukan anak orang kaya, dia hanya seorang anak yatim piatu yang tinggal di pusat jagaan. Dia tidak mempunyai siapa-siapa di dalam dunia ini kecuali Noah dan Caleb serta teman wanitanya, Vera.

Kalau sahaja dia berjaya naik ke rooftop dalam tempoh 5minit, mungkin dia mampu mengubah semua ini dan Leon tidak berada dalam keadaan seperti ini. Noah menyalahkan dirinya dan dia membenci Caleb. Iya, Caleb. Kerana dialah, kerana perasaan ragu-ragunya perkara tersebut terjadi.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C11
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous