Télécharger l’application
18.18% Cinderella seorang Putera / Chapter 6: Bab 6 : First Day Of My Life

Chapitre 6: Bab 6 : First Day Of My Life

Noah masih berada di dalam biliknya apabila dia mendengar Pn.Thalia, mamanya menyeru namanya dari tingkat bawah. Seperti biasa juga, dia tidak mengendahkannya. Keadaan senyap seketika sebelum pintu biliknya diketuk kuat.

Tok! Tok! Tok!

"Your friend is here, Noah. You don't want her to wait, right." Pn.Thalia bersuara di luar.

Friend? Her?

Noah bingung seketika, kemudian menepuk dahinya sendiri. Orange! Dia lupa yang hari ini dia meminta Orange menjemputnya kerana dia malas untuk memandu. Dia kemudiannya tersengih sendiri. My maid.

"Mama, got to go. Bye," Noah mencapai sepotong roti lalu bergegas keluar.

"Noah, who is that? Your girlfriend? Why did you asked your girlfriend to drive you to school? It should be you." ujar Pn.Thalia sambil menepuk bahu anak lelakinya itu. Noah terbatuk kecil mendengar kata-kata mamanya. Girlfriend? OMG. Tapi takkan dia nak beritahu mamanya yang itu 'maid' dia kan. His mama will kill him for sure sbb membuli. So, Noah hanya tersenyum.

"You come early. Good. Because i don't..." kata-kata Noah terhenti melihat Orange. Matanya terpaku dan lidahnya kelu. What happen to me? Wake up Noah!

Orange mengangkat keningnya, bersedia menanti sambungan kata-kata Noah. Kemudian dia menghela nafas dalam-dalam.

"Why? Awak terkejut lagi? Saya dah ikat rambut mengerbang saya hari ini. Still macam kuntilanak ke?" Orange bertanya risau. Risau ikatannya tidak kemas dan masih ada yang mengerbang-ngerbang atau perlukah dia meletakkan pormade di rambutnya?

Noah yang terpinga-pinga masuk ke dalam kereta kemudian keluar kembali dan berlalu ke pintu pemandu. Orange kehairanan. Mabuk ke lelaki nie? Ke masih mamai? Orange kehairanan sendiri.

"Let me drive." Noah bersuara pendek. Orange yang turut terpinga-pinga kehairanan mendongak memandang Noah di luar. Noah menggaru kepalanya yg tidak gatal. Turun sajalah, nak hairan-hairan kenapa pula? Noah bermonolog sendiri di dalam hati.

"Patut ke saya bawa awak ke klinik? Atau awak MC sajalah hari ini. I guess..." Orange masih setia di dalam kereta. Tidak pasal-pasal nanti masuk parit pula kereta kalau dia biarkan Noah yang memandu (well, she thought Noah demam kan. Of course lah ada feeling risau sedikit, safety first.)

"Turun sajalah..banyak songeh pula minah nie." Noah mengomel di luar kereta. Mukanya terasa panas semacam. What happen?

"Seriously?" Orange masih tidak berpuas hati.

"Sebelum saya ketuk kepala awak..." Belum sempat Noah menghabiskan kata-katanya, Orange sudah keluar dari dalam kereta.

Noah tersengih sendiri. Tau takut...

Sepanjang perjalanan keadaan sunyi sepi. Noah dengan dunianya dan Orange dengan lamunannya. Hanya sesekali Noah berdehem sambil melirik ke arah Orange yang seakan berada di dimensi yang lain.

Apabila tiba di sekolah, Noah sengaja menekan brek dengan kasar. Menyebabkan Orange hampir terbuang ke hadapan, nasiblah baik dia memakai tali pinggang keselamatan.

"Mak kau hitam!" Orange melatah kuat. Hampir gugur jantungnya. Dia menjeling Noah yang duduk di sebelahnya dengan tajam. What the hell !

Noah tersenyum nakal tanpa mempedulikan Orange yang berang di sebelah.

"i'll take the key with me. Manalah tau awak tinggalkan saya nanti." ujarnya lalu berlalu pergi meninggalkan Orange yang masih blur dan terkejut. Suka hati,suka badan dia sahaja, dia ingat kereta nie bapak dia yang beli? Next time i'll bring my spare-key. Awak tengoklah esok. Orange mengomel di dalam hati.

******

"saya masih tak boleh hadamlah, Orange. This is real you? Ke awak kena possessed semalam? You creep me tau. Tetiba rambut awak kemas semacam. Should i call your mom? Your dad?" Corina yang tidak henti-henti merenung Orange membebel. Orange hanya menulikan telinganya, ini bukan baru seminit dua minit bff seumur hidupnya ini membebel perkara yang sama tapi sudah hampir sejam. Mentang-mentanglah Pn. Angel bukan seorang guru yang garang. Suka hati dia sahaja membebel tanpa arah tujuan di hadapannya.

"Orange, awak dengar tak? Saya betul-betul risau tau nie." Kali ini Corina memegang bahunya sambil menggoncangnya sedikit.

Orange menjegilkan matanya memandang Corina.

"Wei, janganlah tengok saya macam tue! Seram,okay..." Meremang bulu roma Corina kerana terkejut dengan renungan sepupunya itu. Jangan-jangan dia benar-benar dirasuk? Corina menelan air liur resah. Wajahnya bertukar pucat dan tangannya terasa sejuk

"Orange..." Suaranya seakan tersekat. Sekali lagi dia menelan air liurnya, mencuba untuk mencari kekuatan. Perlukah dia cabut lari atau berteriak meminta bantuan teman-teman dan cikgunya di hadapan atau perlukah dia berpura-pura jatuh pengsan?

"Hahahahahaha!" Tawa Orange pecah. Dia tidak mampu menahan dirinya melihat wajah Corina yang cuak dan hampir-hampir pengsan.

"Why you laughing? Orange..." Suara Corina bergetar menahan tangisnya.

Rakan-rakan kelas yang lain dan Pn.Angel di hadapan memandang kehairanan. Bukan kerana Corina tetapi kerana mendengar tawa Orange yang boleh dikatakan pertama kali selama dia bersekolah di sekolah itu. Amazing. Orange rupanya mampu tertawa seperti orang lain. Bukan itu sahaja yang membuatkan mereka amazed di hari ini, style rambutnya yang diikat kemas juga sudah menjadi satu keajaiban yang utama.

"Any problem, Corina? Orange?" Pn.Angel di hadapan bertanya.

Corina menoleh pantas, tapi belum sempat dia menjawab Orange sudah mendahuluinya.

"Nothing, puan. We are okay... Sorry. Corina buat lawak, itulah saya ketawa. Maafkan saya sebab terlepas pula." Orange menjawab sambil tersenyum manis.

Sekali lagi keadaan kelas senyap dan sunyi sepi. Semua mata memandang ke arah Pn.Angel. Mencuba untuk meminta penjelasan yang munasabah dengan perubahan Orange. Its too drastic. People do change, but... The weirdo is talking and look different today. Seriously, its freak everybody not only Corina.

Orange yang sedar akan keadaan itu tertunduk malu. Dia salah cakap ke atau dia buat something stupid ke? OMG. She talked too much dan dia tidak tahu mahu meletakkan mukanya di mana. Rambutnya tidak lagi terurai seperti selalu. Takkan dia mahu menguraikan rambutnya pula tiba-tiba untuk menutup wajahnya? Dia dapat merasakan kini semua mata memandanya dengan tajam dan mungkin mereka sedang mentertawakannya di dalam hati. Oh, its too much.

"So...sorry..." Orange berdiri dengan pantas sambil bergegas untuk keluar dari kelasnya tetapi entah apa yang membuatkan dia tersadung, dia terjelopok jatuh meniarap. Kemudian tanpa menanti Corina yang kedengaran menjerit memanggil namanya, dia pantas bangun dan berlari keluar sepantas yang mungkin. Dia mahu ke mana? Dia juga tidak pasti.

"Ahh!"

Sekali lagi Orange hampir jatuh terjelopok, tapi tubuhnya ditahan seseorang. Seseorang yang dia langgar gara-gara berlari sambil menunduk memandang tanah.

"So...sorry."

Orange cuba melepaskan dirinya tapi tangannya dipegang erat oleh orang itu.

"Are you okay?"

Orange terkedu mendengar suara itu. Dia kenal suara itu dan dia tahu siapa empunya. Perlahan dia mendongak memandang.

Caleb tersenyum. Senyuman yang dia puja-puja selama ini, senyuman yang membuatkannya tergila-gila dan terbuai-buai selama ini, senyuman yang menjadi igauannya sejak dari awal persekolahannya di sekolah itu.

"Oh, sorry..." Caleb tersenyum lagi sambil melepaskan tangannya. Orange hanya mampu tersenyum malu-malu. Dia tidak mampu untuk menghadam perkataan atau kata-kata yang boleh dia luahkan. Peristiwa sebentar tadi di dalam kelas juga dia sudah lupakan.

"Oh, what happen with your knee?" Caleb tiba-tiba bersuara sedikit terkejut.

Orange menunduk memandang lututnya. My gosh. Skirtnya terkoyak dan lututnya luka, barulah dia terasa sedikit ngilu dan sakit. Damn. Ini mesti gara-gara dia jatuh di dalam kelas tadi. Well, lantai kelas bukan alang-alang simennya dan dia terjatuh pun bukan alang-alang juga.

"Jom, saya bawa awak ke bilik sakit. Teruk juga tue kalau dibiarkan. Takut nanti dijangkiti bakteria." Ujar Caleb lalu sekali lagi menarik tangan Orange supaya mengikutnya.

Orange yang masih kelu tidak dapat berkata apa-apa. Entah,mengapa kakinya juga menurut langkah Caleb dengan laju tanpa ragu-ragu.

******

Pn. Melissa merawat lukanya dengan ditemani oleh Caleb yang setia menantinya. Seperti biasa Orange diam membisu hanya memerhatikan cikgunya itu dan Caleb berborak. Mahu menyampuk? Jauh sekali. Kalau boleh dia mahu melarikan diri tetapi apakan daya, sakit di lututnya boleh tahan juga. Maka dia terpaksa merelakan sahaja.

"Okay, done. Macam mana, Orange? Okay?" Pn.Melissa bertanya sambil tersenyum mesra.

Orange hanya mengangguk dan tersenyum. Well, weirdo Orange. Activated.

"Lain kali hati-hati bila berjalan, Orange. Jalan tue tengok depan bukan tengok bawah. Tengok sudah tidak pasal-pasal awak dah cedera." Pn.Melissa mengomel sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Orange tersengih lagi. Tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Tambahan lagi, Caleb masih memerhatikannya di tepi. Dia hanya mampu menjawab di dalam hati sahaja.

"Done right cikgu, biar saya bawa dia balik ke kelas." Caleb seakan memahami isi hatinya yang sudah tidak menentu mendengar leteran Pn.Melissa.

Namun, kalau diikutkan hatinya dia tidak mahu Caleb menghantarnya, dia bukannya tidak boleh berjalan sendiri. Walau bagaimanapun, suaranya seakan tersekat di kerongkong maka dia hanya mampu berdiam diri sahaja.

Sepanjang perjalanan balik ke kelas, Orange berdiam diri. Kepalanya masih tertunduk memandang tanah, berat sungguh rasanya kepala dia untuk melihat ke hadapan.

"Awak boleh jatuh lagi tau kalau awak berjalan tengok bawah tidak tengok depan."

Laju Orange mengangkat kepalanya memandang ke hadapan. Caleb tersengih sendiri, lucu melihat gelagat Orange.

"You look different today. You should tie your hair everyday, pretty."

Orange tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. Happy? Maybe. Siapa tidak happy kalo dipuji oleh crush.

"Hey, at least you should look to the person that give you compliment and say thank you." Caleb menyambung kata-katanya.

Automatik langkah Orange terhenti dan dia menoleh kearah Caleb yang berjalan di belakangnya. Hey, body! What happen with you? Orange malu sendiri. Caleb tersenyum manis sambil matanya merenung Orange. Okay, is he playing with me or what? This is overwhelming for a day. Orange tertunduk malu.

"Thank you." Dia bersuara perlahan kemudian dengan pantas dia mengorak langkah meninggalkan Caleb. Dia sudah tidak mempedulikan  kakinya yang sakit, semuanya terasa baik-baik sahaja. Alangkah besarnya kuasa dipuji crush. Langkah yang berat terasa ringan dan hati yang resah tadi bertukar menjadi satu perasaan yang sukar diungkapkan.

So,this is officially my first day as The New Orange. Hopefully. Good luck, Orange.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C6
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous