Télécharger l’application
22.72% Di mana aku sekarang? / Chapter 10: Kehidupan Harian Neesan

Chapitre 10: Kehidupan Harian Neesan

Pagi itu, Cik Kagamine bangun lebih awal dari Rin iaitu pada jam 4 pagi. Dia hendak ke Tokyo untuk memberi taklimat kepada rekrut baru di Pengkalan JSF (Japan Special Force). Organsasi ini adalah di bawah kendalian JSDF (Japan Self Defense Force) yang menjalankan operasi penyamaran dan penyusupan serta tugas-tugas khas lain seperti menjaga keselamatan VIP. Kebanyakan anggota JSF mempunyai pekerjaan tetap di sektor awam untuk tujuan penyamaran.

"Prof. Aizat dan Prof. Alia yang merupakan pengasas Program PORTAL telah hilang sebaik sahaja Projek PORTAL siap. Kami percaya ini kerja sindiket yang mahu menyalahgunakan Program PORTAL. Seperti yang JSDF maklum kebanyakan tester kami dari Jepun. Kami merancang untuk relocate berberapa lagi tester dari negara lain ke Jepun." kata jurucakap dari pihak ESCOM.

"Kenapa perlu hantar ke sini? Rasanya tangan kami dah penuh hanya dengan menjaga tester dari negara kami." ujar Komander Shin.

"Lebih efisien untuk kumpulkan mereka di satu tempat. Lagipun hanya Jepun sahaja mendapat kebenaran khas untuk memantau secara direct projek PORTAL. Menurut kontrak, pihak Jepun tertakluk dengan apa sahaja permintaan ESCOM dalam hal yang berkaitan dengan teknologi PORTAL." jelas jurucakap ESCOM.

"Tch, kita hanya bernasib baik ada teknologi yang diperlukan ESCOM untuk membangunkan PORTAL huh." kata Shin separuh berbisik. "Baiklah. Kami akan buat yang terbaik untuk memastikan keselamatan para tester terjamin."

Sidang video ditamatkan.

"Tuan, ada kecemasan! Salah seorang tester sedang dalam bahaya sekarang. Kami mengesan berberapa orang yang mencurigakan sedang berada di kawasan kawalan Leftenan Kagamine. Mereka mengenakan pakaian polis dan berpura-pura mencari seseorang. Bantuan perlu dihantar segera."

"Baiklah, sambungkan kepada Leftenan Kagamine." arah Komander Shin.

Kagamine baru sahaja selesai memberi taklimat kepada para rekrut baru. Telefonnya berbunyi.

"Ye ada apa tuan?"

"Rin dalam bahaya. Pergi ke koordinat ni segera." arah Komander Shin.

Cik Kagamine menerima pesanan ringkas yang menunjukkan koordinat. Dia kemudian memanggil skuadnya dan dengan segera pergi ke koordinat yang diberi. Dia mengarahkan pasukannya bersedia dan melindungi Rin dengan nyawa mereka. Mereka mengenakan pakaian seperti pengawal di pusat membeli belah tersebut. Mereka dibahagikan kepada 4 pasukan. Setiap pasukan dianggotai oleh 4 orang.

Pasukan pertama mengekori dan menjaga keselamatan Rin. Pasukan kedua yang diketuai oleh Cik Kagamine berada di SUV hitam yang terletak tidak jauh dari pusat membeli belah untuk memerhatikan pergerakan orang ramai melalui kamera litar tertutup yang telah digodam. Pasukan ketiga dan keempat bersedia di pintu depan dan belakang pusat membeli belah untuk menghalang musuh dari melarikan diri.

"Leftenan, takde apa-apa yang mencurigakan di sini." kata salah seorang ahli pasukan pertama.

Selepas berberapa jam telah berlalu akhirnya mereka berjaya mengesan musuh.

"Leftenan, kami telah mengesan musuh. 5 orang lelaki Jepun berpakaian polis dan seorang lelaki kulit putih. Arahan?" kata ketua pasukan tiga.

"Perlahan-lahan kosongkan kawasan tersebut. Saya tak mahu ada orang awam terlibat." arah Leftenan Kagamine.

"Leftenan, ini butler. Ada berberapa orang lagi sedang mengekori Rin di sini. Arahan?"

"Sekejap." Kagamine mengamati skrin yang menunjukkan 3 orang pelajar yang dikenalinya.

"Lindungi mereka. Mereka tak terlibat. Jangan bagi mereka pergi kawasan pertempuran at all cost." arah Kagamine.

Sementara itu, penculik-penculik yang berpura-pura menjadi polis itu sedang berada di kedai baju yang telah dilawati oleh Rin.

"Cik, cik ada nampak budak ni ke?" tanya salah seorang penculik itu sambil menunjukkan gambar Rin.

"Oh, dia. Dia ada di sini tadi. Tapi gome, saya tak tahu di mana dia sekarang. Kenapa? Dia dalam buruan polis ke?" kata penjaga kaunter itu.

"Ye, kami dah lama cari dia. Arigato. Kamu banyak membantu." kata penculik itu sebelum pergi kearah bosnya.

"Bos, dia ada di sini tadi."

"Bagus, dia tak mungkin berada jauh dari sini. Berpecah dan cari budak tu." arah lelaki kulit putih.

"Bos, bos tak pelik ke?"

"Pelik? kenapa pula?"

"Cuba bos tengok sekeliling. Takde orang."

Mereka menyedari itu adalah perangkap. Mereka panik lalu cuba melarikan diri melalui pintu depan. Belum sampai di pintu depan mereka diserang oleh ejen-ejen SFJ.

"Cis diorang dah hidu pergerakan kita." kata bos penculik tersebut.

"Jangan biarkan mereka telepas dan tangkap mereka hidup-hidup kita perlukan mereka untuk siasatan." arah Kagamine.

"Leftenan, kami dalam masalah! Kami perlukan bantuan segera!" kata salah seorang ahli pasukan ketiga. Pertempuran sengit sedang berlangsung antara pasukan ketiga yang menjaga pintu belakang. Mereka bukanlah gangster jalanan. Mereka tentera upahan!

"Cis." kata Leftenan Kagamine sebelum mengambil pistol glock dan berberapa magazin peluru dalam begnya.

Sementara itu di kawasan pertempuran.

"Boss, kita akan kalah kalau terus begini."

"Cis, misi mudah konon."

Pertempuran reda. Keadaan kembali senyap.

"Boss. Arahan?"

Tiba-tiba kedengan berberapa das tembakan dilepaskan dan ia hampir sahaja mengenai kepala lelaki kulit putih.

"Menyerah sekarang!" arah Kagamine.

Kesemua penyerang tadi keluar dari tempat persembunyian sambil mengangkat tangan.

"Kami menyerah." kata lelaki kulit putih.

Sebaik sahaja pasukan Kagamine keluar untuk menangkap mereka salah seorang dari penculik membaling sebutir bom asap. Sebaik sahaja ia meletup ia mengeluarkan asap yang sangat tebal dan mereka menggunakan kesempatan itu untuk melarikan diri. Namun cubaan mereka digagalkan oleh pasukan keempat yang datang memberi bantuan. Hampir kesemua musuh berjaya dineutralkan kecuali lelaki kulit putih tadi. Dia keluar dari kepulan asap. Kelihatan dia sedang memegang sebilah pedang dan sebuah perisai.

"Portal?" kata Kagamine.

Tembakan bertubi-tubi dilepaskan namun ia tidak sedikitpun mencalarkan perisai yang dipegang lelaki tadi. Dia dengan pantas meluru ke arah Kagamine dan merempuhnya menggunakan perisai. Kagamine tercampak 10 meter dari tempat dia berdiri tadi. Gelombang susulan dari rempuhan tadi juga mencampakkan ejen yang berada berdekatan. Lelaki tadi seolah-olah mendapat kekuatan luar biasa.

"You made me use this. Now, DIE!" kata lelaki tadi sambil mendekati Kagamine yang sedang terbaring.

Tiba-tiba perisai dan pedang yang dipegang lelaki tadi pudar dan hilang. Kagamine memanfaatkan peluang itu sepenuhnya dengan menembak musuh tepat di kepala.

Pertempuran tamat dan mujurlah tiada orang awam terlibat. Penculik-penculik yang cedera parah dihantar ke Pengkalan SFJ untuk rawatan.

"Butler, laporan?"

"Rin selamat bersama teman wanitanya. Dia nampaknya tidak menyedari apa-apa yang berlaku tadi. Tiga orang pelajar yang mengekori Rin pun selamat. Mereka berada di arked semasa pertempuran berlangsung."

Cik Kagamine dan pasukannya kembali semula ke Pengkalan untuk memberi laporan.

"Fuhh, penatnya hari ni. Tadaima." kata Kagamine.

Dia kemudian menyedari yang Rin tidak berada di rumah.

"Takkanlah.."

Telefonnya berbunyi. Rin memberitahunya yang dia tidak dapat balik dan tersangkut di rumah Tsumiki sebab ribut. Cik Kagamine menarik nafas lega.

"Sekurang-kurangnya saya tahu dia selamat." bisik hati Kagamine. Dia tertidur di sofa kerana terlalu penat.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C10
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous