Télécharger l’application
6.81% Di mana aku sekarang? / Chapter 3: Bersiar-siar bersama Neesan!

Chapitre 3: Bersiar-siar bersama Neesan!

Rin bangun awal pada hari itu. Dia segera bersiap untuk ke Bandar. Dia mengenakan pakaian jaket dan seluar jeans serta kasut nike yang dipinjamnya dari 'neesan'. Selesai sahaja bersiap Rin terus ke ruang tamu. Dia terlihat Cik Kagamine yang sudah bersiap dengan memakai Blouse kegemarannya.

"Kawaii." kata Rin separuh berbisik.

"Dah siap? Jom."

Cik Kagamine menunjukkan Rin kawasan sekitar Bandar tersebut. Semasa mereka sedang bersiar-siar di bandar, mereka terserempak dengan dua orang pelajar perempuan yang mengenali Cik Kagamine.

"Konichiwa Kagamine-sensei." kata salah seorang dari mereka. "Sensei nak pergi mana?" sambungnya.

"Konichiwa, eh, Minori Aoko, Akira Claudea. Takdelah, saya cuma keluar membeli-belah dengan anak buah saya dari Malaysia."

"EHH! Anak buah sensei? Siapa nama dia?"

"Kagamine Rin." jawab Rin.

"Wah, cuba kamu sebut nee-san." pinta Minori Aoko.

"Nee-san." Kata Rin.

"Kawaiii.." kata mereka berdua.

Mereka pun meneruskan perbualan sambil bersiar-siar di bandar. Akhirnya, Minori menegur Rin yang diam sahaja dari tadi.

"Rin, awak berpindah dari Malaysia ke sini ke atau kamu hanya melawat neesan'."

"Saya berpindah."

"Wah, jadi kamu akan bersekolah di sini lah ye." kata Akira Claudea.

"Ya dia akan mula bersekolah di sekolah kita minggu depan." terang cik Kagamine.

"Harap kita akan berkawan baik di sekolah nanti." kata Rin.

"Jangan risaulah. Baiklah sensei, Rin, kami minta diri dulu." kata Akira.

"Jumpa lagi." kata Cik Kagamine.

Mereka pun singgah di kedai baju berdekatan. Rin telah mencuba pelbagai jenis pakaian. Semuanya Nampak sangat sesuai dengan Rin. Cik Kagamine telah membeli berberapa pasang untuk Rin.

"Betulke neesan tak apa-apa ni? Baju ni nampak mahal."

"Ye, takpe. Saya kan neesan kamu. Lagipun kamu Nampak kawaii dengan pakaian ni."

Mereka kemudian terhenti di hadapan kedai cosplay.

"Kamu minat cosplay tak?" Tanya cik kagamine.

Tanpa mendengar jawapan Rin, cik Kagamine terus menarik Rin masuk ke dalam kedai tersebut.

"Selamat datang, ada apa-apa yang saya boleh bantu?" kata pembantu kedai tersebut.

Cik Kagamine memesan satu set pakaian maid dan samurai.

"Ok, tunggu sebentar ye." Kata pembantu kedai tersebut sebelum bergegas untuk mengambil pakaian tersebut.

Rin kemudiannya ke fitting room. Dia tak berapa pandai memakai pakaian samurai tersebut.

"Rin, kamu tak apa-apa ke? Nak saya tolong?" kata cik kagamine.

"Ye boleh juga."Cik Kagamine membantu rin memakai pakaian samurai tersebut.

Cik Kagamine seperti biasa memakai pakaian-pakaian cosplay di kedai tersebut. Mungkinkah tempat itu salah satu tempat kegemarannya?

"Kawaiii." Cik Kagamine tersenyum. "Ok Rin senyum." Rin sangat nervous dan mukanya merah padam semasa mengambil gambar cosplay pertamanya.

Hentian seterusnya ialah kedai permainan video. Dia termenung sebentar membayangkan reaksi Rin nanti.

"Rin jom ke...." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Rin sudah berada di dalam kedai tersebut.

"Wah, ni adalah permainan video Elderguard sebelum menjadi game online dan hanya tinggal satu lagi. Saya sangat bertuah." Kata Rin."Tapi saya sudah cukup menyusahkan neesan. Mungkin saya tak patut membelinya." Bisik hati Rin.

"Kamu mahukan game tu kan. Takpe saya tolong bayarkan."

"Tapi game ni perlu ada console dan ia agak mahal."

"Jadi kamu tak nak game tu?"

"S...saya.... Nak." kata Rin teragak-agak.

Semasa cik Kagamine sedang membayar di kaunter, dia tidak menyedari yang rin telah diserang oleh berberapa orang lelaki bertopeng di luar kedai tersebut. Rin sempat melarikan diri ke lorong sempit di sebelah kedai tersebut.

"Apa yang sedang berlaku ni?" bisik hatinya.

Penculik-penculik tersebut mengepung Rin di lorong itu. Secara tiba-tiba sebilah pedang muncul entah dari mana ke genggaman Rin.

"Tak silap lagi, dialah orangnya." kata salah seorang penculik.

Dia menghayunkan pedang tersebut seperti pahlawan pedang yang handal. Satu per satu penyerang tumbang dengan serangan Rin yang tangkas bak harimau yang kelaparan. Dia menumpaskan ketiga-tiga penculik tersebut dengan mudah.

"Rin, di sini kamu rupanya. Eh, apa semua ni?" kata cik Kagamine terkejut melihat ketiga-tiga penculik tersebut ditewaskan oleh Rin.

Kelihatan pedang yang berada dalam genggaman Rin hilang perlahan-lahan.

Setelah berberapa ketika, polis telah sampai ke tempat kejadian dan menangkap ketiga-tiga penculik tersebut. Selepas kejadian itu, riak muka Rin telah berubah. Dia risau kerana dia merasakan dirinya ialah sasaran.

"Rin, kamu tak perlulah risau lagi. Mereka dah ditahan polis. Biar polis yang uruskan." Kata cik Kagamine cuba menenangkan hati Rin yang gundah-gulana itu.

"Ye, tapi cik. Betulke saya ni tak menyusahkan cik ni? Tambahan pula kejadian tadi."

"Ia memang tugas... maksud saya kamu sekarang dalam kesusahan. Jadi saya perlu tolong kamu. Kalau bukan saya siapa lagi kan. Kamu janganlah risau. Also panggil je neesan." katanya sambil memberikan senyuman manis kepada Rin.

"Tak tahu pula ada lagi orang yang macam neesan di dunia ni." Kata Rin terharu dengan kebaikan cik kagamine.

"Ye, memang rarekan. Kamu sangat bertuah." Kata cik kagamine sambil memberikan senyuman yang manis.

"Sorry neesan, sejak dari awal lagi syak neesan ada kaitan dengan semua walaupun neesanlah yang selamatkan saya haritu. Saya minta maaf."

"Eh takpe-takpe. Tu memang reaksi biasa. Yelah takkan nak percaya bulat-bulat kan. Lagipun neesan maybe still a stranger to you. So neesan akan cuba yang terbaik untuk jadi neesan kamu." balas Kagamine. "Alamak kita dah bersiar terlalu jauh. Kita patut naik teksi."

Kagamine menahan sebuah teksi. Rin yang penat tadi terlena dan tanpa disedarinya dia tertidur di pangkuan neesan.

Sementara itu, di suatu tempat yang tidak diketahui.

"Haha, tak silap lagi. Dialah yang kita cari. Pedang tadi, macam tak percaya benda macamtu wujud hahah! Betul cakap orang tua tu. Kita perlu dapatkan dia sebelum orang tua tu jual teknologi ni." kata seorang lelaki yang mengenakan pakaian tuksedo.

"Tapi tuan, kalau kita bertindak melulu macam tadi confirm dia akan syak kita yang buat." nasihat pembantunya yang berpakaian butler.

"Takpe, itu cuma umpan. Kita hanya perlu yakinkan budak tu. Kalau gagal, just take it by force. Lepastu tak perlulah kita dengar cakap orang tua tu lagi." kata lelaki itu lagi. "Hantarkan budak Rusia tu."

"Baik tuan. Saya akan beritahu dia. Saya minta diri dulu tuan. Tuan ada apa-apa lagi nak pesan?"

"Takde, kamu boleh beredar."


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C3
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous